SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Rabu, 26 Ogos 2015

Keliru Dengan Nama Wilayah,Daerah atau Bandar di Thailand


Selalu kawan kawan di Malaysia confuse antara Satun,Setul dan Setoi. Tiga tiga nama sama tempat.
Satun atau di sebut "Stun" atau "setun" adalah nama bagi sebuah
1.Wilayah,Changwat atau province dan sama mcm negeri Malaysia
2.Nama sebuah Bandar dan ibunegeri
3. Nama sebuah daerah
Antara daerah dlm Wilayah Satun:-
1. Satun Ampher Mueng
2. Khuan Don
3. Khuan Kalong
4. Thaphae
5. Langu
6. Manang
7. Thung Wa

Begitu juga dengan Wilayah Songkhla
Ibu Negeri Bandar Songkhla
Daerah Songkhla
Bandar atau pekan yang popular
1.Songkhla
2.Hat Yai
3.Sadao
4.Padang Besar
5.Dannok
6.Klong Ngek
So kalau pi Hat Yai , Dannok atau Padang Besar bererti anda dah sampai di Wilayah Songkhla.

Ada kawan saya bercerita, beliau memandu dari Satun ke Krabi. Bila lepas Wilayah Trang,nampak signboard Welcome To Krabi. Drive lagi jumpa lagi 50KM ,drive lagi jumpa lagi 30km. Keliru dia,
Sebenarnya, Krabi juga nama sebuah wilayah ,Daerah dan Bandar. Yang kelirunya,papan tanda sepatutnya ditulis Krabi Town. Baru orang Faham.

Selasa, 25 Ogos 2015

Cerita Melayu Satun


Cerita Pertama Soalan Tanpa Jawapan

Bagi kami masyarakat melayu di Kampung Guar Ban Khuan Satun , selesai sahaja solat sunat aidil fitri , kami beramai ramai akan berkunjung ke perkuburan. 
Yang lelakinya membaca surah yassin beramai ramai. Pihak wanita menyediakan juadah makanan di rumah berhampiran dengan perkuburan.
Budaya ini telah diamalkan sejak sekian lama. Ianya dilakukan dengan harapan persaudaraan dan silaturahim lebih erat terjalin disamping mengingati kepada yang telah tiada.
Budaya ini juga menemukan saudara mara yang jauh merantau dan pulang sekali sekala ke kampung halaman. Ini juga memberi ruangan dan kesempatan pada mereka menziarah pusara saudara mara yang telah tiada.
Apakah budaya ini dianggap " bidaah" ?

Cerita Kedua

Kerja memugar tanah dilakukan oleh generasi dulu diadakan bergotong royong. Tanah di bahagi bahagikan tanpa merizabkan jalan untuk tanah yg jauh ke tengah kerana dasar persaudaraan yang tidak berkira.
Kini tanah itu dimiliki oleh generasi ketiga dan hubungan pertalian darah sudah jauh dengan pemilik tanah berjiran. 
Pemilik tanah itu menjualkan tanahnya kpd bukan melayu. Pemilik bukan melayu memagarkan tanahnya sehinggakan tiada jalan untuk jirannya memasuki tanahnya.
Akhirnya pemilik bukan melayu dapat memiliki tanah jirannya dengan harga rendah dan dipecah kepada lot yg lebih kecil bersama jalan penghubung.
Inilah salah satu punca tanah milik milik melayu terjual.
Juga kemasukkan bukan melayu beramai ramai.
Adakah senario ini berlaku ditempat anda ?


Cerita Ketiga

Asal usul nama Ban Khuan .
Ban bermaksud Kampung atau penempatan penduduk. 
Khuan pula bermaksud Gon atau Guar atau tanah tinggi. 
Nama asal dalam Bahasa Melayu Kampung Gon. Oleh kerana disini pendduk mahir sedikit berbahasa melayu , perkataan Gon diganti dengan Guar.
Bila dijajah Thai nama di tukar menjadi Ban Khuan.
CHEBILANG ATAU JIBILANG
Nama asalnya cheq bilang. Asal nama di ambil , kerana sewaktu dulu penduduk sering menyeberang sungai yang dalam sungai terdapat buaya.
Bila sampai di seberang , maka seorang tua akan menyuruh yang muda membilang jumlah orang yang menyeberang dengan berbunyi
" cheq bilang cheq , ada berapa orang semua "
Wallahuaklam.


Isnin, 24 Ogos 2015

Sejarah Melayu Yang Dilupakan



Peta Wilayah Melayu di Selatan Thailand sebelum 1909. Dari 1909 hingga 1939 , hanya 30 tahun sahaja pemerintah memahami krator atau sikap orang Melayu. Dari 1939 - 2015 sekadar 76 tahun kerajaan membuddhakan budaya melayu. Tidak salah bagi sesebuah kerajaan memperkenalkan sesuatu dasar agar memudahkan pemerintahan dan mengeratkan integrasi kaum.
Di Thai tiada ada bangsa lagi, semua warga adalah orang Thai atau Siam. Yang membezakan mereka adalah agama.
Oleh kerana agama Buddha itu sinonim dengan orang Siam , maka adat dan budaya ini jadi ikutan dan dianuti.
Salahnya bangsa Melayu sendiri kerana terlalu bertolenrasi kepada bangsa lain. Sebagai contoh orang melayu tidak mahu jadi diri sendiri bila berkomunikasi dengan bangsa lain.Mereka sebolehnya ingin menjaga hati dalam setiap geri. Walaupun tidak boleh berbahasa seperti mereka, mereka akan cuba bercakap telo bangsa itu .
Sikap tak pa dan biaq pi itu adalah sikap semulajadi melayu. Sehinggakan mengabaikan bahasa sendiri. Kini cuma tinggal berapa peratus saja Melayu Thai boleh berbahasa Melayu di sekitar Satun, Songkla, Narathiwat , Yala dan Pattani.
Bagi pencinta sejarah Melayu Malaysia pula berharap suatu hari nanti wilayah ini kembali menjadi milik melayu. Mereka bermimpi sendirian dalam mencari kisah lama tanpa menghirau yang nyata kini majorati orang Melayu Thai tak tahu pun yang mereka itu melayu.
Maka pengkaji sejarah ini menubuhkan kelab sejarah melayu tetapi di kalangan mereka bukan orang melayu Thai itu sendiri.
Menulis artikel dan memaparkan atifek sejarah melayu thai di dalam blog tetapi yang boleh baca cuma melayu mereka bukan melayu thai.
Ada yang lebih perihatin menghulurkan sumbangan derma atas dasar agama dan bangsa. Penerima sekadar mendapat kenyang seketika.
SEPATUTNYA
Dana itu diberi pada pusat bahasa melayu yang wujud di sana.
Pastikan dan pantau pusat itu agar tiada salah guna dana.
Didik orang melayu berbahasa melayu agar mereka mahir supaya mereka dapat baca sejarah dan faham sejarah melayu.
Sumbangan Dana untuk mendidik melayu berilmu lebih baik.
Bagi saya yg lahir tahun 1980 pun tidak tahu sejarah perjanjian Bangkok 1909 sehinggalah berkahwin dengan orang Malaysia. Cuba anda bayangkan berapa juta rakan sebaya dan mereka di bawah usia saya ?
Mereka tak tahu tentang sejarah bangsa melayu.

Ahad, 23 Ogos 2015

Peluang Bernikah Di Thailand



Di Petik dari FB Wall Astora Jabat 
Peluang bernikah atau mencari jodoh di Thailand
Kepada Muslimin yang berkelayakan dan berhajat untuk memperisterikan gadis Mualaf Thai. Berikut adalah syarat-syaratnya :
1. Mukmin yang bertanggung jawab
2. Mukmin yang berkemampuan
3. Mukmin yang berilmu dan bersedia menjadi pembimbing dunia dan akhirat.
Jika anda berkelayakkan dan berhajat sila hubungi terus dengan menalifon beliau . ( PM dan SMS tidak dilayan )
HP: +66828155502
# keutamaan yang lelaki bujang
yang lain lain boleh di pertimbangkan

Sabtu, 22 Ogos 2015

Panduan Memandu dan Menunggang Di Thailand


Panduan Memandu dan Menunggang Di Thailand :
Solo Ride
Solo Rider
Convoy
Fahami sikap orang Thai di Negara Sejuta Senyuman.
- mudah senyum tetapi dalam senyuman ada dendam yang tak dijangkakan. Hati hati tutur kata dan tinkah laku.
- mudah membantu
- sangat rasis pada bukan warga dan sebangsa atau seagaman. Oleh itu memandu dengan penuh hemah kerana ada cakap dibelakang " org malay bawa kereta atau motor mcm siam xda undang-undang"
-bila kemalangan walaupun anda dipihak benar pun anda akan bersalah.Oleh itu guna orang tengah rakan dari Thai juga tapi bkn nk menangkan anda cuma mengurangkan bebanan anda saja.
- jangan anggap semua gadis atau wanita mudah diajak kehulu ke hilir. Silap silap makan peluru atau setidak pun buah tomoi kerana tomoi diajar dr sekolah rendah.
Tempat Yang Perlu Dihindari
- pusat hiburan
- park kenderaan di depan pusat hiburan
- kedai bkn islam
- pilih hotel jauh dari kesibukan bandar.
Kalau Dannok , skyview dan Hat Yai Paradise.
Patuhi Undang Undang
- lesen
- insuran
- declaration form
- pakai seat belt
- pakai helmet
- hati hati motosikal menyongsang arus
- perlahan klu nampak simpang dihadapan . takut motor tiba tiba keeluar
- sebolehnya memandu di kanan jalan.klu konvoi kereta depan dan last pasang double signal.
- elakkan memandu diwaktu malam.sangat berbahaya dan risiko tinggi.
- elak memandu di bandar besar sprt Hat Yai. guna public transport.
Jangan Terlalu percaya pada rakan yang baru kenal atau sekali sekala kenal. Setakat kenal tokey kedai makan dreba tuk tuk tour guide . Jangan anggap mereka sahabat lagi. Ada yg baik tapi ramai yg penting diri.
Kalau solo ride atau sebuah kereta.Pastikan tonjol diri anda org Malaysia dan Islam.
Harap Berhati hati.

Khamis, 20 Ogos 2015

Aktivis Bahasa Melayu Satun Thailand


Gambar Tahun 2014 di FB : karlisa.latisya, Sempena Sambutan Kemerdekaan " Disini Lahirnya Sebuah Cinta " .
Hampir separuh usia saya kini saya.habiskan di Malaysia . Bahasa Melayu saya fasih dan setaraf rakyat Melayu Malaysia dan lebih baik dari kaum lain ( rasanya ) .
Saya mula menjejak kaki ke Malaysia pada tahun 2000 dengan bahasa Melayu telo Siam . Tahu baca cuma tulisan jawi dan sedikit tulisan rumi.
Setelah berkahwin dengan orang Malaysia seorang Aktivis Melayu , bahasa Melayu saya kian baik. Saya dah faham membaca novel melayu dengan penggunaan bahasa Melayu Baku dan sangat puitis.
Kini kami pulang ke Satun memberi khidmat sosial dengan mengajar Bahasa Melayu secara percuma kepada lebih 200 pelajar berusia 5 - 12 tahun.
Semoga perjuangan kami sebagai aktivis Bahasa Melayu di restui dan di berkati selalu dan Allah memudahkan urusan kami disini dengan perbagai cabaran yang getir. Mana nak meneruskan kehidupan seharian
Cabaran dari penguatkuasa tempatan.
Cabaran dari masyarakat setempat.
Dan banyak lagi , hanya airmata bisa menceritakan.
Sempena bulan Merdeka di Malaysia , kami dengan rasa bangga ingin mengutuskan ucapan kemerdekaan pada rakyat Malaysia. Ayuh Malaysia lupakan seketika fahaman anda. Kita kenang dan isikan kemerdekaan disetiap sanubari rakyat.
Salam Kemerdekaan.
p/s Bendera Besar sumbangan
Pak Syed
Yang kecil sumbangan
Abang Shafie

Rabu, 19 Ogos 2015

Kampung Guar Ban Khuan Satun



Kami aktivis bahasa melayu di Satun Thailand

Sahabat sahabat FB : Karlisa Latisya atau sahabat blogger yang bercadang berkunjung ke Satun ( Pak Bara, Tammalang , Tanyong Po atau Chebilang ) jemput singgah di Masjid Misbahuddin Kg Guar Ban Khuan Satun. Boleh kita berkenalan dan mengeratkan silaturahim.
Bagaimana nak ke sini.

1. Dari Wang Kelian Drive lebih kurang 19km akan jumpa simpang di Chabang Tiga. Sebelah kanan ada Masjid Chabang Tiga. Belok kiri.
2. Dari simpang drive 7 km akan jumpa Traffic Light. Belok kiri.
3. Dalam 200 meter jumpa Traffic Light. Pekan Chalung ( kg . cina ) . Kalau belok kanan ke Pak Bara. Ambil jalan terus ke Bandar Satun.
4. Kira kira 1 km jumpa Traffic Light. Belok kanan dan akan nampak Masjid Misbahuddin Kg Guar Ban Khuan.
5. Disana cari cikgu Malaysia ( suami saya ) . InsyaAllah semua orang kenal. Masyarakat boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Kalau yg tak tahu bercakap , bukan orang kampung.


Selasa, 18 Ogos 2015

Jemput Melawat Ke Tadika Melayu Satun



Sahabat sahabat FB yang berkunjung ke Satun ( Pak Bara, Tammalang , Tanyong Po atau Chebilang ) jemput singgah di Masjid Misbahuddin Kg Guar Ban Khuan Satun. Boleh kita berkenalan dan mengeratkan silaturahim.
Bagaimana nak ke sini.
1. Dari Wang Kelian Drive lebih kurang 19km akan jumpa simpang di Chabang Tiga. Sebelah kanan ada Masjid Chabang Tiga. Belok kiri.
2. Dari simpang drive 7 km akan jumpa Traffic Light. Belok kiri.
3. Dalam 200 meter jumpa Traffic Light. Pekan Chalung ( kg . cina ) . Kalau belok kanan ke Pak Bara. Ambil jalan terus ke Bandar Satun.
4. Kira kira 1 km jumpa Traffic Light. Belok kanan dan akan nampak Masjid Misbahuddin Kg Guar Ban Khuan.
5. Disana cari cikgu Malaysia ( suami saya ) . InsyaAllah semua orang kenal. Masyarakat boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Kalau yg tak tahu bercakap , bukan orang kampung.

Isnin, 17 Ogos 2015

AKTIVIS BAHASA MELAYU SINGAPURA




Saya ( FB : NOOR ADAM  )  telah mengumpulkan beberapa buku cerita kanak2 yang baru, ringan, tipis dan menarik berwarna warni. Buku2 adalah derma kawan2. Masih ada yg belum saya ambil dari kawan2. Banyak buku yang masih baru. Buku dalam bahasa Melayu dan ada juga bahasa Inggeris atau dwibahasa.Alhamdulillah terima kasih kawan2. Buku2 ini akan saya hantar ke Satun utk membantu kawan saya Karlisa Latisya memperjuangkan bahasa Melayu di Sekolah Bahasa Melayu di Kampung Guar Ban Khuan Satun Thailand. Semoga pihak sekolah dapat menyediakan satu ruang perpustakaan supaya pelajar2 boleh meminjam buku dan membaca. Guru2 juga boleh mengadakan sesi membaca buku di situ bersama pelajar. Kalau kawan2 mahu membantu pihak sekolah menyediakan kos rak-rak buku, meja dan kerusi, boleh hubungi Puan karlisa suami isteri. Saya juga boleh membantu mengumpulkan apa yg mampu dari kawan2 di Spura utk membeli perkakas perpustakaan. Kalau ada yg mahu menghadiahkan buku cerita menarik boleh hubungi saya melalui pm. Kalau pihak sekolah bersetuju, mungkin boleh saya anjurkan aktiviti mengecat/menghias perpustakaan bersama rakan bikers agar perpustakaan itu nanti menjadi tempat menarik utk membaca dan mendapatkan ilmu. Suasana pembelajaran yang tenang dan menarik banyak membantu pembelajaran. Minat membaca akan timbul. Bahasa Melayu akan diperkukuh. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yg terlibat. Semoga segala usaha dipermudahkan. Wan Wardah M W Susie Quatro Sarifah Yatiman