SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Rabu, 28 Disember 2016

Koh Bulone Satun Thailand

Koh Bolone terletak 22 KM dari Jeti Pak Bara , Satun , Thailand. Kepulauan Bulone merangkumi tiga buah pulau kecil yang masih belum tercemar. Antaranya Koh Bulone Le , Koh Bulone Don dan Koh Bulone Pai.
Kejernihan air laut bak kristal diantara bulan Nov hingga April menjanjikan kilauan batu karang didasar lautnya.
Kepulauan ini jarang dikunjungi pelancong kerana tidak popular dan kurang promosi.
Jika anda ingin melawatnya , anda boleh menyewa bot panjang.

Program Sehari Jelajah Pulau Dan snorkeling

1.Harga pakej THB10,000/sebuah bot/muatan tidak lebih daripada 10 penumpang ( dewasa dan kanak-kanak )
termasuk
Bot Panjang ( muatan 10 orang sahaja )
***Permit ( Job Order Travel Agent )
***Insuran
***Tour Guide
***Life Jacket
Makan Buffet
Snokel Gear

*** WAJIB

2. BERSEDIA THB200/orang untuk cukai Taman Negara jika diminta pengawal.

3. Penginapan bermula dari THB800 hingga THB1000 semalam.

4. Sila hubungi Karlisa Travel WHATSAPP +66830948948



















Isnin, 5 Disember 2016

Cerita Di Satun Thailand et

Gaya Hidup dan Sara Hidup
Tiga tahun yang lalu, bila berpindah ke Satun dari Malaysia, saya telah mengubah gaya hidup.
Berbaki wang RM300 selepas membina rumah batu campur plywood, kami sekeluarga meneruskan kehidupan. Kerja pertama saya , menyeludup minyak petrol dari Wang Kelian ke Satun . Kereta tangki penuh 45 liter isi RM75.00 dan jual RM120 dan untung RM45.00.
Sehari buat 3 kali , dapat RM135 , dalam hati not bad.
Masuk hari ke-7 pihak berkuasa Malaysia tahan dan minta derma , satu trip RM50. Saya kata gila kot, untung baru RM45 camna nak bagi. Depa kata kalau tak boleh bagi , depa nak sita kereta. Setelah berbincang, mereka lepaskan dan saya tak boleh angkut minyak lagi.
Kerja dah tak da, camna nak hidup ni. Sabtu dan Ahad saya pergi mengajar secara percuma seperti biasa kepada murid murid miskin di kampung.
Selang beberapa hari saya di tawarkan bekerja di sebuah kedai hardware kampung dengan pendapatan purata 5 hari THB300 dan sebulan THB1200 . Ringan sedikit beban kewangan. Disamping itu berbekal Handphone Nokia C30 saya buat marketing pakej perlancongan di Satun. Saya ada blogspot dan Facebook, semua tu kan free.
Ya Allah tak sampai tiga bulan Anas Akmal kol dan minta bantu bawa rombongan UUM selama 3H2M dan dapat untung dalam RM1000++ dan saya beli Handphone Lenovo dan bermula era baru dalam business online travel and tour sehingga hari ini.
Apa yang saya nak bagi tau disini adalah menukar gaya hidup kepada sara hidup untuk menghadapi kegawatan ekonomi.
Hidup di Thailand tak seindah kita datang 3H2M. Kita bukan boleh berniaga terang terang , nanti kena tangkap. Bekerja pun tidak dibenarkan dan kalau ada pun, seperti gaji yang saya terima, seminggu Thb300 . Itupun secara haram. Tugas saya terpaksa menceduk pasir ke lori pickup menggunakan skop. Bukan ada jengkaut.
Apapun saya pasrah dengan qada dan qadar Allah. DIA yang bawa saya ke Satun dan di Satun dia membuka rezeki saya.
Nak mulakan business perlancongan kita tak perlu ada bas atau speedboat. Kita cuma perlu berjumpa tokey bas dan tokey speedboat atau tokey hotel. Kita bincang dengan depa, bahawa kita nak promosi dan jual produk depa secara online di Facebook dan Blogspot. Takkan depa tak mau, free. Bila customer booking, kita dapat komisen. Walaupun kita dapat komisen sikit tapi kalau ramai orang , komisen akan jadi banyak. Ada kawan bertanya , boleh hidup ke dengan komisen macam tu , saya jawab , ko minyak naik 10 sen pun macam nak mati tak kan aku akan mati dengan komisen yang sekecil itu.
Ada yang bertanya, tak kan , tak keluar modal langsung. Saya jawab , cuma sedikit , lagipun tokey bank dia pun keluar modal sedikit saja, dan yang ada dalam bank bukan duit dia tapi duit kita.
Oleh itu bagi saya adalah usaha tawakal dan berdoa. Rezeki Allah s.w.t yang beri, bukan bapak yang kasi.
#ceritasatun
#kembarasatun30
#satun
#ceritakarlisa
#blogadalahsatuperniagaan
#universitihasrulhassan