SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Jumaat, 28 September 2018

Tempat Tukar Duit Di Satun Dan Pak Bara

Tempat Tukar Duit Di Satun Dan Pak Bara. Ada dua lokasi yang mana bila hangpa tukar duit dapat nilai pertukaran yang agak tinggi.

1. Lokasi pertama di Chalung, Satun. Lebih dikenali dengan nama Kampung Cina atau Pekan Cina. Lokasinya 30km dari Wang Kelian, 46km ke Pak Bara atau 12km ke Pekan Satun.

Kedai Emas Dua Tingkat berhadapat 7 Eleven jalan hala ke Pak Bara Langu.

Marking Google Maps : ร้านทองไทยยินแสง
Chalung, Mueang Satun District, Satun 91140, Thailand
+66 74 799 053

https://maps.google.com/?cid=6058869352273870203

Karlisa Travel
Kedai Tukar Duit di Chalung Satun

2. Lokasi Kedua di Kedai Emas Pekan Langu . Bersebelahan Lampu Isyarat terus ke Trang dan belok kanan ke Chalung atau jalan ke border.
Jika anda di Pak Bara, eloklah ke sini kerana nilainya berbaloi berbanding anda tukar di Jeti Pak Bara.

Lokasinya ห้างทองไทยย่งเต็ง
1471, Moo 3 4052, Tambon Kamphaeng, Amphoe La-ngu, Chang Wat Satun 91110, Thailand
+66 74 701 787


Karlisa Travel
Tempat Tukar Duit di Pak Bara Langu


Hubungi Karlisa Travel Pak Bara Satun

CJS SATUN 406
CJS SATUN 406 I AM SEPUPU


PEJABAT :

Karlisa Travel
CJS Satun 406, 
No. 678/4, 4052, Tambon Pak Nam , 
Amphore Langu, 
Changwat Satun, Thailand 91110 

Talian       : 

Nombor Telefon :+66830 948 948 ( 0830 948 948 )

Whatsapp : +66830 948 948


Whatsapp : +6688 755 3209
Email : karlisahalim@gmail.com

Staf  :
Cikgu Joe Satun

========================================
Karlisa Latisya ( https://wa.me/66830948948 )

MD














Guide Sodiq ( https://wa.me/66935763739 )

GM














Dik C ( https://wa.me/66612150456 )

M
========================================

LOKASI KAMI 

Koh Lipe Atau Koh Bulone Yang Mana Menarik

Koh Lipe Atau Koh Bulone Yang Mana Menarik. Susah nak cerita sebab terlalu subjektif. Namun masing masing ada kelebihannya.

Koh Lipe

Jarak lebih kurang 67km dari Jeti Pak Bara. Lebih kurang 2 jam perjalanan dengan speedboat. Tambang lebihkurang THB1000/pax ( harga yang ditetapkan oleh Kerajaan ). Beli dengan ulat boleh dapat murah, tapi minta dulu polisi insuran, Pastu nak masuk ke jeti kena cukai jeti dan taman negara THB220/pax. Bila mendarat di jeti terapung anda perlu bayar lagi THB100/pibalik Taxi Boat.
Total bajet THB1320/seorang pi balik.

Bilik penginapan THB1500 tanpa hawa dingin. Boleh muat 2 orang. Tambahan extra bed Thb700/org. Kalau anak 5 maka 5 x thb700 campur dengan Thb1500 itulah harga semalam.

Bilik Hawa dingin Thb2500 . Boleh muat 2 orang. Tambahan extra bed Thb700/org. Kalau anak 5 maka 5 x thb700 campur dengan Thb2500 itulah harga semalam.

Makan pula, Thb300 untuk Nasi Goreng dan teh o ais. Kalau nak makan seafood, agak mahal.

Anda boleh buat pilihan, bermalam di Pak Bara 2 malam. Hari kedua ambil pakej sehari ke Koh Lipe THB1990/pax. Termasuk tambang bot, makan, insuran dan cukai taman negara. Masa bermula tetap jam 9.00 pagi dan berakhir aktiviti jam 5.00 petang.

Pak Bara
Bilik penginapan murah dan makan seafood dan Thai food pun murah.

Koh Bulone

Buat masa sekarang KARLISA TRAVEL telah menghentikan pengambilan penumpang secara random atau orang perseorangan kerana banyak masalah dan karenah bila dalam satu bot tidak sama kepala.

SEWA BOT : THB10,000 tidak lebih 10 penumpang termasuk kanak kanak.
Termasuk, makan buffet, insuran,permit ke pulau, peralatan snorkeling dan pemandu pelancong ( wajib ).

CUKAI TAMAN NEGARA
Bila tiba di jeti, anda perlu membawa cukai Taman Negara sebanyak THB200/orang ( dewasa/kanak-kanak) kepada PEGAWAI TAMAN NEGARA.

Soalan :
1. Bagaimana group kami cuma 2 orang.
Jawapan :
1. Sewa sebuah bot atau pergi pakej Koh Lipe setiap jam 9.00 pagi.

2. Bagaimana dengan kanak-kanak bawah umur.
Jawapan :
Selagi bernyawa, pihak berkuasa tidak berkrompomi dalam peraturan menghadkan 10 penumpang dalam 1 bot.

3. Berapa jarak dari Jeti pak Bara ke Koh bulone.
Jawapan:
18 km atau 45minit hingga 1 jam dengan bot kayu atau longtail bot.

4. Boleh guna SPEEDBOAT tak ?
Jawapan :
Boleh . Namun sukar untuk aktivi snorkeling kerana speedboat dilarang ke kawasan batu karang.
Lagi pun bila air surut speedbot tidak boleh mendarat di tepi pantai. Anda kena menyewa sebuah bot panjang THB4500 untuk transit.

3. Berapa Harga sebuah speedboat.
Jawapan :
THB15,000 - THB20,000 sebuah 15 penumpang tanpa makan. Tambahan Thb4500 untuk transit ke pantai dan aktiviti snorkeling.
( tidak termasuk cukai taman negara )

TEMPAHAN PAKEJ
Hubungi Karlisa Travel Klik Disini

Aktiviti senpang 3H2M atau 4H3M selain dari aktiviti ke pulau.
Dapatkan Info Klik Disini

karlisa travel
Koh Bulone macam lukisan 








Khamis, 27 September 2018

KARLISA TRAVEL

KARLISA TRAVEL
KARLISA TRAVEL

TRAVEL SATUN  ( https://satunsiam.blogspot.com/ ) adalah blog rasmi untuk Karlisa Travel.
Pejabat Karlisa Travel beralamat di CJS Satun 406, No. 678/4, 4052, Tambon Pak Nam , Amphore Langu ,
Changwat Satun, Thailand 91110 .

Lokasi Google maps : https://goo.gl/maps/bTQ5T3X7Spy

Nombor Telefon :+66830 948 948 ( 0830 948 948 )

Whatsapp : +66830 948 948
https://wa.me/66830948948

Whatsapp : +6688 755 3209
https://wa.me/66887553209

Email : karlisahalim@gmail.com

Waktu Perniagaan : 09:00 am - 18:00 pm

Katogeri : Travel Agency

URL : https://satunsiam.blogspot.com/2018/09/karlisa-travel.html

PERKHIDMATAN KAMI

1. CJS SATUN 406 - Kedai Cenderamata

2. CJS SATUN 406 - Ala Carte Cafe

3. CJS SATUN 406 - Karlisa Travel

4. CJS SATUN 406 - Karlisa Homestay

Kedai Cenderamata

Kami menjual T- Shirt, Magnet Peti Sejuk, Rantai Kunci, Topi, Skaf Banana dan lain-lain.

Ala Carte Cafe

Kami menjual teh, kopi, minuman panas sejuk dan makanan ringan

Karlisa Travel

Karlisa Travel menyediakan perkhidmatan perlancongan sekitar Wilayah Satun.
- sehari snorkeling ke Koh Bulone
- sehari snorkeling ke Koh Lipe
- Sehari berkayak laut ke Koh Khao Yai
- Sehari berkayak sungai
- menjelajah Gua Arai Thong, Pantai Rawai, Kebun Bunga Matahari, Air Terjun Wang Saithong,
  Gua Phu Pha Pet dan tempat-tempat perlancongan sekitar Wilayah Satun menurut permintaan pelancong.
- Tempahan tiket feri ulang alik ke Koh Lipe
- Tempahan hotel dan penginapan di sekitar Pak Bara
- Tempahan jamuan makan tengahari ala kampung Satun dengan bajet yang minimum.
- Tempahan jamuan malam dan BBQ
- Perkhidmatan pemandu pelancong
- Perkhidmatan menguruskan XPDC memancing ke Koh Adang ( Yang Berlesen Sah )

Karlisa Homestay
- Sebuah homestay tiga bilik yang boleh memuatkan dari 10-15 pengungjung semalam, mengikut keselesaan anda.

Perkhidmatan kami mengikut bajet yang anda mampu.
Dengan melanggan perkhidmatan kami, anda telah bersama-sama kami, memartabatkan Bahasa Melayu di Satun.

Ikuti Kami di FACEBOOK 

1. Facebook: CJS SATUN 406

2.Facebook : Karlisa Travel

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

CJS SATUN 406
TM6 THAI

Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini.

1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi.
- keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua.
- Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai.
- Departure Card disimpan bersama passport atau border pass.
- Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping.
- JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha )
Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang.


Borang TM2 dan TM3 dicopy dari https://www.riderchris.com/

2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan.
- Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai.
- Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport.
- Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping Passport.
- tidak dipandang berat jika gagal menyerah ( bergantung kepada mood pegawai )

3. TM3 adalah borang maklumat penumpang.
Proses sama serperti diatas
- Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai.
- Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport.
- Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping Passport.
- tidak dipandang berat jika gagal menyerah ( bergantung kepada mood pegawai )

PENTING : Ambil semua gambar borang simpan untuk bukti jika hilang.

4. BORANG YANG SANGAT PENTING JIKA BERKENDERAAN
- custom declaration form
INFO PENTING BACA DISINI

5.Info Tentang Pak Bara Baca di Sini. CLICK

6. Hubungi Kami Disini

Rabu, 26 September 2018

Tasik Thale Noi Phathalung Thailand


THALE NOI PHATTHALUNG
Thale Noi Waterfowl Reserve atau Tasik Air Tawar Thale Noi di Phatthalung.
Dari Simpang Phatthalung ke Krabi 30km .Ambil Highway 4048 ke Nakhon Si Thamarat. Dari atau Route 41 Pekan Cowboy 28km saja.
Waktu melawat : 9.00 - 5.00 ptg
Musim Terbaik : Oct - Mac
Keluasan : 450km² atau lebar 6km dan panjang 5km.Kedalaman purata 1.2 meter.
Kemudahan : Bilik penginapan , boleh hubungi Pejabat National Park.
Tasik yang luas dan liputi pokok teratai dan perbagai jenis tumbuhan air. Musim Nov - Mac , anda boleh melihat perbagai jenis burung kembara dari kawasan salji.
Anda boleh menyewa bot panjang untuk menjelajah keseluruhan tasik.
Berhampiran tasik ada sebuah floating market yang dibuka setiap hari dan hari sabtu dan ahad adalah waktu sibuk.
Anda juga boleh mendaki menara tinjau untuk menyaksikan keindahan tasik.
Tinggi juga dan saya gayat masa nak turun.
Tandas bersih dan mables.
Terdapat hanya sebuah kedai makan Islam di Floating Market. Awas ! Anda dilarang makan atau membeli produk dari orang Buddha. 100% tidak halal.
Apa yang menarik perhatian saya disini adalah penglibatan penduduk setempat bagi memajukan tempat ini dan menarik minat pelancong.
Sambil makan di Kedai Kak Ani Floating Market, anda dihiburkan oleh pemuzik budak sekolah. Permainan mereka mantap. Saya boh dalam tabung mereka thb100 sebab puas hati.

Lokasi : https://goo.gl/maps/vKDBpsuumKn

Selasa, 25 September 2018

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa.

Anda WAJIB lalu dan singgah di CJS SATUN 406
Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun.
Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean.
Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran.
CIKGU JOE SATUN
CJS SATUN 406

1. Pos Imigresen Wang Kelian.
Hangpa klik pautan ini. Wang Kelian Ke Pak Bara

2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam.
Pautan Maps : Pak Bara View Point

CIKGU JOE SATUN
Pak Bara View Point


3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut suka hangpa la, kalau nak sapot syarikat arak. Ada kemudahan ruang solat dan menyusu anak kecil. Masjid di hadapan kedai. Pemilik bernama HAMKA,
Pautan Maps :Nava Seafood

Cikgu Joe Satun
Nava Seafood Pak Bara


4. Tempat penginapan di Pak Bara. Hangpa baca di pautan ini
Hotel dan resort Di Pak Bara


5. Gua Urai Thong Cave. Hangpa baca disini.
Gua Urai Thong

Cikgu Joe Satun
Urai Thong Cave


6. Pantai Rawai, terletak dalam daerah Thung Wa.
Lokasi RAWAI BEACH .

Cikgu Joe Satun
Rawai Beach Satun

Cikgu Joe Satun
Pantai Rawai Thung Wa


7. Khoa Thanam, Ladang Bunga Matahari di Satun. Hangpa boleh baca disini. Melihat Bunga Matahari Di Satun .

Cikgu Joe Satun
Bunga Matahari Di Khao Tanam Satun
8. Air Terjun Wang Saithong di daerah Langu .
Hangpa Boleh baca disini Wang Saithong .

Cikgu Joe Satun
Wang Saithong
Info KLIK


9. Diamond Cave atau Phu Pha Phet Cave . Hangpa baca disini. Phu Pha Phet Cave .
 Lokasinya dipautan ini Lokasi Phu Pha Phet Cave

10. Hangpa boleh ikut Route Yang Telah di Sediakan oleh Cikgu Joe Satun. KLIK untuk dapatkan route sehari jelajah Pak Bara. 
https://goo.gl/maps/7NYvp
Shared route
From CJS SATUN 406 to CJS SATUN 406, Pak Bara Tambon Pak Nam, Amphoe La-ngu via Route 4052.

3 hr 22 min (160 km)
3 hr 22 min in current traffic


1. Head northeast on Route 4052
2. Turn left
3. Turn left
4. Turn right
5. Turn right
6. Turn left
7. Keep left
8. Arrive at location: Urai Thong Cave
9. Head northeast
10. Slight right
11. Turn right
12. Turn left
13. Turn left
14. Turn left onto Route 3002
15. Turn left onto สต.3018
16. Arrive at location: Rawai Beach
17. Head north on สต.3018
18. Turn left
19. Turn left at ถนน องค์การบริหารส่วนตำบล สตูล 2001
20. Turn right
21. Arrive at location: เขาทะนาน
22. Head south
23. Turn left onto ถนน องค์การบริหารส่วนตำบล สตูล 2001
24. Turn left to stay on ถนน องค์การบริหารส่วนตำบล สตูล 2001
25. Turn left
26. Turn right
27. Turn left
28. Turn right
29. Arrive at location: Thung Wa Ancient Elephant Museum
30. Head north
31. Turn left
32. Turn left
33. Turn right onto Route 3007
34. Turn left
35. Arrive at location: Wang Sai Thong Waterfall
36. Head north toward เรือนเคียงตะวัน
37. Turn right onto เรือนเคียงตะวัน
38. Turn left
39. Turn left to stay on สต.5008
40. Turn left to stay on สต.5008
41. Arrive at location: Phu Pha Phet Cave
42. Head east on สต.5008
43. Turn right to stay on สต.5008
44. Turn right
45. Turn left
46. Turn left onto Route 3007
47. Turn right at สต.3035
48. Turn right toward ถนน ละงู - สตูล
49. Slight left onto ถนน ละงู - สตูล
50. Turn left after Bangkok Bank (on the left) onto Route 4052
51. Arrive at location: CJS SATUN 406

11. Bila lenguh dan sakit badan, Jom pi Masat atau URUT DISINI.
https://satunsiam.blogspot.com/2018/09/urut-batin-di-satun.html

12. Esok sebelum balik, hangpa pi naik kayak laut disini
Bekayak di Koh Khai Yai .

13 . Atau berkayak sungai di Abang Water Rathing.

14. Hubungi Kami Disini

Semua pakej dan perkhidmatan pemandu pelancong boleh hubungi KARLISA TRAVEL di Whatsapp : +66830 948 948 
https://wa.me/66830948948


Ahad, 23 September 2018

GUA URAI THONG CAVE LANGU SATUN

Gua Urai Thong atau Urai Thong Cave Langu Satun Thailand terletak lebih kurang 14 KM dari CJS SATUN 406 . 

Urai adalah perkataan Melayu bermaksud Emas. Thong adalah perkataan Thai bermaksud Emas.

Sebuah bukit Geopark Satun, kira 40 meter pendakian ke muka pintu gua. Memasuki ke dalam gua yang berhiasan dinding keemasan semulajadi bisa memukau setiap pengunjung.

Di samping itu, terdapat stalagmit di dalam gua yang dibahagikan kepada bilik-bilik seperti Samphao Cave. Lod Cave mempunyai aliran dan jambatan kaki yang indah. Bahagian atas bukit juga merupakan sudut pandangan untuk pemandangan indah.

Lokasi ke Gua Urai Thong adalah seperti berikut :
Urai Thong Cave
Unnamed Rd, Tambon Kamphaeng, Amphoe La-ngu, Chang Wat Satun 91110, Thailand

+66 74 710 725
https://goo.gl/maps/csrashp1PcA2

MASUK FREE


CJS SATUN 406
Gua Urai Thong Cave 1

CJS SATUN 406
Gua Urai Thong Cave 2 

CJS SATUN 406
Gua Urai Thong Cave 3

CJS SATUN 406
Gua Urai Thong Cave 4


CJS SATUN 406
Gua Urai Thong Cave 5


CJS SATUN 406
Gua Urai Thong Cave 6


CJS SATUN 406
Gua Urai Thong Cave 7


CJS SATUN 406
Gua Urai Thong Cave 8


CJS SATUN 406
Gua Urai Thong Cave 9


CJS SATUN 406
Pintu Gerbang
Gua Urai Thong Cave 




URUT BATIN DI SATUN

Urut Batin Di Satun ? Apa punya soalan yang depa tanya aku. Aku macam kaunter pertanyaan pula.

Urut Batin Tak dak dik oooi. Contoh aku bagi kat hangpa " Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin . Batin tu apa maksud ?
Batin tu hati dan jiwa. Macamana hang nak urut.

Ni aku share lokasi tempat urut di Pak Bara.

1.ลีลาวดีนวดแผนไทย&คาราโอเกะ
4052, Tambon La-ngu, Amphoe La-ngu, Chang Wat Satun 91110
084 963 0731
 https://goo.gl/maps/zUe6nDutUso
Lokasinya 1 KM dari CJS SATUN 406 .
Disini Harga THB300- THB400 sejam. Namun aku heran, biasanya depa bayar dari Thb1200-1500. Apa kejadah depa urut aku tak pasti.

2. LittleQueenCafe
Pak Nam, La-ngu District, Satun 91110
098 696 9755

https://goo.gl/maps/JDRVH9pAq1K2

Bini-Bini depa kata tempat ni best

3.near Pak Nam, La-ngu District, Satun

https://goo.gl/maps/vESaWYvZNkQ2


Bini aku rekeman tempat ni.

JANGAN TANYA AKU, AKU TAK BESA ORANG URUT.
AKU SELALU URUT ORANG JA. ( Perempuan Bawah 18 tahun saja )

Cikgu Joe Satun
CJS SATUN 406


Rabu, 19 September 2018

Cerita Ayam Thailand Bersambung lagi

Cerita Ayam Thailand Bersambung lagi .
Assalamualaikum Pak Imam.
Waalaikusalam Cikgu , hajat apa ?
Tak dak apa pak imam, besa la, cari ayam kampung. Hat dara ada dak ?
Sat aku tanya Mak long hang ?
Mak hang ooii, ni cikgu nak ayam dara, ada lagi ka ?
Oh cikgu, nak berapa ekoq ?
Bagi tiga ekoq mak long, siang siap nooh.
Wokey cikgu.
Pakcik bawang muka tak senyum langsung, sebab cikgu tanya ayam untuk makcik bawang. Panggu dia belum lagi.
Sementara dok tunggu ayam siap disiang, kami berbual dengan Pak Imam.
Ni pak imam, pakcik ni ada hajat sikit, cikgu mulakan bicara.
Pak Imam tanya, hajat apa pulak ni ?
Pak Bawang terus potong cakap. Saya ni ada hajat nak cari anak dara, umuq 19tahun kebawah. Kulit putih, hidung mancung, anak yatim piatu.
Hajat tu nak buat bini kedua. Nak berbakti pada anak yatim piatu sama. Besar pahala.
Pak Imam teruih candek, ni pakcik oii kalau ada macam tu, boleh kat aku dulu, hang tak dan nak tanya.
Kalau nak buat pahala carilah janda yang yang tanggung ramai anak, atau janda tua yang tak dak anak nak bela, baru pahala besaq.
Pakcik bawang cakap pandai mula bergebang, saya nak hat muda, sebab saya ni nak pi jampan pun bini hat ada dok tuntun lagi.
Pak Imam mula tersenyum, haha  agak agak la pakcik. Kalau tak mampu jangan dok terbiang, duit nak beli kopi tongkat ali pun mengkalu minta kat bini, toksah lah berangan bini muda. Elok berbakti pada tanah kuboq kat kampung, pi lah tarah kalau rumput panjang, sebab tak banyak hari dah nak pi sana.
Pak Bawang terdiam malu.
Cikgu cikgu oiii ni ayam dah siap, jerit Mak Long bini pak imam.
Cikgu dan Pakcik Bawang minta diri nak balik setelah membayar harga ayam dara kampung.
Sesampai dirumah, kami disambut oleh makcik sambil menyambut bungkusan ayam. Amboi mak, pandai sungguh pak hang pilih ayam nooo.
Sambil tersenyum puas sambil memerhatikan muka cikgu.

CERITA ASAL DISINI

Karlisa Homestay
CJS SATUN 406 Homestay

Selasa, 18 September 2018

Cara memilih Ayam di Thailand

Cara memilih Ayam di Thailand, satu tajuk yang membuat ramai yang nak baca.
Ada juga yang tak baca terus buat andaian. Makcik jangan membawang lagi. Baca dulu pelan pelan pelan.

Sebut ja Ayam Thailand, Pakcik pakcik mula telan ayaq lioq. Nampak cermin kaca.Macam akuarium tapi bukan
Ikan , namun ayam. Makcik pula memikirkan pulut ayam dan kerabu kaki ayam. Tapi bila pakcik pi sorang
makcik dah tak senang hati. Takut pakcik tidur dengan ayam.

Cara memilih ayam di Thailand. Bagi kaki bela ayam sabung, depa biasanya cari ayam jantan dari baka baik.
Depa suka beli anak ayam jantan. Tapi sebenarnya nak baka baik cari anak ayam betina dari baka bapak ayam
sabung yang baik.

Makcik dok tanya CJS, awat kaki ayam di siam putih melepak. Macamana depa basuh ?
CJS bagi tau, remdam kaki dengan cuka makan.
Yang pakcik dok bang dengar tapi tak tau punca mencelah.
Awat kaki depa putih gebu cikgu.
Oh yang tu ka pakcik, sebab ayam tu pakai kasut tumit tinggi. Betis depa pakai stoking nipis ikut warna
kaki. Kalau tak, bekelaghah macam kaki makcik gak.
Pakcik ohhhhhh panjang, baru paham.
Makcik belum paham soalan pakcik.Terbeliak biji mata cuba menangkap soalan dan jawapan.

Ayam di Thailand ni Halal dak, cikgu ?
Tanya makcik bawang  lagi.
Kalau orang Islam jual,halal makcik.
Pakcik jampuk, HALAL !
Boleh kalau nak yang halal pakcik. Tapi modai besaq sikit, kata CJS.
Pakcik tanya, boleh ka.
Awat tak boleh pula,balas CJS.
Pakcik tersenyum sambil anggukkan kepala.
Makcik tanya lagi, camana nak tau ayam tu hat elok cikgu.
Biasanya ayam putih tu masih segar, biasanya yang depa layoq api tu, agak lama sikit,balas cjs.
Pakcik tak ketahuan punca tanya, ada ka hat elok ?
Cjs jawab,ada. Nak try ka ?
Makcik potong cakap, nak try nak masak tang mana cikgu oiii.
Boleh aih, makcik mai umah saya, nanti bini saya tolong masak.
Sementara tu saya bawa pakcik pi pilih ayam.
Pakcik senyum sampai ke telinga.

CJS dan pakcik pun  cari ayam.
CJS bawa pakcik pi rumah tok imam.
Pakcik tanya ni rumah sapa ?
Ni rumah tok imam,balas cjs.
Pakcik tersenyum panjang. Bersambung Disini

Sila Komen di FACEBOOK

CJS SATUN 406
Kaki



Bersambung.......

Panduan naik Motor Di Siam Thai

Panduan naik motor di Siam bila hangpa suka bawa laju. Aku dah penat bercerita dan menulis. Hari ini aku melukis pula. Aku harap jadikan panduan.

Hangpa rujuk kat gambar dibawah.

1. Yang rona kelabu tu laluan motor.
2. Yang rona hijau tu pembahagi jalan atau divider.
3. Yang rona kuning tu Line Jalan.

Kelajuan Motosikal seluruh Siam,sekadar 90km/j saja.
Namun motor hangpa jenih laju. Takkan nak bawa slow kot.
Aku nasihatkan hangpa

1. Pastikan hangpa menunggang di garis tengah hat rona kuning.
Ini kerana hangpa boleh agak kenderaan tepi kanan dan tepi kiri.

2. Perlahan bila U Turn dihadapan, takut depa U turn macam harem.

3. Siapsiaga di Traffic Light.

Biasanya motor siam suka songsang jalan. oleh itu bahaya bila ride terlalu tepi atau laluan motor bila anda laju.

Jangan RIDE WAKTU MALAM. Ini kerana sangat BAHAYA. Lori dibawah pengaruh arak dan motor tiga roda songsang jalan bila depa nak pi motong.

Info Tambahan
No. Telefon Konsulat Malaysia Songkhla.
Email pun ada.
So bila hangpa nak masuk siam email maklum kat depa. Depa nak reply tu terserahlah.

Telephone: +(6674)311062
+(6674)316274
Fax: +(6674)324004 / 312353
Email: mwsongkhla@kln.gov.my

Nama:
No Passport :
No HP
Jenis Kenderaan :
Tujuan Dan Destinasi :
No Hp Kecemasan

Komen anda di FACEBOOK : CIKGU JOE SATUN
Cikgu Joe Satun
Panduan Bermotosikal Di Thai

Isnin, 17 September 2018

LUPA NAK SERAH BORANG KASTAM THAI

Lupa Nak Serah Borang Kastam Thai atau CUSTOM DECLARATION FORM ( THAILAND ) apa nak buat ?

Sorry la , selama ini aku dok share tentang info bagaimana nak masuk ke Siam. Lupa tulis info bagaimana nak keluar dari Siam.

1. Pastikan Borang kastam diserah kembali sebelum nak keluar.
Rujuk GAMBAR.

2. Tang Mana nak serah ?
Pejabat Kastam la.

3. Tang Mana Pejabat Kastam ?
BACA BACA BACA PAPAN TANDA.
Tanya tanya tanyalah makluk Allah yang berada di sekitar Border Thai-Malaysia.

4. Masa serah jangan lupa TANDA TANGAN.

5. Bagaimana kalau borang tu koyak, rosak dan hilang ?
Bab tu aku pesan selalu, amik gambar borang kastam lepas buat. Simpan satu copy.
Bila hilang dan rosak ada BUKTI nak tunjuk kat Pegawai Kastam Siam. Hangpa ketegaq. Berbuih mulut lengoh tangan tulis. Hangpa baca tak mau amik paham. Ni tolong share kat kawan bila pas baca.

5. Cuba tengok GAMBAR tu.
Ada tulis tarikh lupus. TAHUN SIAM 2559 sama dengan tahun 2016, kalau tahun ni 2561 sama dengan 2018. PAHAM KA ?
Siam hormat kat tahun buddha , kita ja dok guna tahun orang putih, tak mau guna tahun HIJJRAH....haha.

6. Tengok tarikh dan haribulan. Biasanya kastam Siam bagi sebulan dari Tarik hangpa masuk. Jadi kalau lupa hantaq dalam masa belum lepas mai dari tarikh mati. Pi Border bawa kereta atau motor tu hantar. Tak Kena denda.
Kalau dah lewat sehari ( 1hari x thb1000 = Thb1000 ) .
Kalau 9 hari ( 9 x thb1000 = 9000 )
Maksimun THB10,000 atau bersamaan dengan nilai RM semasa.
Jangan tanya aku, aku bukan tokey Money Changer.

7. Ada orang wasap aku, bagi tau, dia tak da masa nak datang sebelum tarikh mati. La dok habaq kat aku buat pa. Hang punya pasai la. Aku bukan PEGAWAI KASTAM SIAM. Hang siap la THB10,000 untuk bayaq denda.

8. Ada yang PM aku tanya, tak boleh kautim ka ? Ya Allah aku ni nak habaq kat hangpa, mati nak masuk syurga la. Rasuah aku tak main la. Paham ka. Hang nak masuk neraka hang pi la. haha.

9. PAHAM KA ?

10. Mengkalu tak paham lagi.....hang cross border KL SELANGOR dah la. Ambik gambaq pintu gerbang di Lebuhraya Persekutuan pun kira ok la. haha

CJS Satun 406
Contoh Borang Kastam Thai

Info KLIK



Jumaat, 14 September 2018

Siapa Cikgu Joe Satun

Siapa Cikgu Joe Satun ? Budak tak pass SPM lari pi dok di Satun Siam. Itulah tomahan yang sering diterima. Namun Alhamdulillah, aku tak marah kerana aku pilih untuk berada dibelakang tabir.

Aku guna nama FACEBOOK : Karlisa Latisya. Ada yang panggil aku kakak. Aku ketawa dan aku layan dengan setia.

Aku mula berkhidmat kepada masyarakat sejak tahun 2012 lagi. Aku mengajar fardu ain dalam Bahasa Melayu secara percuma. Budak budak panggil aku USTAZ namun aku marah sebab aku sekadar ajar Alif Ba Ta dan ambil wuduk. Pelajarku terdiri dari mereka yang usia lima hingga duabelas tahun. Tapi aku syok ajaq budak umoq lapan tahun kebawah. Senang aku nak cong.

Sejak 2012 hingga 2018 aku dah lupa berapa banyak orang yang aku bantu bila ditimpa musibah di Thai. Tapi cuma ada dua nama yang terpahat dijiwaku. Sat gi aku cerita sapa.

Aku tolong orang, aku tak pernah tanya, HANG SAPA ? Aku tak pilih bangsa dan agama. Aku tak pernah minta duit. Walaupun kekadang aku makan mee segera 3H2M.

Namun aku happy sebab aku yang GATAI PUNGKOQ nak pi tolong orang. Tu bila susah, tak kan aku nak minta kat hangpa.
Hangpa Paham ka ?

Nama Arwah Jafri Dan Arwah Arif menjadi ingatan pada aku.
Hangpa tengok hari kejadian dan bulan kejadian. Tarikh pun dekat dekat tapi tahun ja tak sama.

InsyaAllah lepas pembukaan Cafe,Homestay,Boutique dan Karlisa Travel aku berniat nak buat kenduri arwah dan doa selamat.

Aku tak tau pasai apa nama depa ni membayangi hidup aku. Aku tak pernah kenal mereak walaupun dalam FACEBOOK.
Namun aku rindu sangat pada mereka.

Bacalah cerita mereka

1.Penunggang Malaysia maut di Hatyai
https://www.hmetro.com.my/node/193953

Hatyai: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi warga Malaysia maut manakala isterinya cedera parah dalam kemalangan di sini, hari ini.

Pegawai siasatan Balai Polis Hatyai Kapt Thirathat Thammarat berkata, kejadian pada 9.30 pagi (waktu tempatan) di Jalan Khancanawanit mengorbankan Jaafary Jaafar, 48, berasal dari Johor.

Isterinya yang cedera parah dalam kemalangan itu dikenali sebagai Nor Syakila Burhanuddin, 45, dari Johor dan merupakan pembonceng motosikal malang itu.

"Warga Malaysia itu peserta dalam konvoi 10 rakyat negara itu menaiki lima buah motosikal dalam perjalanan pulang ke negara asal mereka selepas bercuti di Thailand," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, tiba di persimpangan jalan, motosikal mangsa merempuh sebuah motosikal dinaiki warga Thailand yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan.

Beliau berkata, penunggang motosikal warga Thailand itu mengalami kecederaan parah dan akan disiasat polis apabila keadaan kesihatannya mengizinkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 7:57 PM



2.Rakyat kita terkorban di Phattalung, Thailand
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/01/304241/rakyat-kita-terkorban-di-phattalung-thailand

SEORANG lelaki rakyat Malaysia yang mengikuti konvoi motosikal berkuasa tinggi di Phattalung, Thailand, maut manakala isterinya cedera parah dalam kemalangan jam 4 petang tadi (5 petang waktu Malaysia) hari ini.

Mangsa, Muhammad Ariff Suhery, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Nur Arissa Ruri Ahon, 34, yang membonceng parah.

Menurut sumber pihak berkuasa Daerah Paborn, Selatan Thailand, ketika kejadian mangsa dan isteri berkonvoi bersama empat lagi rakan mereka dalam perjalanan menuju ke Koh Samui.

Katanya, konvoi berkenaan melalui Lebuhraya Petchakasem terletak antara Hatyai dan wilayah Phattalung sebelum mangsa melanggar belakang sebuah pacuan empat roda yang berhenti secara tiba-tiba dalam sekatan jalan raya dilakukan polis Thailand.

“Mangsa dipercayai tidak sempat menekan brek terus merempuh belakang pacuan empat roda itu menyebabkan kedua-duanya terhumban ke tengah jalan.

“Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah manakala isterinya yang parah dibawa ke Hospital Phattalung bagi mendapatkan rawatan lanjut”€ katanya.

Difahamkan, wakil Konsulat Malaysia di Songkhla turut melawat mangsa di Hospital Phattalung selain bagi membantu urusan keluarga mangsa untuk menuntut serta membawa balik jenazah Muhammad Arif ke Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 January 2018 @ 11:19 PM

CJS
Arwah Jaffri Jaafar ( CJS )
CJS
Arwah Arif ( CJS )


Khamis, 13 September 2018

PEMBUKAAN CJS SATUN 406 Cafe Boutiqe Homestay Karlisa Travel

PAK BARA
CJS SATUN 406

PEMBUKAAN CJS SATUN 406 Cafe Boutiqe Homestay Karlisa Travel di Ban Pak Bara, Tambon Pak Nam, Amphore Langu, Changwat Satun, Thailand.

https://goo.gl/maps/Q6Qd9z4bw3u

Klik Link Tertera. Dari Wang Kelian Border 65KM sahaja.

Kami menawarkan Perkhidmatan seperti :-

1.Cafe santai untuk berehat. Menu seperti Teh dan Kopi Thai. Makanan ringan seperti Daging Bakar,Ayam Bakar dan sate Thai juga makanan ringan.

2. Kemudahan menempah penginapan hotel disekitar Pak Bara.

3. Kemudahan menempah tiket feri ke Koh Lipe.

4. Disamping itu Syarikat kami, KARLISA TRAVEL menyediakan perkhidmatan perlancong di sekitar Pak Bara dan Wilayah Satun.
Anda boleh dapatkan Info Menarik Disini dan juga DISINI.

5. Kami bakal membuka sebuah HOMESTAY 3 bilik Berhawa Dingin bagi pelancong yang merancang percutian Bajet. Sebuah HOMESTAY boleh memuatkan 10 - 15 dewasa campur kanak-kanak. Jika DEWASA 10 orang cukup selesa.

6. Di Cafe kami, ada juga menjual barangan cenderamata seperti baju T ( CJS SATUN 406, I AM SEPUPU )

Kami berharap sokongan anda semua dapat merealisasikan impian kami membina sebuah perniagaan yang dapat membantu RAKAN RAKAN MALAYSIA bercuti dengan kos jimat. Disamping itu dapat meringankan kewangan kami bila keluar membantu rakan-rakan Malaysia yang ditimpa MUSIBAH di Selatan Thailand.

CJS SATUN 406 WUJUD KERANA KASIH SAYANG RAKAN RAKAN DARI MALAYSIA.

InsyaAllah 16hb September 2018. Anda dijemput Hadir


Pak Bara
T Shirt CJS Satun 406

I Am Sepupu
I AM SEPUPU

PAK BARA
CJS Satun 406


Rabu, 12 September 2018

AtM Mega Gathering 2018

AtM Mega Gathering
AtM Mega Gathering

AtM Mega Gathering Anda dijemput hadir.
Assallammualaikum wbt
Di sini di sertakan sedikit ittenary

19 okt 2018 ( Jumaat )
3.00pm - Register peserta
5.30pm - Launching Monumen
6.30pm - Sunset Bkt Melawati
8.00pm - Perasmian & Talk d Stadium ( antaranya )
 = Alfishahrin & Diana ( Kapcai London)
 = Zainalb Celestet...Rider 1 World
 = Acid Mustafa Mustafa ...Pengembara motosikal dn basikal
 = Pak Hamid Land Cruiser 4x4
 = Miqdad & wife ....Himalayan Rider Couple
 = Cg Joe Satun ...Sukarelawan Thailand Malaysia
Dan ramai lagi....
2.00am - Penutup

20 Okt 2018 ( Sabtu )
9.00am - Bekpes
10.00am - Pusing2 Sekitar Pekan Kuala Selangor
11.00am - Festival Of Wings ( Himpunan Burung2 Sedunia )
1.00pm -  Lunch d Cendol Sawit Bukit Kuching
3.00pm - Pantai Remis...aktiviti santai
8.00pm - Kelip2 Kg Kuantan ( The Second Bigers In The World Fire Fly )

21 Okt 2018 ( Ahad )
Aktiviti bebas...


...................................................................

Pendaftaran Nama Peserta AtM Gathering 2018...

Cadangan Awal Bagi Bayaran Penyertaan Adalah seperti Berikut..

Bayaran Pendaftaran adalah sebanyak RM 50.00.
Bayaran ini merangkumi
1 x Baju Official AtM Gathering.
1x Sticker Atm
1x Dinner

Termasuk juga didalamnya adalah bayaran pengurusan bagi melancarkan perjalanan Gathering ini.


Senarai Nama peserta.
mohon disertakan dengan Nama, No Telefon dan saiz baju..

1. Abi Khalid
2. Mohdi 0129466796 XL
3. Pak  Eid 0124614848- L
4. CJS - XL
5. ZRzorro 0122467000 2XL
6. Muhammad Hafizzuddin Mustapa 0106580010 M
7.Che att 0194808616 M
8. Zaman Labu 0173622421 XL
9. nazri asru 0123565163 2xl
10 Mizi 012 2941011 L
11. Yazid 01111500811 ( L )
12. Jibam 0192540315 (XXL)
13. django 0135053124 (XL)
14. Rozali 0192887147(L)
15. D.D 0133389881 (L)
16. AMH - 0137777229 (XL)
17. Jep Putra 0102889337 (3XL)
18. Hasnor 01133020411 (3XL)
19. Aril 0182408081 3XL
20. Irwan J, @Iwan J ,3XL
21. Farhan 01112200773 2xl
22. Fendi 0123913395 2XL
23. Hafiz 0139155155(xl)
24. RASHIDAN ISMAIL 0194516617 XL
25. Saiful Ikram Selamat 0163061438 XL
26. brahimhonda 0165355689 XL
27. Royhan 0176540334 (XL)
28. Pak Aboo 0123839379 XL
29. Azmie XL 0132606141
30. Zamri - ( L ) 0183773976
31. Wife Zamri ( M )
32. Faris ( L ) 01110041509
33. Azram (M) 0102202900
34.radeonclaws (L) 0172696059
35. Yuz (L) 0199894746
36.Rafzan (L) 0123019548
37. Matpis (L) 0142229400
38 Lim (3XL) 0196566932
39. Aizee Joe (3XL) 0123066844
40. Shafiq muaz (L) 0176779325
41.  MRO (L)0192163630
42. Wahidalwie 01132404611 2XL.
43. Hezeri Samsuri 0123043634 3XL
44. Hafiz 0192595314 (XL)
45. Fazle lee 0123585047 (5XL)
46.
47.
48.
49.
50.

Sila copy & update

Sila berhati-hati ketika tuan puan copy & paste bagi memastikan tiada  nama oran bg yang sebelumnya tercicir...


Ayuh kita gegarkan kuala Selangor...

JOIN WHATSAPP GROUP
Klik Link Dibawah Untuk Pendaftaran
https://chat.whatsapp.com/2wKq8LeIkNX5txQaQy1dok

Sewa Motor Di Thai Risiko Dan Polisi

CJS Satun 406
Sewa Motor Di Thai Risiko Dan Polisi

Sewa Motor Di Thai Risiko dan Polisi aku dah tulis dua kali. Tulis dalam FB orang susah nak rujuk. Ni aku post kat blog.

1. SEWA MOTOR DI THAI

Kekadang aku syok baca, geng budak-budak travel posting dengan bangganya depa dapat sewa motor di Thai, serendah Thb100/hari.

Betullah memang murah kalau tak accident. Tapi bila accident kena pula hangpa yang salah. Maka siaplah duit.
JANGAN KATA KENA PAU.

Bahawasanya motor sewa tersebut cuma ada insuran Por Ror Bor atau Compusory.
Oleh itu, hangpa kena tanggung :-
( anggap hangpa salah )

1. Kos kerosakkan kenderaan yang terlibat.
2. Kos kerosakkan motor sewa.

Oleh itu, pastikan motor sewa itu ada voluntary insuran 1st class atau 2 nd class. Insuran itu cover motor sewa dan kenderaan yang terlibat.

Jika voluntary 3rd class, anda kena repair motor sewa dan insuran cuma cover kenderaan terlbat.

Oleh naik tuk tuk atau motor tambang. Risiko sangat kecil.

REFER : http://englishnews.thaipbs.or.th/road-accidents-involving-foreign-tourists-using-rented-motorbikes-rise-pai/

FAHAM KOT NOOOH.
tak faham, lantak lah.

2. POLISI SEWA MOTOR DI THAILAND

Contoh Surat Sewa Motor di Siam.
Thb300 x 2 buah per day.
Hangpa baca dak polisi dia.
Hangpa tau dak, kalau accident hangpa kena bayar gantirugi motor dan kenderaan yang hangpa langgar.

Hangpa tau dak risiko yang hangpa kena tanggung , jika berlaku kemalangan.

Hangpa tau dak passport kita tak boleh buat " CAGARAN ".

Toksah cari pasai la. Naya satgi.

Baca polisi dibawah.
CJS Satun 406
Polisi Sewa Motor Thai

Isnin, 10 September 2018

Proses Claim Insuran Di Thailand

Proses Claim Insuran Di Thailand bila anda atau rakan anda kemalangan. Samada jatuh sendiri atau berlanggar. Tak kiralah insuran apa. Por Ror Bor ( compusory ) atau voluntary.

1. Laporan polis ( WAJIB )
2. Serahkan polisi insuran dan laporan polis kepada pihak hospital.
3. Proses claim menjadi mudah.

Oleh itu anda DINASIHATKAN untuk :-
1. Ambil gambar salinan :-
- passport
- declaration form
- TM2,TM3,T6
- polisi insuran
Simpan dalam handphone dan whatsapp ke nombor rakan atau email ke email sendiri. Hilang mudah dapat ganti sebab ada bukti.

2. Beli Simkad SIAM dan jangan lupa topup.

3. Ingat nombor penting seperti :-
- 1155 Tourism Police
- Tourist Assistance Center ( TAC )
rujuk disini klik

4. Hangpa baca DISINI
Dah banyak aku share.

TIADA LAPORAN POLIS
1. Anda tak boleh claim insuran.
2. Anda kena bayar sendiri kos hospital
Bila bayar dan nak claim, agak sukar kerana bayaran dibuat melalui cek dan anda susah untuk buka account bank di Thailand.

Oleh itu baca dan share dengan semua group Whatsapp geng kembara ke Thailand

#CJSsatun406
#cikgujoesatun


Jika perlu nasihat sila Whatsapp : +66887553209

Nak koh bulone sila KLIK SINI

CJS SATUN 406
CJS SATUN 406








Jumaat, 7 September 2018

Cuaca Terbaik Melawat Pak Bara Satun

Bilakah cuaca terbaik untuk melawat Pak Bara, Satun, Thailand ?
Soalan ini sering ditanya kepada CJS Cikgu Joe Satun.

CJS SATUN 406
CJS SATUN 406


Jawapannya :
1. Tengok tujuan hangpa nak mai buat apa ?
- mai makan dan rehat saja, sepanjang tahun ok.
- mai nak main kayak sungai, bila hujan lebat, mengkalu ayaq naik, tak ok. Tapi kalu hujan baru turun, memang best giler.
- nak pi pulau dan rehat tengok laut.Sepanjang tahun.
- nak snorkeling, bulan November sampai May.
Paling terbaik bulan Januari sampai April cuaca panas .

2. Biasanya angin Barat bermula bulan pertengahan April hingga pertengahan Oktober. Angin barat biasa membawa hujan dan arus laut yang kuat. Ombak pun boleh tahan. Air laut agak keruh di pulau dan tukaq kaler kegelapan di tepi pantai.

3. Angin Timur bermula Pertengahan Oktober Sampai Pertengahan April. Biasanya bila tiba musim timur, maka kemarau akan melanda dikawasan Pantai Barat Thailand. Kemarau teruk dari hujung Disember hingga hujung April. Panas tahap gaban la kata budak whechat.

4. Belah mana pantai barat dan belah mana pantai timur ?
Hangpa berdiri mengadapap matahari jatuh.
Belah kanan hangpa utara.
Belah kiri hangpa selatan.
Belah pungkoq hangpa timur.
Belah depan hangpa barat.

5. Buka peta di handphone, mengadap matahari jatuh.
Pusing kanan. Biaq bahu kiri mengadap matahari jatuh, muka hangpa akan mengadapa UTARA.
Tengok PERLIS tang mana.
Kedah tang mana ?
Satun tang mana.
Belah kiri atau belah kanan.
Kalau belah kiri, maka barat.
Kalau Kedah dok belah barat, pi mandi wajib,ambik wuduk, maka buat solat TOBAT.
Paham Ka ?

Tak paham lagi
Whatsapp : +66830948948


Isnin, 3 September 2018

Koh Bulone November Hingga May ( Karlisa Travel )

Koh Bulone terbaik untuk dilawati sekitar pertengahan Oktober hingga penghujung May setiap tahun. Namun waktu paling terbaik dari Januari Hingga April.

Terdapat 6 pulau disekitar kepulauan Bulone atau nama asalnya adalah Pulau Buluh.
1. Bulone Pai atau Pulau Buluh Buluh
2. Bulone Don atau Buluh Darat
3. Bulone Lay atau Buluh Laut
4. Bulong Rang
5. Koh Hin Khao
6. Pulau Ayam

Program 3H2M

1.Harga pakej THB10,000/sebuah bot/muatan tidak lebih daripada 10 penumpang ( dewasa dan kanak-kanak )
termasuk
Bot Panjang ( muatan 10 orang sahaja )
***Permit ( Job Order Travel Agent )
***Insuran
***Tour Guide
***Life Jacket
Makan Buffet
Snokel Gear

*** WAJIB

2. BERSEDIA THB200/orang untuk cukai Taman Negara jika diminta pengawal.

3. Penginapan bermula dari THB800 hingga THB1000 semalam.

4. Akan datang Homestay untuk 10orang harga dari THB1500-Thb1800 semalam disediakan.

5. Sila hubungi Karlisa Travel WHATSAPP +66830948948

SAH SEHINGGA DISEMBER 2018


Koh Bulone November Hingga May
Koh Bulone November Hingga May

Koh Bulone November Hingga May
Koh Bulone November Hingga May

Koh Bulone November Hingga May
Koh Bulone November Hingga May

Koh Bulone November Hingga May
Koh Bulone November Hingga May

Koh Bulone November Hingga May
Koh Bulone November Hingga May

Koh Bulone November Hingga May
Koh Bulone November Hingga May

Koh Bulone November Hingga May
Koh Bulone November Hingga May

Koh Bulone November Hingga May
Koh Bulone November Hingga May

Koh Bulone November Hingga May
Koh Bulone November Hingga May