Gua Urai Thong atau Urai Thong Cave Langu Satun Thailand terletak lebih kurang 14 KM dari CJS SATUN 406 .
Urai adalah perkataan Melayu bermaksud Emas. Thong adalah perkataan Thai bermaksud Emas.
Sebuah bukit Geopark Satun, kira 40 meter pendakian ke muka pintu gua. Memasuki ke dalam gua yang berhiasan dinding keemasan semulajadi bisa memukau setiap pengunjung.
Di samping itu, terdapat stalagmit di dalam gua yang dibahagikan kepada bilik-bilik seperti Samphao Cave. Lod Cave mempunyai aliran dan jambatan kaki yang indah. Bahagian atas bukit juga merupakan sudut pandangan untuk pemandangan indah.
Lokasi ke Gua Urai Thong adalah seperti berikut :
Urai Thong Cave
Unnamed Rd, Tambon Kamphaeng, Amphoe La-ngu, Chang Wat Satun 91110, Thailand
+66 74 710 725
https://goo.gl/maps/csrashp1PcA2
MASUK FREE
 |
| Gua Urai Thong Cave 1 |
 |
Pintu Gerbang
|
Location:
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.
Post a Comment for "GUA URAI THONG CAVE LANGU SATUN"