SEARCH

Khamis, 28 November 2013

Resepi Daging Bakar Thailand Atau Daging Bakar Satun



Kalau anda datang ke Dannok,Padang Besar,Satun,Hat Yai atau Siam atau Thailand, jangan asyik cari Tom Yam sahaja.Cuba rasa daging bakar dan sos cicah.Makan saja pun sedap atau makan dengan nasi pun sedap.Ikut suka anda lah. Ini dia resepinya. Nak masak moden atau tradisional pun boleh.Saya guna MICROWAVE saja ,mudah sikit.


Anda Baca Disini KLIK
Satun Mables
- Koh Lipe
Koh Bulone
Pak Bara


Proses Pertama ( Penyedian Daging )

1.Daging               ~  1/4 Kilo ( daging kotak/sejukbeku atau Daging Segar)
2.Bawang Putih    ~ 3 ulas
3.Bawang Merah  ~ 1 ulas
4.Kicap Manis      ~ 2 sudu Besar
5.Sos Tiram           ~ 1 sudu Besar
6.Garam                 ~ 1 sudu Kecil
7.Aji No Moto     ~ ikut citarasa/boleh diganti sedikit gula
8.Serai                   ~ 1 Batang

Cara Membuatnya

Daging kotak , defrost microwave 4 minit ,dicuci ,dan dibiarkan kering 10 minit

atas suratkhabar lama.
Dipotong macam rupa daging burger.

Bawang putih,Bawah Merah dan Serai,Garam,dan Aji diblender lumat
Campurkan Kicap manis,Sos Tiram

Akhirnya semua bahan digaul rata. Masukkan daging dan digaul rata.
Masukkan dalam bekas bertutup.Perapkan dalam petisejuk minima 3jam.

Proses Kedua ( Sos untuk cicah )

1.Cili padi/cabai melaka  ~ 5 biji
2.Cili Merah                      ~ 1biji    
3.Belacan
4.Bawang puith              ~ 2 ulas
5.bawang Besar              ~ 1biji besaiz kecil ( diameter 35mm)
6.Gula                              ~ 1/2 sudu kecil
7.Garam sedikit
8.Aji sedikit
9.Limau Nipis                 ~ 1biji
10.Asam Jawa               ~ 3 biji/ambil airnya sahaja

Langkah Pertama

Bawang Putih,Bawang Besar,Belacan dibakar microwave 4 minit medhigh

Langkah Kedua
Masukkan kesemua bahan tadi kedalam blender dan blender lumat

SIAP MASUKKAN KEDALAM BEKAS BERTUTUP
(simpan ditempat yang selamat)

SELEPAS 3 JAM ATAU LEBIH

Ambil daging yang diperap tadi
Ambil pinggan leper yang tahan panas
Sapukan butter pada pinggan
Masukkan Daging kedalam pinggan

Masuk kedalam Microwave suhu High 6 minit
Siap
Alih atai tiarapkan daging tadi
Masukkan ke dalam Microwave suhu High 4 minit

Rasanya dah masak.Ini semua bergantung kepada citarasa anda.
Anda boleh bakar secara manual
Anda boleh tumbuk bahan pencicah.....ikut citarasa