Melawat Satun Banner

Antara Google Maps Waze dan maps.me

Antara <a target="_blank" href="https://www.google.com/search?ved=1t:260882&q=Google+Maps&bbid=1051634223020121978&bpid=8303193931068936322" data-preview>Google Maps</a>, <a target="_blank" href="https://www.google.com/search?ved=1t:260882&q=Waze&bbid=1051634223020121978&bpid=8303193931068936322" data-preview>Waze</a> dan <a target="_blank" href="https://www.google.com/search?ved=1t:260882&q=MAPS.ME&bbid=1051634223020121978&bpid=8303193931068936322" data-preview>MAPS.ME</a> - Mana Paling Sesuai Untuk Ride & Travel? (2026)

Antara Google Maps, Waze dan MAPS.ME - Mana Paling Sesuai Untuk Ride & Travel?

Artikel ini sebenarnya ditulis pada tahun 2018 ketika saya baru mula aktif menjelajah menggunakan motosikal. Walaupun pengalaman ketika itu hanya sekitar 10,000 km (6,000 km di Thailand selama lebih dua bulan dan 4,000 km di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 44 hari), pengalaman tersebut banyak mengajar saya tentang kepentingan aplikasi navigasi.

Sehingga hari ini, ketiga-tiga aplikasi ini masih menjadi pilihan utama ramai pengembara. Namun setiap satunya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

Apps Google Maps, Waze, Maps.me



1. Google Maps

⭐⭐⭐⭐⭐

  • Boleh digunakan secara Online dan Offline.
  • Ketepatan sekitar 80% hingga 90% bergantung kepada kawasan.
  • Jika menggunakan Offline, pastikan peta telah dimuat turun terlebih dahulu.
  • Sekiranya berlaku jalan ditutup atau lencongan baru, routing offline agak perlahan untuk dikemaskini.
  • Sangat sesuai untuk kegunaan harian dan perjalanan jauh.
  • Pastikan anda taip specifik Lokasi, contoh jangan taip Pak Bara tapi taip Pak Bara View Point. Atau jangan sekadar taip Hatyai tapi taip lokasi tepat seperti Asean Night Bazaar.
  • Pilih laluan kereta kecuali di Bangkok

📖 Baca di sini: Salah Faham Pengguna Google Maps

2. Waze

⭐⭐⭐⭐☆

  • Sangat sesuai di bandar besar seperti Kuala Lumpur.
  • Maklumat trafik dikemaskini secara masa nyata.
  • Boleh membantu mengelakkan kesesakan jalan.
  • Namun ketika saya menggunakannya di beberapa kawasan luar bandar Thailand dahulu, kadang-kadang ia memilih laluan yang terlalu kecil sehingga terasa seperti melalui belakang rumah orang. Mujurlah sekarang algoritma Waze sudah jauh lebih baik.

3. MAPS.ME

⭐⭐⭐⭐☆

  • Pilihan terbaik untuk perjalanan tanpa internet.
  • Pastikan anda memuat turun peta negeri atau negara sebelum bertolak.
  • Kemaskini peta secara berkala.
  • Sesuai digunakan ketika menjelajah kawasan pedalaman atau luar negara.

Kesimpulan

Bagi saya, tiada satu aplikasi yang benar-benar sempurna.

  • ✔ Google Maps untuk navigasi harian.
  • ✔ Waze untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
  • ✔ MAPS.ME sebagai backup apabila tiada internet.

Walaupun menggunakan GPS bernilai puluhan ribu ringgit, jika tidak mahir membaca peta dan memahami laluan, tetap boleh tersesat. Satu lagi cabaran menggunakan telefon pintar ialah apabila ada panggilan telefon atau mesej WhatsApp masuk ketika sedang bernavigasi. Silap tekan, terus hilang paparan peta. 😄



Promosi Karlisa Travel

Merancang percutian ke Satun, Pak Bara, Hat Yai atau Koh Lipe?

🌐 https://www.satunsiam.com
📱 WhatsApp Karlisa Travel:
+66 83-094-8948


Artikel Berkaitan

Rancang Trip ke Thailand Bersama Karlisa Travel!

Dah alang-alang melawat Thailand, apa kata teruskan perjalanan percutian anda dengan tenang. Biar Karlisa Travel uruskan segala keperluan logistik dan penginapan anda sepanjang di Thailand.

Kami menyediakan perkhidmatan menyeluruh untuk destinasi popular seperti Satun, Pak Bara, Koh Lipe, Hatyai, Krabi, dan Phuket:

  • Tempahan Hotel: Pilihan penginapan terbaik dan selesa mengikut bajet anda.
  • Tempahan Tiket Feri: Pengangkutan bot dan feri terus ke Pulau Koh Lipe tanpa pening kepala.
  • Tempahan Van Sempadan: Perkhidmatan van sewa dari pintu sempadan Wang Kelian atau Padang Besar terus ke destinasi pilihan anda (Satun, Pak Bara, Koh Lipe, Hatyai, Krabi, Phuket).

Urusan Mudah & Pantas! Hubungi kami sekarang:

📲 WhatsApp: +66 83 094 8948
🌐 Layari Web Resmi: www.satunsiam.com

PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Antara Google Maps Waze dan maps.me"

WhatsApp Karlisa Travel