Melawat Satun Banner

Bahasa Melayu Di Satun Thailand - Bekas jajahan Kedah

1909-2018 sekadar 109 tahun selepas Perjanjian Bangkok.
Perjanjian berat sebelah dan pandai pandai antara British dan Siam kerana mengabaikan Kedah.
Ini kerana pada ketika itu British telah menguasai Kedah dan berhak mewakili Kedah.
Mereka membahagi bahagikan Wilayah Melayu sewenang wenangnya tanpa berbincang dengan Wakil Melayu.

Tidak boleh disalahkan 100% kepada Raja Raja Melayu kerana kedaifan Ilmu.
Sultan Abdul Hamid ( Kedah ), mulai sedar tentangnya kepentingan ilmu. Baginda menjemput Master Muhammad seorang guru Inggeris dari Penang Free School untuk mengajar Bahasa Inggeris di Kedah.
Ada versi menyatakan bahawa Master Muhammad ini berasal dari Kerala India.
Persoalan kini , Benarkah beliau berasal dari India ?
Siapakah Master Muhammad ?
109 tahun berlalu, generasi kedua penduduk Setoi masih lagi hidup dan segar dengan kenangan sejarah melayu. Ramai yang fasih berbahasa melayu loghat Kedah.
Perlu adanya kumpulan penjejak sejarah Melayu datang memcungkil rahsia lama. Jika tidak , cerita ini akan mati bersama mereka.
Generasi ketiga , majoritinya dah berbahasa Thai akibat Dasar Thesapiban yang diperkenalkan pada Tahun 1939. Apakah kesan dasar ini kepada generasi ketiga dan seterusnya ?
Generasi keempat dah hilang jatidiri melayu. Ramai yang pernah berkata " apa lah sangat dengan melayu " Allah tak akan tanya nanti bangsa apa .
Kesannya bila Bahasa Melayu mula hilang ,
Allah disebut Alah.
Harus diingat bahawa bahasa melayu antara bahasa yang hampir dengan Al Quran.
Tamaddun Melayu antara tamaddun manusia yang dibicarakan dan di buat kajian
Bahasa Melayu, antara 10 bahasa terpenting di dunia.
Perjuangan memartabatkan Bahasa Melayu bukan untuk memerdekakan Satun.
Tapi sekadar mengembali jatidiri orang Melayu Satun
kerana
Bahasa Jiwa Bangsa.

KESAN
Nama Tempat dan Nama Orang
Contoh Nama Tempat
1. Tanjung Pauh - Tanyongpo
2. Wang Belacan - Wang Prachan
3. Pengkalan Jintan - Kalan Yintan
4. Kuala Bara - Pak Bara
5. Laku - Laku
6. Belanga - Langa

Nama Orang
1. Othman - Ottoman
2. Bendahara - Haura
3. Anuar - Anad
4. Salmah - Salamah
5. Najib - Nayib
6. Wahab Yusof - Habjusof
7. Long Putih - Lang Putik
8. Wahab - Wahabe

Pada hemat aku bukan salah kerajaan tapi salah penduduk yang buta bahasa Melayu.
~ cikgu joe ban khuan satun ~

Cikgu Joe Satun
Rumah Lama Satun

info koh bulone KLIK

PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Bahasa Melayu Di Satun Thailand - Bekas jajahan Kedah"