SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Sabtu, 29 November 2014

Info Satun Dalam Bahasa Melayu

Travel Blog Malaysia Thailand

Wilayah Satun Thailand , atau terkenal dengan nama Setoi bagi penduduk utara Malaysia bersempadan dengan negeri Perlis. Anda boleh melalui pintu Wang Kelian di Perlis, berferi dari Langkawi ke Tammalang dengan harga harga RM30 sehala.

Jika anda dari Hat Yai , anda boleh memandu sehingga menemui Highway 406 . Jaraknya lebih kurang 90km ke Pekan Chalung , Satun. Di Pekan Chalung anda boleh ke Pak Bara lebih kurang 46 Km atau Bandar Satun.

Pak Bara adalah pekan perlancongan yang kian popular di Wilayah Satun. Di Pak Bara anda boleh bersantai sambil menjamu selera makanan laut dengan harga yang berpatutan . Untuk  info lanjut anda baca disini, Tempat Makan dan Makanan Popular di Satun

Di Pak Bara juga anda boleh menaiki Feri ke Pulau Batu Karang , antara yang tercantik di dunia.
Tambang Feri anda boleh semak disini. Jadual Feri dan Harga
Koh Lipe adalah sebuah pulau yang dilindungi di satun . Anda perlu membayar cukai jika ingin ke sini.
Info Koh Lipe Baca Di Sini

Dari Pekan Chalung anda boleh ke Bandar Satun.

Wilayah Satun , terletak di Selatan Barat Thailand.Satun adalah wilayah yang kecil dan tenang.Bandar Satun juga dikenali sebagai " Clean City" , "Serenity", Prisitine Nature ( Bandar Bersih , Ketenangan dan Alam Semulajadi )

Wilayah Satun di hijau oleh hutan semulajadi yang belum diterokai dan pulau-pulau disekitar Laut Andaman yang belum dicemari.Wilayah ini tidak pernah digemparkan oleh serangan pengganas atau dicemari dengan pergaduhan kaum atau agama.

Wilayah Satun tidak sepopular dengan Songkhla atau tempat percutian seperti Krabi dan Phuket. Ini adalah kerana Wilayah Satun tidak dipromosikan sehebat tempat tempat percutian yang lain. Kini pihak berkuasa mula mempromosikan Wilayah Satun kepada dunia luar.

Bandar Satun terletak lebih kurang 973 kilometer ke selatan Bangkok.Penduduknya terdiri dari kebanyakan orang Islam dan dari suku Melayu Kerajaan Tua Kedah. Terdapat tujuh (7) daerah di Wilayah Satun.Daerah itu terdiri dari :-
1.Muaeng Satun
2.Khuan Don - 21Km dari bandar Satun
3.Tha Phea - 28KM dari bandar Satun
4.Khuan Kalong - 32Km dari bandar Satun
5.La-ngu - 50Km dari bandar Satun
6.Thung-Wa - 76Km dari bandar Satun
7. Manang - 60KM dari bandar Satun




Tempat Makan Thai Yang Popular Di Satun

Travel Blog Malaysia Thailand

Makanan Thai di Satun,Pak Bara ,Tanyong Po,Dannok,Hat Yai,Songkhla
Kami membuat kajian rambang dari pengguna dan sahabat Facebook.
Adakah makanan di Thai lebih mahal dari Malaysia ? Bagi kami yang dah merantau lebih 10 tahun di serata pelusuk Malaysia , tomyam dan seafood malaysia lebih murah. Tetapi citarasa sedikit kurang kerana tomyam versi Patani. Cuma seafood Satun lebih fresh. Apa komen anda ?
Lebih 73 sahabat Facebook : Karlisa Latisya yang LIKE status ini dan seramai lebih kurang 56 rakan yang memberi pendapat.
Kesimpulannya : Masakan Thailand sangat digemari oleh ramai pelancong. Ini antara sebab ramai yang berkunjung untuk menikmati makanan Thai seperti :-
1.    Tomayam
2.    Kengsom ( asam pedas thai )
3.    Seafood yang segar ( Udang,Ketam,Sotong)
4.    Masak kari hijau
5.    Nasi beras wangi
6.    Kerabu kaki ayam,mangga atau kerabu telur belangkas
7.    Daging Bakar dan ayam bakar
8.    Pulut Ayam dan pulut mangga
9.    dan lain lain
Anda Baca Disini KLIK
Satun Mables
- Koh Lipe
Koh Bulone
Pak Bara
Travel Blog Malaysia Thailand


Pejabat Karlisa Travel beralamat di CJS Satun 406, No. 678/4, 4052, Tambon Pak Nam , Amphore Langu ,
Changwat Satun, Thailand 91110 .

Waktu Urusan : Isnin - Ahad
Jam : 09:00am - 05:00 pm

Nombor Telefon :+66830 948 948 ( 0830 948 948 )

Whatsapp : +66830 948 948
https://wa.me/66830948948

Whatsapp : +6688 755 3209
https://wa.me/66887553209

Email : karlisahalim@gmail.com
Lokasi tempat makan
1.    Bandar Satun ( sebelah stesen minyak Shell dan berdekatan Masjid Mambang. Dibuka setiap hari dari jam 5.00 ptg – 10 mlm.Makanan yang menjadi pilihan disini. Masakan kampung versi Satun. Dari nasi campur dan pilihan beraneka lauk pauk hingga kuih muih dan perbagai kerabu.
2.    Tanyong Po ( Tanjung Pauh ) Dari makan tengahari hingga ke makan malam.Hidangan yang selalu menjadi sebutan ODANGKOTAM ( udang dan ketam ) perbagai jenis hidangan dan masakan laut dan masakan Thai boleh di pesan disini. Suasana Gerai tepi pantai dan berlatarbelakang Koh Tarutao dan Pulau Langkawi.
3.    Pak Bara pekan pelancongan yang kian popular di Wilayah Satun. Gerai di sepanjang pantai yang bersih sertan nyaman.Terdapat lebih dari 20 restoran dan cafe yang boleh memuatkan 50 – 100 orang dalam satu masa. Di Pak Bara selain boleh menjamu selera,anda boleh menganjurkan aktiviti berkumpulan serpeti sukaneka pantai , BBQ dan aktiviti bersiar siar bersama keluarga.Antara restoran dari puluhan yang ada, kami mencadangkan NAVA SEAFOOD kerana , 100% halal dan arak tidak dibenarkan dibawa ke restoran.Tempat riadah sesuai untuk seisi keluarga termasuk kanak kanak dan bayi. Kemudahan surau walaupun berhadapan dengan masjid.Mudah untuk berkomunikasi.Harga lebih kurang saja dengan restoran yang ada.

Travel Blog Malaysia Thailand



Sebahagian dari pendapat mereka
1.    Mulut Melayu : Belangkas (King Crab) berharga equiv. RM30? Fuhh!!!
2.    Mohammad Afendy Noor Khan Pengalaman saya makan tomyam setakat ni dlm malaysia or area thailand..makanan dekat Pak Bara memang terbaik setakat ini..tomyam seafood dia..kerabu kaki..daging bakaq..memang sedap..
        Betul tak Jamiran Satam?
3.    Che Bukh harga makan sekarang bleh kata dekat sama.. x mcm dulu2.. tp dari segi rasa of course kat thailand la kan.. sbb bahan masak mai dari sana.. kedai kat m'sia kena jimat cermat, tu yg rs kurang kick skit tu.. pada pandangan saya la.
4.    Azman Abdul memang thailand sedap ,,kalau free lagi sedap.... depan nok nam ban thong pun sedap..kedai kak aisyah (satun)
5.    Mohd Lotfi Abdullah ya....betullllll.....
6.    Jazzy Jeff Harga dah sama dengan Malaysia cuma masakan Thai asli lebih sedap. Di Malaysia ramai bukan nya tukang masak. Sekadar bekerja di restoran. Masakan pun tak sedap mana.
7.    Luth Fie Bawak la kami p.nk tau hahah ( tiada pengalaman di Thai )
8.    Ted Eijall Betui tu Jazzy Jeff...Teman Kalo Kat Malaysia ni mmg jarang jejak kedai tomyam ni...totally lain Dr kat siam tu...
9.    Jazzy Jeff (mention Ted Eijall) - ditambah lagi org Malaysia main bedal je ....he he he
10.  Shukri Abdullah ( mention Karlisa Latisya), kami sekeluarga selalu makan kt Tanjung Pauh…tomyam campur + ketam kari 1 kilo + nasi utk 4 org + 2(nasi tambah) = dlm ThB540 kalau saya x silap. Tp x pernah melebihi ThB600 lg laa....ok la saya rasa. Kalau nk banding dgn Kuala Perlis saya x pasti, sebab x pernah p makan pun...walau kami org sini...mmg fresh dan tomyam plg sedap setakat ini...
11.  Irwan Fahmy Kalau selain tjg pauh n sepanjang raj manggala poliiteknik( Jalan Ke Tammalang,Satun ) .. kebanyakan kedai makan kat thailand mmg mahal la.. tula betui kat malaysia tom yam versi pattani.. suh buat tomyiam putih dah rasa lain heheheh
12.  Abd Rahman Abd Ghani Org Msia yg sekali sekala makan masakan Thai akan kata 'murah nooo' terutama di DANNOK.Sebenaq nya mahal tuan tuan/puan puan.Rate Singapore tu....
13.  Shaiful Anuar Che Pe Karlisa Latisya kena buka bikers cafe dh senang kami nk makan
14.  Hamirudin Hamidi Kari Hijau di Krabi bikin teringat sampai sekarang.. THB 150.. Ada versi Greenwood, Gombak, oklah.. RM10..






Khamis, 27 November 2014

Peraturan Membawa Kereta Ke Thailand

Pak Bara,Satun,Koh Lipe,Hat Yai,Dannok,Thailand


Melancong ke Thailand samada dari Wang Kelian-Satun, Bukit Kayu Hitam-Dannok Padang Besar untuk ke Hat Yai, Krabi, Songkhla, Koh Samui  Bangkok  dengan memandu kereta atau motosikal memang menyeronokkan. Di selatan Thailand kenderaan tidak terlalu banyak dan jalannya besar dan selesa..
Bagaiamana prosedur membawa kereta.Baca Disini

Prosedur  membawa  Kereta  ke  Thailand ?
Bagaimana  hendak  bawa  kereta  ke Thailand ?
Cara-cara  nak  bawa  kereta  Malaysia  ke  Thailand ?

Ini adalah antara soalan yang sering kami  terima dari pembaca .

Ini jawapan  nya :-

1.Geran kereta asal ( ori ). Geran Fotostat pun boleh, dengan syarat ,ianya telah di sahkan (endosement)
   di mana-mana Balai Polis atau JPJ .

JIKA ANDA BUKAN PEMILIK KENDERAAN
   (anda perlu membawa contoh surat seperti di bawah)

2.Surat Kebenaran Pemilik .Sekiranya anda membawa kereta bukan milik anda atau tiada nama anda didalam geran.
   Contoh Surat Kebenaran Pemilik

FORMAT SURAT RASMI

1.NAMA PEMILIK

ALAMAT PEMILIK
NO MYKAD
NO HP

2.NAMA.PEMBAWA

ALAMAT PEMBAWA
NO MYKAD
NO HP

3.KERETA

JENIS KERETA
WARNA
NOMBOR PENDAFTARAN

PERKARA : SURAT KEBENARAN PEMILIK

Saya..............................(nama dan mykad).......................................... pemilik kereta Nombor Pendaftaran ........................................... membenarkan ....................(nama dan mykad) membawa kereta saya memasuki negara Thailand.


Tandatangan Pemilik                                                                                 Tandatangan Pembawa 

.................................................                                                              .................................................                                           
Nama                                                                                                      Nama
Mykad                                                                                                     Mykad
HP                                                                                                           HP


Sebaiknya anda menulis dalam bahasa Inggeris untuk memudahkan segala urusan. Penggunaan Bahasa Melayu juga dibenarkan TETAPI kadang kala ada juga Pegawai Kastam Thailand banyak soal. Surat kebenaran mesti yang asli.Kalau fotostat mestilah telah disahkan oleh Balai Polis.

3.Anda perlu membeli INSURAN THAILAND .
  a.harga RM18/seminggu



  Wakil Insuran Changlun :

Bila anda sampai di pekan Changlun,kiri kanan jalan ada kedai menjual insuran.
Tour Agent Dan Insuran, Wakil Kurnia Insuran,Kedai Bebas Cukai dan Insuran.Banyak wakil insuran kat Changlun ni. ( Tanya kat penduduk atau kedai makan)

Wakil Insuran Padang Besar

Sama sahaja macam di Changlun, banyak wakil insuran disana. Anda tengok papantanda berkaitan Insuran,anda pergi tanya.Mudah sangat.

4. Selepas urusan Passport atau Border Pass selesai, anda tanya atau cari Pejabat  Kastam Thailand.
    Kalau tak pasti tanya.Banyak yang akan membantu.
   
     SERAHKAN :-

    1. GERAN ( ori atau salinan)
    2.  Passport atau border pass
    3.  Surat Kebenaran Pemilik ( jika kereta bukan milik anda)

5. Ikut arahan seterusnya dari Pegawai Kastam yang bertugas.
1.     Jika minta bayaran, anda bayar mengikut permintaan.
2.     Jika di minta berjumpa Pegawai Atasan,ikut saja arahan

PROSEDUR BILA KELUAR DARI THAILAND

1.     Selesakan urusan Pasport
2.     Serahkan kembali surat pengistiharan membawa kereta ke Pejabat Kastam
3.     Jangan lupa untuk Tanda Tangan
4.     Tiada Bayaran di kenakan
5.     JANGAN LUPA MENYERAH SURAT PENGISTIHARAN MEMBAWA KERETA . Anda akan didenda jika terlupa atau sengaja tidak menyerahkan suart berkenaan.

NASIHAT KAMI KEPADA PEMANDU MALAYSIA

·         Beli insuran perjalanan ke Thailand.
·         Bertanya kepada wakil, kelebihan dan apa yang dilindungi
·         Perlukah insuran tambahan di beli




Pertanyaan emel ke karlisahalim@gmail.com  


INFO SATUN



Selasa, 25 November 2014

Harga Bilik Di Pak Bara Satun Thailand

LANGKA BEACH RESORT +66629728939

Berikut Adalah Harga Untuk Bilik Di Lake Terrace Resort Pak Bara Satun Thailand
UPDATE 9-11.2015
Langka Beach Resort , Pak Bara Beach Satun Thailand
Seaview Room : THB1000
Other : Thb800
Breakfast : THB110/Head
Info : whatsapp +66629728939
Total Room : 15

























Ahad, 23 November 2014

KOH LIPE 2D1N One Day Trip


One Day Snorkeling Trip 2Hari 1 Malam
Package A ( resort Rim Kaw atau setaraf)
RM280/Head
Package B ( resort Lake Terrace )
RM300/head
MINIMUM 10 pax

1.Speed Boat Fare (Round Trip)
2.Snorkeling Set
3.Lunch Box with Drinking Water
4.National Park Fees
5.Bemalam di Hotel
6.Dinner
Kanak kanak 0 - 4 th Percuma  9 - 11 th 70% , 12th harga dewasa.

One Day Snorkeling Trip

09.00 am - Gather at Pak Bara Pier

10.00am - Depart to Lipe by Speed Boat

11.30am - Arrived At Koh Lipe and next to Koh hin Ngam and go further to Koh Chabang for snorkeling activity.

01.30pm - Depart to Koh Hadsalkhaw And Rawi for snorkeling activity. and lunch will serve on board.

02.30pm - Visit Koh Yang,Koh adang for snorkeling activity.

5.00pm - Depart Pak Bara and drop down to Koh Khai for Photo shooting

06.30pm - Arrived Pak Bara Pier - End.
Kanak kanak 11th kebawah 70% , 12th harga dewasa.
One Day Snorkeling Trip

09.00 am - Gather at Pak Bara Pier

10.00am - Depart to Lipe by Speed Boat

11.30am - Arrived At Koh Lipe and next to Koh hin Ngam and go further to Koh Chabang for snorkeling activity.

01.30pm - Depart to Koh Hadsalkhaw And Rawi for snorkeling activity. and lunch will serve on board.

02.30pm - Visit Koh Yang,Koh adang for snorkeling activity.

5.00pm - Depart Pak Bara and drop down to Koh Khai for Photo shooting

06.30pm - Arrived Pak Bara Pier - End.
One Day Snorkeling Trip
09.00 am - Gather at Pak Bara Pier

10.00am - Depart to Lipe by Speed Boat

11.30am - Arrived At Koh Lipe and next to Koh hin Ngam and go further to Koh Chabang for snorkeling activity.

01.30pm - Depart to Koh Hadsalkhaw And Rawi for snorkeling activity. and lunch will serve on board.

02.30pm - Visit Koh Yang,Koh adang for snorkeling activity.

5.00pm - Depart Pak Bara and drop down to Koh Khai for Photo shooting

06.30pm - Arrived Pak Bara Pier - End.
09.00 am - Gather at Pak Bara Pier
10.00am - Depart to Lipe by Speed Boat

11.30am - Arrived At Koh Lipe and next to Koh hin Ngam and go further to Koh Chabang for snorkeling activity.

01.30pm - Depart to Koh Hadsalkhaw And Rawi for snorkeling activity. and lunch will serve on board.

02.30pm - Visit Koh Yang,Koh adang for snorkeling activity.

5.00pm - Depart Pak Bara and drop down to Koh Khai for Photo shooting

06.30pm - Arrived Pak Bara Pier - End.
10.00am - Depart to Lipe by Speed Boat
11.30am - Arrived At Koh Lipe and next to Koh hin Ngam and go further to Koh Chabang for snorkeling activity.

01.30pm - Depart to Koh Hadsalkhaw And Rawi for snorkeling activity. and lunch will serve on board.

02.30pm - Visit Koh Yang,Koh adang for snorkeling activity.

5.00pm - Depart Pak Bara and drop down to Koh Khai for Photo shooting

06.30pm - Arrived Pak Bara Pier - End.
11.30am - Arrived At Koh Lipe and next to Koh hin Ngam and go further to Koh Chabang for snorkeling activity.
01.30pm - Depart to Koh Hadsalkhaw And Rawi for snorkeling activity. and lunch will serve on board.

02.30pm - Visit Koh Yang,Koh adang for snorkeling activity.

5.00pm - Depart Pak Bara and drop down to Koh Khai for Photo shooting

06.30pm - Arrived Pak Bara Pier - End.
01.30pm - Depart to Koh Hadsalkhaw And Rawi for snorkeling activity. and lunch will serve on board.
02.30pm - Visit Koh Yang,Koh adang for snorkeling activity.

5.00pm - Depart Pak Bara and drop down to Koh Khai for Photo shooting

06.30pm - Arrived Pak Bara Pier - End.
02.30pm - Visit Koh Yang,Koh adang for snorkeling activity.
5.00pm - Depart Pak Bara and drop down to Koh Khai for Photo shooting

06.30pm - Arrived Pak Bara Pier - End.
5.00pm - Depart Pak Bara and drop down to Koh Khai for Photo shooting
06.30pm - Arrived Pak Bara Pier - End.
06.30pm - Arrived Pak Bara Pier - End.
7.00 pm Check in
8.00 pm Dinner
Price Included

Jumaat, 21 November 2014

Jangan Fitnah Kami di Thailand



Oleh kerana kami Blogger dari Thailand. Ada segelintir manusia POLITIK TABSUB dari Malaysia ,paksa kami untuk mengaku kebenaran FITNAH ini.
Kami tiada kepentingan dalam politik Malaysia, so buat apa kami nak berbohong.Mereka gunakan bendera Thailand untuk melakukan provokasi politik. Ada juga yang TAG di Facebook kami,bila kami nyatakan kebenaran , dia dan geng mereka maki hamun saya. Apa dosa saya bila BERKATA BENAR.Ada yang suruh saya buka cawangan UMNO di Thailand. GILA GILA GILA.
Bila anda buat FITNAH, orang jelaskan kebenaran , Janganlah nak marah. Jangan keluar hadis dan Al Quran katakana kami kafir. Kami memang tak sokong atau undi PAS di Thailand. Takkan Kami KAFIR ?

Sila Baca Aktikel Berkaitan


PENJELASAN TENTANG FITNAH BERKENAAN
1.Top Sim Kad Tiada Expired date .
Jawapan kami          :Soalannya syarikat mana ? Di tiga Wilayah bergolak, penggunaan HP sangat ketat.Salinan Kad Pengenalan juga diambil. Cuma di wilayah yang dianggap selamat tidak perlu didaftarkan. Tarikh luput sama saja. Ada yang 3 bulan, 6 bulan , 12 bulan dan bergantung kepada tawaran dan promosi.
2. Lesen boleh pakai sampai mati dengan sekali bayar .
Jawapan kami : Lesen apa ? lembu , kerbau atau babi ? Lesen kenderaan ,kena renew setiap tahun,sama dengan di Malaysia. Cuma orang yang ambil 30 – 40 dahulu sahaja,boleh guna sepanjang hajat. Sekarang ini penguatkuasaan memasang lampu siang untuk motosikal dan pemakain helmet dikuat kuasa. Setiap hari ada road block. CUKAI JALAN DAN INSURAN pun kena bayar setiap tahun. Yang murah ,sekadar Syarat untuk membeli kereta atau kenderaan.Bila accident ramai yang mati kena tembak bukan mati kemalangan.KERANA masing masing nak claim kerosakkan.Terjadilah pergaduhan.
3.Warga tua , OKU dan Ibu Tunggal dapat Seratus sebulan bersamaan 1200 setahun. HAHAHAHA THB100 = RM10 . THB1200 sama dengan RM120 , makan kuaci pun belum tentu boleh hidup. Wargatua TERPILIH dapat THB500-THB700 sebulan bersamaan dengan RM50-RM70. Setahun berapa ? Sama dengan BRIM ka ?
Ibu Tunggal dapat ? FITNAH yang sangat besar. Orang Islam Thai umur 15 pun dah kahwin, umur 16 th dah cerai. Kebanyakkan yang berniaga Tom Yam di Malaysia adalah dari 3 Wilayah bergolak terutama Pattani.Kebanyakan wanita adalah Ibu Tunggal. Pi Tanya sendiri ?
OKU dapat ? kakak saya pun OKU , sampai sekarang umur 42 tahun mohon tak dapat lagi.
4.Murid Murid diberi Makanan Percuma. Benar . Murid murid yang nak jadi Tok Sami Budhah memang dapat makanan percuma. TAPI mereka kena berjalan ke tempat tempat yang mahu bagi makan pada mereka.
5.Parabola sekali bayar RM400 pakai sampai mati . HAHAHAHAHA tak da parabola tak gambar la sheikh ooooi. Semua channel kena guna para bola. Kalau nak tengok HBO atau macam Astro ,kena bayar sebulan THB1000 – THB1500. Kalau nak IPTV pun kena langgan. Ada PAHAM KA ?
6.Kereta import memang murah . Vios THB600,000 sebuah. Sebab Thai dah lama guna GST. So duti kereta dikurangkan. Kebanyakkan kilang pemasangan kereta dan motor Thai antara yang terbesar didunia. Seperti juga Malaysia Ron95 baru 2,30 dan di Thai Ron95 RM4.50 per liter. Guna kereta setahun bubuh minyak nilainya sama macam beli kereta Malaysia dan guna di Malaysia. Ada Faham ka ?
7. Keretapi kelas ketiga FREE. Benar masa promosi. Macam Airasia juga la, RM1 pun boleh fly.
8. dan macam macam lagi.
Nak komen tentang ini.   Anda perlu bersyukur tinggal di Malaysia,sebab buat FITNAH macam ni boleh terus hidup panjang. Kalau di THAI anda dan mungkin jadi MAYAT. Anda sekadar dating Thai cari AYAM di DANNOK dan balik MALAYSIA LAGAK MACAM ALIM ULAMAK. Sebenarnya anda tak tahu penderitaan kami disini. Sekarang kami sedang mengadakan kelas Bahasa Melayu dan Fardu AIn dan Pengajian IQRA.Kami ada seramai 232 orang.Kami terpaksa mencari DANA sendiri dalam membimbing anak anak mengenala ALLAH DAN MUHAMMAD SAW. Kalau anda terasa sukar tinggal di Malaysia,kami alu alukan kedatangan anda untuk mengajar sukarela tanpa gaji di Kampung kami. Sila hubungi kami di karlisahalim@gmail.com

 Sila Baca Aktikel Berkaitan





Selasa, 18 November 2014

MELANCONG SAMBIL BERAMAL DI PAK BARA DAN SATUN THAILAND


Sekiranya anda ingin Melancong ke Satun Thailand ?
Anda ingin beramal ?
Anda tak perlu mencari fakir miskin.
Anda hanya perlu menggunakan perkhidmatan kami.
Sebahagian dari keuntungan kami salurkan kepada Tabung Pembanggunan Bahasa Melayu di Tadika Misbahuddin Kampung Guar Satun,Thailand.
Saya dan suami seorang rakyat Malaysia, melakukan khidmat masyarakat mengajar Bahasa Melayu kepada
seramai 232org pelajar miskin Kampung Guar Ban Khuan Satun Thailand.



Sekiranya anda berhajat untuk beramal, anda boleh berkongsi artikel ini di laman blog atau facebook anda.
Sumbangan anda juga membantu kami membantu pelajar miskin Kampung Guar Ban Khuan Satun Thailand.

Sila Baca Aktikel Berkaitan





ENTRI MENGENAI PELACUR THAILAND MENDAPAT SAMBUTAN

Travel Blog Malaysia Thailand

Entri keyword PELACUR ditulis sejak July 2013 . Jumlah pageview sehingga Nov 2014 sejumlah 45,000 view. Selama 14 bulan sebanyak 3214 pageview. Memang sah daya tarikkan Thailand adalah MAKSIAT.
Di Thailand sekiranya anda ingin membuat kebajikan pun mudah. Ramai lagi umat Islam yang yang miskin dan mundur pun ramai.

Di Kampung Guar Mukim Ban Khuan Satun , kami tubuhkan Sekolah Tadika Misbahuddin tujuan untuk mendidik generasi muda tentang Bahasa dan Budaya Melayu. Disamping itu penekanan pengetahuan agama Islam tidak dilupakan.

Pada setiap hujung minggu , Sabtu dan Ahad kami adakan kelas bahasa Melayu kepada 232 orang murid dari umur 5 - 12 tahun. Pada setiap malam , kami adakan kelas Iqra untuk mereka mengenal Al Quran dan Fardu Ain.




Kelas yang daif perlukan sokongan dari Derma atau sumbangan dari mereka yang berada. Sekiranya anda ingin menderma atau bersedekah. Anda hanya menggunakan khidmat Perlancongan kami. Sebahagian keuntungan kami salurkan kepada Tabung Pendidikkan Kelas Bahasa Melayu.

Jika anda berminat melancong sambil beramal anda boleh hubungi kami di :-
1, karlisahalim@gmail.com
2.www.facebook.com/karlisa.latisya
3.https://www.facebook.com/travelblogmt

Sila Baca Aktikel Berkaitan



Isnin, 17 November 2014

PRODUK BULUH DI SATUN THAILAND


Produk dari buluh sangat popular di Satun Thailand. Industri Buluh menjadi popular mungkin kerana :
1.       Mudah  untuk mendapat bahan mentah.
2.       Bahan mentah mudah diangkut dari pendalaman ke kawasan luar
3.       Ramai tukang buluh yang berkemahiran
4.       Permintaan melebihi pengeluaran
Sokongan dari kerajaan

HARGA UNTUK PONDOK CHALET DARI RM1000
HARGA UNTUK PONDOK KEDAI MAKAN DARI RM500




Sila Baca Aktikel Berkaitan



                                          HARGA UNTUK PONDOK CHALET DARI RM1000
                                         HARGA UNTUK PONDOK KEDAI MAKAN DARI RM500