Info Satun Dalam Bahasa Melayu
Wilayah Satun, Thailand—atau lebih dikenali dengan nama Setoi bagi penduduk utara Malaysia—merupakan sebuah destinasi permata tersembunyi yang bersempadan terus dengan negeri Perlis. Bagi anda yang inginkan percutian yang tenang, bebas daripada kesesakan bandar besar, dan kaya dengan alam semula jadi, Satun ialah jawapan terbaik.
Cara ke Satun Thailand (Pintu Masuk & Laluan)
Untuk menuju ke sini, terdapat beberapa laluan utama yang boleh anda pilih mengikut keselesaan:
1. Melalui Sempadan Perlis
Anda boleh memandu atau menaiki kenderaan melalui pintu sempadan Wang Kelian di Perlis. Ini adalah antara laluan darat yang paling mudah dan santai.
2. Pengangkutan Air dari Langkawi
Jika anda berada di Langkawi, anda boleh menaiki feri terus dari Jeti Kuah ke Jeti Tammalang (Satun). Tambang feri adalah sekitar RM30 sehala.
3. Dari Laluan Hat Yai
Bagi yang datang dari arah Hat Yai, anda hanya perlu memandu sehingga menemui Highway 406. Jarak perjalanan adalah lebih kurang 90 km untuk sampai ke Pekan Chalung, Satun. Dari Pekan Chalung, anda boleh memilih untuk ke Pak Bara (sekitar 46 km) atau terus ke pusat Bandar Satun.
Pak Bara: Hub Pelancongan & Makanan Laut Satun
Pak Bara merupakan sebuah pekan pesisir pantai yang kian popular dan menjadi tumpuan utama pelancong di Wilayah Satun.
Di sini, anda boleh bersantai bersama keluarga sambil menjamu selera dengan pelbagai variasi makanan laut segar pada harga yang sangat berpatutan. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan lokal yang menggiurkan.
📌 Info Lanjut: Baca artikel penuh kami mengenai [Tempat Makan dan Makanan Popular di Satun].
Jeti Pak Bara: Pintu Masuk ke Koh Lipe
Selain terkenal dengan lubuk makanan, Jeti Pak Bara juga merupakan pintu masuk utama untuk anda menaiki feri ke Koh Lipe, sebuah pulau yang dilindungi dan terkenal dengan keindahan terumbu karang antara yang tercantik di dunia.
Tambang & Masa: Sila semak jadual terkini di [Jadual Feri dan Harga Tiket Pak Bara].
Cukai Pemuliharaan: Memandangkan Koh Lipe adalah kawasan taman negara yang dipelihara, setiap pelancong dikehendaki membayar cukai pemuliharaan setibanya di sana.
Panduan Poket: Rancang perjalanan anda dengan membaca [Info Lengkap Percutian Koh Lipe Di Sini].
Keunikan Bandar Satun: "Clean City & Serenity"
Berbeza dengan kota pelancongan yang rancak seperti Krabi atau Phuket, Bandar Satun menawarkan sisi ketenangan yang berbeza. Malah, bandar ini terkenal dengan julukan "Clean City", "Serenity", dan Prisitine Nature (Bandar Bersih, Ketenangan, dan Alam Semula Jadi).
Wilayah ini dikelilingi oleh hutan menghijau yang belum diterokai serta pulau-pulau indah di sekitar Laut Andaman yang masih belum tercemar. Kelebihan utama Satun adalah suasananya yang sangat aman, selamat, dan harmoni tanpa sebarang gangguan pergaduhan kaum atau agama.
Terletak kira-kira 973 kilometer ke selatan Bangkok, majoriti penduduk di sini adalah masyarakat Islam daripada suku Melayu Kerajaan Tua Kedah. Jadi, anda tidak perlu risau tentang mencari makanan halal di sini.
Kenali 7 Daerah di Wilayah Satun
Untuk memudahkan anda merancang eksplorasi, Wilayah Satun dibahagikan kepada tujuh (7) daerah utama:
Muang Satun (Pusat Bandar)
Khuan Don – Terletak sekitar 21 km dari bandar Satun (paling dekat dengan sempadan Wang Kelian).
Tha Phae – Sekitar 28 km dari bandar Satun.
Khuan Kalong – Sekitar 32 km dari bandar Satun.
La-ngu – Sekitar 50 km dari bandar Satun (daerah terletaknya Pantai Pak Bara).
Thung Wa – Sekitar 76 km dari bandar Satun.
Manang – Sekitar 60 km dari bandar Satun (terkenal dengan aktiviti eko-pelancongan dan gua).

Post a Comment for "Info Satun Dalam Bahasa Melayu"