SEARCH

Sabtu, 29 November 2014

Tempat Makan Thai Yang Popular Di Satun

Travel Blog Malaysia Thailand

Makanan Thai di Satun,Pak Bara ,Tanyong Po,Dannok,Hat Yai,Songkhla
Kami membuat kajian rambang dari pengguna dan sahabat Facebook.
Adakah makanan di Thai lebih mahal dari Malaysia ? Bagi kami yang dah merantau lebih 10 tahun di serata pelusuk Malaysia , tomyam dan seafood malaysia lebih murah. Tetapi citarasa sedikit kurang kerana tomyam versi Patani. Cuma seafood Satun lebih fresh. Apa komen anda ?
Lebih 73 sahabat Facebook : Karlisa Latisya yang LIKE status ini dan seramai lebih kurang 56 rakan yang memberi pendapat.
Kesimpulannya : Masakan Thailand sangat digemari oleh ramai pelancong. Ini antara sebab ramai yang berkunjung untuk menikmati makanan Thai seperti :-
1.    Tomayam
2.    Kengsom ( asam pedas thai )
3.    Seafood yang segar ( Udang,Ketam,Sotong)
4.    Masak kari hijau
5.    Nasi beras wangi
6.    Kerabu kaki ayam,mangga atau kerabu telur belangkas
7.    Daging Bakar dan ayam bakar
8.    Pulut Ayam dan pulut mangga
9.    dan lain lain
Anda Baca Disini KLIK
Satun Mables
- Koh Lipe
Koh Bulone
Pak Bara
Travel Blog Malaysia Thailand


Pejabat Karlisa Travel beralamat di CJS Satun 406, No. 678/4, 4052, Tambon Pak Nam , Amphore Langu ,
Changwat Satun, Thailand 91110 .

Waktu Urusan : Isnin - Ahad
Jam : 09:00am - 05:00 pm

Nombor Telefon :+66830 948 948 ( 0830 948 948 )

Whatsapp : +66830 948 948
https://wa.me/66830948948

Whatsapp : +6688 755 3209
https://wa.me/66887553209

Email : karlisahalim@gmail.com
Lokasi tempat makan
1.    Bandar Satun ( sebelah stesen minyak Shell dan berdekatan Masjid Mambang. Dibuka setiap hari dari jam 5.00 ptg – 10 mlm.Makanan yang menjadi pilihan disini. Masakan kampung versi Satun. Dari nasi campur dan pilihan beraneka lauk pauk hingga kuih muih dan perbagai kerabu.
2.    Tanyong Po ( Tanjung Pauh ) Dari makan tengahari hingga ke makan malam.Hidangan yang selalu menjadi sebutan ODANGKOTAM ( udang dan ketam ) perbagai jenis hidangan dan masakan laut dan masakan Thai boleh di pesan disini. Suasana Gerai tepi pantai dan berlatarbelakang Koh Tarutao dan Pulau Langkawi.
3.    Pak Bara pekan pelancongan yang kian popular di Wilayah Satun. Gerai di sepanjang pantai yang bersih sertan nyaman.Terdapat lebih dari 20 restoran dan cafe yang boleh memuatkan 50 – 100 orang dalam satu masa. Di Pak Bara selain boleh menjamu selera,anda boleh menganjurkan aktiviti berkumpulan serpeti sukaneka pantai , BBQ dan aktiviti bersiar siar bersama keluarga.Antara restoran dari puluhan yang ada, kami mencadangkan NAVA SEAFOOD kerana , 100% halal dan arak tidak dibenarkan dibawa ke restoran.Tempat riadah sesuai untuk seisi keluarga termasuk kanak kanak dan bayi. Kemudahan surau walaupun berhadapan dengan masjid.Mudah untuk berkomunikasi.Harga lebih kurang saja dengan restoran yang ada.

Travel Blog Malaysia Thailand



Sebahagian dari pendapat mereka
1.    Mulut Melayu : Belangkas (King Crab) berharga equiv. RM30? Fuhh!!!
2.    Mohammad Afendy Noor Khan Pengalaman saya makan tomyam setakat ni dlm malaysia or area thailand..makanan dekat Pak Bara memang terbaik setakat ini..tomyam seafood dia..kerabu kaki..daging bakaq..memang sedap..
        Betul tak Jamiran Satam?
3.    Che Bukh harga makan sekarang bleh kata dekat sama.. x mcm dulu2.. tp dari segi rasa of course kat thailand la kan.. sbb bahan masak mai dari sana.. kedai kat m'sia kena jimat cermat, tu yg rs kurang kick skit tu.. pada pandangan saya la.
4.    Azman Abdul memang thailand sedap ,,kalau free lagi sedap.... depan nok nam ban thong pun sedap..kedai kak aisyah (satun)
5.    Mohd Lotfi Abdullah ya....betullllll.....
6.    Jazzy Jeff Harga dah sama dengan Malaysia cuma masakan Thai asli lebih sedap. Di Malaysia ramai bukan nya tukang masak. Sekadar bekerja di restoran. Masakan pun tak sedap mana.
7.    Luth Fie Bawak la kami p.nk tau hahah ( tiada pengalaman di Thai )
8.    Ted Eijall Betui tu Jazzy Jeff...Teman Kalo Kat Malaysia ni mmg jarang jejak kedai tomyam ni...totally lain Dr kat siam tu...
9.    Jazzy Jeff (mention Ted Eijall) - ditambah lagi org Malaysia main bedal je ....he he he
10.  Shukri Abdullah ( mention Karlisa Latisya), kami sekeluarga selalu makan kt Tanjung Pauh…tomyam campur + ketam kari 1 kilo + nasi utk 4 org + 2(nasi tambah) = dlm ThB540 kalau saya x silap. Tp x pernah melebihi ThB600 lg laa....ok la saya rasa. Kalau nk banding dgn Kuala Perlis saya x pasti, sebab x pernah p makan pun...walau kami org sini...mmg fresh dan tomyam plg sedap setakat ini...
11.  Irwan Fahmy Kalau selain tjg pauh n sepanjang raj manggala poliiteknik( Jalan Ke Tammalang,Satun ) .. kebanyakan kedai makan kat thailand mmg mahal la.. tula betui kat malaysia tom yam versi pattani.. suh buat tomyiam putih dah rasa lain heheheh
12.  Abd Rahman Abd Ghani Org Msia yg sekali sekala makan masakan Thai akan kata 'murah nooo' terutama di DANNOK.Sebenaq nya mahal tuan tuan/puan puan.Rate Singapore tu....
13.  Shaiful Anuar Che Pe Karlisa Latisya kena buka bikers cafe dh senang kami nk makan
14.  Hamirudin Hamidi Kari Hijau di Krabi bikin teringat sampai sekarang.. THB 150.. Ada versi Greenwood, Gombak, oklah.. RM10..






0 comments: