SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Selasa, 30 Ogos 2022

CUKAI PELANCONG KE TAILAND

Mulai 1hb Januari 2023 pelancong yang mendarat di mana-mana airport di Thailand akan di kenakan Cukai Pelancongan sebanyak THB300 seorang menurut Thailand’s Minister of Tourism Phiphat Ratchakitprakarn. ( sumber Thaiger ) 

Walau bagaimana pun bagi pelancong darat dan laut belum lagi diputuskan samaada percuma atau separuh harga. 
Perkara ini akan dimaklumkan oleh Thailand’s Minister of Tourism Phiphat Ratchakitprakarn dimasa akan datang.

Berita 2
Pada tarikh 4hb hingga 11hb September kebetulan cuti sekolah di Malaysia, the 7th Asia Pacific Geopark Network Symposium akan belansung di Satun. 
Manakala bermula 3hb sehingga tarikh diberitahu akan diadakan Pesta Makanan Laut di Dataran Pak Bara. 

Jika anda berhajat ke Pak Bara dan bermalam disana, anda boleh join TELEGRAM KARLISA TRAVEL untuk memilih penginapan yang jimat dan selesa. 

Untuk pertanyaan Insuran dan Prosedur di Border, sila baca disini

SAPOT CIKGU JOE SATUN PAGE 


Isnin, 29 Ogos 2022

Bara Resort Dan Hotel Pak Bara Thailand

 Bara Resort Dan Hotel Pak Bara Thailand terletak berhadapan Pak Bara View Point. Sekadar seberang jalan anda akan menikmati pemandangan laut. Di pinggir Dataran Pak Bara View Point anda boleh menikmati juadah makanan ringan sepeti ais krim kelapa,somtam,daging bakar,sate ayam dan lain-lain juadah makanan ringan bagi mengalas perut.

Bara Resort menjadi pilihan para bikers motorsikal kerana kemudahan bilik dua katil single yang banyak. Harga yang ditawarkan amat berpatutan sekadar THB700/malam. Terdapat juga bilik double bed untuk pasangan dengan harga THB700 dan bilik yang berharga THB1200

WHATSAPP UNTUK PENGGUNA HP: https://wa.me/66973513984 atau https://wa.me/66830948948 

JIKA PENGGUNA WEB : +66973513984 dan +66830948948

Join TELEGRAM resort di Pak Bara : https://t.me/karlisatravel





















Ahad, 21 Ogos 2022

Koh Khao Yai Pak Bara Thailand

Koh Khao Yai atau Istana Seribu Batu atau Prasat Hin Pan Yot atau ประเสริฐ หินปานยอด Khao Yai terletak 3 km jauhnya dari Pelabuhan Pak Bara dan terletak di kawasan Taman Negara Mu Ko Phetra. Di pulau ini, anda boleh menemui Teluk Ao Kam Pu yang mempunyai terusan kecil yang berasal dari air terjun di teluk. Ao Kam Pu Bay adalah pantai yang paling tenang sepanjang tahun dan anda boleh melihat terumbu karang dan hidupan marin di sepanjang pantai semasa tempoh air pasang terendah. Ciri utama Pulau Ko Khao Yai ialah arca yang indah dibuat oleh alam semula jadi.

Jika anda kesana anda boleh hubungi KARLISA TRAVEL di WhatsApp +66 83 094 8948 ( Dalam Bahasa Melayu, English dan Thai )

Karlisa Mikael ( Facebook ) adalah isteri kepada Cikgu Joe Satun ( Facebook ). Cikgu Joe adalah seorang aktivis yang berasal dari Malaysia dan menetap di Satun lebih kurang 10 tahun.


Vi


view Lanskap untuk video penuh

Rabu, 3 Ogos 2022

WANG KELIAN ADALAH BORDER YANG PALING MUDAH MASUK KE THAILAND SETAKAT OGOS 2022

 Setakat la ni border Wang Kelian adalah border paling mudah untuk memasuki Thailand.

Jika hangpa membawa kenderaan, apa yang perlu hangpa siap sedia.

1. Passport serta TM6 atau white card

2. TM 2 dan TM 3

3. Salinan geran kenderaan

4. Jika kereta bukan milik hangpa, tulis surat kebenaran membawa kenderaan daripada pemilik dalam Bahasa Inggeris.

Contoh 

Nama Pemilik

No. My Kad ( serta salinan )

No. Plate Kenderaan

Pastu memberi kebenaran kepada

Nama Pembawa

No. My Kad ( serta salinan )


Proses Pertama 

1. Chop Passport di Imigresen Malaysia

2. Masuk ke Wang Prachan Imigresen Thai

3. Pemandu ke banggunan paling kanan menyerahkan passport serta TM6, TM2 dan TM3. Akan disahkan oleh kerani bertugas dan sedikit bayaran dikenakan.

4. Pastu pemandu bawa semua dokumen diatas ke Pegawai Imigresen di Banggunan Kedua

5. Penumpang macam biasa serahkan Passport dan TM6.

**** Jangan hilangkan TM6. Ambil gambar TM6 jika hilang ada bukti.

Urusan Declaration Kenderaan

1. Pemandu ke pejabat Kastam dihujung Banggunan kedua. 

2. Bawa Passport dan Geran. Jika bukan pemilik kenderaan bawa bersama surat kebenaran dari pemilik. 

Jika anda nak mudah, borang TM2, TM3, TM6 dan surat kebenaran boleh diserahkan kepada agen, dengan wasap dokumen ke HUBUNGI : +60 19-666 4087 ( kol atau wasap ) 

1. Passport pemandu dan penumpang

2. Salinan geran

3. Jika untuk surat kebenaran, sertakan salinan mykad pemilik dan pemandu.

HUBUNGI : +60 19-666 4087 ( kol atau wasap ) 

JENIS INSURAN YANG HANGPA KE BELI.

Insuran ini hangpa wajib beli kerana jika berlaku kemalangan dan hangpa didapati bersalah, maka kesemua insuran ini dapat membantu hangpa. 

Kemalangan-kemalangan yang lalu telah menjadi teladan kepada kita semua. Biasanya kos pampasan yang diminta jika tidak memiliki insuran-insuran dibawah sangat-sangat membebankan mangsa. 

Pertama : Compulsory atau Por Ror Bor. 

Insuran yang wajib kena beli. Tapi insuran ini sekadar melindungi penunggang, pembonceng, pemandu dan penumpang kenderaan. 

TIDAK MELINDUNGI KEROSAKKAN KENDERAAN.

HUBUNGI : +60 19-666 4087 ( kol atau wasap )

Kedua : Voluntary

Insuran sukarela beli tidak paksaan TETAPI banyak membantu untuk membayar pampasan kepada kenderaan yang terlibat dengan kemalangan dengan hangpa. 

Insuran ini akan membayar pampasan kepada kenderaan pihak ketiga jika hangpa didapati bersalah dalam kemalangan tersebut.

Namun sangat sedikit amaun untuk pampasan kenderaan hangpa sendiri.

HUBUNGI : +60 19-666 4087 ( kol atau wasap )

Ketiga : Extention 101 Insuran

Insuran ini boleh dibeli di Malaysia. Rujuk insuran kenderaan hangpa dan boleh bertanya kepada agen insuran hangpa. 

Pampasan tertakluk terma dan syarat. Akan tetapi amat-amat membantu untuk anda mendapat pamasan kepada kenderaan hangpa dan kenderaan pihak ketiga. Namun begitu biasanya urusannya PAY AND CLAIM.

Hangpa bayar atau repair dulu kenderaan dan CLAIM kemudian. Rujuk info lanjut kepada agen insuran hangpa di Malaysia.

Keempat : Travel Insuran

Contoh Travel Insuran Etiqa, AIG, AXA,Great Eastern dan lain-lain. Pandai-pandai hangpa pilih atau Hangpa boleh tanya kak Zila di talian :

 +60 13-533 8511

Aku memang rekemen travel insuran ini.

COMPULSORY INSURANCE ATAU POR ROR BOR
              Extension 101
             Voluntary Insurance