SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Isnin, 29 Oktober 2018

Contoh Itinerary Program 3h2m dan 4h3m Melawat Satun

Contoh Itinerary bila anda melawat Satun, anda boleh baca dan faham program sebelum anda melawat satun, melawat koh bulone , melawat Pak bara dan melawat Wang Saitong.

PROGRAM 3H2M

Day 0
- Persiapan Masuk SIAM
- beli simkad KLIK
- kalau nak topup KLIK
- kalau nak langgan internet KLIK
- kalau nak guna Google offline KLIK
- panduan Maps App KLIK
- Persiapan Insuran dan Dokumen KLIK
- Border Pass Atau Passport KLIK
- Nak Mudah semua urusan insuran dan di border KLIK 

Day 1
- siap urusan di border dan urusan berkaitan
- Pi Tanyong Po makan ketam, lokasi KLIK
- siap pi checkin bilik KLIK
- pi makan di Pak Bara View point KLIK

- makan malam di Nava Seafood KLIK
- Balik bilik tidoq puas puas, esok kita nak snorkeling

Day 2
Pakej Baca disini KLIK

- bangun tidur minum air kosong ( sunnah )
- pi berak, gosok gigi, mandi, mandi wajib, wuduk dan solat
- relax sat
- kul 7.00 pagi (thai) pi sarapan
- pukul 9.00 get ready nak ke Jeti
- 9.30 bergerak ke koh bulone
- 5,00 petang balik
- makan malam
- tidur

Day 3
- sarapan
- check out
- boleh ke air terjun wang saithong KLIK
masuk THB200/orang
- nak suruh kami bawa, bagi duit minyak ( Thb1500 )
kos minyak kereta kami pergi dan balik. Kami pandu arah
hangpa memandu di belakang.
- Balik ke Border.

Untuk program 4H3M

Day 0
- Persiapan Masuk SIAM
- beli simkad KLIK
- kalau nak topup KLIK
- kalau nak langgan internet KLIK
- kalau nak guna Google offline KLIK
- panduan Maps App KLIK
- Persiapan Insuran dan Dokumen KLIK
- Border Pass Atau Passport KLIK
- Nak Mudah semua urusan insuran dan di border KLIK 

Day 1
- siap urusan di border dan urusan berkaitan
- Pi Tanyong Po makan ketam, lokasi KLIK
- siap pi checkin bilik KLIK
- pi makan di Pak Bara View point KLIK

- makan malam di Nava Seafood KLIK
- Balik bilik tidoq puas puas, esok kita nak snorkeling

Day 2
Pakej Baca disini KLIK

- bangun tidur minum air kosong ( sunnah )
- pi berak, gosok gigi, mandi, mandi wajib, wuduk dan solat
- relax sat
- kul 7.00 pagi (thai) pi sarapan
- pukul 9.00 get ready nak ke Jeti
- 9.30 bergerak ke koh bulone
- 5,00 petang balik
- makan malam
- tidur

Day 3

Pakej Baca disini KLIK

- bangun tidur minum air kosong ( sunnah )
- pi berak, gosok gigi, mandi, mandi wajib, wuduk dan solat
- relax sat
- kul 7.00 pagi (thai) pi sarapan
- pukul 9.00 get ready nak ke KAYAK
- 9.30 bergerak ke KAYAK
- makan malam
- tidur

Day 4
- sarapan
- check out
- shopping di border

HUBUNGI KAMI KLIK
TAMBAHAN : Bulan January hingga awal Mac KLIK


Wang Saithong

Jumaat, 26 Oktober 2018

Masjid Khutbah Berbahasa Melayu Di Satun

Bila Melawat Satun, ada yang cari masjid yang masih berkhutbah Bahasa Melayu di sekitar Satun. Ada juga yang berhajat nak buat program ramadhan bersama orang-orang kampung dan mencari yang mudah berbicara.

Disini saya nak kongsikan tempat-tempat dan lokasi untuk tatapan anda sekalian. Di Pak Bara agak sukar atau tiada langsung. Cuma kawasan berhampiran dengan bandar Satun saja yang ada.

Kekadang ada kalangan kawan-kawan suka buat kenduri disini. Namun bahasa perbualan terbatas. Saya banyak bagi cadangan untuk mereka buat pilihan.

1. Masjid Misbahuddin Kampung Guar Ban Khuan
Lokasinya : https://goo.gl/maps/kHhGAbKTNj82
Boleh kata 99% mereka bertutur melayu disini.

2. Masjid Darul Jannah Chalung atau ( kampung cina)
Lokasinya : https://goo.gl/maps/gAxX3CPKkYN2
Boleh kata 80% berbahasa melayu,kekadang Khutbah dalam bahasa Siam,ikut imam jemputan.

3. Masjid Sungai Mati
Lokasi : https://goo.gl/maps/PQeyVTrbfS92
90% berbahasa melayu

4. Masjid Che Bilang
Lokasi : https://goo.gl/maps/iGtpDHDDNXq

5. Masjid Tanyong Po
Lokasi : https://goo.gl/maps/yhH8wCZmccv

6. Masjid Bagan Belacan Tanyongpo
Lokasi: https://goo.gl/maps/5rVwRQihRSJ2

7. Masjid Tammalang
Lokasi : https://goo.gl/maps/fEtm1bxzCy92

Kebanyakkan Masjid yang saya kongsi, ada buat solat Jumaat dan rata rata jemaah boleh berbahasa Melayu.

Karlisa Travel
Masjid Misbahuddin Ban Khuan

Untuk Info : Pak Bara, Koh BuloneKarlisa Travel
CJS Satun 406,
No. 678/4, 4052, Tambon Pak Nam ,
Amphore Langu,
Changwat Satun, Thailand 91110



Talian :
Nombor Telefon :+66830 948 948 ( 0830 948 948 )

Whatsapp : +66830 948 948

https://wa.me/66830948948



Whatsapp : +6688 755 3209

https://wa.me/66887553209


Email : karlisahalim@gmail.com


Khamis, 25 Oktober 2018

Lokasi Pasar Malam Di Sekitar Satun

Bila melawat Satun, ramai yang bertanya dimana dan bila pasar malam. Mereka ini kebanyakan pengemar masakan thai versi Satun.

Jenis juadah makan yang popular terdiri dari :-

  • kengsom dan tomyam orang kampung
  • kari hijau dan gulai tumis
  • kuih tradisional
  • buah-buahan
  • minuman
  • belacan

Karlisa Travel
Nat Duson Khuan Don

Lokasi Pasar Malam atau Nat 

1. Nat Duson, Khuan Don
Hari : Sabtu dan Ahah
Waktu : 3.00pm - 9.30pm

2. Saturday Night Market ( Masjid Mambang )
Hari : Sabtu
Waktu : 5.00pm - 9.30pm

Karlisa Travel
Nat Pak Bara View Point

3. Pak Bara View Point
Hari : Sabtu ( makanan saja )
Hari : Ahad ( kemuncak )
Waktu : 3.00pm - 10.00pm

Untuk Info Perlancongan Satun, Info ke :-

Karlisa Travel
CJS Satun 406,
No. 678/4, 4052, Tambon Pak Nam ,
Amphore Langu,
Changwat Satun, Thailand 91110

Talian :

Nombor Telefon :+66830 948 948 ( 0830 948 948 )

Whatsapp : +66830 948 948

https://wa.me/66830948948



Whatsapp : +6688 755 3209

https://wa.me/66887553209


Email : karlisahalim@gmail.com




Kami Antara Mangsa Yang Terselamat Tsunami 2004

Kami antara mangsa yang terselamat Tsunami 2004, cerita dari Facebook ZainalB Celestet yang dah banyak kali saya dengar dari mulut dia sendiri. Pertama ketika beliau melawat Satun,kedua di WIP 2018 dan seterusnya diprogram yang dia hadiri.

Karlisa Travel
Abg Zainal bersama Isteri ( Atm )
FB : ZainalB Celestet


We are fortunate to be alive today to tell our story. We are tsunami survivors.

Bagi yang tanya tentang cerita tsunami yang kami kena dulu, kami share sikit kejadian tu.

Pagi tu 26/12/2004 dalam jam 8.30 am, dibilik hotel di Patong, Phuket. Celeste (isteri saya) kata katil dan juga bilik bergoyang. Saya tak rasa apa-apa, dalam hati kata mungkin Celeste ni lapar kot. Lepas tu saya cuba dengar kalau-kalau ‘goyang’ tu datang dari katil di bilik sebelah tapi tak juga. Kemudian saya pandang luar tingkap dan perasan wire elektrik & telefon disepanjang jalan berhayun. Mula rasa ada benda yang tak berapa betul. Dalam hati kata mungkin gempa bumi kecil kot.

Lepas siap-siap kami pun turun sarapan dan kemudian tu ke pantai untuk lepak-lepak. Masa berdiri di pantai tu berbual lah dengan 1 couple mat salleh, terperasan anjing dan kucing berlari dari pantai arah ke jalanraya. Anak saya umur 11 tahun ditepi saya pulak cakap ‘daddy, the water is bubbling’. Saya tak hiraukan cakap dia dan sambung berbual dengan mat salleh tu. Celeste pulak macam ada 10 deria, selalu boleh rasa kalau ada benda yang tak kena. Dia tarik tangan anak saya dan berjalan hala ke jalanraya. Saya pun membebel sikit sebab tengah rilek di pantai dia pulak nak pergi.

Walau macam mana pun saya ikut juga dia. Dalam 10 langkah berjalan saya dengar suara-suara menjerit kuat dibelakang. Saya pun menoleh tapi tak sempat tengok apa-apa, air laut dah ada depan mata. Laju dan kuat ya amat, terus bantai kami dan kami pun terpelanting ke dalam air tu. Tenggelam timbul kami bertiga. Bukan kami saja, pokok, kereta, manusia lain dan macam-macam lagi hanyut sekali dengan kami.

Nasib kami agak baik sebab arus tu tolak kami masuk ke satu ruang kosong di bangunan dekat situ. Di ruang tu kami jumpa couple mat salleh yang kami sembang di pantai tadi dan juga 2 ke 3 orang warga Jepun. Kami ingatkan dah selamat dah disitu tapi malang air mula naik. Bila air dah naik sampai ke dada saya bagi tahu Celeste ‘kita kena keluar’ kalau tidak akan lemas. Tapi diluar tu air teramat laju dengan kereta, bot, pokok kelapa hanyut dalam air. Kalau pokok kelapa boleh tercabut, bayangkan apa jadi dengan orang.

Nak dijadikan cerita, datang 2 ke 3 buah mesin basuh terapung ke kami. Kami guna mesin basuh tu sebagai pelampung dan semasa nak keluar dari ruang tu, ada seorang mat salleh hulur kayu panjang (kayu payung besar) dari tingkat atas bangunan tu. Dia teriak 'grab the pole, grab the pole' suruh kami panjat kayu tu dan dia tarik dari atas. Saya pun tolak anak saya keatas dan malang nya mesin basuh yang saya dan Celeste pegang tadi di langgar arus deras. Kami hanyut ke dalam air. Anak saya nasib baik sempat ditarik naik oleh mat salleh tu.

Mesin basuh yang jadi pelampung tu pun hilang entah kemana sebab arus kuat sangat. Kami tenggelam timbul dalam air masin tu. Secara tak semena-mena 1 Mitsubishi Storm hanyut sebelah kami, jadi kami pun berpaut pada belakang Storm tu. Sampai satu peringkat, kami lepaskan pegangan sebab takut nanti kena himpit bila Storm tu langgar bangunan. Jadi kami terus hanyut jauh ke depan. Tak lama lepas tu nasib kami bertambah baik sebab bila sampai disatu tempat kami ditarik keluar dari air oleh orang ramai bila kami hanyut dekat dengan tangga disatu bangunan. Maka selamat lah kami.

Dalam 15 minit kemudian, arus air berhenti. Saya bagi tahu Celeste tunggu disitu, saya akan kedepan untuk ambil anak. Saya pun meredah air semula, air tak lagi deras tapi paras pinggang. Sebaik saya sampai di ruang kosong tu tadi, saya terdengar suara jeritan lagi sekali. Rupa-rupanya arus no 2 datang, tak laju tapi tinggi. Saya berusaha panjat bangunan tu dan mencari anak saya, alhamdulilah jumpa dia. Sikit trauma. Air laut no 2 tu pulak naik sampai ketingkat 1 bangunan kami berada. Semua yang ada disitu panik dan bergegas panjat naik ke bumbung pulak.

Masa atas bumbung tu lah nampak sana sini body terapung atas air, ada yang bergerak ada tidak. Nampak juga body yang tersepit di celah-celah bangunan kena himpit oleh kereta, dihimpit pokok dan lain-lain. Berterusan dengar suara orang melolong minta tolong, tapi malang tak ada yang pergi atau datang menolong sebab nya masa tu masing-masing takut dan tak tahu apa yang berlaku. Kenderaan, pokok dengan akar umbi, bot, jet ski berterabur sana sini. Banyak bangunan yang habis punah.

Dalam 10 ke 15 minit kemudian air surut ke laut semula. Masa itu lah kami semua yang ada di bumbung tu bertempiaran lari ke bawah bangunan. Semua nya cari dan nak pergi ke tanah tinggi, termasuk lah saya dengan anak saya. Kami lari kebelakang mengharungi air paras pinggang dan bila jumpa Celeste kami terus berlari, berlari dan berlari hala ke bukit. Masa tu semua nya kucar dan kacir. Orang langgar orang, tut-tut langgar orang dan langgar tut-tut lagi sekali dan kemudian langgar motor dan langgar lori dan macam-macam lagi. Semua panik, dah jadi macam zon perang.

Tak lama tu kami sampai di kebun getah berbukit bersama ribuan manusia yang lain. Helicopter berlegar atas kepala bagi nasihat kepada orang ramai pergi ke kawasan bukit sebab takut air datang lagi. Masa tu semua nya confuse sebab tak tahu apa yang melanda tempat tu. Kami bersyukur kami bertiga selamat.

Photo dibawah keadaan di Patong, Phuket selepas tsunami tu tapi bukan kami yang ambil. Kami pinjam.

TULISAN ASAL DARI ZAINALB CELESTET
https://www.facebook.com/zainalb.celestet






Sepintas AtM Mega Gathering 2018

Jumaat 19hb Oktober 2018 di Stadium Kuala Selangor dianjurkan Atm Mega Gathering . Program ini dianjurkan oleh sebuah kumpulan alam maya yang bertapak di Facebook Group. Adventure Touring Malaysia ( AtM ) bersama Majlis Daerah Kuala Selangor menjadi rakan penganjur.

Objektif penganjuran, adalah untuk mengumpul para kembara dari Malaysia yang mana mereka mengembara menggunakan motosikal, kereta, pacuan empat roda, basikal dan bekpekers. Disamping itu, Kuala Selangor diketengahkan sebagai lokasi persinggahan pelancong jika bertandang ke negeri Selangor.

Pihak penganjur menjemput antara mereka yang berpengalaman dalam pengembaraan ke luar negara. Para jemputan terdiri daripada:-

  1. Alfishahrin dan isteri 
  2. Abang Zainalb Celestet dan Isteri  ( Baca cerita beliau DISINI )
  3. Angah BMI dan isteri
  4. Mat Pengembara Miskin
  5. Pak Mid Yellow Cruiser Abdul Hamid Sulaiman
  6. CJS Cikgu Joe Satun
Program AtM Mega Gathering sangat berbeza dengan program motor motor yang lain kerana :-

  • Para peserta bertemu dan bermesra
  • Peserta boleh dikatakan kenal antara satu sama lain melalui media sosial Facebook ( Adventure Touring Malaysia ) cuma mereka tidak pernah bersua.
  • Perkhemahan kalangan peserta mengeratkan lagi hubungan sesama peserta.
  • Program Bual Bicara para jemputan memberi ilmu untuk dikongsikan bersama.
Turut menghadirkan diri, antaranya :-
  1. Kak Nita Anita Yusof
  2. Dato Captain Nik Huslan
  3. Hezeri Samsuri ( Careta )
  4. Abang Din Burn Jr
  5. Group NVOG 
  6. Abang Kassim Selamat
  7. Rial Hamzah ( Indonesia )
  8. Tyan Nuswantoro ( Indonesia )
  9. Roslin Kummin dan group ( Singapura )
  10. Karya Lina dan Isteri ( Singapura )
  11. Atok Wahid Roda Roda
  12. dan ramai lagi nama nama hebat yang sukar dinyatakan jika anda tidak bersama.
Selepas program ini, komen kalangan peserta sangat positif. Mereka mahu jadikan ini sebagai acara tahunan. Malah mereka berpendapat hubungan lebih akrab selepas menghadiri program ini.

Acara bual bicara menjadi kemuncak program namun jika ada yang nak lebih pengalaman, mereka boleh berbual secara kumpulan dan boleh bertentang mata mendengar perkongsian.

Terima Kasih pihak penganjur yang nama mereka minta di rahsiakan

Kepada yang masih kekal dalam group Wasap Sahabat AtM1 dan Sahabat AtM2 terima kasih. Semoga ukhwah kita diberkati. Yang nak berniaga, join group wasap AtM niaga.

KAMI TAK MABUK
TAPI KAMI ENJOY
syukur alhamdulillah

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 1

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 2

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 3

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 4

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 5

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 6

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 7

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 8

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 9

Cikg Joe Satun
AtM Adventure Touring Malaysia 10

AtM Adventure Touring Malaysia 11

AtM Adventure Touring Malaysia 12

AtM Adventure Touring Malaysia 13

AtM Adventure Touring Malaysia 14

AtM Adventure Touring Malaysia 16

AtM Adventure Touring Malaysia 17

AtM Adventure Touring Malaysia 18

AtM Adventure Touring Malaysia 19

AtM Adventure Touring Malaysia 20


AtM Adventure Touring Malaysia 21

INFO : Contact

Kredit : Admin AtM dan Ajk Program

Rabu, 24 Oktober 2018

Pakej Percutian Bajet Dan Murah Di Langkawi

Cuti sekolah November akan bermula pada 26hb November 2018. Jika anda mencari Pakej Percutian Bajet Dan Murah Di Langkawi anda boleh layari di SINI. Itupun jika anda tidak bercadang Melawat Satun.

Pakej Percutian Bajet Dan Murah Di Langkawi menawarkan perbagai pakej mampu bercuti di Pulau Lagenda dan Bebas Cukai. Mereka menyediakan penginapan, sewa kereta pandu sendiri, pakej island hopping dan snorkeling.

Dapatkan Pakej Percutian Eylizar ke Langkawi Terbaru 2018 pastinya lebih menjimatkan dan berbaloi dengan bajet anda sekeluarga. pakej yang kami tawarkan adalah seperti Homestay 3 bilik tidur di Taman Nilam,Kuah,Apartment beserta kolam renang,kondominium di tengah pekan kuah,chalet berdekatan pantai cenang,bilik bajet motel untuk pakej rombongan dan juga kami menyediakan kenderaan pandu sendiri dan pakej rombongan termasuk bas persiaran dan juga tour guide,tiket feri, dan pakej lain seperti mangrove tour dan juga Island Hopping tour.

Dapatkan Pakej Eylizar Terbaru 2018 Hari Biasa/Normal Day termurah untuk Homestay dan Apartment (swimming pool di Pekan Kuah Langkawi).
Pakej Homestay 3 Bilik Tidur di Taman Nilam,Kuah beserta kenderaan pandu sendiri mengikut bilangan ahli keluarga.

Untuk para bikers dapatkan harga yang menarik.

Karlisa Travel
LANGKAWI

Kedai Spare Part Motor Kapcai Di Hatyai

Bila mereka bertanya Kedai Spare Part Motor Kapcai Di Hatyai, yang aku tahu tiga kedai saja. Itupun tuk tuk bawa ke sana. Di Satun atau Pak Bara lagilah tak ada. Disana cuma ada pulau macam Koh Bulone atau airterjun Wang Saithong.

Namun oleh kerana mereka asyik bertanya, aku kongsi tiga kedai ni yang aku biasa pergi

Siri Racing ( Hatyai )
https://goo.gl/maps/yozBHuR3GRv

A.T. Motor Sales Company Limited
https://goo.gl/maps/63eB65qwrK42

PVK Cycle Co., Ltd.
https://goo.gl/maps/g6S9UyNFVEL2

Tapi dari pengalaman aku sendiri, servis motor di Siam lebih murah berbanding Malaysia walaupun tukaran matawang beza ketara.
Kalau hangpa mahu info detail, aku cadangkan hang join GROUP FACEBOOK AtM Adventure Touring Malaysia.
https://www.facebook.com/groups/adventuring

Selepas di luluskan, hangpa boleh buat posting dan bertanyakan info. Namun group AtM TIDAK membenarkan jual beli.

Jika anda seorang Ahli Perniagaan, anda boleh sertai group AtM Niaga. Juallah apa saja dan jangan jual diri anda.
https://www.facebook.com/groups/839944622732432/

Cikgu Joe Satun
Kita Sepupu

Simkad Thailand Di Border Wang Kelian

Kedai menjual Simkad di Border Wang Kelian atau Wang Prachan, Satun,Thailand. Ramai yang melawat Satun bertanya CJS   dimana nak beli Simkad Thailand di border Wang Kelian.

Kedai Runcit sebelah kanan selepas Pejabat Kastam dan Imigresen Thailand, di Wang Prachan. Bila dah beli depa tanya, bagaimana nak topup.

CJS dah tulis artikel bagaimana nak topup. Baca disini. CJS dah tulis detail siap dengan gambar bagaimana nak topup guna mesin bila berada di Pak Bara atau Satun.

Mesin Topup biasanya didepan 7E atau kedai makan dan kedai runcit. Klik disini baca panduan.

Lepas topup, mereka bertanya bagaimana nak langgan Internet. KLIK DISINI panduannya CJS dah tulis.

TELCO yang mana terbaik di Thailand. BACA DISINI.

Bila dah ada internet, mereka bertanya, app mana yang terbaik untuk memberi panduan memandu. BACA DISINI .

Kalau tidak ada internet, bagaimana. Baca Disini

Ada masalah lagi, klik disini untuk panduan.

Cikgu Joe Satun
Koh Bulone



Rabu, 17 Oktober 2018

Akaun Budak Gemuk Pukul Budak Petronas Ditemui

Akuan Budak Gemuk Pukul Budak Petronas telah ditemui. Kami akan tawarkan dia Pakej Melawat Satun dengan harga bajet. Kita bawa dia ke Pulau Koh Bulone untuk snorkeling. try

Namun kalau kita temui akaun dia, kita koleh buat apa. Nak ambil tindakan bukan kerja kita. Kita bukan Polis atau pengamal undang-undang.

Aku pun tak tau cerita sebenar, mungkin ada provokasi atau cakap tidak sopan. Kita cuma baca di Facebook.

Aku rasa ada baiknya netigen share link blog aku lebih berfaedah. Sumber pendapatan yang diperolehi boleh aku meni gkatkan Program Memartabatkan Bahasa Melayu di Satun.

Apalagi share la.
Bantulah aku.

Akuan Budak Gemuk Pukul Budak Petronas Ditemui. Kita jadi hakim rakyat.


Koh Bulone Facebook Page

Koh Bulone Facebook Page adalah info semasa tentang pakej percutian ke pulau di sekitar Pak Bara dalam program Melawat Satun. Terdapat banyat tempat menarik di Satun terutama sekitar Pak Bara. Satun terkenal dengan makanan lautnya seperti tomyam, kengsom maupun kerabu kaki ayam. Anda boleh guna border pass atau pas sempadan bagi yang layak.

Koh Bulone
Koh Bulone


Pasar Malam Pak Bara, terkenal dengan dagin bakar yang murah dan dimakan bersama ais krim kelapa ( coconut ice cream )

Koh Bulone merupakan kepulauan yang diliputi batu karang. Ramai yang tidak tahu kewujudan Koh Bulone. Malah Koh Bulone menyimpan khazanah laut yang belum di usik oleh sesiapa pun.

anda boleh melewati Page Koh Bulone di https://www.facebook.com/kohbulone

atau sites google https://sites.google.com/view/karlisatravel/koh-bulone-english

atau info detail Koh Bulone di
https://satunsiam.blogspot.com/search/label/Koh%20Bulone

Selasa, 16 Oktober 2018

Bagaimana Nak Langgan Internet Di Thailand

Bagaimana nak langgan internet di Thailand. Tadi Cikgu Joe Satun atau CJS dah share Cara Nak Topup Guna Mesin Di Thailand. Senangkan, macam makan kengsom ja noo. Ini Link Cara Nak Topup Guna Mesin Di Thailand. Namun kalau nak book Hotel Di Pak Bara kena kol Cikgu Joe Satun juga. Sebab Ayam kol itik, book bilik jadi book masat.

1. True Move sila klik disini.

2. My Cat sila klik disini.

3. Untuk Dtac pula sila lihat gambar dibawah. Biasanya Dtac ini sangat popular bagi pelancong Malaysia. oleh itu kita share gambar boleh save dalam HP.
Semuanya tertakluk pada perubahan.
rujuk link

Melawat Satun
Dtac Telco 

4. Yang ni pun popular juga untuk orang Malaysia. So hangpa baca bagi faham panduannya.
Semuanya tertakluk pada perubahan.
rujuk link

Isnin, 15 Oktober 2018

Cara Nak Topup Guna Mesin Di Thailand

Cara Nak Topup Guna Mesin Di Thailand. Hari ini aku nak cerita cara nak TOPUP pula. Asyik cerita Melawat Satun, Insuran Thailand, Border Pass, Pulau Koh Bulone, orang cemoih baca.

Di Thailand boleh kata selang 2 - 3 kilo ada mesin topup di kedai sepanjang jalan. Depa kata, mengkalu di Negara pasir berdengung, dengan mesin mesin depa bawa balik rumah. Sungguh ka. depa kata bukan aku kata.

LANGKAH 1 : menatang mesin tu lebih kurang macam ni.
Ada hijau,ada oren dan merah. Sama saja. kompeni lain.

CJS SATUN 406
Cara Nak Topup Guna Mesin Di Thailand L1

LANGKAH 2 : SENTUH SKRIN 
mesin tu cakap siam.aku pun tak faham.
CJS SATUN 406
Cara Nak Topup Guna Mesin Di Thailand L2


LANGKAH 3 : Sentuh bendera UK untuk bahasa Inggeris
CJS SATUN 406
Cara Nak Topup Guna Mesin Di Thailand L3

LANGKAH 4 : Sentuh Gambar HP. Jangan peduli mesin tu nak kata apa.

CJS SATUN 406
Cara Nak Topup Guna Mesin Di Thailand L4

LANGKAH 5 : Masukkan Nombor HP hangpa. TEKAN ok
Kalau anda lupa nombor, masukkan no.HP aku 0887553209.
Cerdikkan aku.
CJS SATUN 406
Cara Nak Topup Guna Mesin Di Thailand L5

LANGKAH 6 : Display jumlah topup yang hangpa perlukan.
Tekan nilai samaada 10 = thb10 , dan seterusnya.
pastu dia akan display nilai yang hangpa kena masuk duit.
Servis cas akan dikenakan.
Masukan Duit TEKAN OK.
*** sediakan wang secukupnya.dia takda tukar. kalau lebih dia simpan. nanti hangpa topup semula,nombor yang sama,diganti balik.
CJS SATUN 406
Cara Nak Topup Guna Mesin Di Thailand L6

LANGKAH 7 : Sedang Proses, hangpa tunggu sat
CJS SATUN 406
Cara Nak Topup Guna Mesin Di Thailand L7

LANGKAH 8 : dia kata THANK YOU.
belah la..tunggu apa lagi.
orang lain pun nak topup guna.

CJS SATUN 406
Cara Nak Topup Guna Mesin Di Thailand L8


Langkah 9 : Handphone hangpa dapat sms . sahkan topup anda dah masuk.

SELESAI Cara Nak Topup Guna Mesin Di Thailand . faham ka tak faham. Tak Faham datang ke CJS SATUN 406 untuk belajar praktikal.

Cara nak Download Offline Maps Di GOOGLE MAPS

Cara nak Download Offline Maps Di GOOGLE MAPS, mudah saja. Ramai yang nak jimat tak mau beli simkad Thai, bila nak Melawat Satun atau Pak Bara. Beli tiket nak ke PULAU jam 11.30 pagi tapi pukul 3.00 petang tak sampai lagi.

Ada pula yang suka guna WAZE. Dia punya shortcut sampai bawa pi jamban rumah orang kampung kat Satun. Haru sungguh

STEP 1 : Buka Google Maps
Melawat Satun
Google Maps Logo

STEP KE 2 : KLIK ikut gambar di bawah.


STEP 3 : KLIK Offline Maps. Macam gambar dibawah.


STEP 4 : KLIK Select Your Own Map


STEP 5a dan 5b : ZOOM IN dan ZOOM OUT ,lokasi dari rumah hangpa hingga lokasi yang hangpa nak pi. Puas hati DOWNLOAD.
Tengok estimated berapa MB yang google bagi tau. Atau hangpa klik gambar bagi besar ada tulis tang tu
MASA NAK DOWNLOAD MESTI ADA INTERNET.



Tamat sudah toturial Cara nak Download Offline Maps Di GOOGLE MAPS, mudah saja. 

Ada masa mai la CJS SATUN 406, kalau nak tuntut Ilmu.

Untuk Info Pakej Koh Bulone KLIK