Masjid Khutbah Berbahasa Melayu Di Satun
7 Masjid Yang Masih Berkhutbah & Berbahasa Melayu Di Sekitar Satun
Apabila melawat Satun, ramai pelancong atau penganjur program dari Malaysia yang mencari masjid yang masih mengekalkan khutbah Jumaat dalam Bahasa Melayu. Ada juga yang berhajat mahu mengadakan program Ramadhan, sumbangan kebajikan, atau majlis kenduri bersama orang kampung supaya lebih mudah berkomunikasi tanpa kekangan bahasa.
Untuk makluman anda, jika di kawasan pelancongan seperti Pak Bara, agak sukar atau hampir tiada langsung komuniti yang fasih berbahasa Melayu. majoriti komuniti yang mengekalkan bahasa warisan ini bertumpu di kawasan sekitar bandar Satun.
Berikut adalah senarai 7 lokasi masjid pilihan yang sangat mesra komuniti berbahasa Melayu untuk rujukan aktiviti atau persinggahan anda:
Senarai Lokasi Masjid Berbahasa Melayu di Satun
1. Masjid Misbahuddin (Kampung Guar Ban Khuan)
Boleh dikatakan 99% penduduk di sini bertutur dalam Bahasa Melayu. Sangat ideal untuk program komuniti dan interaksi rapat.
- Pautan Lokasi: Google Maps Masjid Ban Khuan
2. Masjid Darul Jannah (Chalung / Kampung Cina)
Sekitar 80% komuniti di sini berbahasa Melayu. Walau bagaimanapun, penyampaian khutbah kadangkala bertukar ke dalam Bahasa Siam bergantung kepada imam jemputan pada minggu tersebut.
- Pautan Lokasi: Google Maps Masjid Chalung
3. Masjid Sungai Mati
Kawasan yang sangat santai dengan kadar penduduk 90% fasih berbahasa Melayu.
- Pautan Lokasi: Google Maps Masjid Sungai Mati
4. Masjid Che Bilang
Salah satu masjid yang terletak di perkampungan pesisir yang mesra pelancong luar.
- Pautan Lokasi: Google Maps Masjid Che Bilang
5. Masjid Tanyong Po
Terletak di kawasan mukim Tanyong Po, komuniti nelayan di sini rata-ratanya boleh memahami dan berbual dalam bahasa Melayu harian.
- Pautan Lokasi: Google Maps Masjid Tanyong Po
6. Masjid Bagan Belacan (Tanyong Po)
Satu lagi pilihan masjid di radius Tanyong Po yang sangat dekat dengan budaya masyarakat Melayu semenanjung.
- Pautan Lokasi: Google Maps Masjid Bagan Belacan
7. Masjid Tammalang
Terletak berhampiran jeti utama Tammalang, memudahkan urusan bagi mereka yang datang atau mahu pulang menyeberang sempadan.
- Pautan Lokasi: Google Maps Masjid Tammalang
Gambar: Masjid Misbahuddin Ban Khuan
Kesemua masjid yang dikongsikan di atas mendirikan Solat Jumaat dan majoriti jemaahnya boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu. Ini memudahkan anda untuk merancang pengisian program keagamaan atau singgahan musafir.
Rancang Trip ke Thailand Bersama Karlisa Travel!
Dah alang-alang melawat Thailand, apa kata teruskan perjalanan percutian anda dengan tenang. Biar Karlisa Travel uruskan segala keperluan logistik dan penginapan anda sepanjang di Thailand.
Kami menyediakan perkhidmatan menyeluruh untuk destinasi popular seperti Satun, Pak Bara, Koh Lipe, Hatyai, Krabi, dan Phuket:
- Tempahan Hotel: Pilihan penginapan terbaik dan selesa mengikut bajet anda.
- Tempahan Tiket Feri: Pengangkutan bot dan feri terus ke Pulau Koh Lipe tanpa pening kepala.
- Tempahan Van Sempadan: Perkhidmatan van sewa dari pintu sempadan Wang Kelian atau Padang Besar terus ke destinasi pilihan anda (Satun, Pak Bara, Koh Lipe, Hatyai, Krabi, Phuket).
Urusan Mudah & Pantas! Hubungi kami sekarang:
📲 WhatsApp: +66 83 094 8948
🌐 Layari Web Resmi: www.satunsiam.com
Perlukan Bantuan Logistik & Pengurusan Travel di Satun?
Hubungi kami di Karlisa Travel untuk khidmat nasihat, pakej pelancongan, dan urusan cross-border.
- Alamat: No. 678/4, 4052, Tambon Pak Nam, Amphoe Langu, Changwat Satun, Thailand 91110
- WhatsApp 1: +6683-0948-948
- WhatsApp 2: +6688-7553-209
- Email: karlisahalim@gmail.com
1 comment for "Masjid Khutbah Berbahasa Melayu Di Satun"
saya tengah rangka program GISO USIM iaitu Global Islamic Student Outrich. saya bercadang untuk ke kawasan PAK BARA, SATUN, THAILAND. jadi, saya nak tanya, di sekitar kawasan PAK BARA, ada tak tahfiz atau sekolah agama untuk saya buat program dan aktiviti? jika ada, boleh saya dapatkan maklumat tersebut?