SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Sabtu, 22 April 2023

PERSEDIAN UNTUK BAWA KENDERAAN MASUK THAILAND

 PERSEDIAN UNTUK BAWA KENDERAAN MASUK THAILAND

Ramai yang masih bertanya soalan bagaimana cara nak bawa kenderaan masuk Thailand.
1. Kenderaan nama sendiri atau pinjam
2. Geran kenderaan - jika tak mau susah dan masalah birokrasi sesetengah kastam Thai, mohon endose geran photocooy di Balai Polis berhampiran sempadan. Pi kat JPJ, mohon SIJIL PEMILIKKAN KENDERAAN dengan membayar antara RM20 - RM30. Hangpa boleh mohon Sijil ini walaupun kereta masih berhutang.
3. Jika kenderaan pinjam atau pemilik tak pi, mohon pemilik menulis surat kebenaran. Contoh surat tengok kat gambar. Tulis dalam bahasa Inggeris walaupun grammer berterabur. Tak pa aih. Bukan untuk jawapan SPM.
4. Selepas Cop passport di Imigresen bawa geran ( surat kebenaran dari pemilik kenderaan ) ke Pejabat Kastam. Perbezaan Imigresen dan Kastam. Imigresen untuk urusan passport. Kastam untuk urusan kenderaan. Walaupun uniform kaler sama tapi tugas berbeza. Mohon Declaration Form.
5. Beli insurans ( CI + VI + TI + E101 ) rujuk agen insurans atau layari www.satunsiam.com. Detail penerangan ada dicatat. Jenuh la kalau nak reply wasap sehari tak kurang dari 50 orang bertanya macam-macam soalan. Kos CI+VI RM500+/-
6. Borang TM6, T2 dan T3. Mohon agen insurans tolong isikan dengan bayaran. Borang-borang ini serah kepada Imigresen semasa Chop passport.
7. Bila nak balik, serah Declaration Form kepada Kastam. Denda THB10,000 jika tak serah. Alasan kalut nak balik nenek nak bersalin tidak boleh diterima.
8. Serah Borang TM6, TM2 dan T3 kepada Imigresen bersama passport untuk dichop keluar. Buat muka sardin basi dan pekakkan telingan jika borang TM6 hilang. Isi semula jika diminta. Buat muka toya yang paling sedih dan jangan melawan walaupun menara Petronas tu milik tokwan hangpa. Duit bukan boleh beli semua benda.
Kalau boleh tukar duit RM ke Baht siap-siap sebelum masuk ke Thailand. Kalau digoogle menunjukkan RM1 - THB7.80 dan money changer bagi THB7.65 ambil saja. Kalau nak sama dengan rate dalam Google, hangpa beli tiket kapalterbang pi amerika dan tukar di pejabat Google. Lagi satu, kalau tukar di Malaysia rate thb7.60 dan di Dannok thb7.65, elok ja tukar kat Malaysia. Beza 0.05 bukan boleh booking adik untuk belajar bahasa siam atas perut.
Di Malaysia kalau nak beli makanan Rahman guna usd pun depa tak mau walaupun nasi lemak RM1 tapi hangpa bayar Usd1.
Bila masuk Siam jangan dok meroyan jika ada sesetengah tempat depa tak tau cakap melayu. Depa bukan macam kita. Dengan bangla cakap bangla dengan india cakap tamil. Depa jatidiri Siam sangat tinggi. Kalau nak cari yang boleh berbahasa melayu, hangpa pi Sungai Seluang. Sana ada tempat nama Kampung Siam. Depa 100% boleh cakap melayu.
Sekian saja untuk pagi hari ini.
Diucapkan jutaan terima kasih.
Kenang daku dalam doamu.
Ada Empat Masaalah
1. Banyak - bila malam pertama ramadan
2. Sedikit² - bila masuk minggu kedua ramadhan
3. Jarang² - bila masuk minggu ketiga ramadhan
4. Kadang² - bila minggu terakhir ramadhan.
Jawapannya Solat Terawih.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Makan ketupat jangan lupa kami disini.
InsyaAllah Ramadhan ni program beras ramadhan akan diteruskan. Tahun lepas 400 kapit/5kg.
Tahun ni awal ramadhan sampai minggu ketiga saja. Minggu keempat aku nak balik Sungai Seluang. Tiga kali raya tak balik. Covid-19.
Kalau dapat EPF raya sakan
Kalau tak dapat tunggu bulan 6 lah saja.
Tahun ni, aku dah tak meroyan sebab dah boleh keluar bekerja. Bukan ada Lockdown pun.
Mohon hangpa sapot Karlisa Travel, tahun ni kata nak beli baju raya kat fakir miskin dan 6 orang anak yatim. InsyaAllah.
Wasap : Karlisa +66 83 094 8948
Atau Shila +66 97 351 3984
Bilik - pakej - transport boleh Join Telegram






Soalan Lazim Berkaitan Membawa Kenderaan Ke Thailand

Cikgu Joe Satun dan Karlisa Travel membicarakan SOP ke Thailand atau Melawat Satun.
Soalan lazim berkaitan membawa kenderaan ke Thailand. Sebagai persiapan kepada riders yang hendak ke Phuket Bike Week 2023, anda digalakkan membaca dan faham prosesur membawa kenderaan ke Thailand.
“ selangkah kaki ke sempadan, anda tertaluk kepada undang-undang Thailand “
Join Cikgu Joe Satun/Karlisa Travel di
https://t.me/karlisatravel

1. Dokumen Yang Diperlukan ?
Jawapan
- Geran Kerata Ori atau Copy sebaiknya bawa yang ori.
- Jika pintu masuk Betong, sila andose di Balai Polis Air Panas Pengkalan Hulu
- Jika bukan pemilik kenderaan, sila sertakan surat dari pemilik. Sila dapat Contoh berikut di ANF. Pastikan di andose di Balai Polis Air Panas Pengkalan Hulu jika ingin masuk melalui Border Betong
- Bagi pintu sempadan Wang Kelian, Padang Besar dan Bukit Kayu Hitam, tidak perlu andose salinan geran dan surat pemilik
- Kesemua dokumen ini anda perlu membawa ke Pejabat Kastam Thailand di Sempadan untuk mendapatkan Custom Declaration Form.
- Jangan lupa untuk menyerah ketika anda hendak keluar dari Thailand.
- Lupa menyerah anda bakal didenda THB10,000 tanpa maaf.

***perbezaan Kastam dan Imigresen.
Kastam anda berurusan untuk membawa kenderaan.
Imigresen anda berurusan dengan Passport, T6, TM2 dan TM3

2. Insuran Yang Diperlukan ?
- Ada empat ( 4 ) jenis insurans dan boleh dikatakan wajib jika ingin memasuki Thailand
- i ) Compulsory Insurance ( CI ). Insurans ini  adalah syarat sah untuk memasuki Thailand.  Insurans ini sekadar membiayai yuran perubatan anda jika anda terlibat kemalangan di Thailand. Biasanya untuk bukan warga asing, pembiayaan tidak mencukupi. Seperti juga warga asing di Malaysia, kos hospital juga tinggi. Oleh itu anda digalakan membeli insurans tambahan seperti Travel Insurans.

- ii ) Travel Insurans  ( TI ) adalah insurans backup untuk membiayai kos perubatan sekiranya CI tidak cukup membiayai biayaan perubatan. Lagi satu, TI juga boleh digunakan jika anda diserang sebarang penyakit dan perlu rawatan segera.

- ii ) Voluntary Insurance ( VI ) adalah insurans untuk membiayai gantirugi kepada kenderaan pihak ketiga atau pihak yang terlibat kemalangan bersama anda sekiranya anda bersalah. Jika anda tidak bersalah, anda boleh mendapat ganti rugi dari pihak ketiga. Rundingan perlu dilakukan dan anda boleh meminta bantuan dari Tourist Police Thailand dengan mendail Tol Free 1155. Anda dinasihatkan membeli insurans Thailand dari agen di Malaysia yang bertanggungjawab. Mereka akan membantu anda mendapat pampasan gantirugi dari pihak ketiga.

- iv) Extention 101 Insurance ( E101)  adalah insurans tambahan untuk membiayai ganti rugi kenderaan anda jika anda terlibat dalam kemalangan di Thailand. Jika anda membeli insurans tambahan ini, anda tidak perlu membuat laporan palsu dimana-mana Balai Polis di Malaysia bagi menuntut gantirugi. Adalah menjadi kesalahan jika anda didapati bersalah membuat laporan palsu. Insurans Tambahan ini boleh dibeli daripada mana-mana agen insurans anda di Malaysia. Sebagai contoh kenderaan anda di Malaysia menggunakan insurans dari syarikat XYZ, maka anda hubungi agen XYZ untuk membeli insurans tambahan ini ( E101 )

3. Borang-borang yang diperlukan untuk memasuki Thailand selain daripada Passport Malaysia ?
- i) TM 6 atau White Card wajib diisi dan dikepilkan bersama passport. Jangan Hilangkan. Jika hilang anda akan bersoal jawab dengan pegawai Imigresen Thailand ketika waktu keluar.

- ii ) TM2 adalah borang maklumat kenderaan.
- Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai.
- Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport.
- Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping Passport.
- tidak dipandang berat jika gagal menyerah ( bergantung kepada mood pegawai )

-iii ) TM3 adalah borang maklumat penumpang.
Proses sama serperti diatas
- Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai.
- Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport.
- Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping Passport.
- tidak dipandang berat jika gagal menyerah ( bergantung kepada mood pegawai )

Untuk memudahkan segala urusan berkaitan insurans, surat pemilik dan borang TM6,TM2 dan TM3 anda boleh menghubungi agen Insurans AnF seperti di alamat dibawah.

Anda boleh menghubungi dengan Call Centre Management (CCM ) ANF berikut:

*Cawangan Changlun*
+60 11-6331 4087

*Cawangan KL*
+60 11-6336 4087

*Cawangan Pengkalan Hulu/Betong*
+60 11-6326 4084

*Masa Operasi*
*8.30am - 9.00pm*

#soaljawabmembawakenderaankethailand

Bacaan Wajib
BUDAYA MEMANDU DI THAILAND
https://www.satunsiam.com/2019/08/peraturan-dan-budaya-memandu-di-thailand.html?showComment=1566121735659&m=1