Melawat Satun Banner

Lupa Isi TDAC, TM2, TM3 & Declaration Thailand? Ini Solusi Lengkap (2026)

Lupa Isi TDAC, TM2, TM3 & Declaration Thailand? Ini Solusi Lengkap (2026) Lupa Isi TDAC, TM2, TM3 & Declaration? 
Jangan Panik! 
Ramai pelancong Malaysia yang memandu atau menunggang masuk ke Thailand sering terlepas pandang beberapa dokumen penting seperti: 
Info-TM2-TM3-TDAC-Declaration-Customs-Form-Jpg


 Declaration Custom Form TM2 & TM3 TDAC (Thailand Digital Arrival Card) 
 Jika anda terlupa, jangan risau. Ini panduan lengkap solusi dan tindakan yang perlu diambil. 

 1. Lupa Hantar Declaration Custom Form 
 Jika anda lewat menghantar borang declaration:
 Denda: THB500 sehari 
Kiraan: Jumlah hari lewat × THB500
 Maksimum denda: THB10,000 sahaja 

 👉 Nasihat: Jangan tangguh terlalu lama kerana denda akan terkumpul. 

 2. Lupa Hantar Atau Isi TM2 & TM3 Borang TM2 & TM3 biasanya
 
Akan diminta isi semasa cop passport di imigresen
Jika tiada, anda berisiko: Disoal siasat oleh Royal Police Thai.
Terutama jika ada sekatan jalan atau pemeriksaan.

 📌 Buat masa ini Jika lupa kembalikan: 
Jika Lupa kembalikan - Tiada tindakan tegas dikenakan Tetapi ia tetap satu kesalahan rasmi.
👉 Nasihat: Isi jika diminta untuk elak masalah di kemudian hari. 

 3. Lupa Isi TDAC (Thailand Digital Arrival Card)
 Semua pelancong WAJIB isi TDAC sebelum masuk Thailand. 

 👉 Isi di sini: TDAC Official Website Tempoh isi: 3 hari sebelum masuk 2 hari sebelum masuk 1 hari sebelum masuk.
❌ Jika lebih awal (4 hari ke atas): Sistem tidak akan terima 

 ❗ Jika lupa isi: 
 Pihak imigresen akan paksa isi di kaunter Passport tidak akan dicop selagi belum lengkap Tips Penting Sebelum Masuk Thailand .

Semak semua dokumen sehari sebelum bertolak Screenshot atau simpan salinan TDAC Pastikan borang diisi lengkap di sempadan 

Promosi Perjalanan Mudah ke Thailand Untuk trip ke Satun, Hatyai, Krabi atau Phuket: 

 👉 Hubungi Karlisa Travel 
📲 WhatsApp: 👉+66830948948 
 Info perjalanan, sempadan & itinerary lebih mudah dan tenang. 

 Rujukan & Info Tambahan 🌐 Blog rasmi: Melawat Satun (SatunSiam) 

 Kesimpulan:
 Kesilapan kecil seperti lupa isi dokumen boleh menyebabkan: Denda Kelewatan Masalah dengan pihak berkuasa Tetapi dengan ilmu dan persediaan awal, semuanya boleh dielakkan. 

 👉 Ingat: Travel bijak, perjalanan tenang.


PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Lupa Isi TDAC, TM2, TM3 & Declaration Thailand? Ini Solusi Lengkap (2026)"