PASSPORT VS BORDER PASS KE THAILAND 2026
Kalau tanya orang nak ke Koh Lipe,Melawat Satun Atau Ke Pak Bara,Thailand, soalan paling kerap keluar:
“Cikgu, saya nak guna Passport atau Border Pass?”
Nampak macam soalan mudah…
Tapi jawapan dia yang ramai masih salah faham.
Depa tak study bahawa Satun adalah sebuah Wilayah Dan Ibukota Satun adalah Mueng Satun.Satun ada 7 Daerah,36 Mukim Dan 280 Kampung. Keluasan Satun 2479 KM Persegi. Kalau berbanding PERLIS, Satun 3 Kali Ganda lebih besar. Manakala Satun 1/4 dari keluasan Kedah.
Ramai juga bertanya, nak ke Krabi BOLEH guna Border Pass Tak ?
1. Border Pass BUKAN untuk seluruh Thailand
Ramai ingat bila buat Border Pass, boleh jalan satu Thailand.
❌ Salah.
Border Pass hanya sah untuk wilayah tertentu sahaja:
- Satun
- Songkhla
- Pattani
- Yala
- Narathiwat
👉Baca Juga Thailand 76 Wilayah & Bangkok
Masalahnya…
Ramai keliru antara wilayah dan bandar.
Contoh:
➡️ “Satun” itu nama wilayah
➡️ Dalam wilayah Satun, ada banyak kawasan — bukan satu tempat sahaja
Sebab itu ada yang tanya:
- “Boleh pergi Krabi guna Border Pass?”
- “Trang boleh tak?”
👉 Jawapan:
❌ Tak boleh
- " Koh Lipe BOLEH Dak" ?
✅ Koh Lipe pula BERADA dalam Wilayah Satun
➡️ Jadi boleh menggunakan Border Pass
2. Siapa boleh buat Border Pass?
Ini pun ramai tak tahu.
Border Pass hanya boleh dibuat oleh penduduk:
- Perlis
- Kedah
- Hulu Perak
- Kelantan
Tapi saya masih terima soalan:
“Cikgu, saya orang Johor. Boleh buat Border Pass tak?”
👉 Jawapan:
❌ Tak boleh
Penjelasan HULU PERAK Hulu Perak (daerah Hulu Perak) adalah sebuah daerah di bahagian timur laut negeri Perak, Malaysia. Ia merupakan daerah terbesar di Perak, dengan Gerik sebagai ibu daerah dan pusat pentadbiran utamanya.
Maklumat Utama Mengenai Hulu Perak:
Pusat Pentadbiran: Gerik.
Lokasi: Bahagian timur laut Perak, bersempadan dengan Thailand di utara, Kelantan di timur, dan Kedah di barat laut.
Kawasan Terkenal: Rumah kepada Royal Belum Rainforest (Taman Negeri Royal Belum).
Bandar Utama Lain: Pengkalan Hulu (dahulu Kroh) dan Lenggong.
Geografi: Terkenal dengan kawasan pergunungan, hutan tropika, dan pertanian berskala kecil.
Daerah ini terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan sejarah arkeologi, terutama di Lenggong
3. Kenapa ramai nak guna Border Pass?
Jawapan dia mudah:
💰 Murah
- Passport: RM200 (5 tahun)
- Border Pass: RM10 (1 tahun)
Sebab itu ramai cuba cari jalan “shortcut”
walaupun sebenarnya tak sesuai dengan perjalanan mereka.
4. Isu tak chop passport & border pass (ini bahaya)
Ini kes yang selalu berlaku.
Bila keluar dari Thailand, passport Atau border pass tidak dicop.
Ramai terus fikir:
👉 “Immigration Thai scam”
Sebenarnya…
➡️ Tanggungjawab semak passport & border pass adalah pada diri sendiri
Kalau tak ada cop keluar:
⚠️ Anda boleh dianggap masih berada di Thailand
Risikonya:
- denda
- blacklist / ban masuk semula
5. Hilang Passport atau Border Pass di Thailand
Ini satu lagi kes yang ramai ambil mudah.
Ada yang hilang, terus balik Malaysia tanpa buat apa-apa.
Mereka fikir:
👉 “Buat baru je, nombor dah lain”
❌ Ini sangat berisiko.
SOP sebenar bila hilang dokumen:
1. Buat laporan polis di Thailand
2. Terjemah laporan ke Bahasa Inggeris
3. Pergi ke Konsulat Malaysia
4. Dapatkan dokumen perjalanan sementara
5. Serah kepada Imigresen Thai
6. Serah kepada Imigresen Malaysia
7. Balik dan buat passport baru segera
Masalahnya…
Ramai tak tahu pun cara cari translator,
sedangkan hanya perlu buka Google Maps dan cari:
Kesimpulan
Nak ke Thailand bukan sekadar isi minyak dan jalan.
Faham dokumen itu wajib.
Silap kecil seperti:
- guna dokumen salah
- tak semak cop
- hilang dokumen tanpa prosedur
➡️ boleh jadi masalah besar di sempadan
Kalau anda rasa artikel ini membantu,
simpan dan kongsikan kepada rakan yang nak ke Thailand.
Kadang satu info kecil…
boleh selamatkan perjalanan seseorang.
Air laut jernih. Pulau cantik. Hidup lebih sederhana.
Kalau tanya saya, saya lebih suka bawa orang ke tempat macam ni:
• Pak Bara – pintu masuk ke dunia pulau
• Koh Lipe – “Maldives of Thailand” versi bajet
• Koh Bulone – pulau tenang, sesuai untuk healing
• Kayak sungai & laut – tenang, jauh dari hiruk pikuk
Kadang kita tak perlukan nightlife… kita cuma perlukan ketenangan.
Kalau datang Thailand, datang dengan cara yang betul.
Di Karlisa Travel, kami bukan sekadar bawa jalan.
Kami bantu dari A sampai Z:
✔ Pakej Satun, Pak Bara, Koh Lipe, Koh Bulone
✔ Aktiviti kayak sungai & laut
✔ Sewa van dari Wang Kelian, Padang Besar & Bukit Kayu Hitam
✔ Trip ke Hat Yai, Songkhla, Krabi, Phuket, Pattani & Yala
✔ Tempahan hotel & resort
✔ Tiket feri ke Koh Lipe
Dan yang paling penting…
Kami juga bantu ramai rakyat Malaysia yang ditimpa kemalangan atau kesulitan di Thailand.
JOM SAPOT CIKGU JOE SATUN
📲 Karlisa Travel
WhatsApp: +66830948948
Kalau nak datang Thailand dengan tenang, selamat dan terurus…
InsyaAllah kami bantu.
Follow Cikgu Joe Satun di Facebook - Tiktok - Instagram - Youtube



Post a Comment for "PASSPORT VS BORDER PASS KE THAILAND 2026"