SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Jumaat, 29 November 2013

Kambing : Di Thailand Tiada Kaitan Dengan Darah Tinggi




Salam semua

Sungguhpun Thailand bukan negara Islam seperti di Malaysia,tetapi mereka menggalakkan pemakanan daging kambing. Sesungguhnya Nabi kita Nabi Muhammad SAW suka memakan daging kambing.So bila nabi suka makan,ianya menjadi sunnah.
PELIKNYA di Malaysia,sebut sahaja kambing,mesti dikaitkan dengan darah tinggi. Heran juga,kerana kaum India Malaysia tidak makan daging lembu dan suka makan daging kambing.Takkan semua kaum India Malaysia mati dek kerana DARAH TINGGI ???.

PELIK LAGI,Malaysia Negara Islam tapi kaitkan makanan kesukaan baginda Rasullullah dengan DARAH TINGGI.


Terapi Kambing
Oleh PROF. DR. ARIFFAIZAL BIN MOHD NOR ARIFFIN pada 7/30/2007 08:00:00 PG
Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;
Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).
Kolestrol daging lembu dan ayam.
Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.
Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.
Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang













RESEPI KERABU MANGGA SATUN


RESEPI KERABU MANGGA

BAHAN BAHAN
1.Mangga Muda          - 1 biji besar
2.Cili padi                       - 4 biji
3.Udang kering             - 10 ekor atau lebih (agak agak la )
4.Bawang Merah          - 4 biji
5.Garam                          - secukup rasa
6.Gula                             - secukup rasa
7.Kicap ikan                  -sesudu teh
  Orang Malaysia panggil kicap sotong sebab ada gambar sotong
8.Aji                              - ikut suka
9.Biji janggus              - 10 biji atau lebih

Cara membuatnya
Manga dikupas kulit dan dihiris kecil atau cingcang la senang
Cili ,bawang dipotong halus
Udang kering tumbuk

Seterusnya
Gaul kesemua bahan tadi .
Taburkan biji janggus
Baca Disini Selanjutnya

SIAP UNTUK DI HIDANGKAN

****** Perhatian*********
Kalau Nak citarasa yang berbeza
Santan - 4 sudu besar
Balacan - 1/2 inci ( sedikit sahaja tau )

cara membuatnya : cuma gaul dengan bahan bahan diatas tadi
Biji janggus tabur dimasa akhir



Khamis, 28 November 2013

Emergency At South Thailand



Salam All Customer/Guest

When you are traveling in Southern Thailand. If you have trouble or emergency. Please email us for immediate service.
Example: On Cheating, Losing Money, Accident, misguide, attacked, etc.
We will help you as much as we can.
EMAIL TO : karlisahalim@gmail.com

Bila anda melancong di Selatan Thailand. Anda menghadapi kesulitan atau kecemasan. Sila hubungi kami untuk mendapat perkhidmatan segera.
Contoh : Di Tipu, Kehilangan Wang , Kemalangan, Sesat Jalan ,  diserang , dan lain lain
Kami akan membantu anda sedaya yang kami mampu.
EMAIL TO : karlisahalim@gmail.com

Resepi Daging Bakar Thailand Atau Daging Bakar Satun



Kalau anda datang ke Dannok,Padang Besar,Satun,Hat Yai atau Siam atau Thailand, jangan asyik cari Tom Yam sahaja.Cuba rasa daging bakar dan sos cicah.Makan saja pun sedap atau makan dengan nasi pun sedap.Ikut suka anda lah. Ini dia resepinya. Nak masak moden atau tradisional pun boleh.Saya guna MICROWAVE saja ,mudah sikit.


Anda Baca Disini KLIK
Satun Mables
- Koh Lipe
Koh Bulone
Pak Bara


Proses Pertama ( Penyedian Daging )

1.Daging               ~  1/4 Kilo ( daging kotak/sejukbeku atau Daging Segar)
2.Bawang Putih    ~ 3 ulas
3.Bawang Merah  ~ 1 ulas
4.Kicap Manis      ~ 2 sudu Besar
5.Sos Tiram           ~ 1 sudu Besar
6.Garam                 ~ 1 sudu Kecil
7.Aji No Moto     ~ ikut citarasa/boleh diganti sedikit gula
8.Serai                   ~ 1 Batang

Cara Membuatnya

Daging kotak , defrost microwave 4 minit ,dicuci ,dan dibiarkan kering 10 minit

atas suratkhabar lama.
Dipotong macam rupa daging burger.

Bawang putih,Bawah Merah dan Serai,Garam,dan Aji diblender lumat
Campurkan Kicap manis,Sos Tiram

Akhirnya semua bahan digaul rata. Masukkan daging dan digaul rata.
Masukkan dalam bekas bertutup.Perapkan dalam petisejuk minima 3jam.

Proses Kedua ( Sos untuk cicah )

1.Cili padi/cabai melaka  ~ 5 biji
2.Cili Merah                      ~ 1biji    
3.Belacan
4.Bawang puith              ~ 2 ulas
5.bawang Besar              ~ 1biji besaiz kecil ( diameter 35mm)
6.Gula                              ~ 1/2 sudu kecil
7.Garam sedikit
8.Aji sedikit
9.Limau Nipis                 ~ 1biji
10.Asam Jawa               ~ 3 biji/ambil airnya sahaja

Langkah Pertama

Bawang Putih,Bawang Besar,Belacan dibakar microwave 4 minit medhigh

Langkah Kedua
Masukkan kesemua bahan tadi kedalam blender dan blender lumat

SIAP MASUKKAN KEDALAM BEKAS BERTUTUP
(simpan ditempat yang selamat)

SELEPAS 3 JAM ATAU LEBIH

Ambil daging yang diperap tadi
Ambil pinggan leper yang tahan panas
Sapukan butter pada pinggan
Masukkan Daging kedalam pinggan

Masuk kedalam Microwave suhu High 6 minit
Siap
Alih atai tiarapkan daging tadi
Masukkan ke dalam Microwave suhu High 4 minit

Rasanya dah masak.Ini semua bergantung kepada citarasa anda.
Anda boleh bakar secara manual
Anda boleh tumbuk bahan pencicah.....ikut citarasa

Rabu, 27 November 2013

KONVOI KEHIDUPAN KOH SARAI & HAT YAI SMK KEPALA BATAS


KONVOI KEHIDUPAN KOH SARAI & HAT YAI SMK KEPALA BATAS

Pada bulan November 2013 yang lalu,ketika masyarakat Malaysia keturunan India
menyambut perayaan Deepavali,kami bersama family guru-guru SMK KEPALA BATAS
berkonvoi mencari erti kehidupan di Thailand

Bertolak dari tempat berkumpul di R&R Gurun hala utara,Konvoi yang diketuai Cikgu Rahim
sampai di Pekan Changloon untuk urusan membeli insuran Thailand dan pertukaran wang.
Konvoi sampai di Sempadan Malaysia Thailand pada tengahari.Ramai sungguh rakyat Malaysia
yang ingin ke Thailand.Mengambil masa kurang lebih satu jam,segala urusan selesai.Kami
menyambut dan membawa konvoi ke destinasi yang pertama.

KUACHAYAT HALAL RESTAURANT

Kami menjamu selera tenghari di restoran Kuachayat,lebihkuran 20KM dari sempadan atau
1KM ke Pekan Chalung,Thailand.Hidangan kami adalah masakan thai yang terdiri dari
sup daging thai,sayur,campur,telur bungkus dan lain lain juadah lagi. Juadah yang dihidangkan
sungguh menyelerakan tekak kami yang lapar dan mengidam masakan ori Thai.


Bagan Jai Thaephe (Thung Rin)
Kami sampai di Bagan Jai pada pukul 3 ptg. Disepanjang jalan kami menyaksikan suasana
jalanraya yang "tidak" normal seperti di Malaysia.Motosikal yang diubahsuai,seperti
motorsikal "peniaga aiskrim" adalah menjadi salah satu pengankutan utama bagi penduduk
kurang mampu Thai membawa family ke pekan atau ke sesuatu destinasi.Sebuah bot panjang
siap sedia menanti kami disana.
Bot kami mudik ke muara sungai untuk ke Pulau Sarai atau Koh Sarai.Cuaca amat tenang dan laut
tidak berombak.Jeti yang biasa digunakan,tidak dapat didekati kerana air kian surut.Kami ke jeti
dibelakang pulau.

KOH SARAI
Sebuah perkampungan nelayan yang sangat daif dari segi kemudahan asas.Sekitar 51 keluarga
sahaja yang mendiami pulau tersebut. Disini jarang kita lihat anak anak muda,kebanyakkan warga
emas dan kanak kanak di bawah 12 tahun yang menjadi majorati penduduk.Terdapat sebuah masjid
untuk penduduk yang terdiri dari 100% umat Islam.
Sarai atau nama asalnya adalah dari pokok serai.Selepas tahun 1909 ,pulau ini diperintah oleh
Kerajaan Thailand.Sebelum ini Pulau Sarai dan Wilayah Satun sehingga ke Wilayah Trang adalah
wilayah dibawah kekuasaan kerajaan Kedah Lama. Mengikut sejarah melayu Kedah,wilayah
selatan Thailand adalah dibawah jajahan Kerajaan Kedah Lama.Selepas Perjanjian Bangkok
pada tahun1909 wilayah wilayah dibawah kerajaan Kedah Lama telah dibahagi bahagi oleh
British kepada Siam dan Tanah Melayu.
Koh Sarai mempunyai pantai yang unik.Salah satunya sebuah benteng pasir yang terpanjang
didunia wujud di pulau ini.Manakala pasir pantainya pula berwarna hitam.Oleh itu kekadang
kita menyangkakan air lautnya kotor,SEBENARNYA TIDAK.
Kemudahan chalet disini tidaklah begitu baik dan sempurna.Terdapat chalet di muka air tetapi
tiada kemuhan bilik mandi dan tandas.Manakala chalet didarat pula dalam proses dinaik pulih
Makanan Laut
Makanan laut disini amat sedap dan segar. Konvoi kami makan BBQ sampai puas.Juadah seperti
ketam,udang dan ikan segar amat menyelerakan.Hidangan istimewa adalah siput yang kami
kutip sendiri di benteng pasir ketika air surut.
Semalaman di pulau ini membuat kami ,mengisafi diri betapa kelebihannya kita dibumi Malaysia.
Kita hidup serba kemudahan berbandingkan saudara seagama kita dibumi Thailand.Masyarakat
disini selalu memuji Malaysia dan kemakmuran Malaysia.
Memancing
Aktiviti memancing pantai adalah aktiviti yang amat sesuai disini. Disamping memancing di jeti
kita boleh menaiki sampan.Bila air surut kita boleh mencari siput atau kepah di benting pasir.




HAT YAI
Kami sampai di Hat Yai pada pukul 2ptg. Setibanya di Hat Yai kami langsung check in di hotel
Beza sungguh Hat Yai berbanding Koh sarai. Sebuah kota yang moden TETAPI tidak semoden
bandar bandar di Malaysia.
Terasa kehidupan normal kembali setibanya dibilik penginapan. Hotel lebih kurang 4 bintang ini
amatlah bersih dan dikelilingi taman bunga yang mendamaikan hati kami yang bergolak ketika
di Koh Sarai.
Anak-anak kecil mula memakai sut mandi untuk ke kolam renang.Selepas sahaja menjamu selera
mula seorang demi seorang terjun ke kolam.

KLONG HAE
Pada sebelah petang selepas solat mahgrib ,konvoi menaik "tut tut" ke Pasar Terapung. KLONG
HAE FLOATING MARKET HAT YAI unitnya kerana peniaga menjual makanan diatas perahu.
Terdapat juga pasar yang menjual pakaian dan barang barang lain.

ASEAN TRADE MARKET
Sebuah pusat membelibelah yang seakan akan pasar malam di Malaysia.Banyak barangan murah
yang dijual disini.Anda kena berani dan pandai tawar menawar.

PASAR BERHAMPIRAN LEE GARDEN
Hari ketiga kami,selepas b'fast,anak anak kecil mula terjun ke kolam mandi.Berjam jam mandi,sampailah
waktu untuk check out. Sebelum balik ke Malaysia kami sekali lagi buat FINAL SHOPPING.
LEE GARDEN
Adalah terpat pertama yang kami tuju.disekitar hotel Lee Garden kami menjelajah banyak kedai
Berbagai jenis barangan yang harganya sangat murah.
MARKET PLAZA
Selepas itu kami ke Market Plaza.Ini adalah tempat terakhir kami di Hat Yai. Antara barang yang
kami beli adalah POWER BANK YAOBOO .harganya separuh dari harga di Malaysia.
Dannok
Kami sampai di Dannok pada jam 8 malam.Shopping terakhir adalah barangan dapur.
selesai sudah,waktu untuk kami berpisah.
BERSALAMAN DAN MENGUCAPKAN SELAMAT.

KONVOI ini kami namakan konvoi MENCARI ERTI KEHIDUPAN .
Kami diuji dengan berbagai kepahitan. kami menyaksikan sebuah kehidupan yang terlalu
asing dibumi Malaysia. Kami bersatu setia kawan.

Kepada FAMILY SMK KEPALA BATAS, Travel Blog Malaysia Thailand memohon sejuta
KEMAAFAN diatas segala kekurangan. Anda group yang BEST.

DEDIKASI UNTUK SEMUA

ABDUL RAHIM BIN ISHAK
NORIZA BT ZAKARIA
NUR ALYA NAJWA BT ABDUL RAHIM


SHAHRIN BIN NORDIN
RUSAZNIZA BT ALIAS
SYAHMI IZHAM BIN SHAHRIN
SYAMIMI NURIN YASMIN BT SHAHRIN
SYAMIMI IZZUREEN BT SHAHRIN
SYAHMI IZZAN NABIL B SHAHRIN


MOHD RIZAL BIN ISMAIL
MAZLINA BT ISMAIL
MUHAMMAD IQBAL WAFI BIN MOHD RIZAL
NUR BATRISYIA BALQIS BT MOHD RIZAL
MUHAMMAD ADAM LUQMAN BIN MOHD RIZAL
MUHAMMAD ILHAM HAZIQ BIN MOHD RIZAL
MUHAMMAD AIMAN ZIQRY BIN MOHD RIZAL


ZAKI ZAMMANI BIN ABU BAKAR
ZURIANIE BT MOHD SAHAK
ISYRAF IMRAN BIN ZAKI ZAMMANI
MOHAMMAD AIDIL AMZAR BIN ZAKI ZAMMANI
KHAYRA KHALEESA BT ZAKI ZAMMANI


ADNNAN BIN AHMAD
ROZITA BT MD ISA
MUHAMMAD AMIRUL FAIZ BIN ADNNAN
MUHAMMAD AQIL FARHAN BIN ADNNAN





Selasa, 26 November 2013

Satun Hat Yai Masih Selamat Untuk Dilawati

ROMBONGAN FAMILY SMK KEPALA BATAS PENANG

Salam Hormat

Kepada pelanggan yang budiman,walaupun terdapat rusuhan di bangkok,ini bukan bermakna keseluruhan Thailand tidak selamat.Bangkok terletak lebih kuran 1000 KM ke utara Satun dan Hat Yai. Begitu juga dengan wilayah bergolak Pattani.Terletak beratus KM dari Satun atau Hat Yai.

Suasana di sekitar Satun atau Hat Yai,seperti biasa .Masyarakat disini menjalankan aktiviti kehidupan seperti biasa. Malah sekejap tadi,sesudah menunai solat Fardu Isya di Masjid kampung Guar Chalung,kami sempat singgah untuk menikmati roti canai di Pekan Chalung.

Sekiranya anda ada kemusyikilan untuk bertanyakan berita atau info terkini,sila emailkan kepada karlisahalim@gmail.com

Ahad, 24 November 2013

DELETE ,REMOVE ,NYAHKAN ,BUANG QVO6



QVO6 
Masalah yang menghantui GOOGLE CROME.

Macam-macam buat, uninstall, delete,tukarkan setting tapi still ada.
Aku cuba try test buat macam ni.....MUDAH SANGAT > BERJAYA

Pi kat ikon CROME right click > properties > target > tukar qvo6 dengan google > APPLY

Tolong bagi komen , kalau berjaya. Aku saja saja try je.

Ahad, 17 November 2013

Khidmat Urut Suami Isteri Di Satun Thailand

Cjs Satun 406
Urut Suami Isteri Di Pak Bara



Salam Pelanggan Yang Di Hormati
Urut  memang sinonim di Thailand. Sebenarnya sekiranya di komesial dengan baik,ianya tidak menjadi kejanggalan pada kaum wanita yang melawat Thailand.Cuma bila kaum lelaki yang "bersendirian" atau "single man" datang mendapat perkhidmatan ini, cerita yang di bawa balik adalah cerita yang mencabar kewanitaan pihak kaum wanita.

Jenis Jenis Urutan
Sebenarnya cuma ada tiga jenis urutan sahaja di Thailand.
1.Urut Kaki
2.Urut Thai ( Thai Massage)
3.Urut Minyak

1.Urut kaki sama juga seperti di Malaysia.Bezanya yang mengurut kaum wanita.Anda cuma duduk di kerusi malas,dan kaki anada diurut.

2.Urut Thai ( Thai Massage) adalah urutan tanpa minyak.Juru Urut menekan otot dan sendi sendi yang telah di tentukan semasa mereka berlajar. Sebenarnya anda akan diberi seluar nelayan, (sejenis seluar longgar yang dipakai oleh kebanyakan nelayan ).Anda di diwajibkan berbogel. Yang mengada ngada sahaja nak berbogel.

3.Urut Minyak adalah urutan menggunakan minyak.Sejenis minyak khas yang agak suam akan digunakan bagi melincinkan urutan dan melancarkan darah.Anda juga di beri memakai seluar nelayan.Jadi tak ada sebab untuk anda berbogel.

Urut Batin sejenis urutan ciptaan orang Malaysia yang melawat Thailand. Tiada istilah urut batin di Thailand. Urutan ini disediakan bila ada permintaan dari pelanggan Malaysia ke Thailand.

KESIMPULAN
Kesimpulannya semua terletak pada diri anda sendiri.Sebagai Agen Perlancongan kami akan memenuhi permintaan anda sekiranya anda ingin mendapat perkhidmatan seperti ini ataupun sebagainya.Pokok semua ditangan anda.terdapat perbagai perkhimatan di Thailand.Anda perlu tahu tempat yang sesuai untuk tujuan anda. AWAS jangan bertanya pada sebarang orang di Thailand. Orang awam Thailand TIDAK seperti pekerja pekerja yang melakukan aktiviti sosial. Silap haribulan anda makan buah TOMOI.


HARGA HARGA

1.Urut Kaki ( antara Thb300 ~ Thb400 1 jam )
2.Urut Thai ( Thai Massage) ( antara Thb300 ~ Thb600 2jam )
3.Urut Minyak ( Thb600 dan keatasa 2 jam )

1. Lokasi ini bersebelahan Little Queen Cafe. Amat sesuai untuk suami isteri
https://goo.gl/maps/rXT98RUrAny


2. Lokasi ini di tepi pantai Pak Bara

Selepas Suan Son Bungalow
https://goo.gl/maps/ZRx2CgQCkuR2


Sabtu, 16 November 2013

BACKPACKER GROUP HAT YAI 3D2N


PAKEJ BACKPACKER GROUP TRAVEL BY KTM  EKSPESS LANGKAWI

HAT YAI 3D2N
 Harga : RM225/Head DEWASA
 Termasuk : Hotel kongsi per pasangan atau dua orang
                      B'fast
                      Pengankutan pergi/balik dari stesen keretapi Hat Yai
                      Pengankutan semasa lawatan
Harga kanak kanak RM80/head kongsi bilik (tiada B'fast)

Syarat Syarat

1.Group Anda minima 10 peserta Dewasa (kanak kanak tidak termasuk)
   jika group anda minima 6 peserta Dewasa (kanak kanak tidak di kira)
   bayaran RM250/head dan kanak kanak RM80/head
   atau group 7 atau 9 , salah satu bilik berkongsi 3 org.
2.Beli Tiket KTM dari Tempat Anda Ke Hat Yai (pergi balik)
3.Tetapkan Tarikh seminggu sebelum berangkat
4.Memiliki Passport atau Border Pass
5.Kanak-Kanak 4 ~ 12 tahun berkongsi bilik dengan ibubapa (tanpa B'fast)
6.Sila hantar maklumat seperti
   Nama Peserta
   Mykad
   Passport No
   Email
   No HP
   Nama Ketua Kumpulan
   Tarikh Lawatan
8.Bayaran 50% semasa pengesahan tarikh
   baki 40% sehari sebelum berlepas
   baki 10% semasa sampai di Hat Yai

ILTENARARY

Day 1
12.00 Tghari -  sampai Hat Yai
1.00 Tghari  - makan tghari (belanja sendiri)
2.00 Ptg - mundar mandir di Market Plaza
3.00 Ptg - Check In Hotel
                 Rehat
5.00 ptg - Floating Market
9.00 Mlm - bersiar siar di Bandar Hat Yai
11.00 mlm -acara bebas

Day 2
10.00 pagi - B'fast (kanak kanak dibayar sendiri)
12.00 pagi - Lee Garder area shopping
3.00 ptg - Balik Hotel
6.00 ptg - Asia Trade Market
11.00 mlm - acara bebas

Day 3
10.00 pagi Bfast  (kanak kanak dibayar sendiri)
12.00 pg Check out
1.00 ~ makan tghari (belanja sendiri)
2.00 ~ Hat Yai Botanic Garden
4.00ptg ~ ke stesen keretapi
5.00ptg ~ bertolak ke Malaysia

*** jika anda tiada group ,dan anda boleh mendaftar nama,dan kami akan
atur masa yang sesuai untuk anda.




Khamis, 14 November 2013

Bagaimana Seorang Pelacur Hat Yai Di Tetapkan Harga

The Price According How Ugly You Are........

Bagaimana Seorang Pelacur Hat Yai Di Tetapkan Harga Bargains and Value, Untuk menentukannya sila BACA DISINI

Bila berkecimpung dengan bidang perlancongan di Thailand,terutama di Hat Yai, maka soalan tentang, pelacur, tiger show atau thai Girl show, coyoty adalah soalan wajib yang akan di soalkan.

Sebagai profesional dalam bidang ini, kami melayan setiap soalan yang dikemukakan oleh customer. Kalau yang memohon perkhidmatan GRO atau Thai Girl, maka kami akan serahkan mereka pada agen kami di hat Yai.

Pengalaman saya dan suami ketika kami handle guest dari nagara Teluk (bukan Arab Saudi ) , kami terpaksa membantu agen kami yang kebetulan berseorangan. Inilah kali pertama saya menjejak kaki di tempat "Thai Girl " atau Pink Lady. Walaupun saya seorang warga Thai, saya tidak pernah didedahkan dengan perkara yang sebegini.



TAWAR MENAWAR
Baca Disini Cerita Yang Lain
Setelah urusan pilih dan memilih,maka tawar menawar Harga pun bermula. Warga Negara Teluk ini amat berkira dan terlalu memilih. Maka benarlah apa yang di ceritakan oleh sahabat kami di Penang, bahawa warga Negara Teluk ini,terlalu biadap dan tidak boleh dipercayai.
Mereka tidak mahu membayar harga yang dipersetuji .banyak dolak dalik dari mereka. Sehinggakan berlaku ketegangan dan hampir mencetus pergaduhan.
Campur tangan kami menyelesaikan masalah tersebut.

Harga Seorang Pelacur
Harga yang ditetapkan dari RM250 ~ RM1000 .Bergantung pada umor dan taraf pekerjaan.
Harga Regular Pink Lady RM 250 ~ RM350
Harga Part Time Pink Lady RM300 ~ RM500
Harga Part Time (student ) RM350 ~ RM600
Harga Taraf Model  RM500 ~ RM1000

Kami bertanya bagaimana harga ini ditentukan. Tidak tetap menurut taraf .
Mami yang kebetulan adalah kenalan kami ,membuka rahsianya.
Contoh Regular Pink Lady harga tetap RM250
Kalau pelanggan tu HODOH maka harga boleh mencecah RM350 atau melebih harga tetap.
So harga seorang pink lady bergantung juga pada BAGAIMANA RUPA  ANDA  SEBAGAI PERLANGGAN. " Price According How UGLY You Are "

AMARAN : ISLAM HARAM  KAN PELACURAN. NERAKA ALLAH AMAT PEDIH
daripada anda diseksa di akhirat lebih baik anda mendermakan kepada Tabng Pembanggunan
Kelas Bahasa Melayu untuk fakir miskin di www.facebook.com/karlisa.latisya

INFO SATUN




Rabu, 13 November 2013

Tiger Show atau Thai Girl Show

THAI GIRL SHOW...bukan TIGER SHOW...


TIGER SHOW

Suatu yang menarik dalam sejarah perkhidmatan kami ,membawa perlancong Malaysia melawat Hat Yai Thailand,bila ada family guest requst untuk melihat Tiger Show.
Semasa kami melewati sebuah Night Club di kota Hat Yai,ada promosi Tiger Show.Guest kami memaksa kami membawa mereka untuk menyaksikan pertunjukkan itu.
Dengan tersenyum kami menolak dan menerangkan apa yang tersirat.

Tiger Show berasal dari perkataan "THAI GIRL SHOW" .bukan pertunjukan HARIMAU tapi pertunjukan Gadis Thai. THAI GIRL bila disebut ,seakan akan bunyi TIGER. kekeliruan yang gagal dibetulkan sehinggakan diguna pakai di seluruh dunia.

Jadi kalau anda ke Thailand berfamily,sila dapatkan tour guide untuk berkomunikasi.Penggunaan Bahasa Inggeris amat terhad.Ada kala mencetuskan pertengkaran dan boleh menjadi pergaduhan kerana salah faham.

MEMBELI BELAH DI HAT YAI MEMANG MURAH

HAT YAI...

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman membeli belah yang menyeronokkan,sila berkunjung ke Hat Yai Thailand. Baru baru ini kami berkesempatan membawa 4 group yang berkonvoi ke Thailand.

Group 1 dengan 4 MPV dan 1 Kereta 10dewasa dan 15 kanak kanak. Selama 3H2M ,dari Wang Kelian,Satun,Koh Sarai,Hat Yai dan Bukit Kayu Hitam

Group 2 dengan 10 kereta 25 dewasa dan 15 kanak kanak.3H2M ,Wang Kelian ,Satun,Hat Yai dan Bukit Kayu Hitam.

Group 3 dengan 20 kereta, 80 dewasa 3H2M,Wang Kelian,Satun,Pak Bara,Manang,Hat Yai dan Bukit Kayu Hitam.

Group 4, 7 kereta ,28 dewasa 3H2M ke Bukit Kayu Hitam,Hat Yai,Dannok dan Bukit Kayu Hitam.

Dari pemerhatian kami,semua group dari Malaysia akan teruja bila berSHOPPING di Hat Yai.
Tempat shopping yang kami bawa disekitar Hat Yai
1.Area Lee Garden Hotel
2.Plaza Market
3.Floating Market (Pasar Terapung)
4.Kim Yong Plaza
5.Asean Trade Center.

Barangan yang dibeli oleh majorati Perlancong
1.TOTO/Narita
2.T Shirt......murah dan berkualiti
3.Perkakas memasak
4.Power Bank Yoobao
5.Buah buahan
6.Kekacang
7.Beras
8.Bundle (murah dan kauliti)
9.Pakaian Wanita dan Kanak Kanak

Purata bajet seorang atau satu family RM300 ~ RM500 tapi bonet kereta penuh sesak.
Sekiranya anda ingin merasa nikmat SHOPPING di HAT YAI sila email ke karlisahalim@gmail.com