Melawat Satun Banner

Satun Hat Yai Masih Selamat Untuk Dilawati

ROMBONGAN FAMILY SMK KEPALA BATAS PENANG

Salam Hormat

Kepada pelanggan yang budiman,walaupun terdapat rusuhan di bangkok,ini bukan bermakna keseluruhan Thailand tidak selamat.Bangkok terletak lebih kuran 1000 KM ke utara Satun dan Hat Yai. Begitu juga dengan wilayah bergolak Pattani.Terletak beratus KM dari Satun atau Hat Yai.

Suasana di sekitar Satun atau Hat Yai,seperti biasa .Masyarakat disini menjalankan aktiviti kehidupan seperti biasa. Malah sekejap tadi,sesudah menunai solat Fardu Isya di Masjid kampung Guar Chalung,kami sempat singgah untuk menikmati roti canai di Pekan Chalung.

Sekiranya anda ada kemusyikilan untuk bertanyakan berita atau info terkini,sila emailkan kepada karlisahalim@gmail.com
PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Satun Hat Yai Masih Selamat Untuk Dilawati"