SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Ahad, 19 Februari 2023

Koh Lipe Satun Thailand Bersama Karlisa Travel

 Pada 19hb February 2023 yang lalu, CJS menemani followers Page Cikgu Joe Satun, ke Program One Day Trip Island Hopping dan Snorkeling Koh Lipe.

Kos seorang dewasa termasuk :-

- insurans

- tour guide

- makan dan minum

- cukai taman negara

Sebanyak THB1850/dewasa

HUBUNGI : +66830948948 Karlisa Travel ( Bini CJS )

dan juga +66 97 351 3984 ( Shila CJS )

Atau anak lelaki CJS +60 11-1242 8198 ( Kimi CJS )

Perjalanan bermula pukul 9:30 pagi dan kami sampai di pulau pertama Koh Khai kira-kira 10:30 pagi.

Lihat gambar dibawah ini













Lepas santai di Koh Khai, kami ke Koh Rawi
Perjalanan lebih kurang 20 minit. Disini staf Karlisa Travel memberi tunjuk ajar kepada semua peserta program bagaimana hendak menggunakan life jacket, googles dan cara nak snorkeling. Maka bermulalah aktiviti snorkeling.

Lepas tu kami ke spot snorkeling kedua.
Video hangpa boleh tengok di Page Cikgu Joe Satun. Disini kita boh gambar saja



Seterusnya kami ke Pulau Batu Hitam atau Koh Hin Khaw. Sebuah pulau unik terdiri daripada batu-batu berwarna hitam

" Hin Ngam Island
 Thailand's first geological park the entire beach is filled with black rocks. Small and large sizes vary in many sizes. But the similarity of all the pieces is the roundness that once hit the water and the sunlight.Become a very beautiful shiny color"





Dalam pukul 3:30 petang kami ke Koh Lipe sehingga pukul 5:00 petang dan selepas itu kami pun balik.
Dalam perjalanan balik kami menyaksikan matahari terbenam.








HUBUNGI : +66830948948 Karlisa Travel ( Bini CJS )

dan juga +66 97 351 3984 ( Shila CJS )

Atau anak lelaki CJS +60 11-1242 8198 ( Kimi CJS )

ANGGARAN KOS 3H2M 
Program Setiap Hari Sabtu Dan Ahad
Hotel Di Pak Bara THB1000/semalam/kongsi berdua
Kos seorang Hotel thb1000 + thb1850 <<< thb2850 atau RM375 
JIKA termasuk pengangkutan Dari Wang Kelian RM480/orang minima 10 orang sebuah Van

Dua Kemalangan Di Thailand Yang Perlu Diambil Iktibar

 Dua Kemalangan Di Thailand Yang Perlu Menjadi Iktibar kepada semua pelancong Malaysia yang bercadang bercuti disana.


Pertama kisah Pakcik Wahab yang menyewa motosikal dan kemalangan di Krabi Thailand. Oleh kerana beliau melanggar mati warga Thailand, maka pihak mangsa menuntut bayaran RM200,000


Lagipun sebelum menyewa motosikal/kereta di Thailand, pastikan anda bertanya mengenai insurans. Pastikan kenderaan memiliki insurans Voluntary Kelas Pertama. Namun begitu, sewanya bukan THB300/hari. Nilai sewanya mungkin THB600/hari atau lebih sebab Insurans Voluntary kelas pertama sangat mahal. 


Oleh itu, budak-budak bagpek bajet miskin, yang selalu viral, bercuti murah di Thailand perlu memikirkan implikasi sekiranya berlaku kemalangan. 


Kedua kisah Afiffudin yang menunggang motosikal LC135 dan terbabas di utara Thailand. Sahabat kita separa sedar atau dalam keadaan koma. 


Affiffudin mungkin memiliki Insurans CI dan VI. Namun kos rawatan yang agak tinggi di Thailand sebagai warga asing, insurans yang diambil tidak dapat menanggung kos hospital.


Jika ingin membawa pulang ke tanahair, maka ada lagi kos-kos yang perlu ditanggung.  Jika Affiffudin memiliki TI maka bebanan dapat dikurangkan. 


Nasihat CJS kepada pelancong yang ingin melawat ke Thailand jika berkenderaan sendiri mestilah mengambil 4 insurans.

1. CI ( memang dah wajib )

2. VI ( sukarela tapi membantu membiayai pampasan kerosakan pihak ketiga )

3. E101 insurans tambahan dari insurans kenderaan yang tersedia ada dan dibeli di Malaysia. Rujuk agen Insurans kenderaan anda.

4. TI atau Travel Insurans. 


Jika datang dengan kenderaan awam pastikan anda membeli TI. 


Berikut adalah ganbar-gambar contoh mangsa kemalangan dan carta bayaran hospital untuk warga asing di Malaysia.

Oleh kerana bila di Thailand, kita akan menjadi warga asing, maka bayaran yang kita perlu bayar mengikut kadar warga asing. 

Boleh berhubung dengan staff ANF berkaitan Insurans

*Cawangan Changlun*

Atiqah - 0135192644 

Fatin - 0124060573

Azilah - 01121626921

Ammirah - 0166904177

Aimi Nabilah - 0195780711

*Cawangan KL*

Zuraida - 0173292756 

Ayuni - 0145022237

Mazni - 0176892891

Aina - 0192239375

Nurwahidah - 0192239475





Selasa, 14 Februari 2023

PENTINGNYA TRAVEL INSURANS KE THAILAND

 KENAPA AKU GALAKKAN BELI TRAVEL INSURANS ?

Biasanya geng otai yang dah sering jelajah Thailand depa sekadar beli Compulsory Insurans ( CI ) atau Por Ror Bor sebab malaikat maut tu kawan depa. Lagipun depa dah dapat info Qada dan Qadar bila nak kemalangan.


CI adalah insurans untuk biayai yuran hospital sahaja dan pampasan kematian. Namun sebagai orang asing di Thailand, kos hospital kita sama seperti orang Thai atau Bangla masuk Hospital di Malaysia. Sangat-sangat tinggi kadar rawatan dan kos admited ke wad. Jika masuk ICU at least THB10,000 sehari.


Untuk persediaan, aku sarankan kat hangpa agar beli Travel Insurans untuk membiayai kos hospital. Rujuk agen insurans hangpa dan minta dia jelaskan TI ni cover dak kalau bawa motor ?


TI atau Travel Insurans juga disarankan untuk pembonceng motor, penumpang kereta dan ahli rombongan Cik Kiah. Naik kapalterbang pun mesti beli.

Maknakata kalau hang nak melacong ke Luar Negara seperti Thailand, belilah TI. 


Tak kisahlah kalau hangpa mai Siam naik kokkong laki atau bini hangpa. 


TI menyokong kewangan untuk CI

So TI ( malaysia ) dan CI ( Thailand ) seperti

CJS Malaysia dan Karlisa Thailand. 


Paham dak lagi ?

Kalau faham share dan tag kawan-kawan.

Contact Kak Zila +60 13-533 8511 

https://wa.me/60135338511

untuk Travel Insurans


Voluntory Insurans atau VI

VI adalah insurans kelas ketiga yang akan membantu hangpa membayar pampasan kerosakkan pihak ketiga. Itupun jika hangpa bersalah.


Mengkalu hangpa tak bersalah, hangpa boleh claim kat pihak ketiga. Hubungi Tourist Police dan Tourist Assistant Center untuk bantu hangpa. 


Bila hangpa accident, tentu kenderaan hangpa rosak. Sebab itulah aku sarankan hangpa beli Extension 101 atau E101. 

So tak payahlah hangpa menipu polis malaysja membuat laporan palsu. Hangpa tak suka bila Najib pecah amanah tapi bila hangpa pecah amanah dan menipu, tak salah pulak.


Nak beli E101, hangpa tengok polisi insurans kenderaan hangpa yang beli di Malaysia. Kalau jenama Kornia, hangpa kol saja agen Kornia bagi tau yang hangpa nak masuk Siam. Nanti dia akan offer kat hangpa E101.


So VI tu insurans Thailand dan E101 tu insurans Malaysia. Sama macam Kimi CJS Malaysia dan Harris Mikael Thailand tapi depa dua beradik anak kepada CJS. 


Hangpa paham ka dak.


Hari hari aku pikiaq nak tulis tentang insurans untuk hangpa. Bila accident aku juga yang hangpa cari.

Tapi bila nak sedekah hangpa pi cari Tok Imam Masjid.

Awat bila accident tak cari Tok Imam Masjid ?


Bila aku kata hangpa marah. Tak kata hangpa tak paham. 

CI DAN VI 

https://wa.me/60135192644


Bismillahirohmanirohim

Ya Allah

Ya Rohman 

Ya Rohim

Berilah kefahaman kepada pembaca Facebook Cikgu Joe Satun. aamiin.


Dah baca tekan butang share.

Dengan Share hangpa dapat menyebarkan ilmu ini kepada kawan-kawan lain.

Dapat pahala.

PAHALA FREE pun tak mau, heran sungguh hangpa ni. 

Lagi satu hangpa share info ini kita membantu sesama kita dari kita menderma bila kawan accident yang tak beli insurans.


La ni kerap kemalangan di Thailand. 

Bantu dan Share.