SEARCH

Ahad, 19 Februari 2023

Dua Kemalangan Di Thailand Yang Perlu Diambil Iktibar

 Dua Kemalangan Di Thailand Yang Perlu Menjadi Iktibar kepada semua pelancong Malaysia yang bercadang bercuti disana.


Pertama kisah Pakcik Wahab yang menyewa motosikal dan kemalangan di Krabi Thailand. Oleh kerana beliau melanggar mati warga Thailand, maka pihak mangsa menuntut bayaran RM200,000


Lagipun sebelum menyewa motosikal/kereta di Thailand, pastikan anda bertanya mengenai insurans. Pastikan kenderaan memiliki insurans Voluntary Kelas Pertama. Namun begitu, sewanya bukan THB300/hari. Nilai sewanya mungkin THB600/hari atau lebih sebab Insurans Voluntary kelas pertama sangat mahal. 


Oleh itu, budak-budak bagpek bajet miskin, yang selalu viral, bercuti murah di Thailand perlu memikirkan implikasi sekiranya berlaku kemalangan. 


Kedua kisah Afiffudin yang menunggang motosikal LC135 dan terbabas di utara Thailand. Sahabat kita separa sedar atau dalam keadaan koma. 


Affiffudin mungkin memiliki Insurans CI dan VI. Namun kos rawatan yang agak tinggi di Thailand sebagai warga asing, insurans yang diambil tidak dapat menanggung kos hospital.


Jika ingin membawa pulang ke tanahair, maka ada lagi kos-kos yang perlu ditanggung.  Jika Affiffudin memiliki TI maka bebanan dapat dikurangkan. 


Nasihat CJS kepada pelancong yang ingin melawat ke Thailand jika berkenderaan sendiri mestilah mengambil 4 insurans.

1. CI ( memang dah wajib )

2. VI ( sukarela tapi membantu membiayai pampasan kerosakan pihak ketiga )

3. E101 insurans tambahan dari insurans kenderaan yang tersedia ada dan dibeli di Malaysia. Rujuk agen Insurans kenderaan anda.

4. TI atau Travel Insurans. 


Jika datang dengan kenderaan awam pastikan anda membeli TI. 


Berikut adalah ganbar-gambar contoh mangsa kemalangan dan carta bayaran hospital untuk warga asing di Malaysia.

Oleh kerana bila di Thailand, kita akan menjadi warga asing, maka bayaran yang kita perlu bayar mengikut kadar warga asing. 

Boleh berhubung dengan staff ANF berkaitan Insurans

*Cawangan Changlun*

Atiqah - 0135192644 

Fatin - 0124060573

Azilah - 01121626921

Ammirah - 0166904177

Aimi Nabilah - 0195780711

*Cawangan KL*

Zuraida - 0173292756 

Ayuni - 0145022237

Mazni - 0176892891

Aina - 0192239375

Nurwahidah - 0192239475





0 comments: