SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Ahad, 30 Mac 2014

Cintakan Islam Dan Sayang Melayu

Misbahuddin Mosque
Misbahuddin Mosque

Masjid Misbahuddin atau masjid Ban Khuan terletak di kampung Guar . Kampung Guar atau nama dalam Thai adalah Ban Khuan. Penduduk disini kebanyakkan bertutur dalam bahasa Melayu , loghat Utara .Sebelum tahun 1909 Wilayah Satun di selatan Thai dan negeri Kedah di utara Malaysia ada kaitan. Selepas Perjanjian Bangkok, Wilayah Satun dipisahkan . Kini Wilayah Satun, terutama Kampung Guar ( Ban Khuan ) berusaha gigih mendidik anak anak agar mengekalkan adat dan budaya Melayu terutamanya dan bahasa pertuturan iaitu Bahasa Melayu. Sebuah Tadika atau Taman Didikan Kanak Kanak telah ditubuhkan.Tadika yang dikenali sebagai Tadika Misbahuddin kini giat mengajar anak anak dari usia 5 tahun hinggalah ke 12 Tahun.
Nama MISBAHUDDIN diambil semperna nama Masjid Misbahuddin.Tadika Misbahuddin juga mengajar matapelajar Melayu Rumi,Melayu Jawi dan Agama Islam. Rata rata pelajar disini mahir menulis Rumi dan Jawi.
Pada awal tahun 2014 , Tadika Misbahuddin berasa amat bertuah kerana, salah seorang anak penduduk Kampung Guar telah bernikah dengan seorang lelaki Malaysia. Kini beliau membantu Tadika Misbahuddin dalam mengajar Matapelajaran Bahasa Melayu dengan betul. Selama ini pihak Tadika Misbahuddin mengajar Bahasa melayu dalam loghat Kedah. Keadaan ini membuat anak anak keliru bila berbicara dengan rakyat malaysia di luar Kedah atau utara Malaysia.
Pihak Masjid Misbahuddin dan Tadika Misbahuddin menyeru kepada sesiapa yang budiman dan pemurah agar datang melawat atau memberi seikhlas sumbangan bagi memajukan pendidikan Bahasa Melayu dan Agama Islam untuk anak anak khairah Masjid Misbahuddin Kampung Guar Ban Khuan,Satun,Thailand.
Sumbangan anda diperlukan bagi menyiapkan banggunan sekolah yang terbengkalai pembinaannya. Segala sumbangan atau pertanyaan bolehlah di ajukan di talian
 Hp Thailand 087 969 2163 Imam Ali , 086 498 1733 Pengetua Tadika atau
email ke karlisahalim@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/MasjidMisbahuddin

Tadika Misbahuddin

Tadika Misbahuddin telah lama diasaskan. Tujuan tadika ini ditubuhkan bagi mendidik anak anak khairah Kampung Guar,Ban Khuan,Satun,Thailand dalam matapelajaran Agama Islam dan Bahawa Melayu. memandangkan Kampung Guar Ban Khuan , berada didalam negara Thailand yang mengamalkan agama Bhudha dan bahasa Thai maka pihak masyarakat terpaksa bergolok dan bergadai mendirikan sebuah sekolah bagi mendidik anak anak soal Agama Islam dan budaya Melayu. Semua ini dilakukan agar Agama Islam dan budaya Melayu tidak terhakis sama sekali.

Keringat orang Kampung Guar kian kering.banggunan sekolah yang diidamkan terbengkalai pembinaannya. Murid murid dari usia 5 tahun sehingga 12 tahun terpaksa berlajar dalam serba kekurangan. Banggunan yang lantainya belum dituram simen membuat keaadaan tidak selesa bila kipas dihidupkan. Ada banggunan yang siap disimenkan.tetapi kanak kanak terpaksa meniarap ketika menulis.


Banggunan Sekolah Yang TERBENGKALAI digunakan untuk berlajar

Bahasa Melayu
Penggunaan bahasa Melayu juga agak kelam kabut.Rata rata mereka bertutur dalam loghat utara.Sehinggakan menimbul kekeliruan bila berbicara dengan orang Melayu dari Malaysia atau Indonesia.
Contohnya : BAS disebut keritabas , Nampak atau tengok disebut Kelih dan banyak lagi.
Mereka juga perlukan bantuan buku buku bahasa Melayu yang bermutu dari Malaysia.Tapi apakan daya,ibubapa hanya sekadar penoreh getah yang menjual getah sekilo 40sen.


Cintakan Islam dan Sayangkan Melayu
Murid murid Tadika Misbahuddin berkorban waktu cuti Sabtu dan Ahad kerana Cintakan Islam dan Sayangkan Melayu. Mereka datang ke Tadika Misbahuddin dari jam 8-00pagi dan pulang 5.00 petang atau selepas solat Asar. Semua ini dilakukan bagi mendalami Ilmu Islam dan Budaya Melayu.

SERU
Kami bagi pihak Pentadbiran Masjid Misbahuddin dan Tadika Misbahuddin merayu pada rakyat Islam Melayu Malaysia,Indonesia dan serata dunia Islam agar SEIKHLASNYA membantu kami dalam menyebarkan syiar Islam dan mengekalkan Budaya Melayu.
SUMBANGAN ANDA AMAT DIHARGAI.