SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Rabu, 30 Januari 2019

Cara-Cara Membawa Van Ke Thailand

Procedur Membawa Van Ke Thailand satu persatu. Biasanya mereka melawat Pak Bara Satun selalu mengabaikan prosedur ini.

Dalam artikel yang lepas telah ditulis panduan dan undang-undang ringkas BACA. Disini diberi prosedur bagaimana proses proses dan keperluan yang perlu.

1. Van perlu memiliki
- geran ( nama atau nama pihak ketiga )
- Jika nama pihak ketiga, surat kebenaran dari pihak ketiga di perlukan.
- Insuran ke Thailand yang sah.

2. Hubungi Travel Agent Yang Sah Berdaftar di Thailand ( inbound dan outbound ).
- mohon Job Order dari syarikat berkenaan
- mohon tentatif dan berbincang jadual anda
- membeli insuran dari syarikat ( biasa setiap travel agent thailand memiliki travel insuran untuk pelancong )
- menempah seorang pemandu pelancong yang berlesen sah ( warga thai )
- biasanya salinan passport penumpang van diperlukan untuk berdaftar semasa memiliki insuran perjalanan ( travel insurance )

3. Semua dokumen di perkara 1 dan 2 hendaklah di fotokopi.

4. Proses di Border adalah seperti biasa. Cuma anda perlukan sediakan dokumen di Perkara 2 jika diminta.

5. Pastikan Tour Guide menyambut anda di Border.

6. Tour Guide mestilah berpakaian kemas, siap lencana lesen, membawa bersama salinan Job Order, Cover note Insuran dan tentatif program anda.

7. Jangan membawa lebih penumpang yang ditetapkan walaupun seorang bayi.

* bayaran perkhidmatan tersebut, anda boleh berbincang dengan Travel Agency.

Walkie Talkie adalah dilarang untuk perhubungan komunikasi.


Selasa, 29 Januari 2019

PANDUAN MEMBAWA VAN PERSENDIRIAN KE THAILAND


  1. Van, kereta kemping, bas, trak, kenderaan melebihi 3500kg atau yang mempunyai lebih daripada 9 kerusi atau tempat duduk. ( Sekiranya anda membawa kenderaan 9 tempat duduk seperti tercatat dalam geran, anda perlu memohon peraturan ini walaupun penumpang kurang dari 9 orang )
  1. Diperlukan untuk permohonan: Salinan pasport dan Visa dengan tidak kurang dari 6 bulan sah, lesen memandu, sijil pendaftaran kenderaan, sijil pemeriksaan (MOT), Surat Izin (jika pemilik kenderaan itu bukan sebahagian daripada perjalanan) .
  2. Gambar kenderaan dalam warna (Jenis badan dan plat lesen kenderaan mestilah kelihatan)

  1. Salinan jadual insurans liabiliti pihak ketiga. Perlindungan minimum adalah seperti berikut; a. 1,000,000 THB kehilangan nyawa, kecederaan tubuh atau kerosakan kepada kesihatan, setiap orang dalam kemalangan. b. 1,000,000 THB liabiliti kerosakan harta benda setiap kemalangan.

  2. Jadual Perjalanan ( tentatif)
  3. Surat yang menyatakan keperluan untuk menggunakan kenderaan berdaftar asing di Thailand, yang ditandatangani oleh pengembara atau ditandatangani dan dicap oleh agensi pelancongan asing yang bekerjasama dengan agensi pelancongan Thailand
  4. **** perkara No.1 hingga No.6 anda boleh dapatkan nasihat dari Travel Agent yang berdaftar di Thailand.

  5. Perhatikan DLT (Department of Land Transport) sebelum ini telah memaklumkkan bahawa hanya IDP ( lesen malaysia ) yang dikeluarkan di bawah Konvensyen mengenai Trafik Jalan Raya pada 19 September 1949 akan diterima (tidak dinyatakan dalam peraturan terkini)

    * Dokumen bukan bahasa Inggeris mesti disertakan dengan terjemahan Thai atau Inggeris yang disahkan oleh pihak berkuasa yang berwibawa. ( pihak Travel Agent Boleh Uruskan )

    Bilangan pemandu dan pemandu pelancong yang diperlukan:

    • 1-5 kenderaan: Sekurang-kurangnya satu pemandu pelancong / pengiring dengan satu kenderaan pengiring berdaftar di Thailand.
    • 6-15 kenderaan: Sekurang-kurangnya 2 pemandu pelancong / pengiring dan 2 kenderaan pengiring
    • Lebih daripada 15 kenderaan: Sekurang-kurangnya 3 pemandu pelancong / pengiring dan 3 kenderaan pengiring
    * Pemandu pelancong atau pengiring mestilah warga Thai manakala sekurang-kurangnya satu kenderaan pengiring mesti berdaftar di Thailand
PROSES DAN ATURCARA BACA DISINI

PERHATIAN :

Jika anda membawa kenderaan 9 tempat duduk seperti tercatat dalam geran, tidak kisahlah penumpang adalah ahli keluargaan anda atau anda nak pi ziarah kematian atau menghadiri kenduri kahwin, anda perlu mematuhi peraturan ini.

Proses membawa kenderaan 

INFO TENTANG SATUN KLIK

Pakej Koh Bulone

PENAFIAN :
Jika info ini tidak sama dengan info yang telah dikemaskini,sila abaikan. Pihak kami tidak bertanggungjawab atas maklumat yang belum dikemaskini atau maklumat salah.
SILA HUBUNGI TRAVEL AGENT YANG BERDAFTAR SAH DI THAILAND UNTUK KETEPATAN INFO.