Melawat Satun Banner

Cara-Cara Membawa Van Ke Thailand

Procedur Membawa Van Ke Thailand satu persatu. Biasanya mereka melawat Pak Bara Satun selalu mengabaikan prosedur ini.

Dalam artikel yang lepas telah ditulis panduan dan undang-undang ringkas BACA. Disini diberi prosedur bagaimana proses proses dan keperluan yang perlu.

1. Van perlu memiliki
- geran ( nama atau nama pihak ketiga )
- Jika nama pihak ketiga, surat kebenaran dari pihak ketiga di perlukan.
- Insuran ke Thailand yang sah.

2. Hubungi Travel Agent Yang Sah Berdaftar di Thailand ( inbound dan outbound ).
- mohon Job Order dari syarikat berkenaan
- mohon tentatif dan berbincang jadual anda
- membeli insuran dari syarikat ( biasa setiap travel agent thailand memiliki travel insuran untuk pelancong )
- menempah seorang pemandu pelancong yang berlesen sah ( warga thai )
- biasanya salinan passport penumpang van diperlukan untuk berdaftar semasa memiliki insuran perjalanan ( travel insurance )

3. Semua dokumen di perkara 1 dan 2 hendaklah di fotokopi.

4. Proses di Border adalah seperti biasa. Cuma anda perlukan sediakan dokumen di Perkara 2 jika diminta.

5. Pastikan Tour Guide menyambut anda di Border.

6. Tour Guide mestilah berpakaian kemas, siap lencana lesen, membawa bersama salinan Job Order, Cover note Insuran dan tentatif program anda.

7. Jangan membawa lebih penumpang yang ditetapkan walaupun seorang bayi.

* bayaran perkhidmatan tersebut, anda boleh berbincang dengan Travel Agency.

Walkie Talkie adalah dilarang untuk perhubungan komunikasi.


PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Cara-Cara Membawa Van Ke Thailand"

WhatsApp Karlisa Travel