SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Ahad, 14 Disember 2014

Harga Toyota Vios Thailand Dan Malaysia


Harga kereta Toyota Vios Thailand dan Malaysia berbeza antara RM14,000. Murah sangat berbanding dengan harga di Malaysia. Akan tetapi harga petrol Ron 95 berbeza antara RM1.86.
Selepas diguna 5 tahun,anda akan dapat membezakan nilainya.

Matematik di bawah perlu dibaiki jika tersalah fakta.

Senarai Harga Petrol RON95, RON97 Dan Diesel Mulai Disember 2014
RON95RM2.26 seliter
RON97RM2.46 seliter








Harga Toyota Vios Thailand Dan Malaysia selepas pertukaran nilai Matawang RM1.00 sama THB 9.3
Thailand Malaysia
Harga Vios 60,107 74,000
Downpayment 20% 12021 14800
Pinjaman 48,086 59,200
Interest Bank 6% 2885 3552
Tempoh 5 Tahun 14426 17760
Jumlah  62,511 76,960
Bayaran Bulan 1,042 1,283
Minyak 1liter  15 km 15 km
Pemanduan sehari /km 100 100
Harga minyak/liter Ron95 4.12 2.26
Belanja Sehari 27.47 15.1
Belanja 25 hari 687 376.7
Bayarn Bulan + Minyak sbln 1,729 1,659
Bayaran 5 tahun (60 bulan) 103711 99560

Khamis, 11 Disember 2014

Restoran Au Mai (Teluk Baru) Tanyong Po

Travel Blog Malaysi Thailand

Restoran Au Mai (Teluk Baru) Tanyong Po

Tanyong Po adalah nama yang telah di Thai kan . Nama asalnya Tanjung Pauh. Oleh kerana tiada pejuang bahasa Melayu di Wilayah Satun yang mempertahankannya maka dengan sewenangnya bahasa Melayu di rogol oleh Penguasa yang mahu Bahasa Melayu di lenyapkan di bumi Thailand ketika itu. Kini zaman dah berubah, Thailand mula sedari betapa pentingnya Bahasa Melayu yang menjadi bahasa ke-7 dunia. Sekolah sekolah kerajaan mula di ajarkan Bahasa Melayu kepada semua murid.



Sebelum saya berbicara tentang Restoran Au Mai . Saya ingin menjelaskan sedikit infomasi tentang kedudukan negeri atau wilayah di Thailand. Wilayah atau Changwat adalah sama dengan negeri di Malaysia. Yang menjadi kekeliruan kebanyakkan pelawat dari Malaysia tentang wilayah di Thailand. Ibunegeri juga sama nama dengan wilayah. Sebagai contoh :-
NAMA WILAYAH
Ibukota/wilayah
Daerah

SATUN
SATUN
SATUN
SONGKHLA
SONGKHLA
SONGKHLA

Pak Bara , Chalung , Langu, Tammalang,Tanyongpo , Manang adalah daerah atau mukim dalam Wilayah Satun
Hat Yai , Dannok , Padang Besa , Sadao , Klong Ngek adalah daerah atau mukim dalam Wilayah Songkhla.



Restoran Au Mai Tanyong Po
Restoran milik 100% melayu Islam Satun. Au Mai bermaksud Teluk Baru. Terletak di tepi pantai yang mengadap Laut Andaman dengan berlatarkan Pulau Langkawi dan Koh Tarutao . Disini nampak dengan jelas bahawa pengaruh Melayu sangat besar disini dan betapa dekatnya Langkawi dengan Tanyong Po. Yang menjadi persoalan saya , kenapa nama Au Mai dipilih sedangkan rata rata pelanggan dan penduduk adalah dari keturunan Melayu. Saya tidak katakan salah kerana mereka dibawah pemerintah Thai, tapi jiwa bangsa sudah hilang. Bila bangsa yang tiada jiwa ibarat lagu tanpa irama.
Restoran Au Mai , menyediakan masakan Thai dan makanan laut yang segar. ODANGKOTAM adalah nama menjadi viral pada bikers dari Malaysia. Udang segar , ketam segar ,sotong segar dan ikan segar adalah tarikan utama ke restoran ini.

Contoh menu dan harga untuk 5 orang
1.       Udang Besar 1kg = RM55 – RM65
2.       Ketam 1 kg = RM24 – RM30
Menu Pilihan ( 5 orang )
1.       Nasi 5 pinggan plus nasi tambah
2.       Udang goreng planta ( majerin)
3.       Ketam goreng kari
4.       Sotong sayur
5.       Sup sayaur
6.       Ikan Siakap stim
7.       Kerabu mangga
8.       Somtam
9.       Coke botol besar
1.   Mineral water
11.   Teh dan kopi 5 cawan
Jumlah Harga THB1800 atau RM180 atau seorang RM36


Rabu, 10 Disember 2014

Nava Seafood Tempat Makan Di Pak Bara Satun Thailand

Travel Blog Malaysia Thailand

Nava Seafood
Tempat makan yang popular di Pak Bara Satun Thailand. Dimiliki oleh 100%  Islam Thailand. Nama pemilik Hamka dan dibantu oleh adik iparnya Hassan Bird.Mereka berdua boleh berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris. Ada seorang pembantu restoran yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

Travel Blog Malaysia Thailand


Lokasi Nava Seafood

Bila anda sampai di jalan masuk Pak Bara, anda akan menjumpai sebuah dataran atau esplanate seperti gurney drive atau Padang Kota di Penang.Selepas dataran berderet kedai makan dan restoran di tepi pantai. Lebih kurang 1 hingga 1.5 km ,dari kedai pertama dan kedai terakhir sebelum tanah kosong di depan Masjid Pak Bara. Kedai disebelah kiri dan Masjid di sebelah kanan. Jalan berikut anda boleh sampai ke Jeti Pak Bara.



Khamis, 4 Disember 2014

Pondok Tahfis Al Quran Satun Thailand


Sebuah pondok Tahfis Al Quran di Kampung Guar Ban Khuan Satun,Thailand.Pondokyang usang dan tidak terus kerana kekangan kewangan dari pihak pengurusan. Di pondok ini murid di ajar untuk menghafal Al Quran . Sukatan pelajaran yang disusun walaupun tampak macam simple tetapi sangat berkesan untuk mengajar anak anak , menghafal Al Quran dengan berkesan

Nama Pondok                        : Tahfis Al Quran Masohihul Uloom
Nama Pengasas dan pengajar  : Ustaz Yusri ( Baba Yusri )
Jumlah Pelajar                         : 40 orang
Umur Pelajar                           : dari 13 tahun hingga 17 tahun ( Tidak dihadkan umur)
Bayaran Sebulan                     : THB1000 ( RM100 )
Keberkesanan dan Pencapaian:  paling cepat 2 tahun boleh menghafal Al Quran
                                                  paling lambat 5 tahun
Kemudahan                             : Tempat tinggal dan makan disediakan

Jika dimbil perbandingan matematik 40 pelajar didarab THB1000 bersamaan THB40,000 ( RM4000) pendapatan sebulan. Pelajar disediakan makan dan minum juga tempat tinggal.Bolehkah anda anggarkan gaji atau sumber pendapatan Ustaz Fauzi dan dimana sumber beliau untuk menyara anak dan isterinya ?

Saya kagum dengan keikhlasan Ustaz Fauzi dan ketabahannya dalam mengembangkan Agama Islam. Janji Allah pasti, ada rezeki bagi pejuang agama Allah .

Kalau di fikir tidak masuk akal , tapi ini adalah hakikat yang penulis alami didepan mata.

Jika anda BERSIMPATI DAN SUDI MENGHULUKAN BANTUAN
ANDA BOLEH MENGHUBUNGI KAMI . Kami akan mengatur lawatan ke Pondok tersebut

Email : karlisahalim@gmail.com
FB    : Karlisa Latisya
IDD : +66943160495 Th


Rabu, 3 Disember 2014

Border Pass Atau Passport Ke Thailand

Travel Blog Malaysia Thailand

Border Pass Atau Passport Ke Thailand ( Satun,Songkhla,Yala dan Narathiwat )
Border Pass atau Passport diperlukan untuk memasuki sesebuah negara di dunia. Jika anada ingin memasuki Thailand anda perlukan dokumen perjalanan seperti Border Pass atau Passport. Perbezaan Border Pass dan Passport.
BORDER PASS ( Malaysia )
1.       Negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand sahaja .
·         Perlis , Kedah , Perak( Hulu Perak) dan Kelantan
Penduduk yang bermastautin di negeri dan daerah berkenaan.
Penduduk selain dari Hulu Perak Tidak layak.
Penduduk Terengganu , Pahang , Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Pulau Pinang juga tidak layak.
2.       Pemilik hanya dibenarkan menyeberang Thailand ke Wilayah-Wilayah (Negeri-negeri ) yang bersempadan dengan Malaysia sahaja.
·         Satun,Songkhla,Yala dan Narathiwat
Wilayah Trang, Krabi, Nakhon Si Thamarat dan lain lain dari lima Wilayah ( Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani ) mestilah guna Passport.
3.       Begitu juga dengan pemilik Border Pass thailand,hanya dibenarkan di negeri-negeri Malaysia yang bersempadan dengan Thailand sahaja.
4.       Syarat Syarat memohon border Pass
·         Dilahirkan di negeri-negeri seperti di atas.
·         Pemastautin dan beralamat di negeri negeri sempadan
·         Berumur 18 tahun ke atas. Jika dibawah umur,hendaklah mendapat kebenaran ibubapa.
·         Permohonan boleh di buat di semua pejabat Jabatan Imigresen negeri negri berkenaan atau di pejabat imigresen di pintu atau pos sempadan.
·         Membawa 2 keping gambar berukuran passport dan berlatarbelakan putih.
·         My Kad
·         Wang RM10.00
·         TIDAK DI ISTIHAR MUFLIS ( black list bank ,boleh)
5.       Setiap Border Pass Baru ( berwarna biru,saiz Passport antarabangsa) luput 1 tahun dari tarikh dibuat.
6.       Biasanya mendapat kebenaran untuk tinggal 30 hari di WILAYAH BERSEMPADAN MALAYSIA.
7.       Dilarang digunakan untuk tujuan bekerja.
PASSPORT ANTARABANGSA
Boleh digunakan untuk keseluruh negara didunia KECUALI ISRAEL.
1.       Syarat Pemohonan Passport Antarabangsa
2.       Berumur 18 tahun ke atas. Jika dibawah umur,hendaklah mendapat kebenaran ibubapa.
3.       Permohonan boleh di buat di semua pejabat Jabatan Imigresen negeri negri berkenaan atau di pejabat imigresen di pintu atau pos sempadan yang terpilih sahaja.
4.       Membawa 2 keping gambar berukuran passport
5.       My Kad
6.       TIDAK DI ISTIHAR MUFLIS
7.       Wang mengikut tempuh 1 tahun atau lebih , mengikut kadar yang ditetapkan ,minima RM100.00 ( terbaru RM200/5tahun )
8.       Biasanya dibenarkan tinggal di negara Asean tidak lebih 1 bulan dan VISA perlu dipohon jika negara terbabit menetapkan peraturan.
9.       Dilarang salahguna selain dari lawatan.
ANTARA BANDAR ATAU WILAYAH YANG DIBENARKAN MENGGUNAKAN “ BORDER PASS”
1.       SATUN, PAK BARA,TANYONG PO,TAMMALANG,MANANG ,KOH LIPE DAN SELURUH WILAYAH SATUN.
2.       SONGKHLA,HAT YAI,DANNOK,PADANG BESA,SADAO,KLONG NGEK,PANTAI SAMILA DAN SELURUH WILAYAH SONGKLHA.
3.       WILAYAH NARATHIWAT, TAK BAI
4.       WILAYAH YALA,BETONG
DI LARANG GUNA BORDER.
1.       KRABI
2.       PHUKET
3.       TRANG
4.       PATHALUNG
5.       KOH SAMUI
6.       KOH PANGA
7.       SURAT THANI
8.       SEGENTING KRA
9.       DAN DI SELAIN DARI WILAYAH SEMPADA SEPERTI Satun,Songkhla,Yala dan Narathiwat
1. CLIK UNTUK HUBUNGI KARLISA TRAVEL PAK BARA SATUN


Koh Bulone CJS SATUN 406
Berenang Bersama Ikan Di Koh Bulone
Pak Bara Satun
Untuk Pakej SILA KLIK DISINI



Border Pass Atau Passport Ke Thailand

Border Pass Atau Passport Ke Thailand

Border Pass Atau Passport Ke Thailand


Selasa, 2 Disember 2014

Bukan Blog Pelacuran Thailand

Travel Blog Malaysia Thailand

kerabu kaki ayam,resepi kerabu kaki ayam,pelacur,pelacuran di thailand,pelacur malaysia,pelacur thailand,daging bakar,resepi daging bakar,bohsia,dadah ice adalah antara keywords yang sangat popular di Travel Blog Malaysia Thailand. Sebuah blog infomasi perlancongan di Thailand khususnya di Wilayah Satun dan Wilayah Songkhla.
Bila kita involve tourism di Thailand, ramai yang menyangka , kita juga menawarkan Khidmat menempah PELACUR. NAUZUBILLAHIMINZALIK. TIDAK TIDAK TIDAK . Kekadang kami menyentuh soal pelacur juga, tapi itu semua adalah pengalaman kami dalam urusan kerja. Thailand terlalu sinonim dengan industri sex,TETAPI orang THAI BUKAN SEMUA PELACUR atau BOHSIA. Kami juga beragama Islam dari golongan Sunnah atau sunni.
Resepi kerabu kaki ayam juga keyword yang popular. Kekadang customer kami request,resepi so kami pun belanja resepi untuk mereka dengan memaparkan di blog agar dapat dikongsi bersama.
kerabu kaki ayam
776
resepi kerabu kaki ayam
567
pelacur
367
pelacuran di thailand
336
pelacur malaysia
217
pelacur thailand
198
daging bakar
137
resepi daging bakar
125
bohsia
118
dadah ice
      101

Jika anda ingin melawat Satun tapi kurang infomasi , anda boleh baca disini.
http://satunsiam.blogspot.com/2014/11/info-satun-dalam-bahasa-melayu.html
Jika anda ingin memandu kereta ke Thailand tapi tidak tahu prosedur , anda baca disini
Info tentang tempat makan dan makanan yang menarik , anda baca disini
Nak booking bilik di Pak Bara, anda baca disini