Melawat Satun Banner

Restoran Au Mai (Teluk Baru) Tanyong Po

Travel Blog Malaysi Thailand

Restoran Au Mai (Teluk Baru) Tanyong Po

Tanyong Po adalah nama yang telah di Thai kan . Nama asalnya Tanjung Pauh. Oleh kerana tiada pejuang bahasa Melayu di Wilayah Satun yang mempertahankannya maka dengan sewenangnya bahasa Melayu di rogol oleh Penguasa yang mahu Bahasa Melayu di lenyapkan di bumi Thailand ketika itu. Kini zaman dah berubah, Thailand mula sedari betapa pentingnya Bahasa Melayu yang menjadi bahasa ke-7 dunia. Sekolah sekolah kerajaan mula di ajarkan Bahasa Melayu kepada semua murid.



Sebelum saya berbicara tentang Restoran Au Mai . Saya ingin menjelaskan sedikit infomasi tentang kedudukan negeri atau wilayah di Thailand. Wilayah atau Changwat adalah sama dengan negeri di Malaysia. Yang menjadi kekeliruan kebanyakkan pelawat dari Malaysia tentang wilayah di Thailand. Ibunegeri juga sama nama dengan wilayah. Sebagai contoh :-
NAMA WILAYAH
Ibukota/wilayah
Daerah

SATUN
SATUN
SATUN
SONGKHLA
SONGKHLA
SONGKHLA

Pak Bara , Chalung , Langu, Tammalang,Tanyongpo , Manang adalah daerah atau mukim dalam Wilayah Satun
Hat Yai , Dannok , Padang Besa , Sadao , Klong Ngek adalah daerah atau mukim dalam Wilayah Songkhla.



Restoran Au Mai Tanyong Po
Restoran milik 100% melayu Islam Satun. Au Mai bermaksud Teluk Baru. Terletak di tepi pantai yang mengadap Laut Andaman dengan berlatarkan Pulau Langkawi dan Koh Tarutao . Disini nampak dengan jelas bahawa pengaruh Melayu sangat besar disini dan betapa dekatnya Langkawi dengan Tanyong Po. Yang menjadi persoalan saya , kenapa nama Au Mai dipilih sedangkan rata rata pelanggan dan penduduk adalah dari keturunan Melayu. Saya tidak katakan salah kerana mereka dibawah pemerintah Thai, tapi jiwa bangsa sudah hilang. Bila bangsa yang tiada jiwa ibarat lagu tanpa irama.
Restoran Au Mai , menyediakan masakan Thai dan makanan laut yang segar. ODANGKOTAM adalah nama menjadi viral pada bikers dari Malaysia. Udang segar , ketam segar ,sotong segar dan ikan segar adalah tarikan utama ke restoran ini.

Contoh menu dan harga untuk 5 orang
1.       Udang Besar 1kg = RM55 – RM65
2.       Ketam 1 kg = RM24 – RM30
Menu Pilihan ( 5 orang )
1.       Nasi 5 pinggan plus nasi tambah
2.       Udang goreng planta ( majerin)
3.       Ketam goreng kari
4.       Sotong sayur
5.       Sup sayaur
6.       Ikan Siakap stim
7.       Kerabu mangga
8.       Somtam
9.       Coke botol besar
1.   Mineral water
11.   Teh dan kopi 5 cawan
Jumlah Harga THB1800 atau RM180 atau seorang RM36


PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Restoran Au Mai (Teluk Baru) Tanyong Po"