SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Isnin, 5 September 2016

Etika Memandu Di Satun Thailand

Memandu di Satun Thailand tidak sama seperti memandu di Malaysia. Walaupun jalannya agak elok dan highway tanpa tol tetapi di Highway ada U-Turn , ada simpang dan ada Traffic Light.
Risiko kemalangan sangat tinggi kerana beberapa faktor dan perlu diberi perhatian.Antaranya :-


  1. 90% penunggang motosikal tanpa lesen memandu dan tidak pernah belajar undang undang jalanraya. Oleh itu kita perlu berhati hati dengan mereka. Mereka tidak tahu dibulatan nak ikut kanan atau kiri. Di simpang kena berhenti sebelum membelot . Mereka menunggang songsang arus. Bila kemalangan , 99.9% kenderaan plat Malaysia akan disalahkan. Mereka enggan report jika kemalangan dan kalau report pun plat Malaysia menjadi mangsa.
  2. Di Highway elak memandu dilorong kiri. Biaq pi lah kalau depa nak hon atau flash light. Ini untuk mengelak risiko terlanggar motosikal di lorong kiri. Lorong paling kiri adalah laluan motosikal pergi dan balik.
  3. Elakkan memandu di lewat malam hari dalam jarak yang jauh. Risiko kemalangan tinggi kerana motosikal roda tiga keluar pergi menoreh getah. Kita keliru kerana kebanyakkan motosikal kegunaan kerja tiada lampu belakang dalam istilah lain " not well maintanance ". Boleh naik pi kerja saja.
  4. Jangan ikut kereta plat Thai terlalu hampir. Risikonya , kemungkinan pemandu tiada lesen memandu dan tidak pernah belajar undang undang jalanraya. Mereka nak belot atau berhenti ikut suka hati.
  5. Memandu perlahan didalam pekan atau bandar. Selalunya di pekan sesak dengan kenderaan yang parking ikut suka hati.
  6. Pakai talipinggan keledar atau topi keledar, risiko disaman ( pau ) amat tinggi jika plat kenderaan anda berwarna hitam.( plat malaysia).
  7. Jangan parking ikut suka, jika kereta anda DILANGGAR anda yang terpaksa membayar gantirugi pada yang melanggar.
  8. Jangan langgar lampu isyarat kerana di setiap simpang di Satun Thailand atau di seluruh Thai ada CC TV . Nanti anda di viral . Mereka langgar tidak mengapa. 
  9. Bila ditahan roadblock dan disaman , minta surat saman dan resit. Nilainya sekadar ratus baht saja. BUKAN ribu.
  10. Walaupun Thai macam koboi tapi anda dinasihatkan jangan jadi koboi. Jika kemalangan " makan tak habis". Masa tu anda baru tahu langit tinggi atau rendah. Anda tetap bersalah tanpa melakukan kesalahan. Ada setengah wilayah / provinsi  " boleh buat kenduri arwah" .
Sepuluh panduan yang amat berguna. Walaupun anda dah berjuta kali memandu atau menunggang di Thailand , anda dinasihatkan berhati hati. Malang tak berbau. Kena sekali anda tobat tak masuk dah.

Jika berlaku kemalangan yang memerlukan bantuan :-

Kedutaan Malaysia Di Bangkok
33-35 , South Sathorn Road , Thungmahamek, Sathorn, Bangkok , Thailand.
No Tel : +66-2-679 2208 / +66-2-678 2270

Konsulat Jeneral Di Songkhla
No.4 , Sukhum Road, Muang District, Songkhla 90000, Thailand
No Tel : +66-7-431 1062 / +66-7-431 6274

Atau

Whatsapp : Abg Joe atau Cikgu Joe
+66629728939 / Karlisa +66887553209


InsyaAllah Satun Thailand Masih Selamat

Satun adalah satu satunya Wilayah di Thailand yang masih selamat untuk di lawati. Satun bebas dari ancaman bom dan keganasan. Namun begitu ada beberapa perkara yang perlu anda mengambil perhatian :-


  1. Di border Wang Kelian/Wang Prachan. Pastikan borang TM6 , TM3 dan TM 2 diisi dan diserah kembali sewaktu keluar. Jangan lupa insuran kereta Thailand , boleh dibeli di Padang Besar ( depan stesen petronas ) atau di Changloon. Pastikan geran kereta ori atau copy diendos di PDRM. Salinan My Kad pemilik kenderaan pinjam berserta surat kebenaran dari pemilik. Sebagai persedian , anda dinasihatkan membeli insuran perjalanan. 
  2. Dari Wang Kelian jika ingin ke Pak Bara atau Koh Lipe , anda memandu 19km + - sehingga temui simpang ke kiri di Kampung Chabang Tiga ( Ban Khuan Sato ). Dari simpang anda pandu 7km +- anda akan temui simpang T lampu isyarat dan belok kiri. Dari situ pandu 100 meter ke lampu isyarat ( Chalung )dan belok kanan .Anda pandu 36km ke Langu sehingga temui simpan T lampu isyarat dan belok kiri . Pandu 10km dan terus ke Pak Bara. 
  3. Semasa memandu, anda digalakkan cenderong ke lorong kanan . Ini kerana mengelak dari bertembung dengan motosikal yang menunggang songsang arus. Juga berhati hati disimpang simpang kecil kerana motosikal membelok tanpa berhenti dan melihat kiri dan kanan. Anda Di Nasihatkan agar berhati hati dan memandu pada kelajuan yang selamat.
  4. Sekiranya kemalangan , anda dinasihatkan berbincang atau menghubungi kenalan yang fasih berbahasa Thai. Sekiranya tiada , anda boleh hubungi kami di +66629728939 atau +66887553209 atau +66887552809 , Karlisa atau Abg Joe. 
Tempat Tempat Menarik Di Satun
Kayak di Ban Khuan ( 30km dari Wang Kelian )
Bandar Satun ( Masjid Mambang, Muzium dan Khao Tok Praya Wang )
Tammalang
Tanyongpo 
Manang
Wang Saithong
Pak Bara
Koh Lipe
Koh Bulone
Bo Chet Luk
Thamlay Stagedon Thung Wa.

Jika anda berhajat melawat Kelas Bahasa Melayu kami, sila datang setiap hari Sabtu dan Ahad dari 8.00 pagi.

Info Lanjut : Whatsapp abg joe  +66629728939 atau karlisa +66887553209




Sabtu, 3 September 2016

10 Perkara Jika Ingin Membawa Kenderaan Ke Satun

10 perkara yang anda perlu tahu jika ingin membawa kenderaan ke Satun Thailand.

  1. Passport
  2. Isi Borang TM6
  3. Isi Borang TM2
  4. Isi Borang TM3
  5. Insuran Thailand
  6. Geran ori atau copy ( sebaiknya endose di PDRM). Surat dari pemilik jika kereta pinjam dan salinan mykad pemilik
  7. Serah kepada Kastam Thailand
  8. JANGAN LUPA Lesen memandu Malaysia dan roadtax belum tamat tempuh
  9. Serah Borang declaration sebelum keluar dari Thailand
  10. Dapatkan info dan panduan dari Cikgu Joe (Aktivis Bahasa Melayu Satun ) . Jika menghadapi kesulitan sila Whatsapp +66629728939.

Jumaat, 2 September 2016

10 Perkara Tentang Satun

10 perkara yang perlu anda tahu tentang Satun . Sebuah nama bagi Wilayah atau provinsi. Nama bagi ibukota, nama sebuah daerah.

Sepuluh Perkara Tentang Satun
1. Satun berjiran dengan Perlis. Wang Kelian dan Wang Prachan adalah pintu sempadan. Dibuka setiap hari dari 8.00 pagi hingga 7.00 petang .
2. Sebelum 1909 , hampir 100 peratus berbahasa Melayu loghat Kedah. Kini sekadar 10% atau kurang daripada 330,000 penduduk Satun.
3. Bandar Satun terletak 42 KM dari pintu sempadan. Mercu tanda Bandar Satun adalah Masjid Mambang.Bandar Satun akan sunyi selepas pukul 10.00 malam. Terdapat berberapa tempat yang perlu anda lawati di Bandar Satun antaranya Muzium Satun dan Khao Tok Phaya Wang.
4. Tammalang terletak 7km dari Bandar Satun. Disini terdapat sebuah replika ketam gergasi bersebelahan jeti ke Langkawi. Jangan lupa juga melawat Taman Bakau bersebelahan. Jika anda berminat dengan burung helang , anda boleh menyewa bot tambang ke pelantar memberi makan beratus ekor helang. Penduduk Tammalang fasih berbahasa melayu.
5. Tanjung Pauh atau Tanyongpo sangat popular dengan makanan lautnya. Terletak 20km dari Bandar Satun. Jika anda peminat belacan pula disinilah pusat belacan terbesar di Wilayah Satun. Anda juga boleh menyewa bot untuk menyaksikan keajaiban alam di tengah laut . Beting Pasir atau Salamankong adalah destinasi perlancongan yang menarik. Sebuah hamparan pasir yang timbul ketika air laut surut dan antara yang terpanjang di Thailand dan didunia. Permandangan sangat menarik dan menakjubkan.
6. Berkayak di Satun. Ada beberapa lokasi kayak di Wilayah Satun.
i. Ban Khuan terletak 30km dari sempadan atau 10km ke Bandar Satun.
ii. Wangsaithong 80km dari sempadan
iii. Manang 85km dari sempadan
7.Pak Bara terletak 76 km dari Sempadan . Terdapat banyak resort di tepi laut. Langka Beach Resort antara pilihan keluarga. Disini juga popular dengan makanan lautnya.Banyak restoran sepanjang pantai Pak Bara. Pak Bara Pier juga merupakan sebuah jeti untuk ke pulau pulau peranginan.
8. Pulau Peranginan yang popular adalah Koh Lipe. Terkenal dengan Thai Maldive dan jarak 67km dari jeti. Koh Bulone juga tak kurang hebatnya, jarak sekadar 22km dari jeti.
9. Thamlay Stegadon ada Geopark Satun. Terletak di Daerah Thung Wa dan bersempadan dengan Wilayah Trang. Paling menarik di sana adalah sungai yang mengalir ke dalam gua dan menembusi ke laut. Aktiviti berkayak amat menyeronokkan. Pengalaman yang sukar dicari di tempat lain di Thailand atau didunia.
10. Aktivis Bahasa Melayu Satun. Berjuang memartabatkan bahasa Melayu di Wilayah Satun. Berasal dari Kuala Lumpur dan menetap lebih 3 tahun di Satun. Mengajar bahasa melayu secara percuma kepada lebih 200 pelajar. Beliau bergerak secara solo tanpa bantuan dari mana mana kumpulan. Sekadar menerima sumbangan dari rakan rakan FB dan pelancong yang mengguna perkhidmatannya sebagai penasihat perlancongan Satun.
Anda boleh hubungi Cikgu Joe di Whatsapp +66629728939

Anda juga sebagai pejuang kerana membantu pejuang untuk kesinambungan hidup meneruskan perjuangan.

Whatsapp +66629728939 / +66887553209
FB: Karlisa Latisya
Email : karlisahalim@gmail.com










Khamis, 1 September 2016

Boh Chet Luk Homestay

Boh Chet Luk Homestay atau Bo Chet Luk terletak di Pak Nam , Langu , Satun , Thailand. Boh Chet Luk atau Telaga Tujuh adalah sebuah perkampungan nelayan . Majoriti penduduk beragama Islam. Tetapi sayang sekali cuma ada seorang dua saja yang boleh berbahasa Melayu.
Jika anda berkumpulan dari sepuluh atau lebih, tempat ini memang terbaik untuk berehat dan bersantai sambil menjalani kehidupan nelayan di kampung ini.
Sebuah homestay atau desa inap yang boleh menempatkan lebih 40 peserta dan ada sebuah dewan untuk anda menjalankan perbagai aktiviti.
Anda juga boleh berkehmah disini.
Homestay yang terletak di tepi pantai dan dibawah rimbunan pokok kayu serta pokok kelapa sangat nyaman dan indah sekali.
Disamping itu akan boleh melakukan perbagai aktiviti pantai dan laut.
Antara aktiviti yang seronok dilakukan

  1. Bersiar siar  di sekitar laut yang beedekatan : Kos THB2000-THB3000/ sebuah bot panjang 10 penumpang dewasa. Aktivi mencari ketam jika musim ketam banyak.
  2. Snorkeling dan Island Hopping ke Koh Bulone : Kos Thb4500-5000/sebuah bot panjang muatan 10 dewasa. Peralatan snorkeling THB100/set dan Lunch Pack THB150/pax.
  3. Aktiviti malam , BBQ.
  4. Melawat sekitar kampung dan dibawa bergaul dengan penduduk kampung.
  5. Yang suka memancing, maka disinilah tempatnya. Anda boleh menyewa bot panjang . Kos THB2000++
  6. Kos makan malam / tengahari Thb150/pax. Makan pagi thb100/pax
  7. Kos penginapan rumah kayu tanpa aircond THB100/pax.
Jika anda berminat mengadakan aktiviti berkumpulan atau family gathering atau aktiviti tempat kerja anda, maka anda boleh 
Whatsapp +66629728939 atau +66755883209 untuk mendapat info lanjut.
รีสอร์ทชุมชน บ้านบ่อเจ็ดลูก

https://goo.gl/maps/x9Zvef6Ej9T2