Langkau ke kandungan utama

10 Perkara Tentang Satun

10 perkara yang perlu anda tahu tentang Satun . Sebuah nama bagi Wilayah atau provinsi. Nama bagi ibukota, nama sebuah daerah.

Sepuluh Perkara Tentang Satun
1. Satun berjiran dengan Perlis. Wang Kelian dan Wang Prachan adalah pintu sempadan. Dibuka setiap hari dari 8.00 pagi hingga 7.00 petang .
2. Sebelum 1909 , hampir 100 peratus berbahasa Melayu loghat Kedah. Kini sekadar 10% atau kurang daripada 330,000 penduduk Satun.
3. Bandar Satun terletak 42 KM dari pintu sempadan. Mercu tanda Bandar Satun adalah Masjid Mambang.Bandar Satun akan sunyi selepas pukul 10.00 malam. Terdapat berberapa tempat yang perlu anda lawati di Bandar Satun antaranya Muzium Satun dan Khao Tok Phaya Wang.
4. Tammalang terletak 7km dari Bandar Satun. Disini terdapat sebuah replika ketam gergasi bersebelahan jeti ke Langkawi. Jangan lupa juga melawat Taman Bakau bersebelahan. Jika anda berminat dengan burung helang , anda boleh menyewa bot tambang ke pelantar memberi makan beratus ekor helang. Penduduk Tammalang fasih berbahasa melayu.
5. Tanjung Pauh atau Tanyongpo sangat popular dengan makanan lautnya. Terletak 20km dari Bandar Satun. Jika anda peminat belacan pula disinilah pusat belacan terbesar di Wilayah Satun. Anda juga boleh menyewa bot untuk menyaksikan keajaiban alam di tengah laut . Beting Pasir atau Salamankong adalah destinasi perlancongan yang menarik. Sebuah hamparan pasir yang timbul ketika air laut surut dan antara yang terpanjang di Thailand dan didunia. Permandangan sangat menarik dan menakjubkan.
6. Berkayak di Satun. Ada beberapa lokasi kayak di Wilayah Satun.
i. Ban Khuan terletak 30km dari sempadan atau 10km ke Bandar Satun.
ii. Wangsaithong 80km dari sempadan
iii. Manang 85km dari sempadan
7.Pak Bara terletak 76 km dari Sempadan . Terdapat banyak resort di tepi laut. Langka Beach Resort antara pilihan keluarga. Disini juga popular dengan makanan lautnya.Banyak restoran sepanjang pantai Pak Bara. Pak Bara Pier juga merupakan sebuah jeti untuk ke pulau pulau peranginan.
8. Pulau Peranginan yang popular adalah Koh Lipe. Terkenal dengan Thai Maldive dan jarak 67km dari jeti. Koh Bulone juga tak kurang hebatnya, jarak sekadar 22km dari jeti.
9. Thamlay Stegadon ada Geopark Satun. Terletak di Daerah Thung Wa dan bersempadan dengan Wilayah Trang. Paling menarik di sana adalah sungai yang mengalir ke dalam gua dan menembusi ke laut. Aktiviti berkayak amat menyeronokkan. Pengalaman yang sukar dicari di tempat lain di Thailand atau didunia.
10. Aktivis Bahasa Melayu Satun. Berjuang memartabatkan bahasa Melayu di Wilayah Satun. Berasal dari Kuala Lumpur dan menetap lebih 3 tahun di Satun. Mengajar bahasa melayu secara percuma kepada lebih 200 pelajar. Beliau bergerak secara solo tanpa bantuan dari mana mana kumpulan. Sekadar menerima sumbangan dari rakan rakan FB dan pelancong yang mengguna perkhidmatannya sebagai penasihat perlancongan Satun.
Anda boleh hubungi Cikgu Joe di Whatsapp +66629728939

Anda juga sebagai pejuang kerana membantu pejuang untuk kesinambungan hidup meneruskan perjuangan.

Whatsapp +66629728939 / +66887553209
FB: Karlisa Latisya
Email : karlisahalim@gmail.com










Ulasan

Unknown berkata…
Ingin juga teroka Satun. Rujuk wassap saya ya....

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su