Langkau ke kandungan utama

InsyaAllah Satun Thailand Masih Selamat

Satun adalah satu satunya Wilayah di Thailand yang masih selamat untuk di lawati. Satun bebas dari ancaman bom dan keganasan. Namun begitu ada beberapa perkara yang perlu anda mengambil perhatian :-


  1. Di border Wang Kelian/Wang Prachan. Pastikan borang TM6 , TM3 dan TM 2 diisi dan diserah kembali sewaktu keluar. Jangan lupa insuran kereta Thailand , boleh dibeli di Padang Besar ( depan stesen petronas ) atau di Changloon. Pastikan geran kereta ori atau copy diendos di PDRM. Salinan My Kad pemilik kenderaan pinjam berserta surat kebenaran dari pemilik. Sebagai persedian , anda dinasihatkan membeli insuran perjalanan. 
  2. Dari Wang Kelian jika ingin ke Pak Bara atau Koh Lipe , anda memandu 19km + - sehingga temui simpang ke kiri di Kampung Chabang Tiga ( Ban Khuan Sato ). Dari simpang anda pandu 7km +- anda akan temui simpang T lampu isyarat dan belok kiri. Dari situ pandu 100 meter ke lampu isyarat ( Chalung )dan belok kanan .Anda pandu 36km ke Langu sehingga temui simpan T lampu isyarat dan belok kiri . Pandu 10km dan terus ke Pak Bara. 
  3. Semasa memandu, anda digalakkan cenderong ke lorong kanan . Ini kerana mengelak dari bertembung dengan motosikal yang menunggang songsang arus. Juga berhati hati disimpang simpang kecil kerana motosikal membelok tanpa berhenti dan melihat kiri dan kanan. Anda Di Nasihatkan agar berhati hati dan memandu pada kelajuan yang selamat.
  4. Sekiranya kemalangan , anda dinasihatkan berbincang atau menghubungi kenalan yang fasih berbahasa Thai. Sekiranya tiada , anda boleh hubungi kami di +66629728939 atau +66887553209 atau +66887552809 , Karlisa atau Abg Joe. 
Tempat Tempat Menarik Di Satun
Kayak di Ban Khuan ( 30km dari Wang Kelian )
Bandar Satun ( Masjid Mambang, Muzium dan Khao Tok Praya Wang )
Tammalang
Tanyongpo 
Manang
Wang Saithong
Pak Bara
Koh Lipe
Koh Bulone
Bo Chet Luk
Thamlay Stagedon Thung Wa.

Jika anda berhajat melawat Kelas Bahasa Melayu kami, sila datang setiap hari Sabtu dan Ahad dari 8.00 pagi.

Info Lanjut : Whatsapp abg joe  +66629728939 atau karlisa +66887553209




Ulasan

Rahim Osman berkata…
Assalamualaikum, saya bercadang ke Satun. Jika dari Stesyen keretapi Padang Besar, apa jenis kenderaan yang perlu saya gunakan untuk ke Bandar Satun dan seterusnya ke Marina Resort and Restaurant?

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stampi...

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.a...

Berapa Harga Insurans Ke Thailand

Insurans ke Thailand yang wajib di ambil adalah Compulsory Insurance atau di sebut Por Ror Bor. Ramai yang cuba samakan insurans ini sama seperti Insurans Third Party di Malaysia. Namun ianya TIDAK SAMA dan sangat berbeza. Perbezaan Insurans Thailand Dan Insurans Malaysia 1. COMPULSORY INSURANCE ( Ci ) Compulsory Insurance diwajibkan kepada setiap kenderaan di Thailand. Insurans ini TIDAK MEMBIAYAI PAMPASAN KEROSAKKAN KENDERAAN. Insurans Compulsory sekadar membiayai yuran perubatan atau kos hospital dan pampasan kematian.  Manakala Insurans Third Party Malaysia membiayai kos kerosakkan kenderaan pihak ketiga.  2. VOLUNTARY INSURANCE Oleh itu, anda disaran dan dicadangkan untuk membeli Voluntary Insurance sebagai persediaan jika kenderaan anda terlibat kemalangan dengan kenderaan Thailand dan anda didapati bersalah. Insurans ini boleh digunakan untuk membayar pampasan. Biasanya jika anda tiada memiliki Voluntary Insurance, walaupun anda dipihak yang benar, kemungkinan besar and...