SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Rabu, 28 Oktober 2015

Backpackers Homestay Satun 3H2M

Backpackers Homestay 3H2M
Program backpackers homestay 3H2 malam ini membuka peluang kepada backpackers muda menghayati kembali suasana kampung melayu Thailand.
Program ini diadakan di Kampung Guar Ban Khuan Satun. Sebuah kampung yang masih brrtutur dalam bahasa melayu yang dikelilingi oleh masyarakat yang bertutur bahasa Thai.
Antara aktivi :
1. Berkayak selama 2 jam di sungai berhampiran.
2.Bersiar siar ke sekeliling kampung dengan motosikal roda tiga yang dikenali sebagai " sholay ".Melawat tempat tempat bersejarah dan tempat tempat yang menjadi tarikan pelancong.
3. Melawat Bandar Satun , muzium dan tempat tempat sejarah.
4. Melawat Tammalang dan menaiki boat dan memberi makan kepada ratusan ekor helang. Melawat replika ketam dan taman hutan bakau.
5.Mandi sungai sambil bermain flying fox.

Pakej termasuk
Bilik penginapan 2 malam
Hari 1
Lunch
Tea time
BBQ Dinner
Hari 2
Breakfast
Lunch
Tea time
Dinner
Day 3
Breakfast

Harga Pakej
RM250 seorang/minima 6-12 orang per group

Panduan Ke Kg Guar Ban Khuan
KTM KL - Hatyai
Hat Yai - Ban Khuan Satun ( thb100-120/org )
Sesampai di stesen keretapi Hat Yai, ambil tuk tuk ke stesen minibus ( rodtwo ) Satun. Di stesen minibus, beli tiket ke Ban Khuan Satun.
Jika menghadapi masalah komunikasi, whatsApp +66 62972 8939
Atau kol +66 97116 5358

Selasa, 27 Oktober 2015

Panduan Backpackers Ke Koh Lipe

Panduan Backpacker ke Koh Lipe Satun Thailand
KTM KL Sentral ke Hat Yai
Kelas dua tempat tidur bawah.
Minima 2 orang.
Aggaran Bajet.
KTM - RM120 return
Tuk tuk stesen Hat Yai ke Stesen Mini bus Pak Bara RM10 return
Minibus Hat Yai Pak Bara RM40 return
Bilik share 2 orang 2mlm RM160/org. book agoda.
Tiket Ferry RM150 return
Snorkeling RM80/sehari plus lunch
Makan 5 kali RM110
Total dalam RM670/seorang 3H2M
Minima 2 org sebab kongsi bilik.
p/s cer jumlah , betul x.
Kalau ada problem komunikasi kol saya.
Nak booking tiket ferry insyaAllah dapat membantu tp kalau agen minta deposit, bank in je kat saya .
+66629728939
Whatsapp & Line
Harap membantu.

Sabtu, 24 Oktober 2015

Kembara Motor Program Mini Library

Program Mini Perpustakaan Dan Kursus Teknik Mengajar Bahasa Melayu , Tadika Misbahuddin Kampung Guar Ban Khuan Satun Thailand.
Pengenalan
Tadika Misbahuddin adalah kelas Bahasa Melayu dan Fardu Ain adalah satu satunya sekolah rakyat yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Wilayah Satun. Matapelajaran yang diajar :-
1. Bahasa Melayu ( rumi dan jawi )
2. Asas Fardu Ain
3. Hadis dan Al Quran
Sejumlah 232 pelajar dari usia 5 tahun - 12 tahun belajar disini setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu.
Manakala sebelah malam diadakan kelas Iqra pada setiap malam.
Tadika ini ditubuhkan oleh penduduk kampung untuk mempertahankan Bahasa Melayu dari terus pupus di bumi Thailand amnya dan Wilayah Satun khasnya. Sumbangan keringat penduduk kampung dan bantuan dari rakyat Malaysia. Jumlah guru sukarela adalah 15 orang. Seorang guru sukarela dari Malaysia yang menetap disini membantu memantapkan Bahasa Melayu.
Program Mini Perpustakaan
Program ini dianjurkan oleh pihak pentadbiran Tadika Misbahuddin dengan kerjasama dari Kelab Kembara Motosikal Malaysia Singapura.
Idea
Program ini adalah hasil cetusan idea dari Cikgu Noor Adam seorang pengembara motosikal dari Singapura.Beliau juga berusaha mengumpulkan bahan bahan bacaan baru dan terpakai. Disamping mencari dana untuk membeli peralatan dan cat untuk program ini.
Tarikh Program
Program ini akan diadakan pada hari Sabtu 19hb Disember 2015
bermula jam 9.00 pagi.
Anda semua dijemput hadir bagi tujuan gotong royong .
Sekiranya anda ingin menyampaikan sumbangan,anda boleh berhubung terus dengan cikgu Noor Adam melalui Facebook.
Atau WhatsApp ke +66629728939

KL Hatyai Pak Bara Koh Lipe

Ke Koh Lipe dari KL menggunakan pengangkutan udara atau darat. Anda perlu ke Hatyai terlebih dahulu.Samaada anda menaiki pesawat, KTM atau Bas Ekspress.
Berikut sebagai panduan
Dari Hat Yai ke Jeti Pak Bara anda ada beberapa pilihan untuk ke sana. Setiba di Hat Yai ( samaada Air Port atau Stesen Keretapi atau stesen bas express )
1. Teksi : Harga antara THB2000 sebuah 4 penumpang . Terus ke Jeti Pak Bara.
2. Van ( 10 - 12 penumpang ) Harga dari THB2500 - THB3500 sebuah. Terus ke Jeti Pak Bara
3. Minibus , harga dari THB180 - THB 200 seorang. Akan tetapi anda perlu mengambil kenderaan awam ( tuk-tuk atau teksi ) ke Stesen Minibus di pinggir Bandar Hat Yai. Disana baru anda menaiki minibus ke Pak Bara .
Masa perjalanan kira kira 2 jam ke Jeti Pak Bara.
Setiba di Pak Bara anda perlu menempah tiket pulang ke Hat Yai di Kaunter Tiket berhampiran. Harga THB350/seorang.
Tetapkan waktu pulang anda dengan attendan tiket bagi menyesuaikan dengan tiket speedboat anda.
Untuk Tempahan Tiket Ferry WhatsApp +66629728939

Jumaat, 23 Oktober 2015

Wang Kelian Ke Pak Bara Dan Koh Lipe

Untuk ke Koh Lipe anda perlu memandu ke jeti Pak Bara.
Dari Wang Kelian Ke Pak Bara , selepas urusan Passport di Komplek Kastam , anda memandu terus ke Border Wang Prachan.
Selesaikan urusan passport dan declaration kenderaan.
1.Passport
2.Geran kereta ori atau copy
3. Insuran ke Thai ( dibeli di Changloon atau Padang Besar )
4.Surat Kebenaran dari pemilik kenderaan jika anda bukan pemilik.
Anda memulakan perjalanan ke Jeti Pak Bara. Jarak perjalanan lebih kurang 76km.
Anda baca panduan dari Google Map ini.
Shared route From Wang Prachan Border to Pak Bara Beach via Route 4184 and ทางหลวงชนบท อำเภอ ละงู 416.
1 hr 13 min (76 km)
1. Head north toward Route 4184
2. Turn left onto Route 4184
3. Turn left onto Route 406
4. Turn right onto ทางหลวงชนบท อำเภอ ละงู 416
5. Turn left onto Route 5080
6. Continue onto Route 3003
7. Continue onto Route 5080
8. Continue onto Route 3003
9. Continue onto Route 5080
10. Turn right onto Route 2006 Continued... For the best route in current traffic visit
https://goo.gl/maps/Qb5x2nzSn6w
Anda parking kereta di parking jeti. Nanti atendan pakir akan datang bertanya dalam bahasa Inggeris mudah.
Persediaan Ke Koh Lipe
1. Booking bilik melalui agoda
2. Booking tiket ferry whatsapp +66629728939

Khamis, 22 Oktober 2015

Koh Lipe


Koh Lipe
Koh Lipe adalah pulau kecil terletak di laut andaman pantai barat selatan Thailand. Koh Lipe terletak dalam Wilayah Satun.
Panduan Ke Lipe
Pengunjung perlu ke Jeti Pak Bara yang terletak kira-kira 60km dari Bandar Satun.
Sekiranya anda dari Wang Kelian, anda memandu terus ke Pekan Chalung, kira kira 30km. Dari Pekan Chalung kira kira 46km ke Jeti Pak Bara.
Tambang dan Jadual
Harga Tiket
Dewasa = THB1200 pergi balik
Kanak2 = THB900 pergi balik
( kanak2 dari 4th - 11th )
Jadual Feri ( waktu thai )
9.00 am
11.00 am
01.00 pm
03.00 pm
Jarak dari Pak Bara ke Koh Lipe kira-kira 67km
Kemudahan
Terdapat banyak resort dan hotel di Koh Lipe. Anda digalakkan menempah online untuk memudahkan urusan.
The Reef Hotel
Baan Kasirin 2
Blue Triber Garden Beach Resort
Gecko Lipe Resort
Gippsy 2 Bungalow
Corner Resort
Harga dari RM80++ - RM160++
Boleh login Agoda utk booking

Sebarang Pertanyaan
WhatsApp +66629728939
#kohlipe
#pakbara
#satun
#satunsiam
Baca info disini
http://touringcouplerider.blogspot.my/2015/10/ride-kekoh-lipan-koh-lipe-satun-thailand.html?m=1

Rabu, 21 Oktober 2015

Tambang dan Jadual Ferry Pak Bara - Koh Lipe

Tambang dan Jadual Feri Pak Bara ke Koh Lipe . Musim cuti sekolah akan tiba pada November hingga Disember. Berikut adalah Jadual dan Tambang Feri dari Pak Bara ke Koh Lipe.
Tambang dan harga pergi balik
Dewasa              - Thb1200
Kanak - kanak  -  Thb 900
Jadual bertolak
09.00 pagi
11. 00 pagi
01.00 tengahari
03.00 petang
*** jadual dan harga tertakluk pada perubahan.
Anda dinasihatkan menempah bilik di Koh Lipe terlebih dahulu.
Melalui Agoda atau Hotel.com
Anda perlu berada sekurang kurangnya 15minit di jeti Pak Bara sebelum waktu bertolak.
Tempahan yang dibuat perlulah disertakan deposit minima THB1500,
Dengan bank in ke akaun Bangkok Bank.
Contoh CIMB ke Bangkok Bank
Pertanyaan lanjut sila
WhatsApp +66629728939
Atau h
PM FB : Karlisa Latisya

Selasa, 20 Oktober 2015

Apa Yang Menarik Di Satun

Apa yang menarik di Satun ? Bagaimana nak melawat Satun. Satun terletak di mana ? Bermacam macam soalan di kemukakan .Satun terletak berjiran dengan Perlis. Pintu masuk utama , Wang Kelian. Wang Kelian terdapat sebuah pos Kastam dan Imegresen Malaysia.
Manakala Wang Prachan terdapat pos Kastam dan Imegresen Thailand.
Persedian memasuki Thailand :-
1. Transport sendiri ( kereta atau Motor )
2. Geran kereta atas nama sendiri ori atau photostat. Jika kereta bukan milik sendiri, surat kebenaran pemilik di perlukan. Contoh google prosedur membawa kereta ke Thailand.
3. Passport atau Border Pass, manakala Border Pass hanya terhad kepada penduduk sempadan .
Jika ingin ke Krabi atau Phuket , Passport diwajibkan kepada semua warga Malaysia dan border tidak di terima.
4. Beli insuran kereta
Tempat tempat menari di satun , sila google.
Jika anda ingin perkhidmatan pemandu pelancong sila hubungi kami.

Sabtu, 17 Oktober 2015

Biar Gambar Berbicara Keindahan dan Keunikan Satun Thailand

Biar Gambar Berbicara Keindahan dan Keunikan Satun Thailand
Satun Thailand
WELCOME TO SATUN THAILAND

Kali ini biar gambar berbicara mengenai Wilayah Satun dan tempat tempat menarik.
Keindahan dan keunikan Wilayah Satun adakala sukar dirakam dengan gambar mahupun
dengan kata kata. Hanya dengan berkunjung ke sini anda akan merasai keindahan dan keunikkannya.
Ini sekadar sebahagian dari gambar gambar dalam koleksi kami. Sepanjang menjalani aktiviti perlancongan
di Wilayah Satun perbagai kenangan indah , pahit dan manis di tempuhi. Kepuasan bila kami berjaya membuka
mata umum kepada keindahan dan keunikkan Wilayah Satun.

Perjuangan kami belum selesai. Memartabatkan bahasa Melayu di Wilayah Satun adalah sasaran utama.
Industri Pelancongan ini membantu kami memperjuangkan Bahasa Melayu akan tidak pupus ditelan
arus zaman akibat sistem persekolahan yang membataskan Bahasa Melayu di Bumi Thailand.

Selamat menghayati KEINDAHAN DAN KEUNIKAN WILAYAH SATUN,THAILAND.
TRAVEL BLOG MALAYSIA THAILAND
whatsapp +66943160495
FB : Karlisa Latisya

Satun Thailand
PETA SATUN THAILAND
KETERANGAN PETA DI SINI

Satun Thailand
PESTA WAU SATUN THAILAND

Satun Thailand
BATU KARANG 7 WARNA KOH LIPE SATUN THAILAND

Satun Thailand
KOH KHAI , KOH LIPE SATUN THAILAND

Satun Thailand
BETING PASIR PAK BARA SATUN THAILAND

Satun Thailand
KAYAK CHET KHOD CAVE MANANG SATUN THAILAND

Satun Thailand
KAYAK WANG SAI THONG , MANANG SATUN THAILAND

Satun Thailand
TAMMALANG PIER SATUN THAILAND

Satun Thailand
HELANG DI TAMMALANG SATUN  THAILAND

Satun Thailand
KOH LIDEE PAK BARA SATUN THAILAND

Satun Thailand
KOH SARAI SATUN THAILAND

Satun Thailand
CHE BILANG ,KOH SARAI SATUN THAILAND

Satun Thailand
TANJUNG PAUH aka TANYONG PO SATUN THAILAND

Satun Thailand
TERATAK BULUH PAK BARA SATUN THAILAND

Satun Thailand
UDANG HARIMAU PAK BARA 

Satun Thailand
AKTIVITI UUM DAN IB DI SATUN THAILAND
Satun Thailand
KELAS BAHASA MELAYU DI KG GUAR SATUN THAILAND


Jumaat, 16 Oktober 2015

Ulangkaji Prosedur Membawa Kenderaan Malaysia Ke Thailand


Ulangkaji Prosedur Membawa Kenderaan Malaysia Ke Thailand
1. Geran kereta ori atau photostat . Kalau photostat sebolehnya dapatkan andose dari mana mana balai Polis . ( Kekadang saja di tanya )
2. Bukan pemilik kenderaan. Bawa surat penyerahan pemilikan sementara dari pemilik kenderaan yang namanya tercatat di dalam geran .
3. Beli insuran untuk memasuki Thai di Changloon, Bukit kayu hitam , Padang Besar atau wakil insuran yang berdekatan pintu sempadan.
4. Passport atau Border Pass
5. Lesen memandu.
Proses di Pintu Sempadan Thailand
1. Selesaikan urusan passport
2. Bawa geran passport ( surat pemilikan sementara jika bukan pemilik) ke Pejabat Kastam
3. Anda akan diberi satu salinan declaration form selepas ditanda tangani.
4. Duit kopi jika di minta.
Prosedur Memandu di Thailand
1. Lesen dan insuran di tunjukkan jika ada Polis Road Block
JANGAN LUPA
Prosedur Bila Balik Ke Malaysia.
1. Selesaikan urusan passport
2. Serakkan Declaration form kembali di Pejabat Kastam.
Jika gagal anda akan disenarai hitamkan.Melainkan membayar denda ( ikut mood pegawai ) minum RM100
3. Jika tamat tempoh denda ( ikut mood pegawai )
4.Boleh keluar dan serah dimana saja pintu sempadan.
Kesalahan bagi tidak mempunyai Declaration Form atau anda tidak istihar kenderaan anda memasuki Thailand RM500,000 jika anda disabit Mahkamah sebagai penyeludup.

Rabu, 14 Oktober 2015

Panduan Melawat Wilayah Satun Thailand


Wilayah Satun , terletak di Selatan Barat Thailand.Satun adalah wilayah yang kecil dan tenang.Bandar Satun juga dikenali sebagai " Clean City" , "Serenity", Prisitine Nature ( Bandar Bersih , Ketenangan dan Alam Semulajadi )

 1. KLIK UNTUK INFO 2018

 2. BACA DISIN UNTUK INFO TERKINI 2015

3. CONTOH Itinerary Melawat Satun KLIK



Book Hotel dan resort
Tiket feri ke Koh Lipe
Transpot dari Hat Yai ke Pak Bara/Koh Lipe
Semua pakej dan perkhidmatan pemandu pelancong boleh hubungi KARLISA TRAVEL di Whatsapp : +66830 948 948 
https://wa.me/66830948948

Whatsapp +66887553209
https://wa.me/66887553209

CJS Satun 406
CJS Satun 406


Wilayah Satun di hijau oleh hutan semulajadi yang belum diterokai dan pulau-pulau disekitar Laut Andaman yang belum dicemari.Wilayah ini tidak pernah digemparkan oleh serangan pengganas atau dicemari dengan pergaduhan kaum atau agama.

Wilayah Satun tidak sepopular dengan Songkhla atau tempat percutian seperti Krabi dan Phuket. Ini adalah kerana Wilayah Satun tidak dipromosikan sehebat tempat tempat percutian yang lain. Kini pihak berkuasa mula mempromosikan Wilayah Satun kepada dunia luar.

Bandar Satun terletak lebih kurang 973 kilometer ke selatan Bangkok.Penduduknya terdiri dari kebanyakan orang Islam dan dari suku Melayu Kerajaan Tua Kedah. Terdapat tujuh (7) daerah di Wilayah Satun.Daerah itu terdiri dari :-
1.Muaeng Satun
2.Khuan Don - 21Km dari bandar Satun
3.Tha Phea - 28KM dari bandar Satun
4.Khuan Kalong - 32Km dari bandar Satun
5.La-ngu - 50Km dari bandar Satun
6.Thung-Wa - 76Km dari bandar Satun
7. Manang - 60KM dari bandar Satun

Wilayah Satun Bersempandan dengan :-
1.Utara - Songkhla , Rattaphun , Phatthalung's Pa Bon and Trang's Palian
2.Selatan - Negeri Perlis Malaysia
3.Timur - Sadao (Songkhla) and Perlis Malaysia
4.Barat - Laut Adaman , Pulau Langkawi dan Lautan Hindi
Bagaimana hendak ke sana dari Malaysia
1.Berkenderaan sendiri - ikut pintu sempadan Wang Kelian
2.Van - Dari Kangar menaiki Van di Stesen Bas Kangar
3.Dari Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam :-
1. Menaiki Van Ke Hat Yai dan dari Hat Yai menaiki van atau bas ke Bandar Satun
2. Menaiki keretapi ke Hat Yai, menaiki van atau bas ke Bandar Satun

Sekiranya anda berkenderaan sendiri,dari pintu sempadan ke Bandar Satun kira kira 30Km sahaja.
Dari Bukit Kayu Hitam ke Satun melalui Hat Yai, kira kira 165Km.
UNTUK MELAWAT DAN KONVOI KE SATUN 

Bahasa Rasmi : 1.Bahasa Thai 
                        2.Bahasa Melayu Loghat Kedah 60%
                        3.Bahasa Inggeris 10%

Agama Rasmi : Buhdha agama rasmi Thailand tetapi 80% ~ 90% penduduk Wilayah Satun terdiri daripada                           masyarakat Islam.

Matawang : Thai Baht 
                   RM10 = Baht 95
                   *** nilai Baht lebih tinggi berbanding RM (Ogos 2013)

Tempat-Tempat Menarik Di Wilayah Satun

1.Masjid Mambang 
Sebuah masjid yang tercantik di Thailand.Senireka yang menarik dan dihiasi dengan marmar yang bermutu tinggi.Masjid ini terletak di tengah tengah Bandar Satun. Terletak berhampiran Pejabat Imigresen Satun, di Jalan Buri Wanit dan Jalan Satun Tani.

2.Muzium Satun ( Kuden Mansion)
Terletak berhampiran Masjid Mambang di Jalan Satun Tani.Dibina pada tahun 1898 dan siap pada tahun 1916 oleh Phumnatphakdi atau Tunku Baharuddin Bin Tammahong ( kerabat diraja Kedah).Dibuka pada hari Rabu hingga Ahad dari jam 8.am ~ 3.00 pm. Bayaran Masuk 30 Baht.
Salah satu tempat yang mesti dilawati oleh pengunjung dari malaysia.Disini penerangan diberi dalam Bahasa Melayu. Banyak kisah sejarah Bangsa Melayu disini.

3.Thum Lot Puyu
Puyu di rujukan kepada nama sejenis ikan. Ia adalah sebuah gua di Gunung Kayang.Terletak lebih kurang 15KM dari Bandar Satun mengarah ke selatan. Untuk ke Thum Lot Puyu, anda mestilah menyewa bot panjang. Bot akan mudik sehingga ke dalam gua.


4.Thale Ban National Park
Thale Ban National Park terletak kira kira 5Km dari sempadan Wang Kelian atau 30 ke 40 Km dari Bandar Satun.Bagi pencinta alam, mereka perlu melawat Taman Negara ini.Terdapat berbagai flora dan fauna disini. Begitu juga burung burung dan binatang liar yang menghuni Taman Negara ini.Di Taman negara berkenaan ada tiga tempat yang menarik untuk di lawati :-
  1.Bueang Thale Ban - tasik air tawar yang dikelililingi hutan Bakong dan bukit bukau.Sesuai untuk berkelah dan beriadah.
  2.Namtok Ya Ron - air terjun Ya Ron. Anda boleh berkelah dan mandi manda.
  3.Namtok Ton Pilo - Air Terjun Ton Pilo. Air terjun yang cantik,panjang dan tinggi.Terdapat resort dan tapak perkhemahan yang boleh di sewa. Anda perlu menghubungi Thale Ban National Park Tel. 07472 2736-7.
 

5. Jelajah Gua 
Terdapat dua gua yang panjang dan tercantik di dunia terletak di Wilayah Satun.Kedua dua gua berkenaan terletak di Daerah Manang kira kira 60KM dari Bandar satun. 
   1. Phu Pha Phet Cave
Gua yang ketiga panjang dan tercantik didunia.Gua ini juga dikenali sebagai Daimond Cave atau Gua Berlian.Anda akan terpegun melihat keindahan ciptaan Allah. Tidak lengkap kalau melawat Satun tanpa menjelajah gua ini.Bayaran masuk 30 Baht. Sewa Lampu Suluh 20 Baht.
   2.Thum Chet Khot
Satu kelainan gua ini ialah,anda boleh jelajahi dengan berkayak menerusi Wang Sai Tong Waterfall.
Bayarannya RM50 ~ RM70
6.BERKAYAK ARUS DERAS WANG SAI TONG
Ada dua pilihan untuk berkayak disini.
- Pertama panjang 10KM dengan bayaran antara RM50.sesuai untuk kanak-kanak 9 tahun keatas dengan pengawasan dewasa hingga kepada orang dewasa.Adakala anda akan terjumpa kumpulan kayak warga Thai berkayak dengan bayi seusia 3 tahun. Terpulang kepada anda untuk membuat pilihan.Apa yang pasti ianya sangat menyeronokkan dan bersantai.

- Kedua panjang atau jarak 20KM dan melalui gua. Yang ini lebih mencabar dan perlu ketahanan mental dan fizikal.Kalau anda bukan atlik , anda akan merasai cabaran yang sungguh memenatkan.
7.PULAU PULAU PERANGINAN DAN PANTAI
Pulau atau dalam bahasa Thai disebut KOH ,contoh KOH LIPE.
Kalau nak dibandingkan populariti,Phuket menjadi pilihan.Akan tetapi Phuket sudah terkenal dan dilawati oleh jutaan perlancong dari serata dunia. Keasliannya agak terjejas dengan kehadiran ramai pengunjung.Wilayan Satun juga tidak kurang hebatnya dengan pulau pulau dara yang belum tercemar.
Antara pulau yang boleh di lawati melalui jeti Tamalang, Chebilang atau Pak Bara adalah :-
 1. Pulau Tarutao
 2. Pulau Lidi
 3. Pulau Lipe
 4. Pulau Sarai
 5. Pulau Adang 
 6. Pulau Rawi
 7. Pulau Dong
 8. Pulau Klang
 9. Pulau Khai
 10.Pulau Bulon
 dan lain lain pulau yang berhampiran.
Anda boleh melakukan snorkeling atau scuba diving. Anda boleh pilih untuk bermalam disana dari budget resort hingga ke resort mewah. Tambang bot kesana kira kira 1000 Baht pergi balik.
Di daerah La-ngu terdapat banyak pantai untuk beriadah dan memancing.Antaranya pantai Pak Bara,akan tetapi tempat terhad untuk mandi manda.Sekiranyan ingin mandi manda anda dinasihatkan ke Pulau Peranginan dari Jeti Pak Bara.
Baca disini panduan menaiki KTM /  ETS dari KL Sentral ke Arau ke Pak Bara dan Koh Lipe
http://visitsatun.blogspot.com/2015/11/keretapi-ktm-ets-kl-arau-ke-koh-lipe.html?m=1
8.MEMANCING DI LAUT DALAM
Selain anda boleh memancing di pinggir atau tepi pantai,anda boleh menyewa bot memancing untuk ke laut dalam. Bayaran antara Rm1000 ~ RM1500 satu malam,Bot boleh dinaiki antara 10 ~ 12 orang. Untuk berjimat anda boleh menyewa bersama rakan rakan .Tidak ada yang menyesal bila pulang memancing dari Wilayah Satun.

9.Nikah Siam
Bagi rakyat Malaysia yang ingin bernikah, di Wilayah Satun juga diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.Kebanyakan rakyat Malaysia yang ingin memudahkan urusan pernikahan , ramai yang datang ke Wilayah Satun kerana bahasa Melayu orang disini amat fasih.

10.SHOPPING ATAU MEMBELI BELAH
Terdapat banyak juga pusat membeli belah disini. Biasa rakyat Malaysia membeli belah di sempadan,apakata kali ini masuk ke Bandar Satun.Terdapat tiga pasaraya yang besar disini yang menawarkan harga yang amat murah.Antaranya :-
1.Tessco Lotus
2.Makro
3.Big C
Anda juga boleh membeli belah disekitar Bandar Satun.Setiap malam minggu Sabtu malam Ahad,berhampiran Masjid Mambang terdapat Pasar malam yang besar di panggil Saturday Night Plaza.Perbagai barangan yang murah dan menarik boleh dibeli dengan harga yang berpatutan.
Bagi peminat burung,disni terdapat banyak burung terdiri dari burung merbah jambul,terkukur atau murai di jual dengan harga yang murah dan berkualiti.
Anda juga boleh membeli belah hasil laut dengan harga yang murah di Bandar La-ngu kira-kira 40KM dari bandar Satun.

11. Makanan Halal
Jangan risau dengan makanan Halal di Wilayah Satun,Wilayah yang dihuni lebih dari 80% pendduduk Islam ini menyediakan perbagai masakan Thai. Anda cuma sekadar memerhatikan tanda halal atau ayat ayat Al Quran atau penjual berbahasa Melayu.Makanan laut amat popular di Pak Bara sebuah pekan kecil di daerah La-ngu.
Pantai Pak Bara 
Sepanjang lebih 2 km sepanjang pantai ,terdapat puluhan restoran masakan Islam.Anda pilihan sahaja untuk makan dimana.Semua restoran menyajikan makanan halal.

12.PENGINAPAN
Terdapat banyak Hotel dan rumah tumpangan atau resort di Bandar Satun .Anda juga boleh membuat pilihan untuk bermalam di pekan berhampiran.Harga sekitar RM40 ~ RM200 semalam.

13.NIGHT LIFE
Night life atau kehidupan malam di bandar Satun tidak semeriah di Hat Yai atau Dannok.Wilayah yang dihuni oleh penduduk Islam ini lebih gemar beriadah bersama family.Akan tetapi terdapat juga rumuh urut ,bar,disco dan pub disini.Untuk yang gemar menikmati malam terdapat perbagai pilihan disini,akan tetapi pilihan terhad di bandar Satun.
Info Untuk Night Di Satun

UNTUK KETERANGAN LANJUT DAN PANDUAN LAWATAN SILA EMAIL KE



Khamis, 1 Oktober 2015

PENGINAPAN HOTEL DI SATUN THAILAND

Travel Blog Malaysia Thailand
Lake Terrace Hotel And Resort Pak Bara Satun        ....  


Penginapan di Pak Bara Satun Thailand

Penginapan di Satun sangat Mudah. Banyak resort dan hotel terdapat di
sekitar Wilayah Satun.Kebanyakkan pekan walaupun kecil ,akan tetapi
banyak tempat penginapan yang banyak dengan harga yang mampu kita
diami. Info Lanjuk Baca Sisini


LANGKA BEACH RESORT PAK BARA
Langka Beach Resort , Pak Bara Beach Satun Thailand
Seaview Room : THB1000
Other : Thb800
Breakfast : THB110/Head
Info :Whatsapp : +66830 948 948 
https://wa.me/66830948948
Total Room : 15


LAGI INFO HOTEL 2018 KLIK

Dari Wang Kelian ke Chalung

1. Hotel Meesuk berhampiran Masjid Chalung
   Harga dari RM60/smlm

2. Sebaidee lepas jambatan Pekan Chalung ke Pak Bara
   Harga dari RM60/smlm

3. Praina ,jalan ke Pak Bara
   Harga dari RM60 - RM75

4. Jalan Chalung ke Pak Bara ,ada lebih kurang 10 resort.

Bandar Satun

1. Hotel Pinacle Wangmai

2. Hotel Sinkiat Thani

3. Palm Resort

4.Clifman Hotel ( berhampiran market) ala art and western

5.Lebih kurang ada 20 resrort perbagai harga di Satun

Pak Bara

1. Lake Terrace Hotel and Resort
 
2. Laguna Resort

3. Bara Resort

4. Laguna Resort

5. Langka Beach Resort

6. Sandee Beach Resort

7. Best House Resort

8. Tidak kurang dari 30 resort di Pak Bara



Sila Baca Aktikel Berkaitan

1. Satun vs Krabi

2.Panduan Melawat Satun

3.Koh Lipe

4.Satun vs Krabi 1

5. Seafood Di Tanjung Pauh Satun