Melawat Satun Banner

Kembara Motor Program Mini Library

Program Mini Perpustakaan Dan Kursus Teknik Mengajar Bahasa Melayu , Tadika Misbahuddin Kampung Guar Ban Khuan Satun Thailand.
Pengenalan
Tadika Misbahuddin adalah kelas Bahasa Melayu dan Fardu Ain adalah satu satunya sekolah rakyat yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di Wilayah Satun. Matapelajaran yang diajar :-
1. Bahasa Melayu ( rumi dan jawi )
2. Asas Fardu Ain
3. Hadis dan Al Quran
Sejumlah 232 pelajar dari usia 5 tahun - 12 tahun belajar disini setiap hari Sabtu dan Ahad setiap minggu.
Manakala sebelah malam diadakan kelas Iqra pada setiap malam.
Tadika ini ditubuhkan oleh penduduk kampung untuk mempertahankan Bahasa Melayu dari terus pupus di bumi Thailand amnya dan Wilayah Satun khasnya. Sumbangan keringat penduduk kampung dan bantuan dari rakyat Malaysia. Jumlah guru sukarela adalah 15 orang. Seorang guru sukarela dari Malaysia yang menetap disini membantu memantapkan Bahasa Melayu.
Program Mini Perpustakaan
Program ini dianjurkan oleh pihak pentadbiran Tadika Misbahuddin dengan kerjasama dari Kelab Kembara Motosikal Malaysia Singapura.
Idea
Program ini adalah hasil cetusan idea dari Cikgu Noor Adam seorang pengembara motosikal dari Singapura.Beliau juga berusaha mengumpulkan bahan bahan bacaan baru dan terpakai. Disamping mencari dana untuk membeli peralatan dan cat untuk program ini.
Tarikh Program
Program ini akan diadakan pada hari Sabtu 19hb Disember 2015
bermula jam 9.00 pagi.
Anda semua dijemput hadir bagi tujuan gotong royong .
Sekiranya anda ingin menyampaikan sumbangan,anda boleh berhubung terus dengan cikgu Noor Adam melalui Facebook.
Atau WhatsApp ke +66629728939
PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Kembara Motor Program Mini Library"