Melawat Satun Banner

Ulangkaji Prosedur Membawa Kenderaan Malaysia Ke Thailand


Ulangkaji Prosedur Membawa Kenderaan Malaysia Ke Thailand
1. Geran kereta ori atau photostat . Kalau photostat sebolehnya dapatkan andose dari mana mana balai Polis . ( Kekadang saja di tanya )
2. Bukan pemilik kenderaan. Bawa surat penyerahan pemilikan sementara dari pemilik kenderaan yang namanya tercatat di dalam geran .
3. Beli insuran untuk memasuki Thai di Changloon, Bukit kayu hitam , Padang Besar atau wakil insuran yang berdekatan pintu sempadan.
4. Passport atau Border Pass
5. Lesen memandu.
Proses di Pintu Sempadan Thailand
1. Selesaikan urusan passport
2. Bawa geran passport ( surat pemilikan sementara jika bukan pemilik) ke Pejabat Kastam
3. Anda akan diberi satu salinan declaration form selepas ditanda tangani.
4. Duit kopi jika di minta.
Prosedur Memandu di Thailand
1. Lesen dan insuran di tunjukkan jika ada Polis Road Block
JANGAN LUPA
Prosedur Bila Balik Ke Malaysia.
1. Selesaikan urusan passport
2. Serakkan Declaration form kembali di Pejabat Kastam.
Jika gagal anda akan disenarai hitamkan.Melainkan membayar denda ( ikut mood pegawai ) minum RM100
3. Jika tamat tempoh denda ( ikut mood pegawai )
4.Boleh keluar dan serah dimana saja pintu sempadan.
Kesalahan bagi tidak mempunyai Declaration Form atau anda tidak istihar kenderaan anda memasuki Thailand RM500,000 jika anda disabit Mahkamah sebagai penyeludup.
PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Ulangkaji Prosedur Membawa Kenderaan Malaysia Ke Thailand "