SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Sabtu, 28 September 2013

BLOG ADALAH SUATU PERNIAGAAN

BLOGGER                                                    

Blogger MESTI BACA

Salam Blogger

Saya seorang blogger baru. Tidak tahu hal hal blog.Tidak tahu SEO.
Tidak tahu meta.Tidak Tahu Google Adsence.Tidak tahu Nuffnang.
Apa yang saya tahu copy and paste.Rujuk kepada blogger yang
mahir di Alam Siber.

Kenapa saya blogging ?
Saya tiada kerja.
Saya perlu duit untuk menambah pendapatan.

Apakah hobi saya ?
Minat melancong tapi tidak ada duit.

Bagaimana Nak Melancong tanpa Duit ?
Saya mula buat blog perlancongan.

Destinasi mana yang saya nak promosikan,sedangkan saya jarang
melancong ?
Kampung saya. Saya mahir di kampung saya. Kebetulan saya dilahirkan
di Wilayah Satun Thailand.Wilayah bersempadan dengan Perlis
di Malaysia.Kebetulan di Kampung saya,Kampung Guar,orang kampung
mahir berbahasa Melayu loghat Kedah.Kebetulan saya berkahwin
dengan orang Malaysia.
Saya mempromosi kampung saya di dalam blog cap ayam ni.Orang
Kedah kata blog saya ni lekeh sangat.Blog yang tak popular
saya hanay tersenyum kenapa ianya adalah KEDAI atau
OPIS saya.
Setiap harisaya buka KEDAI saya,tengok email atau menjawab
soalan.
Bulan Mac adalah bulan rezeki.Sekolah Menengah Penanti
Bukit Mertajam Pulau Pinang,menulis email kepada saya
Soalan demi soalan di tanya. Soalan terakhir yang bermain
di kepala mereka adalah,betulkah awak ni buat bisnes ni.
Saya jawab BUSINESS IS ALL ON " TRUST".
Hanya kepercayaan dan kejujuran sahaja urusan
perniagaan didunia dijalankan.Dunia berubah kerana
urusan perniagaan yang berlandaskan KEPERCAYAAN

Pada 25hb Mac 2013,KONVOI PERLIS THAILAND pun bermula.
Sebanyak 16 kereta (termasuk 3buah MPV dan sebuah pickup)
Kami menjelajah dari Wang kelian,Satun,Pak Bara,Manang
Hat Yai dan berakhir di Dannok sempadan Bukit Kayu Hitam.

Selama 3H2M kami bersama,makan bersama,solat ,bersukaneka,bbq
dan bermain kayak arus deras.Kami bermalam ditempat yang sama
kami berkongsi segalanya bersama.

Selepas itu sehingga hari ini ,dari blog yang LEKEH,jadi sebuah
OPIS perlancongan yang mendatangkan hasil untuk menampung
kehidupan kami berempat di Wilayah Satun Thailand.

TARGET SAYA pada tahun 2013 ini RM200K turnover dengan
untuk bersih selepas tolak gaji kami berdua ,
NETT PROFIT 10% dari RM200K.

TIPS UNTUK BLOGGER
1.Kampung anda tentu ada temapt yang menarik ?
2.Berdekatan dengan tempat tinggal anda tentu ada tempat menarik ?
3.Family atau saudara mara atau kawan atau kenalan tentu ada yang
  berniaga ?
4.Anda sendiri peniaga ?
MULAKAN BERIKLAN

IKLAN saja ,mana tahu rezeki Allah SWT.Siapa tahu .Buat dengan Iklas.
Cuba bermula dengan PERCUMA ,kalau ada sambutan,itulah turning point
untuk iklan berbayar yang lain.

Di Iklan anda,pamerkan no hp atau email anda. Mungkin ini kerja renyah
tapi ianya adalah kayu pengukur pada anda daripada respon pengunjung
blog anda. Bila dah tahu ia berespon tinggi.Guna data yang ada untuk
mempromosi tapak iklan untuk disewa.

NASIHAT PENTING
1.Anggap blog anda adalah KEDAI atau PERNIAGAAN atau OPIS anda.
2.Jangan syok sendiri. Buat analisa selalu

Akhirkata ,dari anda ber iklan syarikat GERGASI yang dah kaya TAPI
kecil impak kepada anda,LEBIH BAIK ANDA PROMOSI ,produk
umat Islam kita dan memberi impak besar di Akhirat.Yakinlah bahawa
ILMU yang menafaat,  talian kita ke dunia walaupun kita sudah tiada.

AKHIRKATA : popular dan traffic yang tinggi belum tentu menjana
sesuatu yang berfaedah . Lakukan perkara yang berfaedah walaupun
sebaris ayat. YAKIN 90% rezeki Allah adalah dari PERNIAGAAN.

BLOG ADALAH SUATU PERNIAGAAN.

Sikaranya suka LIKE
Sekiranya benci,doakan agar saya di beri hidayah.ampun dan maaf
Sila email ke karlisahalim@gmail.com untuk perkongsian ilmu.

SALAM SAYA DARI THAILAND




Khamis, 26 September 2013

AL FATIHAH Ustaz Azizan Abdul Razak

ARWAH USTAZ AZIZAN ABDUL RAZAK                                               


AL FATIHAH Kepada Arwah Ustaz Azizan Abdul Razak ,Bekas Menteri Besar Kedah.
Semoga Allah mencucuri Rohnya.......

Tan Sri Dato' Seri DiRaja Ustaz Haji Azizan bin Abdul Razak (Tulisan Jawi: استاذ حاج عزيزان عبدالرازق) merupakan Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid. Beliau juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah. Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS danParti KeADILan Rakyat membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalampilihan raya umum Malaysia 2008.

Upacara mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kedah telah diadakan di hadapan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Wisma Darul Aman pada jam 3.40petang (Ahad),bersamaan 9 Mac 2008.Pada 16 Julai 2008, Ustaz Azizan telah dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) yang membawa gelaran "Datuk Seri".Pengurniaan darjah ini telah disempurnakan oleh Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Istana Anak Bukit sempena sambutan Jubli Emas baginda.Pada 1 Jun 2013 beliau merupakan antara penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.Beliau telah menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran "Tan Sri"

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau, pernah belajar di Maktab Mahmud pada tahun 1959-1965. Ustaz Azizan berkelulusan Sarjana Muda Syariah dari Universiti al-Azhar dan undang-undang dari Universiti Kent, Canterbury, United Kingdom.

Ustaz Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang didudukinya iaitu Maktab Mahmud, Alor Setar pada tahun 1966. Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)(1983-1984, 1986-1995). Beliau fasih berbahasa Melayu (loghat Kedah), bahasa Inggeris,bahasa Arab dan bahasa Filipina.

Beliau mula menyertai PAS pada tahun 1978 di England. Pada tahun 1986 bergiat aktif dengan PAS di Malaysia. Beliau merupakan Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989). Beliau memenangi DUN Sungai Limau (dahulu dikenali sebagai DUN Sala) mulai 1995 hingga 2013 mengalahkan calon dari Barisan Nasional.

Ustaz Azizan memang diketahui mengalami masalah kesihatan. Ini menyebabkan terdapat khabar angin beberapa pihak yang mahu beliau digantikan dengan orang lain.[3] Datuk Mukhriz Mahathir selaku timbalan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah menggesa Azizan digantikan oleh Exco Datuk Amiruddin Hamzah kerana kesihatannya terjejas. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi bin Awang menjelaskan tiada cadangan itu setakat ini.[4]
Ustaz Azizan Abdul Razak menafikan beliau tidak profesional berbanding Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah.Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah tidak hutang dengan kerajaan pusat untuk bayar gaji. Hasil balak sampai RM70 juta setahun. Masa BN cuma RM8 juta. Banyak pula buat projek membazir. BN bagi JKKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) guna duit pusat. Saya bagi MKK (Majlis Keselamatan Kampung) guna duit kerajaan negeri. Kerajaan PAS Kedah tidak boleh banyak buat pembaharuan kerana hanya menang 16 kerusi (PAS 16 , PKR 3 dan BN 11).Manakala PAS Kelantan mentadbir lebih 30 tahun dengan banyak majoriti.

Selasa, 24 September 2013

PANDUAN BERKONVOI KE THAILAND

KONVOI SMK PENANTI DI THAILAND              

 Salam Semua Konvoi kereta kian popular dikalangan rakyat Malaysia dan sudah menjadi trend percutian terbaru. Bila bercuti bersama kereta sendir agak mudah untuk membawa bersama keluarga tersayang dan pergi bersama kumpulan rakan rakan dan sanak saudara .Bagi mereka yang sentiasa sibuk dalam tugas seharian, masa inilah digunakan untuk merapatkan hubungan bersama antara satu sama lain.Banyak aktiviti kekeluargaan boleh diatur untuk menceriakan suasana. Masa yang terhad diperuntukkan untuk anak-anak disebabkan sibuk dengan tugasan di pejabat membuatkan mereka berasa tersisih dan tidak disa­yangi oleh ibu bapa. Justeru, membawa mereka bercuti ke destinasi pilihan atau tempat-tempat kunjungan ramai adalah salah satu langkah yang bijak. Selain berseronok, mem­bawa anak-anak ber­cuti memberi peluang kepada ibu bapa menghabiskan masa berkualiti bersama mereka. Ibu bapa juga boleh merehatkan minda. Namun, saat bercuti bersama keluarga terutama membawa anak kecil, banyak hal yang harus dititikberatkan supaya percutian anda lebih selesa, aman dan meninggalkan kenangan terindah buat anda sekeluarga. Panduan Berkonvoi Ke Selatan Thailand :-

 1.Guna egen atau warga Thailand yang boleh berkelayakan dalam bidang bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini atau kesulitan komunikasi. Permudah cara untuk berhubung dengan kakitangan atau penguatkuasa Thailand. Permudah cara dengan orang berkaitan atau pihak berwajib bila berlaku kemalangan jalanraya. ( berkonvoi tanpa agen tidak menjadi kesulitan bila semuanya selamat,TETAPI bila berlaku insiden ,akan mendatangkan berbagai masalah )

 2. Memastikan kereta bekeadaan baik.

 3. Membawa geran ori atau salinan yang disahkan oleh PDRM. Surat Kebenaran dari pemilik kereta

 4. Membeli Insuran Thailand ( di Cangloon,Bukit Kayu Hitam,Padang Besar,Wang Kelian atau mana mana pintu sempadan)

 5. Mengistihar kereta di Pejabat Kastam Thailand

 6.Mengisi petrol atau bahan api tangki penuh disempadan ( petrol mahal di Thailand)

 7.Jangan membawa senjata berbahaya atau barang larangan.

 8. Pastikan lokasi dengan betul

 9.Berhemah dan bertanggungjawab ( faham faham saja, orang Thai )

 TIP PERLANCONGAN

 Bekal makanan dan minuman. Bawalah makanan ringan yang sihat dan air mineral yang banyak. Makanan sihat berupa buah seperti pisang atau epal serta roti berinti keju pasti menyelerakan. Jika boleh, bawalah sendiri bekal makan tengah hari anda dan keluarga supaya tidak perlu bersusah paya mencari tempat makan di dalam keramaian. Pastikan tempat yang dituju membolehkan pengunjung membawa makanan dari luar. Tanda pengenalan. Buat­kan tanda pengenalan untuk si kecil seperti tanda nama dilengkapi nama anak, nama ibu bapa, alamat, jenis darah dan nombor telefon yang boleh dihubungi jika berlaku sebarang masalah. Tanda pengenalan ini sangat penting terutama bila anak-anak hilang atau terlepas dari pengawasan anda. Pastikan juga anda mengambil gambar terbaru anak ketika itu biarpun sudah menukar baju lain. Ia sangat penting untuk menjadi rujukan jika anak hilang. Bawa kelengkapan lain. Tuala kecil dan baju gantian untuk si kecil wajib anda bawa. Bila perlu, anda juga boleh membawa baju gantian untuk diri sendiri. Semasa bercuti bersama anak, pakaikan mereka baju dari bahan kapas yang menyerap keringat supaya mereka selesa terutama apabila panas. Apabila mengunjungi taman tema air, pantai atau sebagainya, membawa baju renang adalah satu kewajipan untuk memenuhi keperluan aktiviti itu. Payung atau baju hujan, krim pelindung cahaya matahari, ubat peribadi, minyak angin, ubat antiseptik untuk luka dan kaca mata hitam boleh menjadi kelengkapan lain yang di bawa bersama. Senaraikan barangan yang perlu di bawa tetapi janganlah pula sampai berlebihan. Bawa wang Kecil. Siapkan wang kecil untuk memudahkan anda membayar tempat letak kereta atau membeli makanan ringan. Hal ini memudahkan anda untuk mempercepatkan masa dan tidak perlu beratur panjang.

Sabtu, 21 September 2013

Renungan Untuk Melayu Malaysia Dan Thailand

Rabu, 18 September 2013

Pakej Mencandat Sotong

MENCANDAT SOTONG            

PAKEJ MENCANDAT SOTONG

KUALA TRENGGANU

Harga Group Pakej 2013


Pakej 1 ( Bot max 8 orang ) RM150 x 8  = RM1200.00

Pakej 2 ( Bot max 10 orang ) RM140 x 10 = RM1400.00

Pakej 3 ( Bot max 15 orang ) RM130 x 15 = RM1950.00 **bot terhad

Pakej 4 ( Bot max 6 orang ) RM135 x 6 = RM810 ** bot tiada tandas

Makan dan Bilik percuma

Bot Berlesen


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN:

- Peralatan Candat
- Jake Keselamatan
- System GPS
- Spot Light
- kemudahan dapur
- Air batu dan Air mineral
- Tekong berpengalaman
- Taklimat teknik mencadat yang betul
- Bertolak lepas Asar dan balik waktu subuh
- Setiap Group diberi 1 Chalet/Bilik percuma untuk menyimpan barang

Untuk keterangan lanjut Email : karlisahalim@gmail.com/

Sabtu, 14 September 2013

IKLAN PERCUMA SAHAM AKHIRAT

DERMA MASJID


  مَنْ بَنَى مَسْجِدًا قَالَ بُكَيْرٌ حَسِبْتُ أَنَّهُ قَالَ يَبْتَغِي بِهِ وَجْهَ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ مِثْلَهُ فِي الْجَنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّة    رواه الشيخان

Barangsiapa yang membangun sebuah masjid karena Allah Taala. (Bukair berkata: Aku kira) beliau bersabda: Kerana mengharap keredhaan Allah, maka Allah akan membina untuknya sebuah rumah di Syurga. Riwayat Bukhari dan  Muslim

SUMBANGAN ANDA AMAT DIPERLUKAN !!!

PERHATIAN ; 

* Kami bukan dilantik oleh mana-mana organisasi/masjid.
* Kami hanya membantu anda bagi menyalurkan sumbangan/derma/wakaf
* Kami tidak menerima sebarang komisen
* Kami tidak menerima sebarang sumbangan/derma/wakaf drp anda

* Kami hanya menyiarkan iklan untuk membantu anda
menyumbang derma pembinaan masjid

* Kami hanya menyiarkan iklan masjid yang mempunyai
kebenaran mengutip derma/sumbangan

PASTIKAN ANDA HANYA MENDERMA TERUS KE AKAUN MASJID BERKENAAN, BUKAN MELALUI INDIVIDU TERTENTU...

Jika anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan,
 sila hubungi masjid/surau yang brkenaan.

 Masjid An-Najah, Ayer Hitam 

06150 Alor Star, Kedah Darul Aman.

Tel No. : 013-4600757, 019-4576946, 019-5652021

email : masjidannajah@yahoo.com.my

Bank Islam Malaysia Berhad – No akaun 02011020426133
 atas nama Khariah Masjid An-Najah, Ayer Hitam.



Rabu, 11 September 2013

Melawat Batu Feringgi Pulau Pinang

BERKUDA DI PANTAI BATU FERINGGI     

Salam

Kalau anda nak bercuti di Penang, banyak tempat yang boleh anda lawati. Antaranya Batu Feringgi.Terletak di kawasan yang berbukit mengambil masa hanya 25 minit dari Georgetown merupakan lokasi sesuai untuk melupakan sejenak masalah di tempat kerja, kesesakan di jalan raya dan hingar bingar di bandar.Tapi kalau anda memandu bukan musim cuti sekolah pada waktu puncak, sesak gila.Ambil masa lebih kurang 1 jam juga la.


Batu Feringghi adalah lokasi yang paling ideal untuk menghabiskan musim cuti atau pada hujung minggu sama ada bersama keluarga, sahabat handai atau untuk berbulan madu bagi pasangan yang baru berkahwin.

Tidak perlu menghabiskan banyak wang untuk melancong ke luar negara kerana Batu Feringghi menyediakan segala keperluan percutian dan mempunyai keunikan tersendiri yang tidak terdapat di tempat lain.

Memadai dengan perbelanjaan yang sederhana, kunjungan ke destinasi indah itu pasti tidak menghampakan.

Dikenali juga dengan jolokan ‘pekan pelancongan’, terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung. Bagi penggemar sukan, mereka boleh menghabiskan masa bercuti dengan berekreasi meredah hutan dan menikmati keindahan pantai dengan menunggang jet ski.

Bagi mereka yang mahu mencari sesuatu sebagai tanda mata untuk kenalan, barangan kraf tangan pelbagai jenis termasuk pakaian mudah diperoleh dan dijual dengan harga yang berpatutan.

Suasana malam menjadi begitu meriah di pinggir jalan di pekan kecil tersebut dengan peniaga memperagakan aneka barangan yang sesuai dijadikan kenangan sebagai tanda pernah singgah di Batu Feringghi.

Bagi pengunjung yang mahu menikmati pelbagai aneka sajian makanan, sama ada masakan Melayu, barat, sentuhan dari Thailand, sajian mamak dan masakan Cina Batu Feringghi tidak menghampakan.

Tidak ketinggalan makanan laut segar, sesuai dengan lokasinya.

1. Restoran Seri Nelayan Kampung Nelayan Teluk Bahang. Sekadar 3KM dari Batu Feringgi,Masakan yang sedap dan murah.


Jumaat, 6 September 2013

TRAVEL BLOG DAN BLOG PERLANCONGAN

satunsiam.blogspot.com/
VISIT SATUN THAILAND        


TRAVEL BLOG , TRAVEL WEB ATAU BLOG PERLANCONGAN YANG POPULAR DI MALAYSIA.
Terdapat banyak blog perlancongan atau tourism di Malaysia .Senarai ini saya kutip dari http://www.majalah.com/?profile:linkman:6B1VY3V5MY ,antarnya

http://www.tourism.gov.my  
http://www.danarif.com/blog/
http://j-travel.blogspot.com/
http://myloismylife.blogspot.com/
http://www.dexxy.net/
http://www.vkeong.com/
http://www.sherrina.com/
http://www.tim-the-traveler.com/
http://malaysia-campervan.blogspot.com
http://www.j2kfm.com/
http://smallhiker.blogspot.com/
http://www.dusuntua.com/
http://blog.malaysia-asia.my/
http://www.cutikelantan.com
http://www.mysabah.com/wordpress/

Sekiranya anda berminat nak kongsikan pengalaman anda,anda boleh tuliskan pengalaman anada di
FACEBOOK : TRAVEL BLOG MALAYSIA THAILAND FRIENDS

Saya akan copy paste pengalaman anda disini.Terima Kasih


Terima kasih kepada Linkman Majalah.Com

Rabu, 4 September 2013

Teluk Bahang,Pulau Pinang

satunsiam.blogspot.com
Batu Kepala Buaya                          

Salam semua

Dah lama saya tak ke Teluk Bahang. Teluk Bahang terletak di barat daya Pulau Pinang.Dari Jambatan Pulau Pinang kira-kira 33KM dan dari Jetty antara 23KM.Sekiranya anda menaiki bas, ambil bas no 101 Rapid Penang. atau  BACA DISINI SELANJUT NYA

Penginapan

Terdapat banyak penginapan dari harga serendah RM18 ~ RM150 semalam. Antaranya Fisherman Guest House, Seri Nelayan Chalet dan Restoran, Rozita ,Chalet Persatuan Nelayan, Kesian Homestay dan banyak lagi. Info sila email ke karlisa@gmail.com .

Makanan

Saya kira lebih dari 20 buah kedai makan di sekitar Teluk Bahang. Dari nasakan melayu,Thai dan Nasi Kandar. Antara restoran yang sedap dimakan, Restoran Ikan Bakar Seri Nelayan,Kedai Kak Ina atau makan western food di Awang Burger.( Lamb chop,chicken Chop,steak,burger dan lain lain.) Kedai makan berikut terletak di Jalan Nelayan,Kampung Nelayan atau 5 minit berjalan ke Pejabat Taman Negara.

Tempat Menarik

Terdapat banyak tempat menarik disana.Antaranya :-
1.Pantai Hujung Batu (berhampiran bekas Penang Mutiara Hotel)
2.Pantai Kerachut (menaiki bot)
3.Pantai Teluk Kampi (menaiki bot)
4.Pantai Teluk Duyung dan Rumah Api ( menaiki bot)
5.Canopy Walk ( Taman Negara)
6.Escape Dry Park
7.Butterfly Farm
8.Toy Musuem
9.Kraft Batik
10.Taman Rimba (air terjun)
11.Kampung Nelayan
Read More Info

Budget :  3H2M/Group 10 pax RM230/head
1. Penginapan di Chalet/kongsi 2 orang
2. Makan ( 2 lunch,2 Dinner,2 Breakfast)
3 Berkelah di Teluk Duyung dan Rumah Api
4.Malam memancing pantai di Benteng

Budget minimum :  3H2M/Group 10 pax RM130/head

1. Penginapan di Guest House / kongsi 2 orang (,bilik air kongsi)
2. Makan ( 2 lunch,2 Dinner,2 Breakfast)
3 Berkelah di Teluk Duyung dan Rumah Api
4.Malam memancing pantai di Benteng
MORE PHOTO HERE

Sebarang pertanyaan sila email ke karlisahalim@gmail.com


Selasa, 3 September 2013

SEGMEN YUMIDA



NAK JOIN SILA KLIK DISINI        Hi All , acctually saya dari Thaialand. I baru dalam blogging ni. Bahasa Melayu pun kelam kabut lagi. Bila i join Google plus , I baca banyak segmen, tapi I tak tahu apa bendaa. Bila dah lama, mula dah faham. Segmen ini adalah one of marketing tools for blogger, untuk mempromosikan blog mereka. Anyways good ideal you......

Blog saya Travel Blog Malaysia Thailand adalah blog baru, saya pun tak pandai untuk blogging ni dan tak pandai tentang blog. saya belasah je.

Tujuan saya buat blog untuk perniagaan, dari 29hb Disember 2012 sampai lani...baru 17K visitor dan 20K viewer. Sepanjang 8 bulan ni Total Sale dah mencecah lebih dari Baht 700K atau RM80K in term of jualan PAKEJ PERLANCONGAN. Keuntungan boleh menccah RM8K ~ RM16K dari hasil jualan.

Sekiranya anda ingin melancong dan ada group ining melancong,kalau anda KETUA atau rekemen a group untuk melancong, saya akan bagi anda komisen.



Ahad, 1 September 2013

Nasihat Warga Emas Satun Kepada Anak Melayu


Pakcik Ismail Kasim, 72 tahun orang Melayu dari Kampung Guar ,Satun Thailand, kesal dengan warga muda SATUN yang kian melupakan asal usul budaya Melayu

Ikut ceritanya.....

PERTEMUAN 40 anggota Jejak Warisan Jawi II (JWJ2) dengan seorang warga tua berketurunan Melayu di Kampung Guar di Satun, Thailand pada hari pertama ekspedisi amat menginsafkan mengenai betapa pentingnya jati diri Melayu dan Islam dipertahankan walau apa pun berlaku.

Ismail Kasim, 72, yang sudah semakin uzur sanggup bertemu dengan anggota ekspedisi JWJ2 semata-mata mahu memberi pesan kepada semua anggota supaya bersungguh-sungguh mempertahankan jati diri, warisan serta budaya walau apa pun berlaku.

Secara peribadi dia amat mengharapkan masyarakat Melayu di Malaysia tidak senasib seperti mana kelompok Melayu lain termasuk di Thailand sendiri apabila budaya kaum itu semakin terhakis secara perlahan-lahan akibat pengaruh-pengaruh di sekeliling.

Dia mengakui generasi Melayu di Thailand tidak seperti datuk moyang mereka dahulu yang sedaya upaya mempertahankan jati diri, warisan serta budaya mereka.

‘‘Contohnya bahasa yang mana pertuturan bahasa Melayu di kalangan anak-anak muda tidak seperti kami dahulu. Alhamdulillah setakat ini penguasaan mereka dalam bahasa Melayu masih baik tetapi apakah jaminannya untuk masa depan.

‘‘Bagaimana pula seni budaya Melayu yang lain yang selama ini diamalkan sejak turun temurun. Mahu tidak mahu kita harus mengakui ia semakin tidak diamalkan dan orang muda khususnya langsung tidak mahu mengendahkannya?” kata Ismail yang merupakan bekas guru silat Melayu di kampungnya.

Kata-katanya itu ada asasnya apabila dia menyatakan bagaimana seni silat yang sebelum ini menjadi tumpuan golongan muda di kampungnya serta kampung sekitar 30 tahun lalu semakin dilupakan.

‘‘Silat adalah warisan budaya Melayu tetapi saya melihat ia sudah tidak lagi mendapat tempat di kalangan orang muda kerana mereka lebih berminat dengan seni mempertahankan diri yang lain.

‘‘Disebabkan itu lebih 20 tahun saya tidak lagi mengajar silat kepada orang muda di sini. Saya hendak turunkan warisan ini kepada anak dan cucu semuanya tidak mahu,’ katanya dalam keadaan yang begitu sedih.

Bagaimanapun kesedihannya sedikit terubat apabila tujuh anggota ekspedisi JWJ2 mengadakan persembahan silat di hadapannya.

Atas semangat yang ada serta sedikit kudrat yang ada Ismail berjaya juga menunjukkan kehebatannya menampilkan seni silat tari kepada hadirin serta anggota konvoi yang hadir.

Dalam pada itu Ismail mengakui sekiranya ditakdirkan dia menemui Ilahi pada satu hari nanti mungkin silat yang menjadi darah dagingnya selama ini akan hilang bersemadi bersama jasadnya nanti. Pada masa itu seni silat akan pupus bersama riwayat pendukung-pendukung silat yang seusia dengannya.

‘‘Memang saya kecewa dengan apa yang berlaku ini tetapi apa yang mampu saya lakukan.

‘‘Mereka lebih berminat dengan acara tomoi kerana bagi mereka wang adalah segala-galanya,” ujarnya.

Justeru dia meminta semua anggota ekspedisi JWJ2 menyampaikan pesannya kepada semua generasi muda di Malaysia agar sama-sama mempertahankan warisan budaya orang Melayu yang diwarisi sejak turun temurun.

‘‘Tidak kira apa jua warisan budaya kita, ia hendaklah dipertahankan kerana itulah lambang jati diri kita sebagai orang Melayu. Jangan biarkan ia pupus kerana akhirnya kita juga yang akan rugi,” ujarnya.

‘‘Islam pula menjadi sandaran kepada kita untuk menentukan arahan dan larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT,” katanya lagi.

Baginya orang Melayu di Malaysia sangat beruntung kerana dikeliling hidup mereka warisan dan budaya Melayu masih subur meskipun tidak menolak kemungkinan ia boleh lenyap jika tidak dipelihara dengan sewajarnya.

‘‘Orang Melayu di Malaysia lebih bertuah berbanding kami. Kami di sini terpaksa berhempas pulas mempertahankan jati diri kami. Tidak tahulah selama mana ia boleh dipertahankan,” katanya lagi.

Penggunaan bahasa Melayu di Thailand katanya adalah contoh terbaik bagaimana penggunaannya amat terhad hingga penguasaannya di kalangan generasi Melayu di negara itu tidak sehebat berbanding penguasaan mereka dalam bahasa ibunda negara itu.

‘‘Sebagai orang Melayu di sini saya menganggap orang Melayu di Malaysia sebagai saudara-saudara saya. Bagi saya kedatangan saudara-saudara menziarahi kami di sini amat menggembirakan walaupun hanya seketika.

‘‘Tolong sampaikan pesanan saya kepada semua rakyat Malaysia, pelihara dan pertahankan budaya dan warisan kita. Jangan terima nasib seperti kami,” katanya lagi.

Walaupun ia hanya titipan pesanan biasa seorang tua dari bumi asing, ia harus diambil berat oleh kesemua mereka yang berketurunan Melayu di Malaysia.

Ismail bukan bercakap atas dasar sentimen tetapi di bercakap atas dirinya sebagai orang Melayu tulen.

Titisan air matanya pula cukup menggambarkan betapa hatinya remuk apabila silat yang selama ini menjadi darah dagingnya tidak lagi diterima oleh generasi muda di negaranya.

Ihsan
Utusan Malaysia




LAWATAN UKHWAH KE WILAYAH SATUN

IMG_8097
MASJID KAMPUNG GUAR SATUN DAN TADIKA MSIBAHUDIN                                                     
Bila orang Malaysia dengar perkataan Thailand,mereka ingat hiburan dan shopping. Jangan lupa bahawa di bahagian Selatan Thailand,terutama wilayah pantai barat Selatan Thai, terletak Wilayah Satun. Wilayah yang menyimpan kisah suka duka masyarakat Melayu Malaysia dan khasnya orang Kedah dan Perlis.

Selain dari mengajurkan Pakej Lawatan ke tempat peranginan, tempat membeli belah , menyelam dan menikmati keindahan batu karang di dasar laut atau menjelajah gua terpanjang dan tercantik,disamping memancing dan berkayak mencabar jurang air terjun , anda boleh menganjurkan Lawatan Ukhwah ke Masjid atau Madrasah atau pondok pondok pengajian Islam.

Berhampiran dengan Bandar Satun,terletak Kampung Guar ,Chalung,Khuan Don. Disini ada sebuah Masjid yang mempelopori bahasa Melayu dan tulisan Jawi di Satun. Tadika Misbahuddin Kampung Guar adalah sebuah tadika di perkarangan Masjid Kampung Guar. Tadika ini seperti sekolah agama rakyat,atau KAFA di Malaysia. Selain dari mengajar Pengetahuan Islam, Al quran dan Tajwid , tadika ini juga mengajar pelajaran Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi. Bahasa pengantar di Tadika ini adalah Bahasa Melayu. Menerima kanak kanak dari usia 4 tahun hingga ke orang dewasa.

Ikutilah cerita seramai Imam dan Jawatankusa Masjid Parlimen Sungai Petani......

WALAU di mana pun manusia yang mengucap dua kalimah syahadah itu berada, mereka adalah saudara seagama. Saya berharap kunjungan ini bukan sahaja dapat mengukuhkan ikatan ukhuwah tetapi memberi kefahaman tentang sejarah orang Islam Thailand di peringkat akar umbi."
Begitu kata Imam Masjid Fathu Islami, Pekan Danok, Thailand, Sufian Ismail, 54, ketika menyambut rombongan imam dan jawatankuasa masjid dari Sungai Petani, Kedah yang tiba di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah untuk memulakan lawatan ke wilayah selatan negara itu pada awal Oktober lalu.
Kata-kata berkenaan menggambarkan lawatan tersebut cukup bermakna bagi mengeratkan tali persaudaraan antara umat Islam di dua buah negara bersempadan tetapi berbeza tahap cabaran yang perlu ditempuhi itu.
Selepas bacaan doa selamat oleh Sufian, lawatan melibatkan seramai 32 imam dan jawatankuasa masjid dari seluruh Parlimen Sungai Petani di bumi Thailand bermula dengan menuju ke wilayah selatan - Yala, Pattani dan Narathiwat yang majoriti penduduknya beragama Islam.BACA SELANJUTNYA DISINI .


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121012/ba_01/Mempererat-hubungan-dua-negara#ixzz2ddqpittd
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Lawatan Ke Satun Thailand Wujudkan Idea Baru

BIRD OF PAK BARA SATUN,THAILAND                    

Artikel ini saya copy dari Utusan Malaysia. Sila BACA DISINI untuk link asalnya. Memang tidak dinafikan,lain negara lain caranya. Tujuan kerajaan Malaysia menghantar guru guru ke Satun adalah untuk mendapatkan idea untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran.Tak dinafikan taraf pelajaran di Malaysia bermutu tinggi TETAPI di Thailand pun apa kurangnya.Sebagai negara jiran yang ada pertalian tidak salah kita berkongsi ILMU

TEMERLOH 5 Nov. - Lawatan sambil belajar oleh beberapa guru dan sekolah menengah termasuk Sekolah Vokasional (SMV) Puteri di sini ke selatan Thailand tahun lalu berjaya mewujudkan beberapa idea baru bagi memantapkan lagi kemahiran guru dan pelajar di negeri ini.

Ketua Sektor Pembangunan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang, Jailani Ludin berkata, bersesuaian dengan peningkatan taraf sekolah vokasional menjadi kolej vokasional nanti, ia memerlukan para guru mengutarakan pandangan yang bernas dan komprehensif.

Menurutnya, lawatan seperti itu memberikan guru lebih tumpuan kepada pendidikan kemahiran teknikal dan vokasional dengan membuat perbandingan di negara jiran.

Tambahnya, penambahbaikan tersebut perlu memandangkan permintaan terhadap pekerja berkemahiran dijangka meningkat dan lebih ramai tenaga mahir diperlukan bagi memenuhi keperluan industri.

"Pendidikan vokasional dan teknikal penting bagi memenuhi keperluan dan permintaan sektor pekerjaan yang memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa meraikan lawatan 21 guru dan pelajar dari STC dan LVTCS ke SMV Puteri, di sini baru-baru ini.

Pengetua SMV Puteri, Zamiah Mohd. Ali turut hadir pada majlis itu.

Menurut Jailani, apabila memasuki era negara maju, mereka yang memiliki sijil kemahiran akan mendapat tempat dan mudah memperoleh pekerjaan.

Jelasnya, negara-negara maju seperti di benua Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun lebih memberikan keutamaan terhadap pendidikan kemahiran vokasional.

Katanya, ibu bapa dan penjaga tidak perlu membuang masa dengan memaksa anak-anak mereka mengambil peperiksaan akademik sedangkan golongan itu lebih cenderung dalam kemahiran teknikal serta vokasional.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20121106/wp_02/Lawatan-ke-Satun-wujudkan-idea-baru#ixzz2ddSJXjwo
© Utusan Melayu (M) Bhd
Enhanced by Zemanta

PCL : Bila Mereka Gembira , Aku Bahagia


PCL at Travel Blog Malaysia Thailand                                                                                                                                      
Salam  dan Hi All , Hari ini rasa macam bosan dengan blog sendiri.Blog saya sekadar blog cap ayam.Baru buat blog untuk mempromosikan bisnes baru dalam bidang TOURISM. Bila bosan saya blogwalking, banyak blog yang saya singgah.Antaranya http://www.nazlee.com/2011/12/bila-mereka-gembira-aku-bahagia.html . Blog Pakcik Lie. Saya tak kenal pun dia, tapi dia ni, bila saya tak tahu tentang blog,saya tanya dia.Lambat atau cepat dia akan jawab dan sebagai orang baru, saya puas hati.

Sebagai seorang Thai atau orang Siam , bahasa Melayu saya pun kelam kabut.Walaupun di Kampung Saya di Daerah Satun,Thailand, majoroti berbahasa Melayu TAPI kami guna loghat Kedah lama. Nasib baik saya pernah berlajar di Narathiwat yang rata ratanya berbahasa Melayu dan bahasa pengantar di Sekolah Swasta itupun guna bahasa Melayu tapi dalam loghat Kelantan.

Saya cuba menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di blog cap ayam saya ini. Pada 29hb Disember 2012 maka terciptalah Travel Blog Malaysia Thailand. Tujuan blog ini untuk mempromosikan Wilayah Satun atau Negeri Satun kepada orang Malaysia khasnya orang Melayu. Wilayah yang dulunya adalah sebahagian dari negeri Kedah dan penduduknya berbahasa Melayu dan sehingga kini 90% warganya beragama Islam.

Dalam perniagaan siapa yang tidak mahu untung TETAPI matlamat kami hanyalah satu. Untuk memberitahu rakyat Malaysia bahawa masih ada lagi saudara mu diseberang sana. Masyarakat yang tahu asal usul mereka dan sering mengambil tahu hal orang di Malaysia. Kami berbangga dengan Malaysia walaupun kami mendaulatkan Negara Thai. Ketaatan pada Negara Thai, Raja dan Pemerintah tidak berbelah bagi TETAPI kami masih mengagumi Malaysia.

Berbalik pada blog Pakcik Lie, saya terpanggil untuk menulis mengenai blognya. Ini adalah kerana beliau seorang blogger yang terkenal TETAPI tidak sombong dan dialah orang yang pertama "SHARE" artikel saya di Google Plus. Ada juga seorang dua lagi ,antaranya Khir Khalid , Awin Lorh dan lain lain ( maaf banyak sangat ).

Tajuk post Bila Mereka Gembira , Aku Bahagia tersentuh hati. Bila rakan rakan kita posting artikel kita LIKE atau SHARE , mereka akan gembira dan kita terasa bahagia .Terima Kasih PCL dan terima kasih rakan rakan di Malaysia. Semoga Allah merahmati kalian dan di murahkan rezeki dan berbahagia bersama keluaraga,saudara mara dan sahabat handail dan seluruh umat Islam di dunia.

SALAM HORMAT DARI SAYA ,saudara kalian di THAILAND.


Enhanced by Zemanta