SEARCH

Ahad, 1 September 2013

Lawatan Ke Satun Thailand Wujudkan Idea Baru

BIRD OF PAK BARA SATUN,THAILAND                    

Artikel ini saya copy dari Utusan Malaysia. Sila BACA DISINI untuk link asalnya. Memang tidak dinafikan,lain negara lain caranya. Tujuan kerajaan Malaysia menghantar guru guru ke Satun adalah untuk mendapatkan idea untuk digunakan bagi tujuan pembelajaran.Tak dinafikan taraf pelajaran di Malaysia bermutu tinggi TETAPI di Thailand pun apa kurangnya.Sebagai negara jiran yang ada pertalian tidak salah kita berkongsi ILMU

TEMERLOH 5 Nov. - Lawatan sambil belajar oleh beberapa guru dan sekolah menengah termasuk Sekolah Vokasional (SMV) Puteri di sini ke selatan Thailand tahun lalu berjaya mewujudkan beberapa idea baru bagi memantapkan lagi kemahiran guru dan pelajar di negeri ini.

Ketua Sektor Pembangunan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang, Jailani Ludin berkata, bersesuaian dengan peningkatan taraf sekolah vokasional menjadi kolej vokasional nanti, ia memerlukan para guru mengutarakan pandangan yang bernas dan komprehensif.

Menurutnya, lawatan seperti itu memberikan guru lebih tumpuan kepada pendidikan kemahiran teknikal dan vokasional dengan membuat perbandingan di negara jiran.

Tambahnya, penambahbaikan tersebut perlu memandangkan permintaan terhadap pekerja berkemahiran dijangka meningkat dan lebih ramai tenaga mahir diperlukan bagi memenuhi keperluan industri.

"Pendidikan vokasional dan teknikal penting bagi memenuhi keperluan dan permintaan sektor pekerjaan yang memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir pada masa depan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa meraikan lawatan 21 guru dan pelajar dari STC dan LVTCS ke SMV Puteri, di sini baru-baru ini.

Pengetua SMV Puteri, Zamiah Mohd. Ali turut hadir pada majlis itu.

Menurut Jailani, apabila memasuki era negara maju, mereka yang memiliki sijil kemahiran akan mendapat tempat dan mudah memperoleh pekerjaan.

Jelasnya, negara-negara maju seperti di benua Eropah, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun lebih memberikan keutamaan terhadap pendidikan kemahiran vokasional.

Katanya, ibu bapa dan penjaga tidak perlu membuang masa dengan memaksa anak-anak mereka mengambil peperiksaan akademik sedangkan golongan itu lebih cenderung dalam kemahiran teknikal serta vokasional.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pahang/20121106/wp_02/Lawatan-ke-Satun-wujudkan-idea-baru#ixzz2ddSJXjwo
© Utusan Melayu (M) Bhd
Enhanced by Zemanta

0 comments: