Langkau ke kandungan utama

LAWATAN UKHWAH KE WILAYAH SATUN

IMG_8097
MASJID KAMPUNG GUAR SATUN DAN TADIKA MSIBAHUDIN                                                     
Bila orang Malaysia dengar perkataan Thailand,mereka ingat hiburan dan shopping. Jangan lupa bahawa di bahagian Selatan Thailand,terutama wilayah pantai barat Selatan Thai, terletak Wilayah Satun. Wilayah yang menyimpan kisah suka duka masyarakat Melayu Malaysia dan khasnya orang Kedah dan Perlis.

Selain dari mengajurkan Pakej Lawatan ke tempat peranginan, tempat membeli belah , menyelam dan menikmati keindahan batu karang di dasar laut atau menjelajah gua terpanjang dan tercantik,disamping memancing dan berkayak mencabar jurang air terjun , anda boleh menganjurkan Lawatan Ukhwah ke Masjid atau Madrasah atau pondok pondok pengajian Islam.

Berhampiran dengan Bandar Satun,terletak Kampung Guar ,Chalung,Khuan Don. Disini ada sebuah Masjid yang mempelopori bahasa Melayu dan tulisan Jawi di Satun. Tadika Misbahuddin Kampung Guar adalah sebuah tadika di perkarangan Masjid Kampung Guar. Tadika ini seperti sekolah agama rakyat,atau KAFA di Malaysia. Selain dari mengajar Pengetahuan Islam, Al quran dan Tajwid , tadika ini juga mengajar pelajaran Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi. Bahasa pengantar di Tadika ini adalah Bahasa Melayu. Menerima kanak kanak dari usia 4 tahun hingga ke orang dewasa.

Ikutilah cerita seramai Imam dan Jawatankusa Masjid Parlimen Sungai Petani......

WALAU di mana pun manusia yang mengucap dua kalimah syahadah itu berada, mereka adalah saudara seagama. Saya berharap kunjungan ini bukan sahaja dapat mengukuhkan ikatan ukhuwah tetapi memberi kefahaman tentang sejarah orang Islam Thailand di peringkat akar umbi."
Begitu kata Imam Masjid Fathu Islami, Pekan Danok, Thailand, Sufian Ismail, 54, ketika menyambut rombongan imam dan jawatankuasa masjid dari Sungai Petani, Kedah yang tiba di pintu sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, Kedah untuk memulakan lawatan ke wilayah selatan negara itu pada awal Oktober lalu.
Kata-kata berkenaan menggambarkan lawatan tersebut cukup bermakna bagi mengeratkan tali persaudaraan antara umat Islam di dua buah negara bersempadan tetapi berbeza tahap cabaran yang perlu ditempuhi itu.
Selepas bacaan doa selamat oleh Sufian, lawatan melibatkan seramai 32 imam dan jawatankuasa masjid dari seluruh Parlimen Sungai Petani di bumi Thailand bermula dengan menuju ke wilayah selatan - Yala, Pattani dan Narathiwat yang majoriti penduduknya beragama Islam.BACA SELANJUTNYA DISINI .


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20121012/ba_01/Mempererat-hubungan-dua-negara#ixzz2ddqpittd
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su