SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Rabu, 16 Disember 2015

Logo Halal Palsu Di Thailand

Logo Halal palsu di Thailand kian berleluasa, terutama di kawasan sekitar yang dihuni oleh penduduk Islam Thai.
Kejadian yang dirakamkan oleh sebuah Pertubuhan Islam , di Hat Yai mendapati dua perniaga wanita Buddha menggunakan logo halal yang tidak sah dan memakai pakaian ala muslim.
Kejadian ini berlaku di Na Mom berhampiran Hat Yai.
Pihak dari Pertubuhan islam meminta Pihak Berkuasa Agama Islam Songkhla memantau dan mengambil tindakan tegas kepada perniaga yang tidak bertanggungjawab ini.

Dipetik dari laman web www.kinaroi.com.

Info : Pastikan logo halal yang tertera siri nombor
KFC , McD , dan sewaktu tidak halal
Makanan segera dalam 7E , cuba elakkan.
Pastikan peniaga Islam , cuba beri salam.


Booking Hotel Pak Bara
Booking tiket speedboat Pak Bara - Koh Lipe
Whatsapp +66629728939
Facebook: Karlisa Latisya
Email : karlisahalim@gmail.com



Sabtu, 12 Disember 2015

Sejarah Melayu Di Thailand

Pada masa dahulu, semenanjung Tanah Melayu turut meliputi wilayah Segenting Kra yang kini termasuk di dalam wilayah Negara Thai dan Myanmar. Penduduk di Negeri Patani bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kelantan (Yawi) sementara penduduk Melayu daripada wilayah Setul hinggalah ke Rundung dan Pulau Dua (Kawthoung) di dalam wilayah Myanmar pada hari ini bertutur dalam Bahasa Melayu dialek Kedah.

Penduduk Melayu di kawasan ini bukanlah pendatang, sebaliknya merupakan kaum pribumi yang telah menduduki kawasan ini sejak zaman berzaman, iaitu warisan daripada Kerajaan Srivijaya dan Langkasuka.

Binaan di Rundung (Ranong) yang menjelaskan sempadan sebenar bumi Melayu dan Siam, Selepas kejatuhan Kerajaan Siam yang berpusat di Ayuthia pada tahun 1767 akibat serangan Burma, telah bangkit satu kuasa Thai iaitu Kerajaan Thonburi di bawah pemerintahan Raja Taksin. Raja Taksin ini telah menyerang Kerajaan-kerajaan Melayu di Negeri Ligor, Cahaya, Rundung, Terang, Ghraibi, Bukit, Bedalung dan Singgora. Negeri Patani terselamat daripada serangan tersebut. Walaubagaimanapun, benteng terakhir negeri Melayu ini kemudiannya berhadapan dengan serangan demi serangan daripada pihak Thai.

Anglo-Siamese Treaty, 1909, yang dibuat antara British dengan pihak Thailand telah memisahkan sama sekali semenanjung Tanah Melayu kepada dua bahagian. Perjanjian ini dibuat tanpa melibatkan perbincangan dengan Raja-raja Melayu di negeri-negeri yang berkenaan. Wilayah-wilayah milik Melayu daripada Patani, Singgora, Setul hinggalah ke segenting Kra telah diakui British sebagai hak milik Thai.

nama-nama tempat yang berbaur Melayu di kawasan segenting Kra juga telah diubah kepada sebutan dalam Bahasa Thai. Di bawah ini dinyatakan kembali nama sebenar antara sebahagian kawasan-kawasan di bahagian selatan Siam dalam Bahasa Melayu yang telah di’Thai’kan untuk peringatan dan rujukan kita semua serta generasi akan datang khasnya.

Phuket (Bukit). Nama lain ialah Tongkah.
Thalang (Tanjung Salang)

Yala (Jala)
Betong (Betung)
Bannang Sata (Benang Setar)
Raman (Reman)
Kabang (Kabae / Kabe)
Krong Pinang (Kampung Pinang)

Narathiwat (Menara)
Tak Bai (Tabal)
Rueso (Rusa)
Su-ngai Kolok (Sungai Golok)
Su-ngai Padi (Sungai Padi)
Tanyongmat (Tanjung Mas)
Buketa (Bukit Tar)



Pattani (Pantai Ini)
Sai Buri (Selindung Bayu @ Teluban)
Yaring (Jaring)
Krue Sae (Gersik)
Panare (Penarik)
Yarang (Jarang @ Binjai Lima)

Songkhla (Singgora) bermaksud ‘Bandar Singa’
Chana (Chenok)
Na Thawi (Nawi)
Thepha (Tiba)
Saba Yoi (Sebayu)
Ranot (Renut)
Sadao (Sendawa)
Samila Beach (Pantai Bismillah)

Satun (Setul)
Khuan Don (Dusun)

Phang Nga (Pungah). Ada sumber lain mengatakan daripada nama 'Kuala Bunga'.
Ko Similan (Pulau Sembilan)
Ko Panyee (Pulau Panji)
Ko Phi Phi (Pulau Pi Ah Pi)
Takua Pa (Kupa)

Phattalung (Bedalong / Merdelong)

Trang (Terang)

Ranong (Rundung)

Krabi (Ghraibi)

Chaiya (Cahaya)

Nakhon Si Thammarat (Nagara Sri Dharmaraja / Bandar Sri Raja Dharma). Nama lama bagi negeri ini ialah ‘Tambralingga / Ligor’.

Tenasserim (Tanah Seri). Di dalam wilayah negara Myanmar (Burma) pada hari ini. Malaysia pada hari ini sebenarnya hanya mewarisi separuh daripada wilayah asal semenanjung Tanah Melayu.

Credit Patani Peace สันติภาพปาตานี ﻓﺭدﺍﻣﺎﻳﻦ فطاني

Book Hotel Di Pak Bara Satun
Book tiket speedboat Pak Bara ke Koh Lipe
WhatsApp +66629728939



Selasa, 8 Disember 2015

Nikah Di Thailand Wajar atau Tidak

Bernikah Di Satun Untuk Halalkan Hubungan.
Kami pernah membantu ramai pasangan Malaysia mohon bantuan untuk bernikah di Satun Thailand.
Alasan mereka :      Menghalalkan Yang Haram

Kenapa datang ke Satun
- Masih student, family tak setuju lagi.
- tapi kami selalu dating dan takut terlanjur.

Adakah anda ingin bernikah semula di Malaysia ?
Ya, bila tamat belajar.
Memang betul mereka bernikah semula di Malaysia, kerana kami menerima undangan perkahwinan.

Kami pun terfikir , betul juga mereka ini. Daripada buat dosa , lebih baik buat pahala.
- dating tak dosa
- berpimpin tangan tak dosa
- naik motor berpelukan pun tak dosa.

Kami pun bantu mereka atas niat mencegah mungkar.
Amal makruf Nahi Mungkar.

Syarat-syatatnya mudah.
1. Passport pasangan
2. Mykad pasangan
3. Mas Kahwin
4. Yuran nikah THB3000
RM360

upah kami ikut ikhlas.

Risikonya :-
1. Perempuan berkahwin dengan lelaki lain selepas tamat belajar tanpa lafas talak dari suaminya.
2. Tidak datang melapurkan bila bercerai.

Oleh itu , jika anda berhajat untuk bernikah bagi menghalalkan yang haram, anda juga perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan di masa hadapan.
Jika ingin bercerai, sila datang  buat laporan.
Bagi perempuan , pastikan anda dah bercerai dan baru bernikah dengan lelaki lain.
Itu sahaja nasihat kami.

Rancang Cuti Jimat Kos di Koh Lipe

Bercuti di Koh Lipe , Pak Bara Satun Thailand boleh di jimatkan jika anda merancang awal.
Lihat kalender berikut dan anda boleh rancang percutian yang boleh menjimatkan bajet.
Pertama
Anda book bilik melalui Agoda sebulan atau lebih sebelum bercuti.
Kedua
Book transport dari Perlis hingga Jeti Pak Bara jika anda tiada transport untuk ke sini.
Untuk menjimatkan kos.
Anda rancang berkumpulan.
4 orang anda book kereta pergi balik.
10 orang anda book van pergi balik.
31-40 orang anda book bas pergi balik.
Untuk Book Kenderaan
sila WhatsApp +66629728939
Ketiga 
Book tiket speedboat dari Pak Bara - Lipe Pergi Balik
Tambang Dewasa : THB1200
Kanak² ( 5-10th ): THB900
rujuk jadual
9.30am
11.30am
01:30 pm
03.30 pm
waktu Thai
Untuk book tiket speedboat
sila WhatsApp +66629728939
Keempat
Jika anda memandu sendiri
pastikan
1. Passport
2.Geran kereta ori atau copy
3. Insuran masuk Thai. Beli di Changloon. Harga dari RM15-RM18 / 9 hari
4. *** surat dari penama geran, jika geran bukan nama pemandu atau pemilik tidak bersama.

Info Lanjut
WhatsApp +66 62972 8939

Jumaat, 4 Disember 2015

10 Perkara Tentang Koh Lipe Satun Thailand

10 perkara yang anda perlu tahu tentang Koh Lipe Satun Thailand.

PERKARA PERTAMA

Koh Lipe terletak dalam Wilayah Satun , di selatan pantai barat.
Wilayah Satun atau Changwat Satun atau Satun Province adalah sebuah negeri ( wilayah ),
Satun juga sebuah daerah .
Satun sebuah bandar dan ibukota bagi Wilayah Satun.

Seperti juga Songkhla, sebuah Wilayah.
Songkhla juga sebuah daerah
Singkhla sebuah bandar dan ibukota bagi Wilayah Songkgla.
Dannok, Sadao, Hatyai terletak dalam Wilayah Songkhla.

PERKARA KEDUA

Wilayah Satun bersempadan dengan Perlis, Langkawi Kedah , Songkhla , Trang dan Phattalung.
Koh Lipe ke Langkawi sekadar 30km
akan tetapi tambang speedboat 50% mahal dari tambang Pak Bara ke Koh Lipe yang jaraknya 67km.

PERKARA KETIGA

Anda boleh memandu ke Wilayah Satun melalui jalan paling dekat adalah dari pintu border Wang Kelian Perlis. ( cara bawa kenderaan ke Thailand Baca Disini )

Menggunakan KTM atau ETS secara kumpulan 10 orang ke Arau ( booking van whatsapp +66628728939 )
*** jika berempat boleh sewa kereta dari Arau ke Pak Bara.

Jika solo atau berdua , KTM atau Bas terus ke Hatyai.Setiba di Hatyai , ambil tuk tuk dan minta di hantar ke stesen minibus ke Pak Bara Satun. Tambang tuk tuk Thb50-80.
Tambang minibus ke Pak Bara THB150-180 sehala. ( masalah komunikasi dengan drebar tuk tuk kol +66629728939 )
Tiket speedboat book di Whatsapp +66628728939 Melayu dan English

PERKARA KEEMPAT

Jika berkereta anda bokeh pakir dengan selamat.THB100/sehari

PERKARA KELIMA

Cukai jetty Pak Bara THB20/dewasa
Cukai taman negara thb200

PERKARA KEENAM

Jarak dari Wang Kelian ke Jetty Pak Bara lebih kurang 76km.
Jarak Hatyai ke Pak Bara 150km
Jarak Pak Bara ke Koh Lipe 67km
atau 1½jam.
Tambang speedboat dua hala THB1200/dewasa
Booking Whatsapp +66629728939

PERKARA KETUJUH

Tiada jeti di pantai Koh Lipe kerana memelihara batu karang.
Jeti di tengah laut. Anda kena menaiki bot panjang dengan kadar thb50/seorang .
Pilih bilik penginapan yang dekat dengan Walking Street. Seperti Pattaya Beach dan Sunrise Beack.
Sunset Beach agak jauh dalam 20-30 minit berjalan kaki.
sewa tuk tuk dari thb50-150 bergantung pada nasib.

PERKARA KELAPAN

Musim terbaik untuk melawat Koh Lipe dari Nov - Apr . Highseason tetapi kos agak tinggi sedikit.
Anda dinasihatkan
- book bilik ( agoda atau hotel.com )
ini untuk mengelak dari cas yang melampau.
Pilih bilik yang berhampiran dengan Walking Street seperti Pattaya Beach atau Sunrise Beach. Mudah untuk mencari makanan halal.
bawa makanan ringan seperti maggi cup , snack , roti dan air minuman.
bawa 3in1 kopi atau milo.
kalau ada flash panas , bawa bersama.
beli makan ringan dan minuman di 7E jeti Pak Bara.
Harga makanan di Koh Lipe adalah harga makanan pulau peranginan.
- book tiket speedboat ( whatsapp +66629728939 )

Musim Jimat June - October , hotel diskaun 50% - 70%. walk in pun boleh.
TETAPI
Tiket speedboat kena book kerana dari June - October jadual ferry cuma sekali.( 11.30am)

PERKARA KESEMBILAN

Terdapat 50% makanan halal.
Terdapat sebuah masjid.
Jemaah masjid ramai yang boleh berbahasa melayu.
Terdapat ATM dan 7E.
*** Pemegang Border Pass biru diterima.

PERKARA KESEPULUH

Koh Lipe dikenali sebagai Thailand Maldive .
Terdapat batu karang 7 warna yang sangat menakjubkan.
Air sejernih kristal.
Pulau yang terpelihara alam sekitar dengan begitu rapi dan belum dikenali. Cuma mereka yang pernah datang akan kembali.

Aktiviti snorkeling
- kalau group 10 orang sewa sebuah longtail ( thb1500-2000 sebuah )
sewa set snorkeling atau bawa sendiri utk jimat.
Kalau solo atau berdua , pakej thb550-600/seorang termasuk snorkeling set, bot, lunch.
Sewa kayak di sunrise beach thb150/orang

BOOKING TIKET SPEEDBOAT DAN INFO WHATSAPP +66629728939
FACEBOOK: KARLISA LATISYA
EMAIL: karlisahalim@gmail.com
atau layari juga
visitsatun.blogspot.com






Rabu, 2 Disember 2015

Info Cuaca Di Koh Lipe dan Satun

Info cuaca di Koh Lipe dan Satun , bermula hari ini 2hb Dec 2015 hingga 8hb Jan 2016.
Kelembapan dari 60% akan turun berperingkat peringkat hingga ke 10% pada 8hb Jan 2016
Ini bererti cuaca dari 9hb Jan 2016 hingga April 2016 adalah panas sepanjang hari. Bermulanya musim kemarau.
Aktiviti snorkeling dan pantai sangat sesuai. Cuaca yg panas dan laut yang jernih memudahkan aktiviti snorkling.
Laut juga tidak berombak, suasana sangat tenang.
Monsun timur laut yang membawa hujan di pantai timur seperti Koh Samui , Songkla atau Kelantan dan Trengganu.
Ini bermaksud percutian terbaik dari December 2015 hingga April 2016,adalah Koh Lipe dan sekitar Satun dan kawasan sewaktu dengannya.
Jika anda merancang percutian ke Koh Lipe pastikan
1. Book bilik dari Agoda
2. Tiket ferry Pak Bara - Lipe +66629728939 whatsapp
3. Van dari KTM Arau Perlis ke Pak Bara + 66629728939 whatsapp
Untuk tempahan bilik di Pak Bara sila Whatsapp + 66629728939
Panduan membawa kereta
Baca disini
Panduan ke Koh Lipe
Baca Disini