SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Ahad, 28 Jun 2015

Suasana Hari Hari Versi Thai



GOOGLE : TRAVEL BLOG MALAYSIA THAILAND

Lagu Suasana Hari Raya nyanyian Anuar dan Elina telah diterjemah dalam bahasa Thai. Lagu ini menjadi VIRAL di media sosial sekarang ini. Anda boleh download di Facebook : KARLISA LATISYA 

Liriknya sama cuma dialih bahasa.

A:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

E:
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa

( korus 1 )
A:
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
E:
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi

( korus 2 )
A:
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
E:
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri

A & E:
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira

( ulang korus 1 & 2 )

Jumaat, 26 Jun 2015

Resepi Phat Phet Satun



Resepi Phat Phet Satun
(Masak Pedas )

Udang atau Ayam sahaja
Untuk 2-3 orang Makan

Phat Phet Udang

Bahan-bahan
1. Udang 250-300 grm
2. Cili Kering segengam tangan direndam air panas dan dibuang biji
3. Bawang merah 5-6 labu
4. Bawang putih 4 ulas
5. sebatang serai dihiris halus
6. lada hitam sesudu teh
7. asam keping 2-3 keping
8. daun limau purut 2-3 helai

Bahan tumis
sebiji bawang merah dan 2 ulas bawang putih dihiris

Cara membuatnya
Bahan 2 - 6 ditumbuk sehingga lumat

Cara Memasak
Tumis bawang merah dan putih dengan sedikit minyak

Masukkan bahan yg ditumbuk goreng sehingga pecah minyak

masukkan udang
Masukkan garam dan aji secukup rasa
Tuangkan 1/2 cawan air
## boleh ditambah petai jika mahu

Masukkan asam keping
Masukkan daun limau purut
Kacau dan biar sampai masak

Citarasanya mesti pedas
Travel Blog Malaysia Thailand

Isnin, 22 Jun 2015

Resepi Tom Yam Untuk Hasrul Hassan


Resepi Tom Yam Satun ini kami dedikasi untuk Blogger Hasrul Hassan atau FB : Hasrul Hassan untuk tatapan anda semua. Pernah dipost di FB : karlisa.latisya dan mendapat sambutan dan permintaan dari rakan rakan FB.

TOM YAM
Udang
Sotong
Ikan Siakap

Bahan-bahannya
1. Pes Tom Yam ( kena beli jenama dari Thai. Nak buat susah dan tak berbaloi )
2. Lengkuas 1 ketul kecil di ketuk2
3. Serai 2-3 batang di ketuk2
4. Cili padi 10-15 biji di ketuk2
5. Bawang Besar putih - 1biji besar dihiris
6. Daun limau purut - 3-5 helai
7. Air Semangkuk Besar
8. Limau nipis - 1 biji diperah airnya
9. Gula 1 sudu teh atau secukup rasa
10. Garam secukup rasa
11. Aji 1 sudu teh

Cara Memasak
- panaskan air
- masukkan lengkuas,serai dan cili
- bila air mendididih masukkan
  udang, sotong dan ikan
Tunggu sampai masak
- masukkan pes tom yam 2 sudu teh.( jgn terlebih nnt pahit )
- masukkan perahan limau
- gula garam dan aji
- masukkan daun limau purut dan bawang

Jangan lupa rasa dulu
Klu tak sedap .. Melawat Satun dengan kami
Travel Blog Malaysia Thailand

Jumaat, 19 Jun 2015

Resipi Kengsom Ban Khuan Satun



Resipi Kengsom ini sayada dah ost di FB : Karlisa Latisya . Hari ini saya post di blog untuk rujukkan kawan kawan.
Kengsom Ikan Siakap

Bahan Bahan
1. 2 batang serai di potong kecil kecil
2. Cili kering 12-15 biji
3. Bawang putih 3 ulas besar
4. Bawang Merah 5 biji
5. kunyit 1 sudu teh
6. garam 2 sudu kecil
7. Aji 1 sudu
8. Gula 1 sudu
9. Asam keping 3-4
10. Belacan ( ikut citarasa )

Caranya :
cili kering di potong dan dibuang biji
direndam dlm air panas 5 minit

Semua bahan kecuali asam keping ditumbuk atau di blender

Cara masak
1. Air semangkuk atau secukupnya, dipanaskan. Di masukkan bahan yang di tumbuk tadi . Tunggu sehingga mendidih.
Kemudian masukkan ikan yang telah dipotong tadi kedalam periuk.
Masukkan asam keping
Biarkan sampai masak.
Rasakan..kurang masin tambah garam.

# ikan : kembung , ikan pari atau ikan sembilang pun boleh.

Selamat mencuba . Klu xjadi PM saya.
Travel Blog Malaysia Thailand.

Khamis, 18 Jun 2015

Sambal Belacan Ban Khuan Satun


Resipi ini saya post dalam Facebook : Karlisa Latisya telah mendapat perkongsian yang paling banyak. Oleh itu saya kongsi pula dalam blog untuk tatapan anda semua.

Sambal Belacan Ban Khuan
Bahan Bahannya
1. Cili padi atau cabai melaka 12 biji
2. Bawang Merah 3 biji
3. Bawang putih  1 ulas
4. Garam 3/4 sudu teh
5. Gula 1/2 sudu teh
6. Aji 1/2 sudu
7. Belacan 1 sudu
8. Isi Ikan kembung rebus 1 ekor
9. air asam jawa secukup rasa ( 3biji asam)
10.Perah limau sebelum di hidangkan.



Semua bahan di tumbuk lumat.
Masuk ikut step.sampai habis bahan
Travel Blog Malaysia Thailand
Book Bilik di Pak Bara Satun
Book tiket speedboat Pak Bara Koh Lipe
WhatsApp : +66 62972 8939


Khamis, 4 Jun 2015

CERITA MISTERI DI BAN KHUAN SATUN


Peristiwa benar Tapi Sukar Di Percayai 1
1. Kira kira sebulan kami berpindah di Kg Guar Satun . Pada jam sekitar 11 mlm ( 12 mlm Malaysia ) , suami sy buka tingkap sambil minum teh dan memerhati keluar . Tiba tiba datang sekumpulan kanak kanak sekitar umur 10th - 12th dalam 12 org. Dalam keadaan berbogel terjun ke sungai di hadapan rumah. Suami saya memanggil dan bertanya " siapakah budak budak ini, malam malam buta dok mandi sungai ". Dia lantas buka pintu untuk pergi melarang mereka. Saya sempat menghalangnya. Kami berdua memerhati gelagat mereka sehingga kelibat mereka hilang. Siang keesokkan harinya, suami kepondok tahfiz untuk bertanya pada ustaz. Ustaz menjawab bukan pelajar Tahfiz dan sambil tersenyum ustaz berkata " sg itu pun milik Allah dan biarlah semua hamba Allah menumpang mandi. Sampai hari ini kami tertanya tanya siapakah mereka ?



Peristiwa Benar Tapi Sukar Di Percayai 2
Suatu Pagi sebelum waktu subuh, suami saya bergegas ke Masjid untuk dapatkan mic untuk azan subuh. Jarak rumah kami dengan rumah jiran pertama dlm perjalanan ke Masjid 1 km. Dalam perjalanan dia terserempak dengan 6 ekor kucing hitam. 
Saya di rumah bersama baby kecil dlm umur 3 bln. Selepas suami bertolak,rumah kami didatangi beberapa ekor kucing mengeliling rumah sambil mengiau..Perbuatan itu dilakukan sehinggalah terbit matahari.
Bila suami sampai dirumah saya pun menceritakan peristiwa itu. Dia kata dia ada terserempak dgn 6 kucing hitam tapi tak fikirkan yang bukan bukan.
Misteri ini pun masih belum terjawab.


Peristiwa Benar Tapi Sukar Di Percayai 3 :
Kebiasaan kami bersiar siar di waktu malam. Maklumlah dulu kat KL dan Penang . Pada suatu malam kami balik dari Pak Bara dalam jam 12 mlm. Melalui jalan ke rumah kami jalan di pinggir sungai tanpa rumah orang. 
Di satu jalan bertentangan dengan Kubang Auyong seekor ular yang besar. Ukuran lebih kurang 8-12 inci ukurlilit sedang melintas jalan.Kepalanya dah melepasi jalan dan dibelukar.Tak nampak.
Kami memberhentikan kereta dan menunggu ia selesai melintas dalam 5-10 minit juga.
Esoknya suami saya ke surau berdekatan untuk solat zohor. Dia bercerita pada tuan imam Pakcik Dali atau Ghazali Bin.Osman.
Menurut pak cik Dali, kira kira 50 tahun yg lalu ada seorang penduduk kg yg melahirkan anak berupa Naga. Rumah penduduk berkenaan di hadapan rumah tuan imam masjid misbahuddin Ban Khuan.
Menurutnya lagi, dia telah bermimpi suatu ketika dahulu bahawa, anak kelahiran itu bersemayang di sungai 200 meter dari rumah kami dan berhampiran dgn kubang auyong.
Samada ini satu suratan atau kebetulan wallahuaklam. Apapun pencerita adalah mereka yg boleh di percayai. Misteri ....



Rabu, 3 Jun 2015

Pantai dan Pulau Yang Menarik Di Krabi


Pantai dan Pulau Yang Menarik Di Krabi
Krabi menjanjikan banyak tempat tempat yang menarik. Dengan keindahan pantai dan pulau pulau yang cantik lagi menawan.
 Krabi terdapat lokasi dua pantai bertaraf dunia Ao Nang dan Hat Rai Le yang menawarkan banyak aktiviti menyelam dan sukan pantai.Disini terbina banyak hotel , resort dan tempat penginapan .Disamping itu restoran , kedai makan dan juga perniagaan yang lain terdapat disini.
Selain dari itu terdapat banyak tarikan perlancongan disini. Antaranya  tebing batu kapur yang menakjubkan dan pembentukan batu yang menjadikannya syurga bagi para pendaki batu. Taman Negara pula terletak kira-kira 40 kilometer dari Bandar Krabi. Begitu juga dengan tasik, gua dan pemandangan alam yang menakjubkan.


Pantai Ao Nang
Ao Nang adalah pusat pelancongan yang meriah di Krabi. Ia mempunyai suasana yang santai sebuah bandar kecil.Dengan kemudahan resort pantai, keselesaan hotel yang moden, dan keramahan penduduk yang menetapkan disekitar .Pekan kecil Ao Nang hanya mengambil masa 30 minit berjalan kaki hingga hujung . Dari  Ao Nang melalui jalanraya hanya beberapa minit ke Bandar Krabi , Pantai Klong Muang  dan Pantai  Noppharat Thara . Melalui laut hanya 30 minit ke pantai Railay dan Ton Sai.Disini menunggu perbagai cabaran yang menakjubkan.

Pulau  (Koh Gai / Kai atau Hua Khwan)
Ia dinamakan semperna pembentukan batu yang pelik yang kelihatan seperti kepala dan leher burung unta atau ayam atau ahli keluarga yang sama ayam. Di hujung pulau itu terdiri daripada tebing curam, manakala hujung satu lagi mempunyai pantai yang indah menyusur di sepanjang semenanjung. Pada masa air pasang, semenanjung ini dilimpahi air laut. Ini mewujudkan sebuah pulau kecil. Tidak ada penginapan di pulau Hua Khwan. Aktiviti snorkeling disini sangat sesuai di dalam air suam dan jelas.Dengan kehidupan yang kaya dengan batu karang dan ikan belang yang sangat cantik lagi menawan. Koh Gai boleh dilawati sepanjang tahun. (Tidak dipengaruhi oleh monsun - Mei - Oktober)

Fosil Pantai Kerang atau Susan Hoi
Susan Hoi mempunyai papak diternak dari sejumlah besar tertanam pelbagai jenis moluska yang wujud sejak  kira-kira 40 juta tahun yang lalu.

Hong Island
Explorasi  diteruskan  dengan lawatan ke Kepulauan Hong, yang terletak 25 kilometer NW Ao Nang. Pulau-pulau kecil yang cantik lagi menawan. Pantai yang indah dan lagun yang terlindung dihiasi dengan ikan Shoals yang berwarna-warni .Jika makanan diberikan ,ikan ini akan menghampiri dan mengigit gigit tangan anda.
Jika ingin menerokai lebih jauh ke kawasan yang dicetek, aktiviti berkayak adalah pilihan yang tepat. Anda boleh mudik dan meluncur perlahan lahan melalui air cetek dan meneroka sekitar gua. Kawasan ini tidak sesuai dimasuki oleh perahu panjang atau speedboat . Penghuni tetap yang menanti anda disini adalah sea eagles  dan tapak sulaiman hanya di bawah permukaa laut.
Kemudahan perkhemahan yang terhad boleh didapati walaupun, bukan mudah untuk menempah. Yuran Taman Negara 200 Baht dikenakan ketika melawat pulau ini.

Pantai Klong Muang
Pantai Klong Muang adalah kawasan yang tenang dan mendamaikan.Lokasi untuk anda lari dari sebarang kesibukkan kerja dan kotaraya .
Pulau Lanta
Koh Lanta terdiri daripada 52 pulau-pulau termasuk yang terbesar, Koh Lanta Yai. Ia terletak kira-kira 70 kilometer dari bandar Krabi.Pemandangan yang indah Koh Lanta mungkin sukar bersaing dengan beberapa kawasan lain di wilayah Krabi .
Pembangunan  yang rendah dan alam tidak tercemar adalah tarikan utama Lanta. Pergunungan dan bukit bukau di sesetengah kawasan, terutama berhampiran hujung selatan.Bukit hijau hutan, batu kelikir dan pasir pantai, terumbu karang yang cantik, air yang jernih dan gaya hidup tradisional, menyediakan tempat percutian yang menarik membawa anda lari daripada kehidupan moden. Hanya 20,000 orang tinggal di Lanta . Mereka terdiri dari puak Chao Ley atau Gipsi Laut. Kumpulan etnik yang berbeza masih mengikut adat tradisi dan budaya mereka.Mereka tinggal bersama sama dengan orang Islam dan penduduk berketurunan Cina tempatan. Ini memberikan pulau suasana yang unik.
Walaupun majorati penduduk tempatan melibatkan diri dalam industri pelancongan,tetapi masih  ramai kekal dengan aktiviti harian. Ada yang masih mencari nafkah dengan menoreh getah, ternakan udang dan sebagai nelayan. Rumah-rumah tradisional dan kehidupan ramah mesra masih kekal. Sedikit ke selatan Koh Lanta terletak Koh Ngai, Koh Kradan dan Koh Muk yang menawarkan pantai yang menakjubkan.Disini aktiviti  snorkeling sangat popular.


Pantai Nopparat Tara
Terletak 18 km sebelah barat bandar Krabi dan hanya bersebelahan dengan Ao Nang, pantai yang tenang ini terletak di dalam Hat Noppharat Thara-Ko Phi Phi National Park dan mempunyai stretch berpasir yang panjang 3 kilometer dan  dibarisi oleh pokok-pokok ru.
Lokasi popular dengan berkelah bagi penduduk tempatan. Disini  mereka melakukan aktiviti seperti berenang, makan dan bersantai di bawah matahari.

Pulau Poda
Terletak hanya 8 km luar pesisir, (sekitar 25 minit dengan bot) dari Ao Nang, Koh Poda adalah sebuah pulau kecil tidak lebih daripada satu kilometer diameter, yang diliputi dalam pokok-pokok sawit dan hampir keseluruhannya dikelilingi oleh pantai pasir putih yang lembut.

Terumbu karang terletak kira-kira 20 meter dari pantai dengan pelbagai kehidupan laut. Kombinasi yang sangat menarik untuk aktiviti snorkeling . Pemandangan dan pasir lembut membuat pulau pilihan yang popular bagi snorkelers dan trippers hari.Koh Poda boleh dilawati sepanjang tahun. (Tidak dipengaruhi oleh monsun - Mei - Oktober)

Phi Phi Island
Phi Phi Island terletak hanya 40 kilometer dari diantara Krabi dan Phuket. Kumpulan pulau terdiri daripada dua batu, pokok-pulau kecil yang dilindungioleh  Phi Phi Don dan Phi Phi le. Pulau ini terkenal sebagai lokasi bagi filem "The Beach"Pemandangan yang luar biasa dari pulau-pulau termasuk bukit tinggi dengan tebing dikelilingi oleh pantai yang menakjubkan dan air yang jernih bak cermin. Tersembunyi di bawah sebuah terumbu karang dan hidupan marin yang berwarna-warni yang tiada tandingan di kawasan ini luas keseluruhan.

Pantai Railey
Pantai Railay kini kian terkenal dan sering dikunjungi oleh pelancong luar dan tempatan. Terletak di selatan Pantai Ao Nang , disekitar tanjung berbatu dan boleh diakses hanya dengan bot. Pantai Rai;ey menghidangkankan dunia yang tenang dan luar biasa. Sebuah semenanjung kecil dengan pantai yang cantik dan pasir yang putih . Anda boleh berjalan kaki menyusuri pantai ke tebing batu kapur dan lagun yang terlindung dari omak besar.Di Railay tidak ada jalan, hanya laluan pejalan kaki dan perahu panjang. Walaupun ia sebenarnya dihubungkan dengan tanah besar. Terpisah oleh tanjung batu kapur dan hutan lembah curam. Jalan yang paling sesuai adalah melalui jalan laut.
Untuk Menempah Pakej Percutian
Facebook : Karlisa Latisya  ( add friend dan PM )

HP : +66943160495

Panduan Melawat Krabi


Panduan Melawat Krabi
Sedikit Panduan melawat Krabi dan tempat tempat menarik. Wilayah Krabi terletak kira-kira 814 kilometer dari Bangkok . Salah satu destinasi yang paling menarik di selatan Thailand. Merangkumi kawasan seluas 4708 kilometer persegi. Bersempadan di barat Krabi adalah Laut Andaman.Manakala sempadan utara adalah Surat Thani dan Phang-nga . Di sempadan selatan adalah Wilayah Trang dan Laut Andaman dan di sempadan timur adalah Nakhon Si Thammarat . Krabi adalah destinasi percutian yang ideal penuh dengan tarikan semula jadi termasuk pantai berpasir putih, terumbu karang yang menarik, Terdapat banyak pulau-pulau besar dan kecil juga hutan yang  menghijau dengan gua dan air terjun.
Melalui Wang Kelian Malaysia
1.       Bertolak ke Pekan Chalung melalui Wang Prachan
2.       Ikut jalan ke Langu ( Pak Bara )
3.       Dari Langu ke Tung Wa
4.       Dari Tung Wa ke Trang
5.       Dari Trang ke Krabi
Jarak lebih kurang 350 km
Undang Undang Tentera Bermula 2014
1.       Penggunaan Passport Antarabangsa
2.       Bas dan Van Perlancongan Malaysia TIDAK Di Benarkan Memasuki Wilayah Krabi
3.       Kereta dan motosikal persendirian di benarkan
4.       Laluan udara ( Airport Krabi )
5.       Berkeretapi ke Hat Yai dan mengambil komuter ke Krabi

Topografi Krabi kebanyakannya pergunungan dan tanah tinggi yang memisahkan oleh dataran di beberapa bahagian. Meenam atau Sungai Krabi mengalir melalui Bandar Krabi  ke Laut Andaman sepanjang 5 kilometer panjang. Di samping itu, terdapat beberapa saluran yang mengalir dari banjaran gunung tertinggi di provinsi Aceh, Khao Phanom Bencha termasuk Khlong Pakasai, Khlong Yai Krabi dan Khlong Krabi Noi. Hutan bakau yang subur membarisi terusan-terusan dan tebing Maenam Krabi terutamanya sebelum ia mengalir ke Laut Andaman. Wilayah Krabi yang keadaan tanahnya berpasir amat  sesuai untuk produk pelbagai pertanian, seperti  getah, kelapa, kelapa, gajus dan kopi.
IKLIM
Wilayah Krabi dipengaruh iklim monsun tropika,Hanya ada dua musim di Krabi,iaitu musim panas dari bulan Januari hingga April dan musim hujan dari Mei hingga Disember. Suhu berkisar antara 17 C dan 37 C.

PENTADBIRAN
Krabi pentadbiran dibahagikan kepada 8 Amphoes (Daerah):
1.Amphoe Mueang  
2.Khao Phanom
3. Khlong Thom
4. Plai Phraya
5. Ko Lanta
6. Ao Luek
7. Lam Thap
8. Nuea Khlong.
Bidang kuasa pentadbiran Wilayah Krabi meliputi bukan sahaja di-tanah daerah dan daerah kecil, tetapi juga meliputi lebih daripada 130 pulau-pulau besar dan kecil termasuk yang terkenal di dunia Koh Phi Phi .
Untuk Menempah Pakej Percutian
Facebook : Karlisa Latisya  ( add friend dan PM )

HP : +66943160495