SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Selasa, 31 Disember 2013

KONSERT RAILWAYS TOURISM OF MALAYSIA


Bersemperna Tahun Melawat Malaysia 2014. Pihak Railway Tourism Association Malaysia - RTAM
menganjurkan konsert di Dataran Keretapi Ipoh pada 10hb January 2014 ,jam 8.00 malam
Masuk adalah percuma.

Konsert ini diadakan untuk memperkenalkan Railway Tourism Association Malaysia - RTAM . 
RTAM adalah sebuah pertubuhan yang berasaskan perlancongan mengunakan keretapi (KTM) dan bermalam 
di Homestay di seluruh Malaysia

Sedikit maklumat tentang RTAM

Railway Tourism Association Malaysia was conceptualised by Malaysian Tourism Ministry and Culture and Tourism Malaysia's call for railway tourism to be another form of tourism that will provide another unique and awe-inspiring selection of Malaysia's very own Tourism Products. 

In addition to the already impressive array of tourism products that Malaysia is currently offering, railway tourism is yet another exciting aspect of tourism that the RTAM will be putting forth en masse to you. 

As you browse through the website take time to look through the latest developments in railway tourism along with other tourism related activities.  

Travel Blog Malaysia Thailand telah dipilih untuk menjadi Blogger Jemputan untuk RTAM.
Kami berharap pihak pembaca dan perlancongan memberi sokongan kepada kami,pihak RTAM dan Kementerian Perlancongan bagi menjayakan Program Tahun Melawat Malaysia 2014.

Sabtu, 28 Disember 2013

Blog Adalah Satu Perniagaan - 2

Surat Jemputan Rasmi  

Salam Blogger

Kepuasan sebagai Blogger bila hasilnukilan anda di hargai dan di nilai. Ranking dan Pageview juga penting
bagi sesebuah blog. Akan tetapi anda juga harus menitik berat dari segi hasil penulisan dan nukilan.
 Petuanya :-

1. Buat Reseach setiap artikel .

2.Tulisan dalam gaya anda sendiri dan mudah difahami.

3.Karya Ori . Jika copy dan paste sila TERTERAKAN kredit backlink karya asal
   ( rujukkan)

4.Sasaran pembaca

5.Keikhlasan berkarya

Jika karya anda kekadang tidak mendapat pageview yang tinggi bukan beerti,karya anda tidak baik,tetapi
bukan semua yang blogger mempunyai minat atau kecenderungan yang sama. Mungkin karya anda dibaca
oleh mereka yang teliti dalam aspek penulisan atau mereka tertarik dengan isi kandungan atau mereka yang
memcari bahan rujukan untuk assignment atau pembaca yang cendiakawan.

Oleh itu jangan putus asa. Teruskan menulis sebagai tanggungjawab sosial membudayakan sastera dan penulisan Melayu. Dengan harapan anda sebagai pewaris Bangsa Melayu atau anda pencinta Budaya atau
Blogger Tulen .Kalau kita orang Melayu tidak mencintai Bahasa dan Budaya kita, siapa lagi ?

Adakalanya saya menulis dalam bahasa Inggeris tetapi bahasa Inggeris saya terlalu ringkas dan mudah difahami.Saya tidak malu sekiranya tersalah dalam penggunaan tatabahasa kerana itu bukan bahasa ibunda saya.Kekadang saya menulis dalam bahasa Thai, tetapi amat jarang sekali kerana sasaran saya pada penduduk Malaysia atau pelanggan dari Malaysia untuk melawat Thailand.

Dalam masa yang sama, saya tidak lupa berkongsi pengalaman di tempat perlancongan di Malaysia.Ini semua adalah kerana :-

1.Suami saya orang Malaysia

2.Dua anak saya warga Malaysia

3.Malaysia negara kedua saya

4.Berketurunan dari Malaysia dan menjalankan kehidupan dengan budaya Melayu Islam,walaupun kami
   menetap di Satun Thailand.

Hasil dengan penulisan Blog, saya menjalan Perniagaan Perlancongan :-

1.Membawa rakyat Malaysia melawat Thailand

2.Membawa rakyat Thailand melawat Malaysia

3.Kekadangan membawa perlancong asing melawat Malaysia atau Thailand.

4.Di jemput oleh Kementerian Perlancongan Malaysia dan Persatuan Perlancongan Keretapi dan Homestay    Malaysia sebagai Blogger Perlancongan.
   Di hadiahkan percutian 3H2M bersama perlancongan asing untuk bersama Menteri Perlancongan
   berkeretapi dari KL ~ Ipoh dan bermalam di salah sebuah homestay di Perak.
   *****ciri ciri dipilih berdasarkan ,gaya penulisan dan okjiektif penulisan



Perkara ini amat membanggakan saya sebagai Blogger. BUKAN untuk di riak TETAPI sebagai perkongsian. Mungkin ini adalah REZEKI yang Allah kongsikan kepada saya,dan apalah salahnya
saya berkongsi dengan semua BLOGGER.
Saya bersyukur kehadrat Allah SWT. Saya doakan kehadrat Allah SWR agar semua Blogger memperolehi kejayaan yang lebih dari apa yang saya dapat.AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN.

Terima kasih kepada semua pembaca yang budiman,kepada Blogger dan kepada sesiapa yang terlibat
semoga Allah memberi Rahmat dan Keberkatan kepada kita semua.

Ampun dan Maaf kerana kekadang saya menegur dikalangan Blogger yang berpotensi untuk menjadi
penulis blogger yang baik. Saya faham blog mereka memang POPULAR dan PAGEVIEW yang
sangat tinggi. Cuma saya rasa,mereka akan lebih baik lagi jika memberi sedikit penumpuan
dari segi gaya penulisan dan hindari dari perasaan "SS"
Saya mohon Ampun dan maaf. bukan niat untuk mengajar tapi sekadar berkongsi.

ANDA PATUT BACA ARTIKEL INI JUGA

1.Blog Adalah Satu Perniagaan siri 1

2.Tip Blogging Bisnes Kecil Kita







Khamis, 26 Disember 2013

Iktibar Dari Letupan Bom Di Dannok

Dannok Oliver Hotel                                          

Salam Pembaca

Letupan Bom di tiga lokasi di Wilayah Songkhla , dihadapan Balai Polis Padang Besar, didalam lokasi Balai Polis Sadao dan di perkarangan Hotel Oliver Pekan Dannok.

Akibat ketiga tiga letupan itu sedikit sebanyak menjejaskan imej Thailand dan terjejasnya sektor perlancongan di Thailand amnya dan di Dannok khasnya. Iktibar yang boleh diambil oleh rakyat Malaysia,antaranya :-

1.Demokrasi adalah yang terbaik BUKAN kekerasan atau berdemo , berpiket, protes atau tunjuk perasaan.
   Sebarang bentuk kekerasan hanyalah merugikan pengikut bawahan dan orang awam. Pemimpin hanya    
    bersenang lenang ,berehat bersama anak isteri dan mendapat elaun Wakil Rakyat setiap bulan.
    ELAKKAN DARI MENGULING KERAJAAN MALAYSIA. BANTAH PROTES ATAU
    SEBARANG TUNJUK PERASAAN. HINDARI DARI MENYERTAI MEREKA PADA
    31-12-2013 . Laporkan kepada pihak POLIS jika menerima sebarang undangan.
    Sayangi MALAYSIA ,SAYANG BUMI MELAYU , CINTAI AGAMA ISLAM.

2.Kebiasaan letupan disasarkan ditempat tempat perlancongan "HIBURAN MALAM". Dannok adalah
   syurga bagi LELAKI MALAYSIA menghabiskan wang ringgit bersama PELACUR. Terdahulu dari itu
   letupan di Hat Yai di perkarang Hotel Lee Garden beberapa tahun yang lalu adalah juga di tempat
   HIBURAN MALAM yang sering dikunjungi oleh LELAKI MALAYSIA.

3. Guna KHIDMAT TOUR GUIDE ketika melawat Thailand. Minta khidmat nasihat dari mereka.
    Ubah destinasi Perlancongan Anda. Melawat ke Wilayah Satun.Wilayah yang aman sentosa.














Rabu, 18 Disember 2013

KOH LIPE - PANTAI

KOH LIPE - BEACH                                         


Pantai Pattaya

Pantai utama di Koh Lipe .Terletak di sebuah teluk besar yang terlindung.Pantai diliputi  dengan pasir halus yang lembut, air biru yang jernih dan baik untuk aktiviti snorkeling . Terdapat pelbagai pilihan tempat penginapan di Pantai Pattaya, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat trend untuk membina resort yang lebih besar dan lebih mewah.

Terdapat berpuluh-puluh bar dan restoran di pantai atau di sudut di Walking Street. Pada musim puncak,kawasan ini  agak sibuk.Anda sekadar berjalan kaki 15 minit untuk lari dari kesibukan di Walking street.

Sunrise Beach (Hat Chao Ley)

Sunrise Beach menampilkan sebuah pantai yang putih lagi bersih di teluk yang cetek dan luas. Ia dilindungi dari cuaca tengkujuh di musim rendah (low season), dan mempunyai tiupan angin yang nyaman sepanjang hari pada musim puncak. Terdapat sebuah Sekolah, hospital dan kecil kampung Chao Ley berhampiran.

Penginapan adalah lebih banyak disini daripada di Pantai Pattaya, dan masih terdapat beberapa tempat murah di sekitar. Beberapa resort mewah telah dibuka sejak beberapa tahun yang lalu. Terdapat beberapa restoran kecil dan kedai-kedai di dalam dan berhampiran Sunrise Beach.


Pantai Sunset (Hat Pramong)

Pantai Sunset terletak disebuah teluk kecil menghadap barat ke seluruh kumpulan pulau itu, dan, seperti namanya sunset beach, adalah tempat yang terbaik untuk menonton matahari terbenam, atau kapal pelayaran menyesurinya. Aman dan santai, bar dan restorandibina dengan kayu hanyut. Ini memberi satu daya tarikan menarik. Jika anda ingin mendapatkan kelainan di Koh Lipe,pantai ini memang pilihan tepat.Anda seperti berada di  lima atau sepuluh tahun lalu.Pantai Sunset menyediakan anda suatu kehidupan yang 'lama' dan  cara tradisional pulau.

Penginapan antara pondok asas ala kampung hingga  ke banglo terletak di dalam hutan rendang. Pembangunan kini rancak di dalam kawasan itu, dengan beberapa pusat peranginan baru disamping mengekalkan keaslian. Terdapat beberapa tempat-tempat yang bagus untuk makan dan minum di kawasan itu. Anda perlu  berjalan 10 hingga 15 minit untuk ke Walking Street dan pantai yang lain.

KOH LIPE BEACH 


Kepulauan & Pantai Yang  Berdekatan

Terdapat beberapa pulau-pulau yang tidak didiami boleh dilawati dengan mudah dengan menyewa bot longtail. Jarak yang dimabil sekitar dari 15 minit ke satu jam. Terdapat dua yang besar, Koh Adang dan Koh Rawi mempunyai stesen renjer di mana anda boleh melakukan aktivi perkehmahan.
Stesen renjer di Koh Adang juga mempunyai banglo dan khemah-khemahuntuk disewa. Disini juga  terdapat sebuah restoran kecil (terbuka dari bulan November hingga Mei). Jika anda telah memikirkan melakukan aktiviti perkhemahan dimusim ini,.Berkehmah pulau adalah cara yang kos rendah.

Aktikel Yang Berkaitan
1.KOH LIPE - AKTIVITI
2.KOH LIPE - KEMUDAHAN
3.Persedur Memandu Kereta Ke Thailand
4.Panduan Kepada Family Ke Koh Lipe
5.Panduan Melawat Satun ( Koh Lipe )
6.Koh Lipe - Panduan Ke sana

Selasa, 17 Disember 2013

KOH LIPE - AKTIVITI

KOH LIE SNORKLING ACTIVITY   


Snorkeling

Koh Lipe mempunyai banyak tempat untuk aktiviti sukan snorkeling dikebanyakkan pantai disana, tetapi untuk menikmati keindahan coral yang terbaik dapat dilihat jika kita menjelajahin ke pulau-pulau sekitarnya.

Berhampiran Pantai Sunrise ( Sunrise Beach) di Koh Lipe terdapat sebuah taman coral yang indah untuk dinikmati.Koh Kra salah satu pulau yang indah dengan pemandangan coralnya dan Koh Usen juga tidak kurang indahnya.
Pantai Sunset mempunyai beberapa taman-taman karang kecil yang hebat, tetapi sesuai untuk dinikmati pada air pasang sahaja. Untuk keselamatan; perenang juga perlu menggunakan 'Fin" (sirip) di kawasan ini, kerana arus adakala boleh menjadi kuat.

AWAS!!!
Berhati-hati ketika melakukan aktiviti snorkeling dikawasan laluan bot yang sibuk berhampiran Pantai Pattaya.Kaawasan paling selamat adalah di sebelah kiri pantai, di hadapan Bundhaya resort. Awasi menyedari persekitaran anda apabila snorkeling atau menggunakan perkhidmatan "tour guide" bagi menjamin keselamatan anda. (masalah komunikasi juga salah satu penghalang)
Akan tetapi pihak Pengurusan Taman Negara telah mengesetkan kawasan untuk aktiviti snokelling.Disebelah timur.bermula dari taman Koh Rawi telah direntang tali di sepanjang terumbu agar memberi keselesaan untuk aktiviti snorkel.
Para snorkel boleh juga menjalankan aktiviti ini di Koh Bu Tang dan kawasan terumbu karang Sting Ray City. Kejernihan air yang biru memudahkan anda untuk melihat ikan ikan pari berenang.Monkey Bay juga sama dengan Sting Ray City tetapi keadaan lautnya lebih curam dan mencabar. Koh Lokoi dikelilingi oleh 90 ekar karang yang cetek, menawarkan suatu pandangan yang menakjubkan, sekali dalam seumur hidup.
Anda boleh menyewa peralatan snorkel di kedai disekitar Walking Street Koh Lipe.Caj yang sekitar 50 baht untuk topeng dan snorkel, dan 50 baht untuk fins sehari.

Koh Lipe Snorkling Activity


Menyelam ( Diving)

Koh Lipe terletak di kawasan salah satu  taman-taman laut negara yang terbesar di Thailand.Terdapat perbagai jenis karang.Antaranya  karang lembut, batuan batu, taman-taman karang dan juga bangkai kapal menanti penyelam. Anda boleh melihat jerung paus, pari kola, ular laut dan seribu makhluk lain. Anda akan kagum dengan bongkah batu gergasi , batu-batu besar dan rak karang yang beselerah dibawah sana.

Industri menyelam Lipe berkembang dan membangun, menawarkan bot lebih laju, peralatan yang lebih baik, dan lebih banyak perkhidmatan ditingkatkan setiap tahun. Terdapat banyak kedai untuk peralatan menyelam. Menu dan perkhidmatan menyelam disediakan dengan pelbagai bahasa, Terdapat  dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Jerman, Sweden, Bahasa Melayu, Thai, Kantonis dan Mandarin. Aktiviti ini sesuai untuk mereka yang berpengalan dan tidak mempunyai. Mereka menawarkan perkhidmatan yang mesra untuk  mendapatkan atau memperbaharui lesen PADI anda.

Koh Lipe dikelilingi oleh pulau-pulau yang kecil, jurang dalam dan singkapan batu tenggelam, menawarkan habitat yang baik untuk kehidupan laut. Tempat yang menjadi kegemaran bagi nelayan tempatan adalah Stonehenge atau Eight Mile Rock.Terdapat banyak ikan yang menjadikan tempan kehidupan kerana kedalaman. Disekitar Koh Sawang, Koh Phung dan Koh Tong. Terdapat bangkai kapal Yong Hua (tinggalan kapal nelayan Thailand yang tenggelam di kawasan itu pada tahun 1996).Tempat ini juga sangat sesuai untuk aktiviti scuba diving.

KOH LIPE - CORAL


 More Things To Do

Salah satu perkara yang terbaik untuk dilakukan di Koh Lipe adalah island hopping dengan bot panjang atau Chao Lay Longtail Boat.  Anda boleh menyewa bot untuk membawa anda di sekitar pulau, atau pengankutan anda ke pantai yang lain. Anda boleh menyeberangi selat dan menghabiskan waktu petang di Koh Adang. Lawatan sehari disediakan untuk pulau-pulau lain di Nusantara, termasuk Koh Rawi dan Koh Tong. Sekitar berdekatan Koh Adang, anda boleh singgah dan menjelah hutan untuk melihat kecantikan Pirate Falls dan mendapatkan mencari indah Lipe dari Chado Cliff (Viewpoint). Anda boleh menjamu selera makan tengah hari dan bertemu dengan beberapa monyet nakal di Koh Tong.

URUT
Urut Thailand sangat popular. Anda boleh berehat dan bersantai disamping membantu menyembuhkan atau memulihkan fleksibiliti. Terdapat banyak spa dan pusat urut di seluruh pulau ini, dari urutan di pantai untuk rawatan penuh  mewah di Spa.

Ocean Kayaking
Jika anda ingin menguji kekuatan tangan anda di Ocean Kayaking, anda boleh menyewa sebuah di beberapa kedai-kedai alatan menyelam atau resort di kebanyakkan pantai. Berkayak di sekitar Pulau Lipe boleh dilakukan dalam beberapa jam, tetapi anda harus mendapatkan nasihat dari tour guide,atau penyewa kayak  mengenai arus dan air pasang surut sebelum menuju keluar.
Jangan lupa pakaian keselamatan.

Perlayaran
Koh Lipe menawarkan pengalaman Pelayaran kepada sesiapa sahaja.Samada anda orang baru atau telah berpengalaman. Beberapa kursus dan lawatan sehari ditawarkan. Anda boleh berlayar sehari suntuk atau melakukan aktiviti snorkeling dan makan tengah hari di pulau, atau mengambil kursus lima hari untuk mendapatkan pensijilan krew kapal.

Berjalan Dan Hiking
Berjalan d Jika anda mahu besantai disekitar pulau, anda boleh meronda ronda melalaui laluan pejalan kaki atau meredah hutan tropika.dapat khidmat tour guide untuk mengelak sesat. Sebaiknya keluar awal pagi,bagi mengelakkan kepanasan di tengah hari.Jangan lupa bawa air minuman secukupnya.Untuk menikmati pendakian yang menyeronokkan ,anda menyusuri Walking Street membawa anda jauh ke Pantai Pattaya.Dari laluan berpasir kepada laluan berbatu dan laluan pantai. Sebuah jambatan yang menghubungkan lalu pendakian bukit dan dipuncak sana anda dapat menikmati keindahan pulau . Beberapa laluan di kawasan itu akan membawa anda ke Pantai Sunset, pusat bandar, atau kembali ke Pantai Pattaya. Anda boleh melihat dari jauh Princess 'Palace (kemudahan untuk keluarga diraja Thailand)

Membeli-belah:
Pusat bandar ,kawasan pelancongan, Walking Street, kini berkembang pesat dalam rangkaian seluruh lorong berturap dan laluan pejalan kaki. Kebanyakan kedai-kedai ini menjual barangan keperluan atau cenderahati Kedai-kedai, restoran-restoran, kedai-kedai kopi dan bar telah tersebar di seluruh pulau. Terdapat beberapa tempat yang menawarkan perbuatan tempatan atau kraf.

Aktikel Berkaitain
1. Persedur Memandu Kereta Ke Thailand
2. Panduan Kepada Family Ke Koh Lipe
3. Panduan Melawat Satun ( Koh Lipe )
4. Koh Lipe - KEMUDAHAN
5.Koh Lipe -PANTAI
6.Koh Lipe - Panduan Ke sana







Koh Lipe - Kemudahan


 Kemudahan Asas sekiranya ada kecemasan yang perlu anda ambil tahu :-
1.Imigresen
 2.Polis & Polis Pelancong
3.ATM
4.Internet
5,Perkhidmatan Talifon
6.Farmasi
7.Hospital
8.Elektrik

 Imigresen
 Pejabat Imigresen terletak di sebelah Timur Pantai Pattaya, sebelah Bundhaya Resort. Pada masa ini pejabat ini hanya dibuka semasa musim puncak (Nov ~ Mei), apabila bot-bot dari dan ke Langkawi beroperasi. Anda hanya boleh memasuki Thailand melalui disini jika anda mendapat kebenaran untuk Pengecualian Visa Pelancong (seperti negara Asean). Sila semak peraturan visa untuk negara anda . Perhatikan bahawa jika anda memasukkan Thailand dari jalan darat atau laut anda hanya akan menerima 15 hari Visa, tidak seperti apabila anda terbang ke Thailand, apabila anda menerima 30 hari. (Hanya untuk sesetengah negara kecuali negara Asean). Anda boleh keluar Thailand melalui kemudahan ini jika anda telah tinggal melebihi tempoh visa . Ini bermakna anda meninggalkan sama ada sebelum atau pada penanda tarikh keluar dalam pasport anda. Jika anda telah tinggal melebihi tempoh visa anda, anda akan perlu pergi ke tanah besar, pejabat Imigresen Koh Lipe tidak boleh berurusan dengan overstays.

 Polis & Polis Pelancong

 Pejabat Polis terletak di belakang Imigresen di Pantai Pattaya. Terdapat beberapa Polis Pelancong Sukarelawan di Koh Lipe, mereka adalah bantuan pertama anda sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Mereka mesra dan secara umumnya bercakap Bahasa Inggeris, anda boleh mengenali mereka dengan uniform atau T-shirt hitam Polis Pelancong . Koh Lipe adalah sebuah pulau kecil dan kebanyakan penduduk kenal antara satu sama lain, jadi sekiranya anda memerlukan bantuan, semua orang boleh menunjukkan anda kepadaPusat Pelancong Polis Sukarelawan.

 ATM

 Tidak ada kemudahan ATM atau mesin tunai di Koh Lipe. Satu-satunya cara untuk mendapatkan wang tunai pendahuluan tunai pada kad kredit anda pada kebanyakan resort besar atau di kedai di Walking Street. Kebanyakan tempat-tempat mengenakan 5% untuk perkhidmatan ini. Ia juga mungkin untuk menukar mata wang asing di tempat yang sama.

Internet

 Wifi boleh didapati di beberapa pusat peranginan, bar dan restoran, terdapat kafe internet dan juga di kedai-kedai . Perkhidmatan ini boleh menjadi perlahan kerana hakikat bahawa segala-galanya untuk pergi melalui satelite. Pulau Lipe adalahterlalu jauh dari tanah besar untuk disambungkan ke internet kabel. Jika anda ingin internet cepat adalah lebih baik untuk membeli kad sim tempatan dan menggunakan perkhidmatan 3G mereka.

 Telefon Bimbit

 Telefon mudah alih dan data adalah mudah didapati.Perkhidmatan DTAC dan AIS mempunyai talian disini. Perkhidmatan 3G tersedia.Kad sim prabayar boleh didapati di di beberapa minimarts dan beberapa kedai di sekitar pulau. Ia menawarkan perkhidmatan alternatif yang murah untuk panggilan tempatan dan antarabangsa. Anda juga untuk mengakses internet

. Hospital

 Hospital disini terletak bersebelahan dengan sekolah di Sunrise Beach. Terdapat seorang doktor yang bercakap Bahasa Inggeris dan seorang jururawat. Hospital ini mempunyai kemuadahan asas dan bekalan perubatan, dan dapat memberikan pertolongan cemas. Dalam kes pengangkutan kecemasan ke tanah besar boleh diuruskan. (085-454 3814)

 Farmasi

 Sebuah farmasi yang lengkap terletak di tengah-tengah Walking Street, dan pemilik (yang bercakap yang sangat baik Bahasa Inggeris) .Seorang yang berpengetahuan. Beliau adalah sumber untuk membantu jika masalah anda tidak terlalu serius. Farmasi lain terletak berhampiran persimpangan (berhampiran Sunrise Beach), bersebelahan dengan Harmony Bed and Bakery.

 Elektrik

 Elektrik adalah 24/7 di Koh Lipe, kerana kebanyakan tempat-tempat yang kini perkhidmatan stesen kuasa pusat.

Aktikel Berkaitain
1.Persedur Memandu Kereta Ke Thailand
2.Panduan Kepada Family Ke Koh Lipe
3.Panduan Melawat Satun ( Koh Lipe )
4.Koh Lipe - AKTIVITI
5.KOH LIPE - PANTAI
6.Koh Lipe - Panduan Ke Sana

Selasa, 10 Disember 2013

Mat Dan Minah Saleh Berbogel di Koh Lipe Satun


\


Hi All

Koh Lipe atau Pulau Lipe atau Lipe Island antara pulau yang cantik di barat selatan Thailand. Terletak di Wilayah Satun Thailand.Jika anda suka akitiviti snokeling ,maka disini tempat yang sesuai untuk dilawati.
Pulau yang belum dicemari dan mungkin ada seorang dua mat dan minah saleh yang mencemarkan permandangan mata kita .

Harga Tiket Speed Boat Bargains and Value Pulau atau dalam bahasa Thai disebut KOH ,contoh KOH LIPE.
Kalau nak dibandingkan populariti,Phuket menjadi pilihan.Akan tetapi Phuket sudah terkenal dan dilawati oleh jutaan perlancong dari serata dunia. Keasliannya agak terjejas dengan kehadiran ramai pengunjung.Wilayan Satun juga tidak kurang hebatnya dengan pulau pulau dara yang belum tercemar.
Antara pulau yang boleh di lawati melalui jeti Tamalang, Chebilang atau Pak Bara adalah :-
 1. Pulau Tarutao
 2. Pulau Lidi
 3. Pulau Lipe
 4. Pulau Sarai
 5. Pulau Adang
 6. Pulau Rawi
 7. Pulau Dong
 8. Pulau Klang
 9. Pulau Khai
 10.Pulau Bulon
Baca Disini Selanjutnya
 dan lain lain pulau yang berhampiran.
Anda boleh melakukan snorkeling atau scuba diving. Anda boleh pilih untuk bermalam disana dari budget resort hingga ke resort mewah. Tambang bot kesana kira kira 1000 Baht pergi balik.
Di daerah La-ngu terdapat banyak pantai untuk beriadah dan memancing.Antaranya pantai Pak Bara,akan tetapi tempat terhad untuk mandi manda.Sekiranyan ingin mandi manda anda dinasihatkan ke Pulau Peranginan dari Jeti Pak Bara.
BACA SELANJUTNYA

Jumaat, 6 Disember 2013

12 Alasan Kenapa Mereka Melawat Satun Thailand


12 Alasan Kenapa Mereka Melawat Satun,Thailand

1.Berhampiran atau berjiran dengan Malaysia di utara Perlis.
   - pintu masuk ,Jalan darat Wang Kelian
   - pintu masuk jalan laut Kuala Perlis dan Langkawi

2.Wilayah paling selamat di Thailand.Penduduk terdiri 90% beragama Islam.
   - penggunaan Bahasa Melayu dialet utara sangat meluas
   - sejarah bangsa yang sama dengan Masyarakat Melayu kerana bekas          
     Wilayah Kedah.Diserahkan kepada Thailand selepas perjanjian Bangkok  1909.

3.Mengembalikan ingatan lampau Malaysia di tahun 1970-an atau 1980-an.
   - cara kehidupan zaman bapa atau datuk nenek kita dahulu
   - kehidupan bermasyarakat Melayu yang hampir pupus di Malaysia oleh arus    
      kemodenan.
   - menginbau kesusahan masyarakat Melayu Islam di bumi yang diperintah
      oleh bukan Islam.Bagaimana mereka masih mengekalkan Islam dan adat adat
      Melayu.
   - memberi contoh kepada generasi muda malaysia agar memelihara Malaysia
     agar jangan DI JAJAH lagi.

4. Pusat Perlancongan yang masih belum dicemari kerana pemerintah Wilayah
    Satun baru membuka untuk dikunjungi oleh masyarakat luar.Sebelum ini tiada
    promosi atau maklumat tentang Satun.
   - pulau pulau dara ( virgin island) dengan air yg jernih (cystal water) batu            
     karang yang masih belum tercemar
   - Benting pasir yang terpanjang didunia
   - Gua yang terpanjang didunia
   - White Water Rafting (kayak arus deras)  10 Km dengan harga yang sukar          
      dinilai dengan  keseronokkannya.

5.Taraf ekonomi yang masih rendah dan perlancongan murah.

6. BBQ seafood yang lazat dan harga yang sangat menarik.

7.Shopping di Sempadan

8.sesuai untuk seisi keluarga

9.Mudah mendapat makanan HALAL

10.Anda akan dihargai dan dilayan dengan baik dan hebat.

11..Jalanraya yang lebar dan tidak sibuk

12.Urutan Thai Untuk Suami Isteri yang murah dan menyegarkan badan

***** ALASAN INI MEMBUAT MEREKA PERGI BERSAMA AGENSI KAMI
            Info lanjut,sila email ke karlisahalim@gmail.com

BACA SELANJUTNYA DISINI     1.Panduan Melawat Satun
                                                         2.Prosedur Membawa Kereta
                                                         3,Procedure Drive To Thailand
                                                         4.Konvoi SMK Penanti
                                                         5,Konvoi SMK Kepala Batas

Procedures Drive Private Malaysia Car To Thailand

Drive To Thailand         

Procedures Drive Private Malaysia Car To Thailand

1.You must have a Valid License

2.You must have a Valid passport or Border Pass

3. Self-Owned Cars
  a. Register the car in his own name
      Bring Original Grant
      or
      Photocopy Grants
      Photocopy Grants must be certified by any Malaysian Police
  b. Not Car Owner ( Borrowed Car )
     - Bring  photocopy grant, certified by any Malaysian Police
     - Bring letter of permission from vehicle owner


Sample Letter


OWNER
Name Of Car Owner
Car Owner Address
Car Owner Mykad Number
Car Owner Hp Nos


BORROWED / DRIVER
Name of Borrowed ( car driver )
Address
Mykad Nos
Hp No


Type of Vehicle
vehicle registration number (Plate Number)
Colour of Vehicle

LETTER OF PERMISSION

I......................................... ( Name and Mykad Car Owner) allow my car, drive to Thailand by ..................(name and mykad of borrowed) .


Signature of Owner                                                                                    Singnature of Borrowed/Driver
                       
....................................................................                                                          ....................................          
 ( Name and Mykad Car Owner)                                                                          ( Name and Mykad)


***** MYKAD PHOTOCOPY ( Owner and Borrowed )



4.Photostate of Road Tax

5.Insurance Entering Thailand
     - This insurance can be purchased at all representative of the insurance Agency  in town Changloon and Padang Besar
     - Price between RM14.00 ~ RM18.00 per week

6. Your car must to be declared or  or reported at the Thai Customs Office, after passport or border pass certified (stamped)




Ahad, 1 Disember 2013

Protes Bangkok Iktibar Bagi Rakyat Malaysia

Protes Bangkok Iktibar Bagi Rakyat Malaysia                                     

Protes Bangkok,telah berlarutan lebih seminggu,tiada jalan penyelesaian atau tanda tanda ianya mahu dihentikan.Kerajaan telah mengarahkan 3000 tentera untuk mengawal keadaan.Amaran perjalanan telah dikeluarkan oleh lebih dari 23 negara agar rakyat mereka berhati hati ketika melancong di Thailand.

Natijahnya tiada kebaikan ,malah lebih keburukan kesan dari protes ini. Tourism adalah salah satu penyumbang terbesar ekonomi bagi negara Thai , menerima kesan yang amat hebat. Agensi Perlancongan menerima banyak pembatalan tempahan perlancongan.

PROTES sudah menjadi budaya rakyat Thailand.Apabila ada sesuatu yang tidak dapat kesepakatan, mereka nak tumbangkan kerajaan. Beberapa Perdana Menteri sudah dijatuhkan oleh mereka sebelum ini dengan kaedah itu. Kerajaan Thailand perlu lebih prihatin dan memberi ruang untuk rakyatnya terlibat dalam politik.

Thailand perlu lebih prihatin kerana mereka seharusnya bertindak mengikut mood dan kehendak rakyat. Kerajaan juga harus memberi ruang untuk rakyat terlibat dalam suasana politik.Rakyat mahu tuntutan mereka didengar. Kalau kerajaan Thailand tak mahu mendengar, sebab itu selalu berlaku rakyat turun ke jalanan. Jika TIDAK ditangani maka  perkara sama akan berulang lagi pada masa akan datang.

Thailand ini adalah satu negara yang cuba mempamerkan bahawa mereka mempunyai konsep satu negara satu agama satu bangsa. Tetapi sebenarnya, bagi saya Thailand terbentuk daripada pembentukan pelbagai bentuk negara.

Negara Thai sebenarnya terletak di Bangkok. Itu kubu bangsa Thai. Utara Thai pengaruh Cina Myanmar, sebelah Timur pengaruh Vietnam dan Selatan pula pengaruh Melayu Pattani dan adalah sebahagian dari jajahan Kerajaan Kedah Lama.Kerajaan Kedah Lama mengutara Thai sehingga di Surat Thani.Ianya diserahkan kepada Bangkok selepas Perjanjian Bangkok 1909.

Di sini pentingnya politik dalam dunia global sekarang memahami bagaimana kerajaan nak mengurus rakyat yang sebenarnya.Ekoran ekoran kejadian di Thailand itu, mungkin Malaysia boleh belajar sesuatu.