Langkau ke kandungan utama

KOH LIPE - PANTAI

KOH LIPE - BEACH                                         


Pantai Pattaya

Pantai utama di Koh Lipe .Terletak di sebuah teluk besar yang terlindung.Pantai diliputi  dengan pasir halus yang lembut, air biru yang jernih dan baik untuk aktiviti snorkeling . Terdapat pelbagai pilihan tempat penginapan di Pantai Pattaya, tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat trend untuk membina resort yang lebih besar dan lebih mewah.

Terdapat berpuluh-puluh bar dan restoran di pantai atau di sudut di Walking Street. Pada musim puncak,kawasan ini  agak sibuk.Anda sekadar berjalan kaki 15 minit untuk lari dari kesibukan di Walking street.

Sunrise Beach (Hat Chao Ley)

Sunrise Beach menampilkan sebuah pantai yang putih lagi bersih di teluk yang cetek dan luas. Ia dilindungi dari cuaca tengkujuh di musim rendah (low season), dan mempunyai tiupan angin yang nyaman sepanjang hari pada musim puncak. Terdapat sebuah Sekolah, hospital dan kecil kampung Chao Ley berhampiran.

Penginapan adalah lebih banyak disini daripada di Pantai Pattaya, dan masih terdapat beberapa tempat murah di sekitar. Beberapa resort mewah telah dibuka sejak beberapa tahun yang lalu. Terdapat beberapa restoran kecil dan kedai-kedai di dalam dan berhampiran Sunrise Beach.


Pantai Sunset (Hat Pramong)

Pantai Sunset terletak disebuah teluk kecil menghadap barat ke seluruh kumpulan pulau itu, dan, seperti namanya sunset beach, adalah tempat yang terbaik untuk menonton matahari terbenam, atau kapal pelayaran menyesurinya. Aman dan santai, bar dan restorandibina dengan kayu hanyut. Ini memberi satu daya tarikan menarik. Jika anda ingin mendapatkan kelainan di Koh Lipe,pantai ini memang pilihan tepat.Anda seperti berada di  lima atau sepuluh tahun lalu.Pantai Sunset menyediakan anda suatu kehidupan yang 'lama' dan  cara tradisional pulau.

Penginapan antara pondok asas ala kampung hingga  ke banglo terletak di dalam hutan rendang. Pembangunan kini rancak di dalam kawasan itu, dengan beberapa pusat peranginan baru disamping mengekalkan keaslian. Terdapat beberapa tempat-tempat yang bagus untuk makan dan minum di kawasan itu. Anda perlu  berjalan 10 hingga 15 minit untuk ke Walking Street dan pantai yang lain.

KOH LIPE BEACH 


Kepulauan & Pantai Yang  Berdekatan

Terdapat beberapa pulau-pulau yang tidak didiami boleh dilawati dengan mudah dengan menyewa bot longtail. Jarak yang dimabil sekitar dari 15 minit ke satu jam. Terdapat dua yang besar, Koh Adang dan Koh Rawi mempunyai stesen renjer di mana anda boleh melakukan aktivi perkehmahan.
Stesen renjer di Koh Adang juga mempunyai banglo dan khemah-khemahuntuk disewa. Disini juga  terdapat sebuah restoran kecil (terbuka dari bulan November hingga Mei). Jika anda telah memikirkan melakukan aktiviti perkhemahan dimusim ini,.Berkehmah pulau adalah cara yang kos rendah.

Aktikel Yang Berkaitan
1.KOH LIPE - AKTIVITI
2.KOH LIPE - KEMUDAHAN
3.Persedur Memandu Kereta Ke Thailand
4.Panduan Kepada Family Ke Koh Lipe
5.Panduan Melawat Satun ( Koh Lipe )
6.Koh Lipe - Panduan Ke sana

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stampi...

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.a...

Berapa Harga Insurans Ke Thailand

Insurans ke Thailand yang wajib di ambil adalah Compulsory Insurance atau di sebut Por Ror Bor. Ramai yang cuba samakan insurans ini sama seperti Insurans Third Party di Malaysia. Namun ianya TIDAK SAMA dan sangat berbeza. Perbezaan Insurans Thailand Dan Insurans Malaysia 1. COMPULSORY INSURANCE ( Ci ) Compulsory Insurance diwajibkan kepada setiap kenderaan di Thailand. Insurans ini TIDAK MEMBIAYAI PAMPASAN KEROSAKKAN KENDERAAN. Insurans Compulsory sekadar membiayai yuran perubatan atau kos hospital dan pampasan kematian.  Manakala Insurans Third Party Malaysia membiayai kos kerosakkan kenderaan pihak ketiga.  2. VOLUNTARY INSURANCE Oleh itu, anda disaran dan dicadangkan untuk membeli Voluntary Insurance sebagai persediaan jika kenderaan anda terlibat kemalangan dengan kenderaan Thailand dan anda didapati bersalah. Insurans ini boleh digunakan untuk membayar pampasan. Biasanya jika anda tiada memiliki Voluntary Insurance, walaupun anda dipihak yang benar, kemungkinan besar and...