SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Selasa, 31 Mac 2015

Travel Blog Dan Perniagaan Tourism


Travel Blog Dan Perniagaan Tourism
Saya bukan Travel Blogger tapi saya Blogger Tourism. Saya menulis blog untuk mempromosikan perniagaan tourism di sekitar tempat saya tinggal. Saya memulakan Travel Blog Malaysia Thailand, pada hujung 2012 di Pak Bara Satun. Pada masa itu saya bekerja membantu perniagaan keluarga saya di Pekan Langu Satun. Pekan Langu dengan Pak Bara lebih kurang 10 KM. Pak Bara terkenal dengan pusat perikanan dan perlancongan. Disana terdapat sebuah jeti untuk mereka yang ingin melancong di Koh Lipe,sebuah pulau batu karang yang sangat cantik.
Oleh kerana saya fasih berbahasa Melayu kerana pernah tinggal 10 tahun di Malaysia, saya berbual dengan ramai perlancong Malaysia yang melawat Pak Bara. Rata rata penduduk Pak Bara,tidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris. Ini memberi saya idea bagaimana saya boleh membantu mereka. Dengan bantuan suami saya ,seorang warga Malaysia ,kami memulakan perniagaan ini secara sambilan dalam bentuk online.
Pada permulaan menulis, kami tiada info tentang tempat menarik di Wilayah Satun. Kami mencari maklumat dari internet. Kami membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Pada Tahun 2013 bulan Mac , kami mendapat satu kumpulan guru guru dari sebuah sekolah di Pulau Pinang. Bermula dari ini perniagaan kami mula berkembang dari hari demi hari.
Kini kami tinggal di Kampung Guar Ban Khuan Satun. Kampung Guar terletak 1 KM dari Pekan Chalung. Disini adalah persimpangan untuk ke Hat Yai,Bandar Satun dan Pak Bara .
·         Dari Chalung ke Wang Kelian lebih kurang 26 KM
·         Dari Chalung ke Bandar Satun lebih kurang 10 km dan ke Tammalang lebih kurang 17Km dan ke Tanyong Po lebih kurang 20km
·         Dari Chalung ke Hat Yai lebih kurang 100 km
·         Dari Chalung ke Pak Bara lebih kurang 46 km
·         Dari Chalung ke Manang lebih kurang 50km
Semua tempat perlancongan agak jauh dari tempat tinggal kami dan tempat yang kami tinggal agak strategik kerana berada dekat dengan persimpangan ke tempat perlancongan di Wilayah Satun untuk pengunjung dari Malaysia.
INFOMASI TEMPAT
Kami menggunakan lima kaedah dalam mempromosi perlancongan.
1.       Blog untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu tempat
2.       Facebook infomasi semasa dan perhubungan dua hala dengan perlancong
3.       WhatsApp dan FB Messengger untuk komunikasi
4.       Telefon untuk perhubungan terus.
5.       Email untuk menghantar Sebutharga
Disamping itu Google Plus memberi impak dan kesinambungan dari blog. SEO mungkin dapat dari keywords dalam blog dan Google plus. Saya pun tak berapa faham dengan SEO ini . Ini anda boleh berlajar dari blogger sifu HASRUL HASSAN. Begitu juga Ping Busuk juga banyak membantu kami dalam menaikkan pageview dan mempromosi blog. Begigu juga dengan rakan baik kami Blogger Pakcil Lie aka PCL
Disamping memberi info tempat tempat perlancongan , kami juga memberi info tentang tempat makan, penginapan dan tempat membeli belah. Disamping menjana pendapatan kami juga memberi khidmat nasihat kepada mereka yang ingin melancong di Wilayah Satun.
Pada masa tiada perlancong, kami membantu secara sukarela mengajar Bahasa Melayu di Kampung Guar Ban Khuan. Di sini terdapat sebuah Kelas yang mengajar Bahasa Melayu kepada anak anak penduduk kampung setiap hari Sabtu dan Ahad. Kelas hujung minggu ini mengajar murid murid dari seawal usia 5 tahun ke 12 tahun.
Pada masa yang sama kami membantu kelas ini yang terletak di kawasan Masjid Misbahuddin Ban Khuan mencari dana untuk membeli peralatan pembelajaran. Kami akan membawa perlancong yang menggunakan perkhidmatan kami ke Masjid Misbahuddin untuk singgah solat dan makan tengahari dari hasil gotong royong masyarakat di sini. Hasil dari keuntungan menyediakan makanan kami dermakan kepada Kelas Tadika Bahasa Melayu di sini.
Dalam masa yang sama , ada juga perlancong yang simpati dengan kedaifan persekitaran disini , menyumbangkan sedekah ikhlas kepada pembanggunan Kelas Bahasa Melayu. Sejak dari Mac 2014 hingga Mac 2015 , Travel Blog Malaysia Thailand telah membantu Kelas Bahasa Melayu di melebihi THB300,000 atau RM37,500 dari hasil keuntungan bersama dan sedekah jariah perlancong dari Malaysia.
Disini serba sedikit info dan persoalan dari rakan rakan yang mengirim emel bagaimana ingin memulakan bisnes perlancongan menerusi blog.
1.       Infomasi tempat perlancongan disekitar tempat tinggal anda atau negeri anda.
2.       Cari maklumat awal menerusi internet, baca dan faham dan tulis semula apa yang anda faham. ( BUKAN COPY AND PASTE)
3.       Bila mendapat pertanyaan dari perlancong, cuba berhubung dengan tempat penginapan dari yang murah,sederhana dan mewah. Dapatkan info lokasi yang sering dilawati atau anda melawat sekali tempat berkenaan.
4.       Bila mendapat tempahan, anda perlu berhubung dengan pemilik tempat penginapan, cuba berbincang untuk mendapatkan komisen ( bukan markup harga ) berbincang dengan pemilik restoran ,berbincang dengan penguasa tempat perlancongan jika tempat itu dikenakan bayaran.
5.       Posting blog selalu dan cuba automatik posting ke Google Plus. Cari keyword yang sering digunakan oleh perlancong untuk memudahkan blog anda dijejaki. Setiap posting,buat backlink ke artikel yang memberi infomasi tentang perlancongan sasaran anda.
6.       Periksa setiap posting dan pastikan posti yang sering dikunjungi dan buat backlink ke artikel yang memberi infomasi.
7.       Jangan lari dari tajuk dan matlamat. Setiap posting mesti berkaitan dengan perlancongan sasaran anda.
8.       Pageview yang tinggi memberi impak tinggi untuk blog anda dikenali tetapi ianya bukan faktor memberi anda sasaran pelanggan.
9.       Pelanggan anda mencari infomasi perlancongan, cuba beri keyword berkaitan perlancongan. Mungkin mereka tertarik dengan persembahan dan infomasi tempat perlancongan yang anda sasarkan.
10.   Berlajar tentang blog dari membaca dengan mereka yang pakar.
11.   Cuba promosi blog mereka yang anda suka dan dia antara blogger yang popular, ini mungkin memberi impak kepada blog anda.
12.   Jangan rasa rendah diri dan cepat berputus asa kerana Blog Adalah Suatu Perniagaan dan Perniagaan memberi 9/10 dari rezeki.
Anda boleh mencuba secara sambilan , kerana kebanyakkan perlancong , melancong ketika musim yang anda juga sedang bercuti. Selamat Mencuba dan Semoga Anda Akan Berjaya. Jika anda ada lagi pertanyaan jangan segan silu
·         email ke karlisahalim@gmail.com
·         Facebook  Karlisa Latisya
·         WhatsApp +66943160495








Rabu, 11 Mac 2015

KONVOI KERETA BERSAMA FAMILY KE SATUN


KONVOI KERETA BERSAMA FAMILY KE SATUN
Konvoi kereta adalah satu aktiviti perlancongan dan raidah yang sangat popular ke Satun Thailand. Banyak tempat yang menarik boleh anda terokai sendiri . Contoh program 3H2M :-
Program 1.
Hari Pertama
Pagi – checkpoint di Wang Kelian ( urusan passport dan pengistiharan membawa kereta)
Pagi – Bertolak ke Masjid Misbahuddin Kg Guar Ban Khuan – 30 km                                             
aktiviti
-          bersolat berjemaah bersama penduduk
-          makan masakan kampung
-          beramah mesra dengan penduduk yang bertutur dalam bahasa melayu
Petang – Bertolak ke Pak Bara
-          check in bilik
-          melawat pantai pantai
-          makan malam di pantai Pak Bara selepas solat Mahgrib
-          bersiar siar di taman di tepi pantai
Hari Kedua
-          Sarapan pagi
-          Bertolak ke Manang
-          persiapan untuk berkayak arus deras
-          makan
-          balik bilik
-          makan malam
-          bersiar siar di Pekan Langu
Hari Ketiga
-          sarapan pagi
-          bertolak ke Tammalang
-          melawat pelantar burung helang
-          melawat taman paya bakau
-          makan di Tanyong Po
-          shopping di Bandar Satun
-          balik ke Wang Kelian
PROGRAM 2
Hari Pertama
-          Checkpoint di Wang Keliang
-          bertolak ke Masjid Misbahuddin
-          makan tengahari
-          solat
-          beramah dengan penduduk kampung
-          bertolak ke Pak Bara
-          check in
-          Bersiar siar dan makan malam di Pantai Pak Bara
-          Bersiar siar di taman tepi pantai
Hari Kedua
-          Sarapan
-          Bertolak ke Jeti
-          menaiki bot ke Koh Lidee
-          melakukan aktiviti pantai dan berkelah
-          bertolak ke bilik
-          makan malam di Pantai
-          aktiviti bebas
Hari Ketiga
-          sarapan
-          bertolak ke Hat Yai Park
-          menaiki tuk tuk ke Bandar Hat Yai
-          shopping di Hat Yai
-          bertolak ke Dannok dan Bukit Kayu Hitam
Bajet ikut family
-          bilik boleh menampung sehingga 2 dewasa dan 2 kanak ( bawa keperluan seperti bantal ,selimut dan toto )
-          makan ikut family atau hidang ikut kumpulan
buffet

 
     



Selasa, 10 Mac 2015

TAMMALANG SATUN THAILAND


TAMMALANG SATUN THAILAND
Tammalang terletak lebih kurang 5 km dari Bandar Satun. Tammalang adalah pekan perlabuhan ikan dan jety ke Langkawi.Daerah Tammalang terbahagi kepada dua bahagian.
1.Di darat , terdiri dari jeti ke Langkawi,jeti ke Pulau Tammalang.
2.Pulau Tammalang dan pulau pulau yang sekitarnya.
Keistimewaan Tammalang
1.       Replika Ketam Batu yang besar di Jetty Tammalang
2.       Pulau Tammalang
3.       Taman Paya Bakau
4.       Menara tinjau
5.       Memerhati dan memberi makan helang ( antara 80 ekor – 200 ekor,mengikut musim)
6.       Homestay Tammalang
7.       Puyu dan gua di laut. ( anda perlu bersampan untuk masuk ke gua)
8.       Makanan Laut
Sekiranya anda kaki pancing , anda boleh menyewa bot kecil atau bot besar untuk melakukan aktiviti memancing
Penginapan.
Oleh kerana Tammalang tidak jauh dari Bandar Satun, oleh itu banyak resort dan hotel boleh anda pilih sekiranya anda ingin bermalam. Jika anda ingin lebih cabaran anda boleh bermalam di homestay bersama orang kampung.




Isnin, 9 Mac 2015

BERKAYAK DI MANANG SATUN THAILAND

Kayak Di Manang


BERKAYAK DI MANANG SATUN THAILAND
Manang sebuah Daerah kecil yang terletak lebih kurang 65km dari Bandar Satun atau lebih kurang  30km dari Pak Bara. Seperti yang umum tahu, Pak Bara adalah sebuah Pekan Perlabuhan kecil yang terletak dalam daerah Langu,Satun Thailand.
Anda boleh menginap samada di Pak Bara atau di Manang. Akan tetapi , di Manang anda tiada pilihan untuk mundar mandir di waktu malam,kerana resort terletak jauh di pinggir hutan. Bermalam disini anda dihiburkan dengan irama cengkerik,unggas hutan dan burung-burung.Makanan anda boleh menempah di resort berkenaan.
Jika anda memilih bermalam di Pak Bara, di waktu malam , anda boleh meronda di sekitar pantai Pak Bara dan berderat restoran masakan laut dan Thai untuk anda menjamu selera.
Kos bermalam di Pak Bara dari harga THB650 hingga THB1600 semalam. Di setiap resort disediakan dengan kemudahaan Internet untuk anda berinteraksi dengan rakan rakan.
BERKAYAK DI WANG SAI TONG WATER FALL
Anda diberi dua pilihan untuk aktiviti ini.Pilihannya :-
1.       Laluan Gua 7 lengkok ( Chet Cove Cave ). Laluan sejauh 9 km dan termasuk melalui sebuah gua sepanjang 1 km . Gua yang sangat gelap. Pastikan anda meminta bekalan lampu picit sebelum anda melakukan aktiviti ini.
2.       Laluan Wang Sai Thong Waterfall. Laluan sejauh 10km dengan cabaran jeram yang deras airnya. Anda akan menempuhi perbagai halangan dan sungguh menghiburkan.
Keperluan Sebelum Berkayak
1.       Jaket keselamatan ( dibekalkan)
2.       Jaket keselamatan perlu untuk anak dibawah 7 tahun ( perlu dibawa sendiri)
3.       Lampu suluh
4.       Makanan dan minuman disimpan didalam beg kalis air