SEARCH

Selasa, 31 Mac 2015

Travel Blog Dan Perniagaan Tourism


Travel Blog Dan Perniagaan Tourism
Saya bukan Travel Blogger tapi saya Blogger Tourism. Saya menulis blog untuk mempromosikan perniagaan tourism di sekitar tempat saya tinggal. Saya memulakan Travel Blog Malaysia Thailand, pada hujung 2012 di Pak Bara Satun. Pada masa itu saya bekerja membantu perniagaan keluarga saya di Pekan Langu Satun. Pekan Langu dengan Pak Bara lebih kurang 10 KM. Pak Bara terkenal dengan pusat perikanan dan perlancongan. Disana terdapat sebuah jeti untuk mereka yang ingin melancong di Koh Lipe,sebuah pulau batu karang yang sangat cantik.
Oleh kerana saya fasih berbahasa Melayu kerana pernah tinggal 10 tahun di Malaysia, saya berbual dengan ramai perlancong Malaysia yang melawat Pak Bara. Rata rata penduduk Pak Bara,tidak tahu berbahasa Melayu dan Inggeris. Ini memberi saya idea bagaimana saya boleh membantu mereka. Dengan bantuan suami saya ,seorang warga Malaysia ,kami memulakan perniagaan ini secara sambilan dalam bentuk online.
Pada permulaan menulis, kami tiada info tentang tempat menarik di Wilayah Satun. Kami mencari maklumat dari internet. Kami membaca dan menulis dalam bahasa Melayu. Pada Tahun 2013 bulan Mac , kami mendapat satu kumpulan guru guru dari sebuah sekolah di Pulau Pinang. Bermula dari ini perniagaan kami mula berkembang dari hari demi hari.
Kini kami tinggal di Kampung Guar Ban Khuan Satun. Kampung Guar terletak 1 KM dari Pekan Chalung. Disini adalah persimpangan untuk ke Hat Yai,Bandar Satun dan Pak Bara .
·         Dari Chalung ke Wang Kelian lebih kurang 26 KM
·         Dari Chalung ke Bandar Satun lebih kurang 10 km dan ke Tammalang lebih kurang 17Km dan ke Tanyong Po lebih kurang 20km
·         Dari Chalung ke Hat Yai lebih kurang 100 km
·         Dari Chalung ke Pak Bara lebih kurang 46 km
·         Dari Chalung ke Manang lebih kurang 50km
Semua tempat perlancongan agak jauh dari tempat tinggal kami dan tempat yang kami tinggal agak strategik kerana berada dekat dengan persimpangan ke tempat perlancongan di Wilayah Satun untuk pengunjung dari Malaysia.
INFOMASI TEMPAT
Kami menggunakan lima kaedah dalam mempromosi perlancongan.
1.       Blog untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu tempat
2.       Facebook infomasi semasa dan perhubungan dua hala dengan perlancong
3.       WhatsApp dan FB Messengger untuk komunikasi
4.       Telefon untuk perhubungan terus.
5.       Email untuk menghantar Sebutharga
Disamping itu Google Plus memberi impak dan kesinambungan dari blog. SEO mungkin dapat dari keywords dalam blog dan Google plus. Saya pun tak berapa faham dengan SEO ini . Ini anda boleh berlajar dari blogger sifu HASRUL HASSAN. Begitu juga Ping Busuk juga banyak membantu kami dalam menaikkan pageview dan mempromosi blog. Begigu juga dengan rakan baik kami Blogger Pakcil Lie aka PCL
Disamping memberi info tempat tempat perlancongan , kami juga memberi info tentang tempat makan, penginapan dan tempat membeli belah. Disamping menjana pendapatan kami juga memberi khidmat nasihat kepada mereka yang ingin melancong di Wilayah Satun.
Pada masa tiada perlancong, kami membantu secara sukarela mengajar Bahasa Melayu di Kampung Guar Ban Khuan. Di sini terdapat sebuah Kelas yang mengajar Bahasa Melayu kepada anak anak penduduk kampung setiap hari Sabtu dan Ahad. Kelas hujung minggu ini mengajar murid murid dari seawal usia 5 tahun ke 12 tahun.
Pada masa yang sama kami membantu kelas ini yang terletak di kawasan Masjid Misbahuddin Ban Khuan mencari dana untuk membeli peralatan pembelajaran. Kami akan membawa perlancong yang menggunakan perkhidmatan kami ke Masjid Misbahuddin untuk singgah solat dan makan tengahari dari hasil gotong royong masyarakat di sini. Hasil dari keuntungan menyediakan makanan kami dermakan kepada Kelas Tadika Bahasa Melayu di sini.
Dalam masa yang sama , ada juga perlancong yang simpati dengan kedaifan persekitaran disini , menyumbangkan sedekah ikhlas kepada pembanggunan Kelas Bahasa Melayu. Sejak dari Mac 2014 hingga Mac 2015 , Travel Blog Malaysia Thailand telah membantu Kelas Bahasa Melayu di melebihi THB300,000 atau RM37,500 dari hasil keuntungan bersama dan sedekah jariah perlancong dari Malaysia.
Disini serba sedikit info dan persoalan dari rakan rakan yang mengirim emel bagaimana ingin memulakan bisnes perlancongan menerusi blog.
1.       Infomasi tempat perlancongan disekitar tempat tinggal anda atau negeri anda.
2.       Cari maklumat awal menerusi internet, baca dan faham dan tulis semula apa yang anda faham. ( BUKAN COPY AND PASTE)
3.       Bila mendapat pertanyaan dari perlancong, cuba berhubung dengan tempat penginapan dari yang murah,sederhana dan mewah. Dapatkan info lokasi yang sering dilawati atau anda melawat sekali tempat berkenaan.
4.       Bila mendapat tempahan, anda perlu berhubung dengan pemilik tempat penginapan, cuba berbincang untuk mendapatkan komisen ( bukan markup harga ) berbincang dengan pemilik restoran ,berbincang dengan penguasa tempat perlancongan jika tempat itu dikenakan bayaran.
5.       Posting blog selalu dan cuba automatik posting ke Google Plus. Cari keyword yang sering digunakan oleh perlancong untuk memudahkan blog anda dijejaki. Setiap posting,buat backlink ke artikel yang memberi infomasi tentang perlancongan sasaran anda.
6.       Periksa setiap posting dan pastikan posti yang sering dikunjungi dan buat backlink ke artikel yang memberi infomasi.
7.       Jangan lari dari tajuk dan matlamat. Setiap posting mesti berkaitan dengan perlancongan sasaran anda.
8.       Pageview yang tinggi memberi impak tinggi untuk blog anda dikenali tetapi ianya bukan faktor memberi anda sasaran pelanggan.
9.       Pelanggan anda mencari infomasi perlancongan, cuba beri keyword berkaitan perlancongan. Mungkin mereka tertarik dengan persembahan dan infomasi tempat perlancongan yang anda sasarkan.
10.   Berlajar tentang blog dari membaca dengan mereka yang pakar.
11.   Cuba promosi blog mereka yang anda suka dan dia antara blogger yang popular, ini mungkin memberi impak kepada blog anda.
12.   Jangan rasa rendah diri dan cepat berputus asa kerana Blog Adalah Suatu Perniagaan dan Perniagaan memberi 9/10 dari rezeki.
Anda boleh mencuba secara sambilan , kerana kebanyakkan perlancong , melancong ketika musim yang anda juga sedang bercuti. Selamat Mencuba dan Semoga Anda Akan Berjaya. Jika anda ada lagi pertanyaan jangan segan silu
·         email ke karlisahalim@gmail.com
·         Facebook  Karlisa Latisya
·         WhatsApp +66943160495








0 comments: