Melawat Satun Banner

Wang Kelian Dan Wang Prachan


Wang Kelian Dan Wang Prachan
Wang Kelian adalah pintu keluar dari Malaysia Ke Thailand. Terletak lebih kurang 40 km dari Kangar dan 15km dari Padang Besar. Wang Kelian biasanya dikunjungi pada cuti hukung minggu setiap hari Sabtu dan Ahad dan juga hari kelepasan am. Terdapat sebuah pasar minggu yang beroperasi dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang .
Manakala Wang Prachan atau nama Melayunya Wang Belacan adalah pintu masuk ke Negara Thai. Terdapat juga sebuah pasar minggu disini. Pada setiap hujung minggu, pengunjung boleh melepasi sempadan kedua dua negara tanpa sebarang dokumen perjalanan ( Passport atau Border Pass ) sejauh 2 km.Tapi itu dulu tapi yang terkini baca di Gamabar ini, Kenyataan dari Kementerian


Pasar minggu dikedua dua pekan sempadan menjual produk tempatan dari kedua dua negara. Kedua dua matawang ,samaada RM atau Baht boleh digunakan untuk membeli belah.
Wang Prachan terletak dalam Wilayah (Negeri ) Satun Thailand. Jarak ke bandar Satun lebih kurang 47 km . Cuma di Nat atau Pasar Minggu, terdapat perniaga yang boleh berbahasa Melayu berbanding penduduk sekitar dan berdekatan. Berhampiran dengan Nat Wang Prachan, terdapat sebuah Hutan Lipur atau Taleban National Pasrk. Hutan lipur semulajadi dengan keaslian yang masih terpelihara.
Antara barang yang popular di Nat Wang Prachan,antaranya :-
·         Beras Thai dan Beras pulut
·         Sleeping Beg ( Toto , Narita ) atau cadar atau hamparan atau selimut
·         Periuk atau belangan
·         Kelambu
·         Pakaian
·         Perkakas dapur
·         Buah buahan
·         Bahan masakan atau perencah masakan thai
·         makanan thai
Pekan ini akan sunyi sepi selain dari hari hujung minggu dan hari cuti am.


PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Wang Kelian Dan Wang Prachan"

WhatsApp Karlisa Travel