SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Khamis, 28 Januari 2016

Perlukah Lesen Antarabangsa Ke Thailand

Travel Satun
CJS Satun 406

KANGAR, 28 Jan (Bernama) -- Rakyat Malaysia yang memandu di Thailand tidak perlu memiliki lesen antarabangsa, sebaliknya cukup dengan lesen yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kata Duta Thailand ke Malaysia Damrong Kraikruan.

Malah, beliau turut menafikan pihak berkuasa Thailand ada mengeluarkan arahan rakyat Malaysia yang mahu memandu kenderaan di negara itu perlu memiliki lesen memandu antarabangsa berkuat kuasa 1 Feb ini.

"Penyebaran maklumat mengenai perkara itu seperti yang tersebar dalam laman sosial adalah tidak benar sama sekali.

"Atas semangat ASEAN, negara anggota memperakui lesen memandu yang dikeluarkan pihak berkuasa masing-masing dan sah digunakan untuk memandu di kalangan negara anggota," katanya.

Damrong ditemui di sini hari ini sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas mengadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau, malam tadi.

Menurut maklumat yang disebarkan di laman sosial, pihak berkuasa Thailand akan membuat sekatan jalan raya di tempat tertentu untuk menahan pemandu asing di negara berkenaan yang tidak memiliki lesen antarabangsa.

-- BERNAMA