Melawat Satun Banner

AKTIVIS BAHASA MELAYU SINGAPURA




Saya ( FB : NOOR ADAM  )  telah mengumpulkan beberapa buku cerita kanak2 yang baru, ringan, tipis dan menarik berwarna warni. Buku2 adalah derma kawan2. Masih ada yg belum saya ambil dari kawan2. Banyak buku yang masih baru. Buku dalam bahasa Melayu dan ada juga bahasa Inggeris atau dwibahasa.Alhamdulillah terima kasih kawan2. Buku2 ini akan saya hantar ke Satun utk membantu kawan saya Karlisa Latisya memperjuangkan bahasa Melayu di Sekolah Bahasa Melayu di Kampung Guar Ban Khuan Satun Thailand. Semoga pihak sekolah dapat menyediakan satu ruang perpustakaan supaya pelajar2 boleh meminjam buku dan membaca. Guru2 juga boleh mengadakan sesi membaca buku di situ bersama pelajar. Kalau kawan2 mahu membantu pihak sekolah menyediakan kos rak-rak buku, meja dan kerusi, boleh hubungi Puan karlisa suami isteri. Saya juga boleh membantu mengumpulkan apa yg mampu dari kawan2 di Spura utk membeli perkakas perpustakaan. Kalau ada yg mahu menghadiahkan buku cerita menarik boleh hubungi saya melalui pm. Kalau pihak sekolah bersetuju, mungkin boleh saya anjurkan aktiviti mengecat/menghias perpustakaan bersama rakan bikers agar perpustakaan itu nanti menjadi tempat menarik utk membaca dan mendapatkan ilmu. Suasana pembelajaran yang tenang dan menarik banyak membantu pembelajaran. Minat membaca akan timbul. Bahasa Melayu akan diperkukuh. Saya ucapkan terima kasih kepada semua yg terlibat. Semoga segala usaha dipermudahkan. Wan Wardah M W Susie Quatro Sarifah Yatiman
PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "AKTIVIS BAHASA MELAYU SINGAPURA"

WhatsApp Karlisa Travel