Jemput Melawat Ke Tadika Melayu Satun



Sahabat sahabat FB yang berkunjung ke Satun ( Pak Bara, Tammalang , Tanyong Po atau Chebilang ) jemput singgah di Masjid Misbahuddin Kg Guar Ban Khuan Satun. Boleh kita berkenalan dan mengeratkan silaturahim.
Bagaimana nak ke sini.
1. Dari Wang Kelian Drive lebih kurang 19km akan jumpa simpang di Chabang Tiga. Sebelah kanan ada Masjid Chabang Tiga. Belok kiri.
2. Dari simpang drive 7 km akan jumpa Traffic Light. Belok kiri.
3. Dalam 200 meter jumpa Traffic Light. Pekan Chalung ( kg . cina ) . Kalau belok kanan ke Pak Bara. Ambil jalan terus ke Bandar Satun.
4. Kira kira 1 km jumpa Traffic Light. Belok kanan dan akan nampak Masjid Misbahuddin Kg Guar Ban Khuan.
5. Disana cari cikgu Malaysia ( suami saya ) . InsyaAllah semua orang kenal. Masyarakat boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Kalau yg tak tahu bercakap , bukan orang kampung.
PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Karlisa Travel adalah agensi pelancongan milik Cikgu Joe Satun. Cikgu Joe Satun merupakan seorang aktivis masyarakat yang banyak membantu rakyat Malaysia yang menghadapi musibah di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Beliau juga mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma di Satun, Thailand sebagai usaha memartabatkan Bahasa Melayu dan menyumbang kepada komuniti setempat.

Post a Comment for "Jemput Melawat Ke Tadika Melayu Satun"