Melawat Satun Banner

Kampung Guar Ban Khuan Satun



Kami aktivis bahasa melayu di Satun Thailand

Sahabat sahabat FB : Karlisa Latisya atau sahabat blogger yang bercadang berkunjung ke Satun ( Pak Bara, Tammalang , Tanyong Po atau Chebilang ) jemput singgah di Masjid Misbahuddin Kg Guar Ban Khuan Satun. Boleh kita berkenalan dan mengeratkan silaturahim.
Bagaimana nak ke sini.

1. Dari Wang Kelian Drive lebih kurang 19km akan jumpa simpang di Chabang Tiga. Sebelah kanan ada Masjid Chabang Tiga. Belok kiri.
2. Dari simpang drive 7 km akan jumpa Traffic Light. Belok kiri.
3. Dalam 200 meter jumpa Traffic Light. Pekan Chalung ( kg . cina ) . Kalau belok kanan ke Pak Bara. Ambil jalan terus ke Bandar Satun.
4. Kira kira 1 km jumpa Traffic Light. Belok kanan dan akan nampak Masjid Misbahuddin Kg Guar Ban Khuan.
5. Disana cari cikgu Malaysia ( suami saya ) . InsyaAllah semua orang kenal. Masyarakat boleh bertutur dalam bahasa Melayu. Kalau yg tak tahu bercakap , bukan orang kampung.


PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

1 comment for "Kampung Guar Ban Khuan Satun"

poligh February 18, 2016 at 1:37 PM Delete Comment
tahniah diatas usaha memartabatkan bahasa melayu ..semoga Allah rahmati puan sekeluarga.