Melawat Satun Banner

Aktivis Bahasa Melayu Satun Thailand


Gambar Tahun 2014 di FB : karlisa.latisya, Sempena Sambutan Kemerdekaan " Disini Lahirnya Sebuah Cinta " .
Hampir separuh usia saya kini saya.habiskan di Malaysia . Bahasa Melayu saya fasih dan setaraf rakyat Melayu Malaysia dan lebih baik dari kaum lain ( rasanya ) .
Saya mula menjejak kaki ke Malaysia pada tahun 2000 dengan bahasa Melayu telo Siam . Tahu baca cuma tulisan jawi dan sedikit tulisan rumi.
Setelah berkahwin dengan orang Malaysia seorang Aktivis Melayu , bahasa Melayu saya kian baik. Saya dah faham membaca novel melayu dengan penggunaan bahasa Melayu Baku dan sangat puitis.
Kini kami pulang ke Satun memberi khidmat sosial dengan mengajar Bahasa Melayu secara percuma kepada lebih 200 pelajar berusia 5 - 12 tahun.
Semoga perjuangan kami sebagai aktivis Bahasa Melayu di restui dan di berkati selalu dan Allah memudahkan urusan kami disini dengan perbagai cabaran yang getir. Mana nak meneruskan kehidupan seharian
Cabaran dari penguatkuasa tempatan.
Cabaran dari masyarakat setempat.
Dan banyak lagi , hanya airmata bisa menceritakan.
Sempena bulan Merdeka di Malaysia , kami dengan rasa bangga ingin mengutuskan ucapan kemerdekaan pada rakyat Malaysia. Ayuh Malaysia lupakan seketika fahaman anda. Kita kenang dan isikan kemerdekaan disetiap sanubari rakyat.
Salam Kemerdekaan.
p/s Bendera Besar sumbangan
Pak Syed
Yang kecil sumbangan
Abang Shafie
PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Aktivis Bahasa Melayu Satun Thailand"