Melawat Satun Banner

Keliru Dengan Nama Wilayah,Daerah atau Bandar di Thailand


Selalu kawan-kawan di Malaysia keliru antara Satun, Setul, dan Setoi. Sebenarnya, ketiga-tiga nama ini merujuk kepada tempat yang sama sahaja.

Satun, atau disebut sebagai "Stun"/"Setun" oleh penduduk tempatan, mempunyai tiga fungsi nama yang berbeza:

  1. Wilayah (Changwat / Province): Setaraf dengan konsep "Negeri" di Malaysia.
  2. Nama Bandar / Ibu Negeri (Capital City): Pusat pentadbiran utama.
  3. Nama Daerah (Amphoe).

Antara daerah di dalam Wilayah Satun:

  • Satun Amphoe Mueang (Pusat Bandar)
  • Khuan Don
  • Khuan Kalong
  • Tha Phae
  • La-ngu
  • Manang
  • Thung Wa

Begitu juga dengan Wilayah Songkhla

Konsepnya tetap sama; ada Ibu Negeri Bandar Songkhla dan juga Daerah Songkhla. Namun, wilayah ini mempunyai beberapa bandar atau pekan komersial yang sangat popular di kalangan pelancong, antaranya:

  1. Songkhla (Ibu Negeri)
  2. Hat Yai
  3. Sadao
  4. Padang Besar
  5. Dannok
  6. Khlong Ngae

Jadi, sekiranya anda berkunjung ke Hat Yai, Dannok, atau Padang Besar, itu bermakna anda sebenarnya sudah berada di dalam Wilayah Songkhla.

Kisah Kekeliruan di Wilayah Krabi

Ada seorang rakan saya bercerita tentang pengalamannya memandu dari Satun ke Krabi. Sebaik sahaja melepasi sempadan Wilayah Trang, dia melihat papan tanda "Welcome To Krabi". Namun selepas memandu lagi, dia terjumpa papan tanda "Krabi 50KM", dan kemudiannya "Krabi 30KM". Keadaan ini membuatkan beliau berasa keliru.

Sebenarnya, Krabi juga merupakan nama bagi sebuah Wilayah, Daerah, dan Bandar. Kekeliruan ini berlaku kerana papan tanda pertama itu merujuk kepada sempadan masuk ke Wilayah Krabi, manakala papan tanda seterusnya merujuk kepada jarak ke Pusat Bandar. Sepatutnya, ia ditulis sebagai Krabi Town supaya lebih mudah difahami oleh pelancong luar.

Rancang Trip ke Thailand Bersama Karlisa Travel!

Dah alang-alang melawat Thailand, apa kata teruskan perjalanan percutian anda dengan tenang. Biar Karlisa Travel uruskan segala keperluan logistik dan penginapan anda sepanjang di Thailand.

Kami menyediakan perkhidmatan menyeluruh untuk destinasi popular seperti Satun, Pak Bara, Koh Lipe, Hatyai, Krabi, dan Phuket:

  • Tempahan Hotel: Pilihan penginapan terbaik dan selesa mengikut bajet anda.
  • Tempahan Tiket Feri: Pengangkutan bot dan feri terus ke Pulau Koh Lipe tanpa pening kepala.
  • Tempahan Van Sempadan: Perkhidmatan van sewa dari pintu sempadan Wang Kelian atau Padang Besar terus ke destinasi pilihan anda (Satun, Pak Bara, Koh Lipe, Hatyai, Krabi, Phuket).

Urusan Mudah & Pantas! Hubungi kami sekarang:

📲 WhatsApp: +66 83 094 8948
🌐 Layari Web Resmi: www.satunsiam.com

PERTANYAAN
Cikgu Joe Satun
Cikgu Joe Satun Cikgu Joe Satun merupakan seorang guru sukarela, aktivis masyarakat dan pengusaha pelancongan yang telah menetap di Pak Bara, Satun, Thailand selama lebih 15 tahun. Beliau dikenali sebagai individu yang aktif membantu rakyat Malaysia yang menghadapi kesulitan di Thailand, khususnya di sekitar Satun. Selain itu, beliau komited dalam bidang pendidikan dengan mengajar Fardu Ain dalam Bahasa Melayu secara percuma kepada komuniti setempat, sebagai usaha memartabatkan bahasa dan memperkukuh kefahaman agama. Cikgu Joe juga merupakan pemilik Karlisa Travel, sebuah agensi pelancongan yang menyediakan perkhidmatan mesra pelancong Malaysia dengan penekanan kepada keselamatan, pengalaman tempatan dan keperluan sebenar pelanggan. Dengan gabungan pengalaman, kepakaran dan semangat kebajikan, Cikgu Joe Satun terus memainkan peranan sebagai penghubung antara komuniti Malaysia dan Thailand.

Post a Comment for "Keliru Dengan Nama Wilayah,Daerah atau Bandar di Thailand"

WhatsApp Karlisa Travel