Border Pass Atau Passport Ke Thailand ( Satun,Songkhla,Yala dan Narathiwat )
Border Pass atau Passport diperlukan untuk memasuki
sesebuah negara di dunia. Jika anada ingin memasuki Thailand anda perlukan
dokumen perjalanan seperti Border Pass atau Passport. Perbezaan Border Pass dan
Passport.
BORDER PASS ( Malaysia )
1.
Negeri-negeri yang bersempadan dengan Thailand
sahaja .
·
Perlis , Kedah , Perak( Hulu Perak) dan Kelantan
Penduduk yang bermastautin di negeri dan daerah berkenaan.
Penduduk selain dari Hulu Perak Tidak layak.
Penduduk Terengganu , Pahang , Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Pulau Pinang juga tidak layak.
2.
Pemilik hanya dibenarkan menyeberang Thailand ke
Wilayah-Wilayah (Negeri-negeri ) yang bersempadan dengan Malaysia sahaja.
·
Satun,Songkhla,Yala dan Narathiwat
Wilayah Trang, Krabi, Nakhon Si Thamarat dan lain lain dari lima Wilayah ( Satun, Songkhla, Yala, Narathiwat dan Pattani ) mestilah guna Passport.
3.
Begitu juga dengan pemilik Border Pass
thailand,hanya dibenarkan di negeri-negeri Malaysia yang bersempadan dengan
Thailand sahaja.
4.
Syarat Syarat memohon border Pass
·
Dilahirkan di negeri-negeri seperti di atas.
·
Pemastautin dan beralamat di negeri negeri
sempadan
·
Berumur 18 tahun ke atas. Jika dibawah
umur,hendaklah mendapat kebenaran ibubapa.
·
Permohonan boleh di buat di semua pejabat
Jabatan Imigresen negeri negri berkenaan atau di pejabat imigresen di pintu
atau pos sempadan.
·
Membawa 2 keping gambar berukuran passport dan
berlatarbelakan putih.
·
My Kad
·
Wang RM10.00
·
TIDAK DI ISTIHAR MUFLIS ( black list bank
,boleh)
5.
Setiap Border Pass Baru ( berwarna biru,saiz
Passport antarabangsa) luput 1 tahun dari tarikh dibuat.
6.
Biasanya mendapat kebenaran untuk tinggal 30
hari di WILAYAH BERSEMPADAN MALAYSIA.
7.
Dilarang digunakan untuk tujuan bekerja.
PASSPORT ANTARABANGSA
Boleh digunakan untuk keseluruh negara didunia KECUALI
ISRAEL.
1.
Syarat Pemohonan Passport Antarabangsa
2.
Berumur 18 tahun ke atas. Jika dibawah
umur,hendaklah mendapat kebenaran ibubapa.
3.
Permohonan boleh di buat di semua pejabat
Jabatan Imigresen negeri negri berkenaan atau di pejabat imigresen di pintu
atau pos sempadan yang terpilih sahaja.
4.
Membawa 2 keping gambar berukuran passport
5.
My Kad
6.
TIDAK DI ISTIHAR MUFLIS
7.
Wang mengikut tempuh 1 tahun atau lebih ,
mengikut kadar yang ditetapkan ,minima RM100.00 ( terbaru RM200/5tahun )
8.
Biasanya dibenarkan tinggal di negara Asean
tidak lebih 1 bulan dan VISA perlu dipohon jika negara terbabit menetapkan
peraturan.
9.
Dilarang salahguna selain dari lawatan.
ANTARA BANDAR ATAU WILAYAH YANG DIBENARKAN MENGGUNAKAN “
BORDER PASS”
1.
SATUN, PAK BARA,TANYONG PO,TAMMALANG,MANANG ,KOH
LIPE DAN SELURUH WILAYAH SATUN.
2.
SONGKHLA,HAT YAI,DANNOK,PADANG BESA,SADAO,KLONG
NGEK,PANTAI SAMILA DAN SELURUH WILAYAH SONGKLHA.
3.
WILAYAH NARATHIWAT, TAK BAI
4.
WILAYAH YALA,BETONG
DI LARANG GUNA BORDER.
1.
KRABI
2.
PHUKET
3.
TRANG
4.
PATHALUNG
5.
KOH SAMUI
6.
KOH PANGA
7.
SURAT THANI
8.
SEGENTING KRA
 |
Berenang Bersama Ikan Di Koh Bulone
Pak Bara Satun
|
 |
Border Pass Atau Passport Ke Thailand |
 |
Border Pass Atau Passport Ke Thailand |
 |
Border Pass Atau Passport Ke Thailand |