SEARCH

Untuk Membaca Sila Klik Di Sini

LOKASI MENARIK DI PAK BARA

Info Lanjut Klik Disini

SNOKELING DI KOH BULONE PAK BARA SATUN THAILAND.

Follow Kami Disini

HANGPA BOLEH FOLLOW FACEBOOK KAMI.

Kisah Benar Nukilan Cikgu Joe Satun

Aku mengerti perasaan dia. Berkerja dari jam 3petang kekadang sehingga ke subuh. Mungkin dia tidak mengerti subuh itu apa. Namun dia tahu bahawa orang Islam akan bersolat ketika itu.

APA YANG MENARIK DI PAK BARA

Pak Bara, lokasinya terletak 69km dari Pos Imigresen Wang Kelian. Banyak tempat-tempat menarik disekitar Pak Bara. Ianya terletak dalam daerah Langu, Mukim Pak Nam, Wilayah Satun. Anda digalakkan berkereta atau bermotosikal ke Pak Bara. Ini kerana tiada kenderaan awam ke sana dari sempadan Wang Kelian..

Rabu, 28 Disember 2016

Koh Bulone Satun Thailand

Koh Bolone terletak 22 KM dari Jeti Pak Bara , Satun , Thailand. Kepulauan Bulone merangkumi tiga buah pulau kecil yang masih belum tercemar. Antaranya Koh Bulone Le , Koh Bulone Don dan Koh Bulone Pai.
Kejernihan air laut bak kristal diantara bulan Nov hingga April menjanjikan kilauan batu karang didasar lautnya.
Kepulauan ini jarang dikunjungi pelancong kerana tidak popular dan kurang promosi.
Jika anda ingin melawatnya , anda boleh menyewa bot panjang.

Program Sehari Jelajah Pulau Dan snorkeling

1.Harga pakej THB10,000/sebuah bot/muatan tidak lebih daripada 10 penumpang ( dewasa dan kanak-kanak )
termasuk
Bot Panjang ( muatan 10 orang sahaja )
***Permit ( Job Order Travel Agent )
***Insuran
***Tour Guide
***Life Jacket
Makan Buffet
Snokel Gear

*** WAJIB

2. BERSEDIA THB200/orang untuk cukai Taman Negara jika diminta pengawal.

3. Penginapan bermula dari THB800 hingga THB1000 semalam.

4. Sila hubungi Karlisa Travel WHATSAPP +66830948948



















Isnin, 5 Disember 2016

Cerita Di Satun Thailand et

Gaya Hidup dan Sara Hidup
Tiga tahun yang lalu, bila berpindah ke Satun dari Malaysia, saya telah mengubah gaya hidup.
Berbaki wang RM300 selepas membina rumah batu campur plywood, kami sekeluarga meneruskan kehidupan. Kerja pertama saya , menyeludup minyak petrol dari Wang Kelian ke Satun . Kereta tangki penuh 45 liter isi RM75.00 dan jual RM120 dan untung RM45.00.
Sehari buat 3 kali , dapat RM135 , dalam hati not bad.
Masuk hari ke-7 pihak berkuasa Malaysia tahan dan minta derma , satu trip RM50. Saya kata gila kot, untung baru RM45 camna nak bagi. Depa kata kalau tak boleh bagi , depa nak sita kereta. Setelah berbincang, mereka lepaskan dan saya tak boleh angkut minyak lagi.
Kerja dah tak da, camna nak hidup ni. Sabtu dan Ahad saya pergi mengajar secara percuma seperti biasa kepada murid murid miskin di kampung.
Selang beberapa hari saya di tawarkan bekerja di sebuah kedai hardware kampung dengan pendapatan purata 5 hari THB300 dan sebulan THB1200 . Ringan sedikit beban kewangan. Disamping itu berbekal Handphone Nokia C30 saya buat marketing pakej perlancongan di Satun. Saya ada blogspot dan Facebook, semua tu kan free.
Ya Allah tak sampai tiga bulan Anas Akmal kol dan minta bantu bawa rombongan UUM selama 3H2M dan dapat untung dalam RM1000++ dan saya beli Handphone Lenovo dan bermula era baru dalam business online travel and tour sehingga hari ini.
Apa yang saya nak bagi tau disini adalah menukar gaya hidup kepada sara hidup untuk menghadapi kegawatan ekonomi.
Hidup di Thailand tak seindah kita datang 3H2M. Kita bukan boleh berniaga terang terang , nanti kena tangkap. Bekerja pun tidak dibenarkan dan kalau ada pun, seperti gaji yang saya terima, seminggu Thb300 . Itupun secara haram. Tugas saya terpaksa menceduk pasir ke lori pickup menggunakan skop. Bukan ada jengkaut.
Apapun saya pasrah dengan qada dan qadar Allah. DIA yang bawa saya ke Satun dan di Satun dia membuka rezeki saya.
Nak mulakan business perlancongan kita tak perlu ada bas atau speedboat. Kita cuma perlu berjumpa tokey bas dan tokey speedboat atau tokey hotel. Kita bincang dengan depa, bahawa kita nak promosi dan jual produk depa secara online di Facebook dan Blogspot. Takkan depa tak mau, free. Bila customer booking, kita dapat komisen. Walaupun kita dapat komisen sikit tapi kalau ramai orang , komisen akan jadi banyak. Ada kawan bertanya , boleh hidup ke dengan komisen macam tu , saya jawab , ko minyak naik 10 sen pun macam nak mati tak kan aku akan mati dengan komisen yang sekecil itu.
Ada yang bertanya, tak kan , tak keluar modal langsung. Saya jawab , cuma sedikit , lagipun tokey bank dia pun keluar modal sedikit saja, dan yang ada dalam bank bukan duit dia tapi duit kita.
Oleh itu bagi saya adalah usaha tawakal dan berdoa. Rezeki Allah s.w.t yang beri, bukan bapak yang kasi.
#ceritasatun
#kembarasatun30
#satun
#ceritakarlisa
#blogadalahsatuperniagaan
#universitihasrulhassan

Khamis, 27 Oktober 2016

Koh Lipe Ferry Speedboat Ticket

Tiket feri speedboat dari Pak Bara ke Koh Lipe Latest Update 10-10-2018
 wahatsapp +66887553209
CONTACT : KARLISA TRAVEL CLICK

Sertakan Detail

Nama Penuh ( passport ) :
No HP WhatsApp :
Dewasa :
Kanak² (5th - 10th) :
Tarikh Pak Bara:
Masa Pak Bara:
Tarikh Koh Lipe:
Masa Koh Lipe
( rujuk jadual )
**salinan passport utk bukti confirmation dan sebagai  pendahuluan.
Harga :
Dewasa THB1000/2 way
Kanak² ( 3th - 10th ) THB800/2 way
Detail confirmation akan dihantar melalui Whatsapp.
Pembayaran boleh dibuat di office semasa mengambil tiket.
**** PEMBATALAN TEMPAHAN ****
SATU MINGGU ATAU 7 HARI SEBELUM TARIKH BERTOLAK. 

Rabu, 26 Oktober 2016

KOH LIPE - Panduan Kesana

ROUTE TO KOH LIPE                 


Koh Lipe terletak di Wilayah Satun yang bersempadan dengan negeri Perlis di utara Malaysia.
Jalan yang termudah ke Koh Lipe

1. Berkereta Sendiri atau Bas/Van Rombongan
Melalui Lebuhraya Utara Selatan sehingga ke Pekan Changloon Kedah.Dari Pekan Changloon anda memandu terus menghala ke Bukit Kayu Hitam.Lebih kurang 1.5 KM anda membelok ke kiri dan mengikuti Lebuhraya ke Kuala Perlis.

Dari sini anda memandu lebih kurang 20 minit atau lebih kurang 20KM ,anda belok kiri ke jalan Chuping/Padang Besar.Di persimpangan jejantas,anda belok ke kanan dan mengikuti Jalan Chuping/Padang Besar. Anda memandu terus ke Padang Besar.

Bila sampai berhampiran Pekan Padang Besar,ada sebuah persimpangan dan anda belok ke kanan.Anda memandu sehingga melepasi check point UPP Felda Mata Air Perlis. Lebih kurang 11 KM dari simpang Pekan Padang Besar anda akan menemui simpang dan belok kanan ke Kaki Bukit/Wang Kelian.
Memandu lebih kurang 10 minit anda akan menemui satu lagi simpang dan membelok ke kanan untuk ke Kaki Bukit dan Wang Kelian.

Dari simpang berkenaan anda memandu terus dan ada pendakian bukit dan penurunan bukit dan terus memandu sehinggalah anda memjumpai Stesen Minyak Caltex.Anda dinasihat mengisi minyak Tangki Penuh kerana minyak di Thailand harga sangat mahal.Selepas itu memandu terus ke Check Point Wang Kelian untuk urusan Passport.

Setelah siap segala urusan Imegresen Malaysia ,anda memandu ke pintu sempadan Thailand.Selesaikan urusan imegresen Thailand
Baca Disini Untuk Panduan Selanjutnya

Peta ke Koh Lipe     


Siap urusan ,anda memandu sehingga melepasi 3 check point polis dan tentera Thailand,sehinggalah menemui simpang ke Pekan Chalung. Kampung berhampiran simpang tersebut dipanggil Chabang Tiga .Jarak lebih kurang 19KM dari border.
Dari Simpang Chabang Tiga Satun,ke Chalung lebih kuran 7 KM. Sampai di satu persimpangan belok kiri ,terus memandu sehingga persimpangan lampu isyarat berhadapan Balai Polis Pekan Chalung,anda belok Kanan.

Dari simpang tersebut anda memandu terus ke Pekan La-Ngu ,lebih kuran 36KM. Di pekan La-ngu anda belok ke kiri dan memandu terus ke Pak Bara.memandu sehingga ke Jeti Pak Bara lebih kurang 10KM.
Di Jeti Pak Bara,anda boleh parkir kereta dan membeli tiket Speed Boat ke Koh Lipe.
Book tiket WhatsApp +66629728939
Facebook : Karlisa Latisya
Harga Thb1000/dewasa/2way
Thb800/kanak kanak 5th - 10th/2way
Waktu Thai : 9.00 , 11.00,01.00,03.00
Bagi Detail
Nama Penuh:
Tarikh:
Masa:
Dewasa:
Kanak2:

atau copy paste borang ini.
whatsapp ke +66887553209

Confirmation Booking Ticket
Refference : Abg Joe
 No : 0000

Customer Name :
Date Pak Bara :
Time Pak Bara:

Date Koh Lipe :
Time Koh Lipe :

Adult ( THB1000/return ) :

Children   5yr - 10yr ( THB800/return ) :Children Will confirm at office

TOTAL THB:

HP/WhatsApp :

*** sebarang pembatalan sila beritahu 2 hari sebelum tarikh berlepas  . Tks

KOH LIPE MAP                      


2. KERETAPI ( KTM)
Menaiki keretapi dari mana stesen KTM di Pantai Barat Semenanjung Malaysia,dari KL SENTRAL terus ke Hat Yai . Sampai di Hat Yai, ambil tut tut ke stesen Bas berhampiran Asean Trade Senter. Anda boleh menaiki Bas atau Van terus ke Pak Bara.
Tambang THB180/1way/seorang


3.Kapal Terbang
Menaiki Kapal Terbang Ke Hat Yai .Sampai di Hat Yai, ambil teksi ke stesen Bas berhampiran Asean Trade Senter. Anda boleh menaiki Bas atau Van terus ke Pak Bara.ATAU ambil teksi terus ke Pak Bara.Hat Yai Pak Bara lebihkuran 125KM.
Sewa Van 10-12 sebuah sehala THB2500/sebuah/sehala
Whatsapp +66629728939

4. Google Map dari Border Wang Kelian/Wang Prachan ke Jeti Pak Bara
http://maps.google.com/maps?saddr=Wang%20Prachan%20Border&daddr=Pak%20bara%20pier&geocode=FYEuZgAdQ5j4BSmFxStdj-tMMDHk8x2CgkkMlQ%3D%3D%3BFVmxaAAdDqbxBSl_ql5r4FNMMDF7hlu2yc0CLw%3D%3D&dirflg=d

5. Google Map dari Plaza Tol Hutan Kampung , Changloon ke Border Wang Kelian/Wang Prachan

Shared route
From Plaza Tol Hutan Kampung Towards Kepala Batas to Pos Imigresen Wang Kelian via Lebuhraya Utara - Selatan/AH2/E1.

1 hr 23 min (91 km)
1 hr 24 min in current traffic


1. Head north on Lebuhraya Utara - Selatan/AH2/E1
2. Turn left toward K104
3. Slight left onto K104
4. Turn right
5. Turn right
6. Turn left onto Lebuhraya Changlun - Kuala Perlis/Route 194
7. Take the Chuping Pdg Besar exit
8. Turn right onto Route 79 (signs for Arau/Kangar/kuala Perlis)
9. At the roundabout, take the 2nd exit and stay on Route 79
10. Exit the roundabout onto Route 79
11. At the roundabout, take the 1st exit onto R122
12. Exit the roundabout onto R122
13. Turn right
14. Turn left onto R129
15. Continue onto R116
16. Turn left to stay on R116
17. Turn right onto Jalan Kaki Bukit/Route 7
18. Turn left onto R123
19. Turn right to stay on R123
20. Turn left onto Route 7
21. Turn right onto Route 226
22. Continue onto R15
23. Continue onto Route 4184
24. Arrive at location: Pos Imigresen Wang Kelian

For the best route in current traffic visit http://maps.google.com/maps?saddr=Plaza%20Tol%20Hutan%20Kampung%20Towards%20Kepala%20Batas&daddr=Pos%20Imigresen%20Wang%20Kelian&geocode=Feb-XQAdihH8BSnVCHAm5lpLMDEjuaJ8etOeiw%3D%3D%3BFQM-ZgAd0oj4BSnVZD-_1ZRMMDF2P_dL8EpCOA%3D%3D&dirflg=d

Artikel Yang Berkaitan
1.KOH LIPE - Pantai
2.Koh Lipe - Aktiviti
3.Koh Lipe - Kemudahan
4.Persedur Memandu Kereta Ke Thailand
5.Panduan Kepada Family Ke Koh Lipe
6.Panduan Melawat Satun ( Koh Lipe )

Isnin, 5 September 2016

Etika Memandu Di Satun Thailand

Memandu di Satun Thailand tidak sama seperti memandu di Malaysia. Walaupun jalannya agak elok dan highway tanpa tol tetapi di Highway ada U-Turn , ada simpang dan ada Traffic Light.
Risiko kemalangan sangat tinggi kerana beberapa faktor dan perlu diberi perhatian.Antaranya :-


  1. 90% penunggang motosikal tanpa lesen memandu dan tidak pernah belajar undang undang jalanraya. Oleh itu kita perlu berhati hati dengan mereka. Mereka tidak tahu dibulatan nak ikut kanan atau kiri. Di simpang kena berhenti sebelum membelot . Mereka menunggang songsang arus. Bila kemalangan , 99.9% kenderaan plat Malaysia akan disalahkan. Mereka enggan report jika kemalangan dan kalau report pun plat Malaysia menjadi mangsa.
  2. Di Highway elak memandu dilorong kiri. Biaq pi lah kalau depa nak hon atau flash light. Ini untuk mengelak risiko terlanggar motosikal di lorong kiri. Lorong paling kiri adalah laluan motosikal pergi dan balik.
  3. Elakkan memandu di lewat malam hari dalam jarak yang jauh. Risiko kemalangan tinggi kerana motosikal roda tiga keluar pergi menoreh getah. Kita keliru kerana kebanyakkan motosikal kegunaan kerja tiada lampu belakang dalam istilah lain " not well maintanance ". Boleh naik pi kerja saja.
  4. Jangan ikut kereta plat Thai terlalu hampir. Risikonya , kemungkinan pemandu tiada lesen memandu dan tidak pernah belajar undang undang jalanraya. Mereka nak belot atau berhenti ikut suka hati.
  5. Memandu perlahan didalam pekan atau bandar. Selalunya di pekan sesak dengan kenderaan yang parking ikut suka hati.
  6. Pakai talipinggan keledar atau topi keledar, risiko disaman ( pau ) amat tinggi jika plat kenderaan anda berwarna hitam.( plat malaysia).
  7. Jangan parking ikut suka, jika kereta anda DILANGGAR anda yang terpaksa membayar gantirugi pada yang melanggar.
  8. Jangan langgar lampu isyarat kerana di setiap simpang di Satun Thailand atau di seluruh Thai ada CC TV . Nanti anda di viral . Mereka langgar tidak mengapa. 
  9. Bila ditahan roadblock dan disaman , minta surat saman dan resit. Nilainya sekadar ratus baht saja. BUKAN ribu.
  10. Walaupun Thai macam koboi tapi anda dinasihatkan jangan jadi koboi. Jika kemalangan " makan tak habis". Masa tu anda baru tahu langit tinggi atau rendah. Anda tetap bersalah tanpa melakukan kesalahan. Ada setengah wilayah / provinsi  " boleh buat kenduri arwah" .
Sepuluh panduan yang amat berguna. Walaupun anda dah berjuta kali memandu atau menunggang di Thailand , anda dinasihatkan berhati hati. Malang tak berbau. Kena sekali anda tobat tak masuk dah.

Jika berlaku kemalangan yang memerlukan bantuan :-

Kedutaan Malaysia Di Bangkok
33-35 , South Sathorn Road , Thungmahamek, Sathorn, Bangkok , Thailand.
No Tel : +66-2-679 2208 / +66-2-678 2270

Konsulat Jeneral Di Songkhla
No.4 , Sukhum Road, Muang District, Songkhla 90000, Thailand
No Tel : +66-7-431 1062 / +66-7-431 6274

Atau

Whatsapp : Abg Joe atau Cikgu Joe
+66629728939 / Karlisa +66887553209


InsyaAllah Satun Thailand Masih Selamat

Satun adalah satu satunya Wilayah di Thailand yang masih selamat untuk di lawati. Satun bebas dari ancaman bom dan keganasan. Namun begitu ada beberapa perkara yang perlu anda mengambil perhatian :-


  1. Di border Wang Kelian/Wang Prachan. Pastikan borang TM6 , TM3 dan TM 2 diisi dan diserah kembali sewaktu keluar. Jangan lupa insuran kereta Thailand , boleh dibeli di Padang Besar ( depan stesen petronas ) atau di Changloon. Pastikan geran kereta ori atau copy diendos di PDRM. Salinan My Kad pemilik kenderaan pinjam berserta surat kebenaran dari pemilik. Sebagai persedian , anda dinasihatkan membeli insuran perjalanan. 
  2. Dari Wang Kelian jika ingin ke Pak Bara atau Koh Lipe , anda memandu 19km + - sehingga temui simpang ke kiri di Kampung Chabang Tiga ( Ban Khuan Sato ). Dari simpang anda pandu 7km +- anda akan temui simpang T lampu isyarat dan belok kiri. Dari situ pandu 100 meter ke lampu isyarat ( Chalung )dan belok kanan .Anda pandu 36km ke Langu sehingga temui simpan T lampu isyarat dan belok kiri . Pandu 10km dan terus ke Pak Bara. 
  3. Semasa memandu, anda digalakkan cenderong ke lorong kanan . Ini kerana mengelak dari bertembung dengan motosikal yang menunggang songsang arus. Juga berhati hati disimpang simpang kecil kerana motosikal membelok tanpa berhenti dan melihat kiri dan kanan. Anda Di Nasihatkan agar berhati hati dan memandu pada kelajuan yang selamat.
  4. Sekiranya kemalangan , anda dinasihatkan berbincang atau menghubungi kenalan yang fasih berbahasa Thai. Sekiranya tiada , anda boleh hubungi kami di +66629728939 atau +66887553209 atau +66887552809 , Karlisa atau Abg Joe. 
Tempat Tempat Menarik Di Satun
Kayak di Ban Khuan ( 30km dari Wang Kelian )
Bandar Satun ( Masjid Mambang, Muzium dan Khao Tok Praya Wang )
Tammalang
Tanyongpo 
Manang
Wang Saithong
Pak Bara
Koh Lipe
Koh Bulone
Bo Chet Luk
Thamlay Stagedon Thung Wa.

Jika anda berhajat melawat Kelas Bahasa Melayu kami, sila datang setiap hari Sabtu dan Ahad dari 8.00 pagi.

Info Lanjut : Whatsapp abg joe  +66629728939 atau karlisa +66887553209




Sabtu, 3 September 2016

10 Perkara Jika Ingin Membawa Kenderaan Ke Satun

10 perkara yang anda perlu tahu jika ingin membawa kenderaan ke Satun Thailand.

  1. Passport
  2. Isi Borang TM6
  3. Isi Borang TM2
  4. Isi Borang TM3
  5. Insuran Thailand
  6. Geran ori atau copy ( sebaiknya endose di PDRM). Surat dari pemilik jika kereta pinjam dan salinan mykad pemilik
  7. Serah kepada Kastam Thailand
  8. JANGAN LUPA Lesen memandu Malaysia dan roadtax belum tamat tempuh
  9. Serah Borang declaration sebelum keluar dari Thailand
  10. Dapatkan info dan panduan dari Cikgu Joe (Aktivis Bahasa Melayu Satun ) . Jika menghadapi kesulitan sila Whatsapp +66629728939.

Jumaat, 2 September 2016

10 Perkara Tentang Satun

10 perkara yang perlu anda tahu tentang Satun . Sebuah nama bagi Wilayah atau provinsi. Nama bagi ibukota, nama sebuah daerah.

Sepuluh Perkara Tentang Satun
1. Satun berjiran dengan Perlis. Wang Kelian dan Wang Prachan adalah pintu sempadan. Dibuka setiap hari dari 8.00 pagi hingga 7.00 petang .
2. Sebelum 1909 , hampir 100 peratus berbahasa Melayu loghat Kedah. Kini sekadar 10% atau kurang daripada 330,000 penduduk Satun.
3. Bandar Satun terletak 42 KM dari pintu sempadan. Mercu tanda Bandar Satun adalah Masjid Mambang.Bandar Satun akan sunyi selepas pukul 10.00 malam. Terdapat berberapa tempat yang perlu anda lawati di Bandar Satun antaranya Muzium Satun dan Khao Tok Phaya Wang.
4. Tammalang terletak 7km dari Bandar Satun. Disini terdapat sebuah replika ketam gergasi bersebelahan jeti ke Langkawi. Jangan lupa juga melawat Taman Bakau bersebelahan. Jika anda berminat dengan burung helang , anda boleh menyewa bot tambang ke pelantar memberi makan beratus ekor helang. Penduduk Tammalang fasih berbahasa melayu.
5. Tanjung Pauh atau Tanyongpo sangat popular dengan makanan lautnya. Terletak 20km dari Bandar Satun. Jika anda peminat belacan pula disinilah pusat belacan terbesar di Wilayah Satun. Anda juga boleh menyewa bot untuk menyaksikan keajaiban alam di tengah laut . Beting Pasir atau Salamankong adalah destinasi perlancongan yang menarik. Sebuah hamparan pasir yang timbul ketika air laut surut dan antara yang terpanjang di Thailand dan didunia. Permandangan sangat menarik dan menakjubkan.
6. Berkayak di Satun. Ada beberapa lokasi kayak di Wilayah Satun.
i. Ban Khuan terletak 30km dari sempadan atau 10km ke Bandar Satun.
ii. Wangsaithong 80km dari sempadan
iii. Manang 85km dari sempadan
7.Pak Bara terletak 76 km dari Sempadan . Terdapat banyak resort di tepi laut. Langka Beach Resort antara pilihan keluarga. Disini juga popular dengan makanan lautnya.Banyak restoran sepanjang pantai Pak Bara. Pak Bara Pier juga merupakan sebuah jeti untuk ke pulau pulau peranginan.
8. Pulau Peranginan yang popular adalah Koh Lipe. Terkenal dengan Thai Maldive dan jarak 67km dari jeti. Koh Bulone juga tak kurang hebatnya, jarak sekadar 22km dari jeti.
9. Thamlay Stegadon ada Geopark Satun. Terletak di Daerah Thung Wa dan bersempadan dengan Wilayah Trang. Paling menarik di sana adalah sungai yang mengalir ke dalam gua dan menembusi ke laut. Aktiviti berkayak amat menyeronokkan. Pengalaman yang sukar dicari di tempat lain di Thailand atau didunia.
10. Aktivis Bahasa Melayu Satun. Berjuang memartabatkan bahasa Melayu di Wilayah Satun. Berasal dari Kuala Lumpur dan menetap lebih 3 tahun di Satun. Mengajar bahasa melayu secara percuma kepada lebih 200 pelajar. Beliau bergerak secara solo tanpa bantuan dari mana mana kumpulan. Sekadar menerima sumbangan dari rakan rakan FB dan pelancong yang mengguna perkhidmatannya sebagai penasihat perlancongan Satun.
Anda boleh hubungi Cikgu Joe di Whatsapp +66629728939

Anda juga sebagai pejuang kerana membantu pejuang untuk kesinambungan hidup meneruskan perjuangan.

Whatsapp +66629728939 / +66887553209
FB: Karlisa Latisya
Email : karlisahalim@gmail.com










Khamis, 1 September 2016

Boh Chet Luk Homestay

Boh Chet Luk Homestay atau Bo Chet Luk terletak di Pak Nam , Langu , Satun , Thailand. Boh Chet Luk atau Telaga Tujuh adalah sebuah perkampungan nelayan . Majoriti penduduk beragama Islam. Tetapi sayang sekali cuma ada seorang dua saja yang boleh berbahasa Melayu.
Jika anda berkumpulan dari sepuluh atau lebih, tempat ini memang terbaik untuk berehat dan bersantai sambil menjalani kehidupan nelayan di kampung ini.
Sebuah homestay atau desa inap yang boleh menempatkan lebih 40 peserta dan ada sebuah dewan untuk anda menjalankan perbagai aktiviti.
Anda juga boleh berkehmah disini.
Homestay yang terletak di tepi pantai dan dibawah rimbunan pokok kayu serta pokok kelapa sangat nyaman dan indah sekali.
Disamping itu akan boleh melakukan perbagai aktiviti pantai dan laut.
Antara aktiviti yang seronok dilakukan

  1. Bersiar siar  di sekitar laut yang beedekatan : Kos THB2000-THB3000/ sebuah bot panjang 10 penumpang dewasa. Aktivi mencari ketam jika musim ketam banyak.
  2. Snorkeling dan Island Hopping ke Koh Bulone : Kos Thb4500-5000/sebuah bot panjang muatan 10 dewasa. Peralatan snorkeling THB100/set dan Lunch Pack THB150/pax.
  3. Aktiviti malam , BBQ.
  4. Melawat sekitar kampung dan dibawa bergaul dengan penduduk kampung.
  5. Yang suka memancing, maka disinilah tempatnya. Anda boleh menyewa bot panjang . Kos THB2000++
  6. Kos makan malam / tengahari Thb150/pax. Makan pagi thb100/pax
  7. Kos penginapan rumah kayu tanpa aircond THB100/pax.
Jika anda berminat mengadakan aktiviti berkumpulan atau family gathering atau aktiviti tempat kerja anda, maka anda boleh 
Whatsapp +66629728939 atau +66755883209 untuk mendapat info lanjut.
รีสอร์ทชุมชน บ้านบ่อเจ็ดลูก

https://goo.gl/maps/x9Zvef6Ej9T2











Selasa, 23 Ogos 2016

Tiket Speedboat Ferry Koh Lipe 2016

Berikut Harga Terbaru tiket Speedboat Ferry dari Pak Bara Ke Koh Lipe Berkuatkuasa 22-08-16 Hingga 30-10-16.
Dewasa pergi balik THB1000
Kanak² pergi balik THB800

Jadual Waktu Thai

9.30
11.30
2.00 pm

Untuk makluman semua penumpang , harga siling yang di tetapkan oleh Pihak National Park Thailand adakah THB1200/dewasa/pergi balik. Tetapi penguatkuasaan tidak begitu ketat. Akan tetapi jika tertangkap maka penumpang didenda THB1200 dan tiket yang dibeli dengan harga THB1000 terbatal. Pihak agen akan digantung lesen.
Oleh itu buat sementara kami masih menjual dengan harga THB1000 sehingga diberitahu. Sila ambil perhatian.

Whatsapp +66887553209
atau email karlusahalim@gmail.com
Facebook : Karlisa Latisya ( abg joe )

Rabu, 4 Mei 2016

Motel Dan Restoran Tok Mek

Motel dan Restoren Tok Mek establish 1959  oleh Arwah Tok Mek yang berasal dari Kelantan. Arwah berhijjrah ke Perlis mengusahankan kedai makan dan kini di warisi oleh cucunya Saudara Anuar Tokmek atau lebih mesra dengan panggilan abg Anuar oleh setiap lapisan masyarakat.
Dari sebuah kedai makan, kini Tok Mek mempunyai rangkaian Restoran, Motel dan Agensi Perlancongan .
Di restoran Tok Mek, beranika juadah masakan kampung di sediakan. Puluhan juadah masakan dihidangkan, terkini paling best Daging Bakar Tok Mek.
Sila hubungi +6019 477 5999
untuk tempahan koprat, rombongan atau keluarga dan individu.
Lokasi : Berseri Perlis
Berhampiran Tasik Timah Tasoh
Antara Perkhidmatan :
1. Transfer KTM Padang Besar ke Thailand
2. Penginapan
3. Mesyuarat
4. Majlis keramaian
5. Juadah harian.
#tokmek
#restorantokmek
#moteltokmek
#anuartokmek







Ahad, 17 April 2016

Adventure Touring Malaysia

Adventure Touring Malaysia sebuah portal sosial media Group Facebook. Anda boleh log in https://www.facebook.com/groups/117721644957447/
untuk sertai menjadi ahli.
Public group ini memaparkan aktiviti kembara dari para kembara dari Malaysia dan Singapura juga terdapat posting dari Indonesia dan luar negara.
Banyak ilmu kembara yang dikongsi oleh para kembara.
Jika anda berminat kembara dan punyai kemuskilan, sila join dan bertanyakan soalan di https://www.facebook.com/groups/117721644957447/

Rabu, 23 Mac 2016

Aktiviti Di Pak Bara

Selalu bercuti di Pak Bara, cemoih juga. Tak ada aktiviti selain makan , tengok pantai atau pi pasar malam.
Anda boleh melakukan aktiviti seperti berikut di Pak Bara :-

Info 25hb Septerber 2018 BACA DISINI

1. Snorkerling dan Island Hopping ke Koh Lipe, Koh Khai,Koh Rawi,Koh Cabang .
Kosnya : Thb1990/pax. Jumlah peserta tiada had.
Kos merangkumi :-
Tambang speedboat pi balik
Island hopping
Snorkeling Gear
Lunch dan snek
cukai taman negara
cukai jeti
insuran
tour guide.

2. Snorkeling dan Island Hopping ke Koh Bulone dan kepulauan sekitar.
Kos : Thb10,000/sebuah bot panjang muatan 10 orang saja dewasa dan kanak kanak.
Snorkeling Gear
Bekal makanan
Insuran
Tour Guide
*** cukai Taman Negara  THB200 dibayar pada pihak berkuasa.

3. Berkayak di
- Wang Sai Thong
-Chet Cod Cave
Kos THB200-300/pax
Makan Thb100-150/pax
Jarak dari Pak Bara 30 km.

Semua pakej dan perkhidmatan pemandu pelancong boleh hubungi KARLISA TRAVEL di Whatsapp : +66830 948 948 
https://wa.me/66830948948







Isnin, 21 Mac 2016

Koh Bulone atau Koh Lipe

Koh Bulone tidak sepopular Koh Lipe. Ianya jarang diperkatakan atau tenggelam namanya di sebalik kehebatan Koh Lipe.
Terletak lebih kurang 10km dari pantai Pak Bara . Perkhidmatan ferry cuma sehari sekali dan tambangnya sekitar THB850/pax/return. Akan tetapi perkhidmatan ferry dihentikan sekitar bulan April hingga Oktober , berikutan permintaan rendah pada monsun barat daya.
Pada musim ini anda boleh pergi dengan menyewa sebuah perahu panjang dengan harga THB6000 dan boleh dinaiki 10-12 penumpang dewasa termasuk kanak kanak.
Jika anda ingin mengadakan aktiviti , island hopping dan snorkeling , kadar termasuk makan kira thb800/pax dalam group minima 10-12 orang.
Koh Bulone menjanjikan pantai yang putih bersih , air laut yang sejernih kolam mandi atau crystal water.
Terdapat satu spot snorkeling yang sangat cantik, dan dikatakan lebih cantik dari coral di Koh Lipe tetapi cuma sesuai pada bulan Jan-Feb , dan bergantung pada arus laut juga.Bukan semua orang berpeluang ke sini dan bergantung kepada kemahiran dan pengalaman pemandu bot juga.

Bawa bekal makanan dari Pak Bara.
Makanan sangat mahal di sini. Contoh harga nasi goreng Thb130/sepinggan
Teh Ais Thb85/segelas.

Penginapan di PAK BARA boleh menjimatkan kos anda.
Anggaran kos penginapan dan Island Hopping ke Koh Bulone
THB1800/pax bilik berkongsi 2 orang untuk 3H2M. Penginapan di Langka Beach Resort.
Jika menginap di Thamalai Resort kos 3H3M THB1600/pax.
Kos ini untuk group 10-12 orang.
atau hubungi kami di


Pejabat Karlisa Travel beralamat di CJS Satun 406, No. 678/4, 4052, Tambon Pak Nam , Amphore Langu ,
Changwat Satun, Thailand 91110 .

Waktu Urusan : Isnin - Ahad
Jam : 09:00am - 05:00 pm

Nombor Telefon :+66830 948 948 ( 0830 948 948 )

Whatsapp : +66830 948 948
https://wa.me/66830948948

Whatsapp : +6688 755 3209
https://wa.me/66887553209

Email : karlisahalim@gmail.com


Jika anda ingin ke sini,anda boleh hubungi kami untuk menempah bot dan menjadi jurupandu kesana.
Kos sehari island hopping ke Koh Lipe lebih jimat dari kos tambang ferry ke Koh Lipe Thb1100/pax atau Island Hopping ke Koh Lipe Thb1990/pax
Whatsapp +66887553209 untuk info.