Langkau ke kandungan utama

Melayu Satun Selepas 1909 SIRI 1


Melayu Satun Selepas 1909 SIRI 1
PENDAHULUAN
Melayu Satun Selepas 1909 adalah sebuah siri bacaan yang bakal membicarakan tentang jati diri bangsa Melayu Satun selepas Perjanjian Bangkok tahun  1909. Bagaimana Dasar Thesapiban yang diperkenalkan pada tahun 1939 di seluruh Siam ketika itu untuk menyatukan semua penduduk. Bagaiamana kesan dasar ini kepada bangsa Melayu yang dijajah ? Bagaimana bangsa Melayu lupa diri,lupa asal usul dan hilang jatidiri ? Bagaimana dasar ini meresap ke jiwa setiap penduduk Satun tanpa mereka sedari. Siri ini akan mengupas dari kajian bacaan,cerita lisan penduduk warga emas dan pengalaman penulis sendiri yang menetap disini lebih dari 2 tahun. Harapan penulis agar siri ini dapat membuka minda Melayu seluruh dunia agar berpegang kuat pada jatidiri bangsa Melayu. Memang Allah tidak akan tanya “apakah bangsa kamu di hari akhirat”. Allah mencipta manusia berbangsa bangsa dan bersuku suku hanya untuk kita saling :”}KJAQkenal mengenali antara satu sama lain. Allah mencipta Nabi Muhammad  SAW dari bangsa Arab dan menyatupadukan suku suku yang bertelagah dengan Islam.
Bila sesuatu bangsa itu dijajah,bukan jasad yang menerima kesan,tetapi seluruh jiwa dan raga paling teruk menerima kesan. Setiap negara didominasikan oleh sesebuah bangsa yang besar,maka bangsa yang berkuasa itu akan menyatupadukan bangsa yang lain dari segi bahasa , adat , dan budaya.Paling teruk adalah agama. Lazimnya manusia hidup , dibahu kanannya menggalas agama dan dibahu kirinya menggalas adat. Jika adat sesebuah bangsa yang bukan menganuti Agama Islam, maka akan terjadilah manusia yang berbaju Islam dan berbadan Siam-Buddha. Selamat membaca dan merenung seketika.
SEJARAH SATUN
Selelepas 106  tahun  ( 1909 – 2015 ) Perjanjian Bangkok berlalu,sebuah mukim dalam Negeri Kedah yang telah di anugerah British kepada Raja Siam. Alasannya kerana Satun atau nama sebenar SETUL lebih sinonim dan cenderung kepada budaya Siam. Kelansungan seorang Wakil Sultan Kedah dipercayai anak saudara Bendahara Wan Muhammad Saman yang belot kepada Raja Thai.
Jasa Wan Baharuddin kini kenali KUDEN dikenang dengan terbinanya sebuah memorial berupa sebuah rumah diabadikan sebagai sebuah Muzuim Satun dan dikenali dengan Kuden Mansion. Beliau dipercayai mengantikan wakil sultan iaitu anakanda Sultan iaitu Tengku Kudin. Tengku Kudin ketika itu berada di medan perang di Selangor.Baginda berjuang membantu negeri Selangor ketika itu di kancah perang.Oleh kerana tiada khabar berita ,baginda diistiharkan meninggal dunia. ( menurut cerita dari pengkaji sejarah Kedah yang kami temui di perkarangan Masjid Mambang).
Kuden banyak membantu Raja Siam memerintah Satun ketika itu. Setul ketika itu dihuni lebih dari 90% Melayu Islam telah mengalami revolusi mental dan di tarbiah akal dan budaya yang lebih cenderung kepada adat dan budaya Thai. Kini populasi Melayu Setul tinggal kurang lebih 65% dan sekadar tidak sampai 10% memperkenalkan diri mereka sebagai orang Melayu .Selebihnya lebih berbangga dikenali dengan Muslim Thai.



KETERANGAN LOGO SATUN :

Simbol Wilayah Satun juga simbol mengambarkan Dewa Pra Samut Thewaa duduk diatas batu di laut dan dibelakangnya matahari terbenam. Dipercayai dewa ini penjaga Laut Andaman.Kesan dari Dasar Thesapiban,logo juga telah di Buddha kan.

Dasar Thesapiban ( Ratniyom ) oleh Perdana Menteri Siam Pibol Songgram (1939-1944)
Ciri-ciri Dasar Thesapiban :-
1.      Dasar yang memaksa semua penduduk Siam mengikut Budaya Siam-Buddha
2.      Menyatukan penduduk yang berbilang bangsa kepada satu bangsa iaitu Bangsa Siam (Thai )
3.      Menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Siam ( Thai )
4.      Mengunakan sistem pendidikan aliran Thai di sekolah kerajaan dan bahasa Melayu diharamkan.
5.      Mengantikan ‘bin” atau “binti” kepada nama baka atau keturunan ( namsekon)
6.      Ejaan nama Melayu telah di Siam kan. Contoh , Jamilah jadi Yamillah , Sukri jadi Sukeree,Jelita jadi Jelitta .
7.      Memecil Melayu Islam dalam bidang politik
8.      Penghijrahan beramai ramai kaum Siam-Buddha ke wilayah wilayah Melayu
Walaupun pemerintahannya sekadar 5 tahun,tapi dasarnya diguna pakai sehinggakan hari ini walaupun bukan dalam terus terang. Akan tetapi dasar dasarnya terus digunakan bagi mendominasi memerintah majoriti Bangsa Melayu di Selatan Thai dengan menyimbangi  majoriti keseluruhan penduduk Thai yang berbangsa Thai-Buddha.
Dasar Thesapiban ini memaksa penduduk Melayu Islam samada suka atau tidak,menerima adat dan budaya Thai-Buddha dalam kehidupan. Alasannya bila memperkenalkan dasar ini,untuk mengeratkan keharmonian dan integrasi antara Melayu Islam dan Thai-Buddha. Ianya juga memudahkan dasar kerajaan dipatuhi oleh semua rakyat.
Agak beruntung kerana Wilayah Satun berjiran dengan negeri negeri Melayu seperti Kedah dan Perlis. Tambahan pula masyarakat mempunyai pertalian rapat persaudaraan dengan penduduk nengeri negeri Melayu. Maka masih lagi ada berbaki rakyat yang masih kuat pegangan kepada adat budaya dan bahasa Melayu di Satun.
Masyarakat bernasib baik kerana dasar ini tidak memaksa mereka menukar agama dari Islam ke Buddha. Akan tetapi pada tahun 1949 , Negara Siam bertukar nama kedapa Kingdom Of Thailand. Dasar ini secara halus menukar jatidiri Melayu kepada Muslim Thai. Pada tahun ini juga bangsa Melayu tidak lagi diguna pakai dalam pendaftaran , mereka dikenali dengan bangsa Thai-Muslim atau Muslim Thai. Dari 7 daerah di Satun, hanya tinggal 1 daerah saja yang masih menggunakan bahasa Melayu. Kini sekadar kurang lebih 12 kampung yang masih bertutur dalam Bahasa Melayu . Bahasa yang digunakan dalam loghat Kedah dan kini banyak bercampur dengan perkataan Thai dalam pertuturan harian.
Kesan Dasar Thesapiban kepada Thailand amnya dan Satun khasnya
1.      Wilayah-Wilayah Melayu seperti contoh,Trang (Terang ),Phuket (Bukit ) ,Krabi,Phattalung,Surat Thani,Nakhon Sitamarat,Songkhla ( Singora ) dan lain lain wilayah selatan hilang jati diri Melayu. Kini , tiada lagi penduduk disini yang mengakui yang mereka adalah Bangsa Melayu. Mereka lebih berbangga dengan gelaran Bangsa Thai-Muslim.
2.      Wilayah Pattani,Yala ( Jala ) dan Narathiwat ( Menara ) paling menentang kuat dasar ini. Penentangan terhadap kerajaan berlangsung sehingga sekarang.
3.      Sekolah-sekolah di ajar dalam aliran Bahasa Siam ( Thai ). Bahasa Melayu diharamkan terus dari dipelajari sehinggalah dua tiga tahun kebelakang ini mula diajar kembali kerana penubuhan Asean Economic Commitee ( AEC ).
4.      Pada abad ke 19, Satun ( Setul ) majoriti 90% Bangsa Melayu menghuninya,kini sekadar 65% sahaja yang tinggal. Mereka yang masih bertutur bahasa Melayu dalam lingkungan 12 kampung sahaja.
5.      Perpindahan beramai ramai penduduk Siam Buddha ke semua wilayah Melayu.
6.      Walaupun ditentang kuat di 3 Wilayah ( Pattani,Yala dan Narathiwat ) tetapi dengan kemasukan dasar ini ke dasar pelajaran di sekolah sekolah,mahu tidak mahu penduduk terpaksa akur . Dalam kata lain terima dalam terpaksa atau terima tanpa di sedari kerana menghantar anak ke sekolah kerajaan.
7.      Kalau masyarakat Siam Buddha menganggap raja sebagai dewa,tapi orang Muslim Thai mendewakan raja. Dalam kata lain raja adalah segala kebaikan bagi mereka.
BERSAMBUNG DI SINI

Katakunci : Melayu Satun,PerjanjianBangkok 1909,Dasar Thesapiban,Thailand

Ulasan

shameel Iskandar berkata…
Terima kasih atas perkongsian ilmiah ini. Semoga anak-anak Melayu Muslim di Selatan Thailand tidak melupai asal usulnya.

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand

Apa Ada Di Pak Bara Satun Thailand ? Macam mana nak pi kePak Bara ? Ini soalan lazim yang sering ditanya oleh pembaca. Mai aku nak cerita kat hangpa. Anda WAJIB lalu dan singgah di  CJS SATUN 406 Kedai milik Akitivis Bahasa Melayu Satun. Dikenali kalangan bikers dan rider Malaysia Singapura dan Asean. Kerana Banyak membantu mereka yang ditimpa musibah tanpa sebarang bayaran. CJS SATUN 406 1. Pos Imigresen Wang Kelian. Hangpa klik pautan ini.  Wang Kelian Ke Pak Bara 2. Pak Bara View, mercu tanda Pak Bara berlatarkan Ikan Maling dan Laut Andaman. Tempat santai seisi keluarga. Bermula jam 3.00 pm ada gerai menjual makanan. Pasar Malam pula setiap Sabtu dan Ahad adalah kemuncak pasar malam. Pautan Maps :  Pak Bara View Point Pak Bara View Point 3. Makanan Laut dan Makanan Thai yang ori. Dah enam tahun di Pak Bara dan sekitar Satun. Kedai terbaik Nava Seafood. Alasannya 100% HALAL . Arak tidak dibenarkan masuk ke Kedainya. Berbeza dengan kedai-kedai lain.TAPI ikut su